Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, August 19, 2017

DAP TUNTUT LEBIH BANYAK KERUSI DUN DI KEDAH, PAN DAN PKR BEREBUT NAK JADI MENTERI BESAR, MUKHRIZ NAK JADI APA?!!



Dewan Undangan Negeri Kedah mengandungi 36 kerusi. Pada PRU-13 lalu, BN menguasai 21 kerusi, manakala PAS yang merupakan penyandang kuasa sebelum itu, menguasai 9 kerusi, PKR pula mengandungi 4 kerusi manakala DAP menguasai 2 kerusi.

Pada PRU-14, situasi telah berubah. PAS tidak lagi berada dalam Pakatan. Pakatan sekarang mengandungi PKR, DAP, Cap Bunga dan PAN. Setiap parti berasakan mereka mempunyai harapan yang cukup besar untuk menang di Kedah.

Cap Bunga awal-awal lagi telah berikrar mahu menjadikan Kedah sebagai pangkalan dan kota kara mereka apabila mempertaruhkan bekas Menteri Besar Kedah yang merupakan Timbalan Presiden Cap Bunga dan anak lelaki Mahathir, Mukhriz. Malahan Mahathir sendiri menjadikan Kedah sebagai baby-projectnya.

PAN pula sangat berkeyakinan sebahagian besar ahli-ahli PAS Kedah akan menyokong mereka untuk menggantikan PAS. Sembang-sembang besar kononnya PAS boleh merampas semua kerusi yang dimenangi dana ditandingi oleh PAS di Kedah, cukup kuat dan berdegar-degar.

PKR menerusi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani pada 15 Ogos lalu, Johari Abdul sudah bercakap tentang jawatan Menteri Besar. Menurut Johari Abdul, PKR mahu menakluk Kedah dan mengetuai Kerajaan Negeri seterusnya. PKR dilaporkan akan bertanding sekurang-kurangnya 16 kerusi DUN. Dia sendiri akan bertanding di DUN Gurun. Menurutnya lagi, PKR merancang meletakkannya untuk mengetuai kerajaan negeri sekiranya PKR menang paling banyak kerusi dalam PRU akan datang.

Pengumuman Datuk Johari Abdul itu agak mengejutkan kerana dia bukanlah Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Kedah kerana pengumuman seperti ini, jika ada, sepatutnya dibuat oleh Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Kedah yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail, setelah keputusan rasmi mengenainya dibuat oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Negeri Kedah.

Kalau PKR mengidamkan kerusi Menteri Besar, PAN turut mengidamkan kerusi dan jawatan yang sama. Ini adalah kerana pada 9 Ogos lalu, Presiden PAN, Mohamad Sabu mengumumkan bahawa Konvensyen PAN akan diadakan di Kedah pada 15 sehingga 17 September dengan misi tawan kembali Kedah sebagai agenda utama mereka.

18 Ogos, Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang secara terbuka menuntut dua kerusi DUN yang ditandingi oleh PKR pada PRU-13 lalu, N22 Gurun dan N35 Kulim untuk diserahkan kepada DAP. N22 Gurun adalah kerusi DUN yang diidam-idamkan oleh Johari Abdul untuk membuka laluannya sebagai Menteri Besar Kedah selepas PRU-14.

Kalaulah benar PKR berjaya mencapai hasrat mereka untuk bertanding 16 kerusi DUN, DAP pula berjaya mencapai hasrat mereka untuk bertanding di 4 kerusi DUN, maka baki 16 kerusi DUN akan dibahagi-bahagikan kepada PAN dan Cap Bunga.

Dengan status Mukhriz Mahathir sebagai bekas Menteri Besar Kedah, apakah boleh diandaikan Cap Bunga akan bersetuju mereka akan menerima kurang dari 10 kerusi DUN untuk ditandingi selepas Cap Bunga beriya-iya mengatakan mereka sangat kuat di Kedah.

Kerusi-kerusi DUN Kedah yang ditandingi oleh PAS dalam PRU 13 ialah:

(1) N1 Ayer Hangat
(2) N3 Kota Siputeh
(3) N4 Ayer Hitam
(4) N6 Jitra
(5) N7 Kuala Nerang
(6) N9 Bukit Lada
(7) N10 Bukit Pinang
(8) N14 Alor Mengkudu
(9) N15 Anak Bukit
(10) N16 Kubang Rotan
(11) N17 Pengkalan Kundor
(12) N18 Tokai
(13) N19 Sungai Tiang
(14) N20 Sungai Limau
(15) N21 Guar Chempedak
(16) N23 Belantek
(17) N24 Jeneri
(18) N26 Tanjong Dawai
(19) N27 Pantai Merdeka
(20) N30 Bayu
(21) N31 Kupang
(22) N32 Kuala Ketil
(23) N33 Merbau Pulas
(24) N36 Bandar Baharu

Kerusi-kerusi DUN Kedah yang ditandingi oleh PKR dalam PRU 13 ialah:

(1) N2 Kuah
(2) N5 Bukit Kayu Hitam
(3) N8 Pedu
(4) N12 Bakar Bata
(5) N22 Gurun
(6) N25 Bukit Selambau
(7) N28 Bakar Arang
(8) N29 Sidam
(9) N34 Lunas
(10) N35 Kulim

Kerusi-kerusi DUN Kedah yang ditandingi oleh DAP dalam PRU 13 ialah:

(1) N11 Derga
(2) N13 Kota Darul Aman


No comments:

 
Blogger Templates