Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, August 17, 2017

MAHATHIR KALAH PUSINGAN PERTAMA RCI FOREX APABILA MAHKAMAH TOLAK PERMOHONANNYA BATALKAN DUA AHLI PANEL!!!



Mahathir gagal membatalkan perlantikan dua panel RCI FOREX iaitu Pengerusi Suruhanjaya Siasatan, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Tan Sri Saw Choo Boon (Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan) apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonannya.

Hakim Datin Azizah Nawawi ketika membuat keputusan itu, menyatakan suruhanjaya itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggugurkan kedua-dua ahli panel berkenaan. Keputusan yang dibuat di kamarnya selepas membenarkan bantahan kerajaan terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan oleh Mahathir. 

RCI FOREX telah diwujudkan oleh kerajaan untuk menyiasat kerugian urusniaga mata awang asing Bank Negara Malaysia pada pertengahan 1990-an yang berjumlah lebih RM30 bilion.

Desakan agar RCI diwujudkan untuk menyiasat kerugian urusniaga mata wang asing Bank Negara itu telah dibuat oleh Lim Kit Siang sehinggakan dia telah menulis dua buah buku khusus untuk membicarakan keperluan kewujudan RCI Forex.

Bagaimanapun, sekarang ini, Lim Kit Siang merupakan sekutu utama Dr. Mahathir dalam Pakatan Harapan.

Mahathir menamakan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaluddin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Tajuddin Atan, Ahli Institut Akauntan Malaysia dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia K. Puspanathan, Setiausaha Suruhanjaya Datuk Dr. Yusof Ismail dan kerajaan sebagai reponden dalam tindakan undang-undangnya. 

Dia diwakili oleh peguam Muhammad Haniff Khatri Abdulla manakala Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh mewakili Kerajaan. 


3 comments:

Anonymous said...

kalah sebab dedak penuh dalam temolok

Anonymous said...

Pelan2 lepas ni pakat2 gesa government tubuh RCI utk siasat insiden Memali pulak.. Kita tengok U-Turn nak ber"kalari payat" kot mana pulak..

Anonymous said...

Siasat sampai lubang cacing..

 
Blogger Templates