Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, August 17, 2017

AZMIN ALI DAN PKR DIKECAM DAP DAN PAN KERANA TERDESAK UNTUK DAPATKAN KEMBALI SOKONGAN PAS!!!



PAS tiga buah negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Selangor dikatakan telah meminta autonomi daripada PAS Pusat untuk bekerjasama dengan PKR. Sekaligus melanggar ketetapan Dewan Syura PAS Pusat yang telah memutuskan tahaluf siyasi dan sebarang bentuk kerjasama dengan PKR kerana faktor DAP dan PAN.

Kehadiran beberapa orang pemimpin PKR menemui Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dilihat sebagai rombongan konsesi yang cuba memujuk Presiden PAS itu agar mengendurkan keadaan sekaligus memberikan peluang kepada PKR untuk terus menjadikan PAS sebagai balaci PKR.

Dan Presiden PKR, Wan Azizah turut mengakui yang PKR tidak akan menolak untuk kembali menjalin kerjasama dengan PAS.

Sementara itu, PAS Kedah menafikan pertimbang kerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Lim Kit Siang berproksikan Dr. Mahathir. Kenyataan yang dibuat oleh Dr. Ahmad Fakhrudin Sheikh Fakhrurazi yang merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah pada 16 Ogos menerusi kenyataan medianya berkata, kenyataan-kenyataan sebegitu adalah cubaan menghakis keyakinan ahli-ahli PAS terhadap kepimpinan.

Menurutnya, adalah sesuatu yang melucukan apabila PAS Kedah dikatakan menimbang kerjasama dengan Pakatan Harapan sedangkan Pakatan Harapan masih lagi dibelenggu dengan pelbagai persoalan seperti persediaan jentera, jumlah cawangan parti komponen, kekuatan akar umbi dan status pendaftarannya yang masih kabur. Kenyataan beberapa pemimpin parti komponen mereka yang sering bercanggah antara satu sama lain, menambahkan lagi kekalutan.

Menurutnya, Parti Cap Bunga Kedah perlu ada kebenarian untuk menyatakan status kekuatan dan kedudukan mereka dalam menghadapi PRU-14, kerana tidak dinafikan bahawa mereka juga mempunyai pengaruh di kalangan pengundi Melayu.

Ahmad Fakhrudin juga berkata, PAS Kedah bersedia untuk bertanding di semua kerusi sama ada DUN atau Parlimen, namun terserah kepada PAS Pusat untuk membuat sebarang keputusan berhubung jumlah kerusi bagi PAS Kedah dalam menghadapi PRU-14 nanti.

Sementara itu, pensyarah yang menjadi musuh utama DAP, yang telah banyak menelanjangkan operasi pengkristianisasi, Kamarul Azman Yusof mendedahkan bagaimana Setiausaha Pemuda DAP Kebangsaan (DAPSY) Howard Lee Chuan How pada 15 Ogos 2017, menyerlahkan pendirian DAP atas usaha Timbalan Presiden PKR merangkap Pengarah Pilihanraya Pakatan Harapan, Azmin Ali.

Menurutnya, beberapa perkara yang ditimbulkan oleh Howard Lee perlu diberikan perhatian. Pertama, tindakan Howard Lee menyifatkan perbincangan dua hala antara Azmin dan pimpinan PAS sebagai sangat membimbangkan.

Kedua, penegasan Howard Lee bahawa DAP tidak boleh mengalu-alukan perbincangan dengan PAS yang didakwa mesra UMNO dan memusuhi Pakatan Harapan. Manakala perkara ketiga pula adalah penegasan Howard Lee bahawa membuka pintu untuk PAS semata-mata atas perkiraan taktikal tidak akan menguntungkan Pakatan Harapan.

Keempat, adalah penegasan Howard Lee bahawa Pakatan Harapan mesti mendekati ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS, tetapi bukan pucuk pimpinan PAS sekarang. Kelima, gesaan Howard Lee kepada pucuk pimpinan Pakatan Harapan supaya tidak membuang masa dan tenaga untuk mendekati pucuk pimpinan PAS sekarang.

Keenam, adalah penegasan Howard Lee bahawa buka pintu hendak bermaksud PAS yang datang kepada Pakatan Harapan bukan Pakatan Harapan yang pergi kepada PAS.

Menurut Dr. Kamarul Zaman, sangat jelas Howard Lee membuktikan dia memahami bahawa sebenarnya PKR yang mendekati PAS bukan PAS yang terhegeh-hegeh mendekati PKR seperti yang cuba digambarkan oleh Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

Dr. Kamarul Zaman sangat yakin pucuk pimpinan PAS sekarang adalah pemimpin bermaruah yang tidak akan sesekali merendahkan taraf diri dan perjuangan mereka dengan terhegeh-hegeh mendekati dan memujuk rayu pucuk pimpinan Pakatan Harapan supaya menerima PAS kembali.

Justeru, reaksi Azmin Ali ke atas bidasan dan cemuhan Howard Lee dan penegasan Pengarah Pilihanraya PAN Mohd Hatta Ramli bahawa perbincangan antara Azmin dan pimpinan PAS 'tidak ada kaitan dengan Pakatan Harapan'.


3 comments:

Anonymous said...

PKR tidak memahami perjuangan PAS,sangkanya PAS macam mereka hanya mahu menjatuhkan Kerajaan BN.Namun sebenarnya ianya tidak begitu,PAS berjuang mahu mendaulatkan kerajaan yg lebih baik berlandaskan Islam,di mana bagi PAS sekarang ini perjuangan mereka lah yg terbaik dan kalau mereka boleh menggantikan Umno itu lah yg mereka mahukan.Tapi kerana keadaan masih tidak mengizinkan utk mereka memerintah,mereka rela kalau ada parti lain yg berkuasa dgn syarat ,parti ini adalah yg terbaik berbanding dgn parti lain selain Pas, dalam menghayati Islam.Sekarang ,hanya Umno yg di rasakan begitu,PKR,PAN dan PPBM jauh panggang dari api,sebab itu lah PAS sudah 'menceraikan' mereka,tapi agak lunak dgn Umno di bawah kepimpinan sekarang.Mahathir ,WA,Anwar ,Azmin dan LKS gagal memahami nya dan mereka tidak mencermin diri.Kalau PAS masih mahu bersama individu yg seperti mereka itu,bermakna PAS tidak memahami perjuangan dan perinsipnya sendiri.Mustahil.

sman.

Anonymous said...

Dap dn parti ternakannya dah panas punggung kot2 pkr bersama pas plk. Terlepaslah peluang nak pecahkan undi melayu.

Anonymous said...

apa ke tolol mso kata najib cemas azmin jumpa hadi.. apa ke jadah nya najib nak cemas yg patut cemas ialah parti PAN tat mat sabu..

 
Blogger Templates