Semestinya rakyat tempatan berasa agak tergugat kerana warga Bangladesh tersebut akan dibayar dengan gaji yang rendah sekaligus sedikit mengganggu trend pendapatan tenaga kerja warga tempatan.
Warga tempatan yang selesa dan boleh memilih tempat pekerjaan masing-masing terutama dalam sektor perindustrian atau perladangan bakal berhadapan dengan risiko peluang pekerjaan apabila mereka berpendapat apabila ada 12,000 warga Bangladesh yang pertama, pastinya akan ada puluhan ribu lagi bakal dibawa masuk seterusnya.
Mungkin juga jika diambil dari sudut yang lain, masalah majikan bakal selesai apabila sebelum ini mereka berhadapan dengan masalah tenaga kerja tempatan yang meminta gaji tinggi tetapi tidak mendapat memenuhi atau mencapai sasaran menyiapkan satu-satu projek.
Mengapa pula DAP mempolitikkan isu ini?
Jika kita balik semula dengan sejarah kemasukan warga Cina suatu ketika dulu ke Malaysia, kebimbangan warga asal amatlah tinggi pada masa tersebut. Bermacam andaian muncul, keresahan warga tempatan semakin tebal; bimbang warga tempatan disaingi warga Cina yang bakal masuk.
Akhirnya terbukti, dari asalnya sebagai tenaga kerja dan sekarang mereka telah menguasai ekonomi Malaysia. Kelihatan warga tempatan lebih ramai bekerja untuk warga Cina yang mana dahulu mereka cuma tenaga import untuk bidang tertentu sahaja.
Maka dari itulah kita mendapat jawapan mengapa DAP sekarang amat risau dengan kehadiran 12,000 warga Bangladesh ke Sarawak; mereka khuatir suatu hari nanti warga Bangladesh akan mengikut jejak mereka dan menjadi pesaing ekonomi warga Cina.
Namun kita kena berhati-hati dengan permainan politik yang diperjuangkan oleh DAP sekarang; mereka menyebarkan khabar buruk berkenaan kemasukan Bangla ke Sarawak namun secara diam-diam mereka sudah ada strategi mengimport lebih banyak tenaga kerja dari China sebagai alibi "kalau kerajaan boleh bawa masuk Bangla, kenapa kami tidak boleh membawa masuk lebih ramai warga China untuk gaji yang lebih rendah?".
Sekali lagi warga tempatan bakal menjadi mangsa permainan politik DAP!
No comments:
Post a Comment