Selepas PRU-13, para penyokong Pakatan Rakyat bukan main berlagak sebab undi popular mereka adalah 52%. Dan kerana 52% itulah juga, mereka cukup berlagak dengan menyatakan negara ini berada dalam keadaan yang sangat teruk, kerajaannya zalim dan mengancam akan meninggalkan Malaysia secara beramai-ramai. (RUJUK SINI)
Bagaimanapun, selepas Barisan Nasional tetap juga menang walaupun tidak lagi menguasai majoriti 2/3, tiada pula seorang pun daripada mereka keluar dari Malaysia. Malah tiada juga pemimpin-pemimpin DAP yang mengancam untuk meninggalkan negara ini, berkemas beg dan segera berambus. Malah mereka pula tiba-tiba menjadi pejuang negara yang terus membangkitkan isu-isu yang dikatakannya untuk kesejahteraan rakyat, sambil-sambil cuba untuk melupakan masyarakat awam dengan kenyataan mereka sebelum ini.
Dari selepas pengumuman kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13 sehingga ke hari ini, para penyokong Pakatan Rakyat, kekal dengan pendirian mereka bahawa kehidupan mereka di Malaysia sangat tidak menyenangkan, GST pula telah menyebabkan mereka terpaksa makan pasir dan rumput, kebebasan bersuara yang disekat kerajaan pula telah menyebabkan mereka seperti katak bawah tempurung, undang-undang dan akta dikatakan sebagai satu bentuk kezaliman serta tekanan kepada rakyat jelata.
Pendek kata, mereka tidak berpuas hati dengan segala benda dan Malaysia pula dilihat sebagai sebuah NEGARA YANG SERBA TIDAK BERGUNA.
Rafizi Ramli, Tony Pua, Nurul Izzah, Wan Azizah dan sebagainya, seringkali menyatakan negara lain jauh lebih baik berbanding Malaysia.
Kini, berpuluh ribu rakyat Myanmar yang menjadi orang hanyut, tetap berazam untuk masuk dan tinggal di Malaysia yang mereka katakan lebih baik berbanding Myanmar. Meskipun Kerajaan Myanmar menyatakan kesediaan untuk menerima rakyat mereka kembali - dengan beralasan sekiranya mereka mempunyai dokumen yang lengkap - namun pelarian-pelarian Rohingya itu tetap juga mahu masuk ke Malaysia.
Bayangkanlah kalau 52% daripada pengundi yang menyatakan Malaysia sebagai negara tidak bagus untuk mereka, keluar dari negara ini, berpuluh-puluh ribu orang Myanmar itu boleh masuk dan menetap di negara ini dengan baik tanpa sebarang halangan. Golongan yang teraniaya, dizalimi dan dihalau ke sana ke mari seperti mereka, sudah tentu akan lebih bersyukur dan lebih berterima kasih.
Ada mana-mana penyokong Pakatan Rakyat yang tidak berpuas hati dengan negara ini yang sudi memberikan tempat dan keselesaan mereka kepada pendatang-pendatang Rohingya itu?
5 comments:
Yang kena keluar adalah penyamun2 tarbus yang telah angkut berbillion billion ke luar negara atas nama agama, bangsa dan negara.
Hakikatnya tanpa berselindung ramai kuncu2 rejim pakatan hidup mewah dimalaysia..manakan mungkin mereka nak tinggalkan malaysia..mereka hanya tamak nak perintah..tapi ditakdirkan mereka tak kan berjaya..
APA MACAM NYONYA DAN APEK.....BILA MAU PACKING......SENDIRI CAKAP MAU BERAMBUS......BILA...BILA ?
ya betul! termasuk punaisihat gaji rm1 tapi claim elaun berjuta2!
Dlm 5 ke 10 tahun lagi Warga Rohingya Mnymar plak brsidang @ Parlimen Msia..boleh lihat sndiri di pasar borong Selayang KL mereka brmaharajalela tu yg beriya2 sngat nak dtng masuk Msia..hidup mewah dari rakyat tempatan Msia..dah jadi tauke besar (dah bagi betis nak peha) rumah/ sewa tanah diblasah jer bela segala ayam & lembu wlaupun @ tmn perumahan diKL yg dah brmastautin lebih 10 tahu bukak mata wahai pemimpin Msia...ckup2 lah ehsan pun mesti ada hadnye..
Post a Comment