Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, July 26, 2015

PADAH IBU MUDA BERANAK TIGA GILA MAIN WECHAT, DIUGUT BUNUH OLEH LELAKI KALAU ENGGAN BERHUBUNGAN SEKS DI HOTEL!!!



PENGGUNA media sosial khususnya wanita masa kini lebih gemar menghabiskan masa dengan memuat naik status dan pelbagai paparan aktiviti termasuk gambar ke akaun laman sosial masing-masing.

Namun kebanyakan daripada kita tidak sedar bahaya yang datang menyusul sekiranya kita terlalu seronok mendedahkan aktiviti seharian serta butir peribadi ke alam maya.

Pengakuan ibu muda kepada ​tiga ​orang anak yang masih kecil, Erma (bukan nama sebenar) benar-benar membuka mata tentang bahaya penggunaan media sosial yang tidak terkawal.

Erma, 32, merupakan seorang pekerja sektor perkhidmatan yang menetap dan bekerja di ​Petaling Jaya.

Walaupun sibuk dengan kerjaya dan keluarga, Erma mengakui gemar menghabiskan masa yang terluang di ruang media sosial, tidak kira di Facebook, atau Twitter.

Teruja dengan aplikasi media sosial WeChat yang pada masa itu menjadi kegilaan remaja dan golongan yang gemar bersosial, Erma tidak mahu ketinggalan untuk turut mencuba aplikasi tersebut.

Pada mulanya ia hanya untuk suka-suka. Tekan sahaja butan Search Nearby (carian berdekatan), pasti berderet individu tersedia untuk ditambah sebagai kenalan.
Menurut Erma, perkenalannya dengan ​Rosman (bukan nama sebenar) bermula sejak tiga bulan ibu kepada ​tiga anak ini menggunakan aplikasi tersebut.

“Saya berkenalan dengannya (​Rosman) ketika saya masih baru menggunakan aplikasi WeChat. ​Rosman meminta saya meluluskan permintaannya untuk menjadi salah seorang daripada kenalan saya,” katanya.

Tambah Erma lagi, segala-galanya tentang ​Rosman termasuk gambar yang digunakan di profilnya adalah palsu.

​Lelaki itu tidak pernah mendedahkan gambarnya yang sebenar sehinggalah pertemuan antara mereka dirancang.​

​Ujar Erma lagi, selama perkenalannya dengan jejaka WeChat itu, R​osman menggunakan gambar seorang lelaki yang agak tampan hanya untuk mengumpan wanita untuk dijerat kemudian harinya.

Kata Erma, walaupun Rosman tersenarai sebagai salah seorang kenalan dalam aplikasi tersebut, Erma tidak pernah memulakan perbualan dengan lelaki tersebut.

“Saya tidak pernah tegur dia, biasanya dia tegur saya. Itu pun jarang sekali saya balas kerana saya terlalu sibuk dengan kerja dan keluarga.

“Saya memang ada reply (balas) mesej dia beberapa kali, tetapi ia hanya perbualan biasa, yang lama kelamaan bertukar dan berbaur lucah,” luahnya kepada penulis.

Jelas Erma lagi, perbualan antara kedua mereka tidak lagi berlangsung apabila Rosman berubah. Kerap kali Rosman menghantar pesanan menerusi Wechat untuk mengajaknya mengadakan hubungan seks di hotel-hotel mewah dan hotel bajet.

“Saya tidak layan (berbalas mesej) dia sejak dia mula minta yang bukan-bukan dari saya. Sejak itu dia mula mengugut saya dan anak-anak saya. Katanya, jika saya tidak layan dia, dia akan cari anak-anak saya dan akan bunuh kami,” ujarnya lagi.

Mengakui situasi mula memuncak, Erma yang semakin buntu akhirnya berterus terang dengan suami.

“Dia kenal anak-anak saya menerusi gambar yang dimuat naik oleh saya sendiri ke akaun WeChat saya. Bila saya kerap diugut, suami cadangkan saya buat laporan polis.

“Saya ikut cakap suami dan terus buat laporan. Kebetulan saya ada sepupu yang bekerja sebagai polis di Bukit Aman, dia membantu kami untuk menangkap Rosman,” katanya lagi.

Rancangan memerangkap Eddy dimulakan sebaik sahaja sepupu Erma, ​Amir (bukan nama sebenar) menyamar sebagai Erma dan mula membalas teks yang dihantar Rosman.

“Amir yang menyamar sebagai saya, merancang pertemuan antara kami. Sebelum berjumpa, dia (Rosman) meminta saya masukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya atas alasan untuk membayar pendaftaran masuk ke hotel tersebut.

“Mujur​ Amir bijak mencari alasan. Kata ​Amir ​bagi pihak saya​, kos tersebut akan dibayar sebaik sahaja kami berdua mendaftar masuk ke hotel tersebut.

“​Rosman​ m​ahu saya ke salah sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur di mana kami akan berjumpa di kafe hotel sebelum mendaftar masuk ke bilik hotel tersebut,” katanya.

Erma dan suami bersama beberapa anggota polis ke hotel tersebut seperti yang dirancang. Dari jauh kelihatan seorang lelaki bersusuk tubuh gempal sedang duduk santai di kafe, seolah-olah menunggu seseorang lagaknya.

Erma diarahkan Amir untuk berjumpa dengan lelaki tersebut untuk memastikan bahawa dia adalah suspek yang bakal ditahan Amir.

“Walaupun rasa tidak selesa, saya tetap berjumpa dengan Rosman. Kami bertanyakan nama masing-masing sebelum saya diminta duduk oleh Rosman.

“Selepas beberapa minit berbual kosong, Rosman mengajak saya untuk check in (mendaftar masuk) ke hotel. Ketika kami bangun dari tempat duduk masing-masing, Rosman ditahan polis,” katanya lagi kepada penulis.

Rosman ditahan beberapa hari oleh polis bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut, bagaimanapun menurut Erma, dia dibebaskan atas jaminan polis.

Sejak itu, Erma tidak menerima gangguan dari ​Rosman lagi. (SUMBER)


4 comments:

Anonymous said...

protect them from anything that bad o my lord........

Anonymous said...

memburukkan lagi ketidaksamaan dalam kebajikan rakyat. Bagi MTEM, bab Pelaburan ini tidak perlu ada sama sekali dalam TPPA dan jika ada pun, definisi ‘pelaburan’ itu perlu diperjelaskan, dan perlu terhad kepada sesetengah projek sahaja. Selain itu, TPPA juga tidak patut menentukan peraturan dalam aliran modal di mana-mana negara, dan kita juga perlu dibenarkan menentukan sendiri cara kerajaan melayan pelabur luar dan syarikat domestik. Peruntukan untuk layanan adil dan sama rata juga tidak perlu ada dalam TPPA. Perlu diakui pemain industri dalam negara memerlukan perlindungan kerajaan daripada diratah hidup-hidup oleh firma gergasi antarabangsa yang hanya menunggu masa untuk menerkam kita!

Perjanjian

ISDS

Hakcipta

Ubat-ubatan

Peluang Pekerjaan

Syarikat #janganjualnegara.www.janganjualnegara.com

Anonymous said...

ghalang negara lain dari melakukan perkara sama seperti Australia. Dengan menggunakan kes ini sebagai rujukan, Philip Morris International pula memfailkan saman terhadap kerajaan Australia, bukan di mahkamah Australia, tetapi di mahkamah antarabangsa dengan menggunakan mekanisma Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS). Mekanisma ini membolehkan syarikat antarabangsa mendapatkan pampasan besar dari sesebuah negara yang memperkenalkan undang-undang yang dirasakan merugikan pihaknya. Kes ini masih berjalan. Jadi, jika Malaysia menandatangani TPPA, kita juga mungkin menerima kesan sama seperti Mexico dan Australia. Dasar afirmatif seperti keistimewaan kepada Bumiputera yang diamalkan Malaysia juga boleh dipertikaikan di bawah TPPA. Selain itu, bab pelaburan yang dicadangkan AS juga memberikan pelabur asing hak untuk mencabar negara TPPA yang cuba atau telah memperkenalkan kawalan modal atau peraturan kewangan lain yang tujuannya semata-mata untuk memasstikan kestabilan ekonomi kepada negara. Malaysia memperkenalkan kawalan modal selepas kegawatan ekonomi pada 1997 apabila Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyedari krisis kewangan itu berpunca daripada konspirasi penyangak matawang sehingga hampir meruntuhkan ekonomi negara. Di bawah TPPA, jika kita menandatangani versi yang sedang dirundingkan kini, tidak mungkin kita dapat melindungi ekonomi kita menggunakan cara sama jika ia sekali lagi diserang penyangak mata wang, sekali gus mendedahkan negara kepada manipulasi dunia kewangan yang semakin canggih hari ini. Kebimbangan terhadap perkara ini menyebabkan lebih 100 pakar ekonomi dari sekitar Asia Pasifik dalam surat pada 2012 memberi amaran kepada kerajaan masing-masing mengenai bahaya peruntukan dalam perjanjian itu terutama isu kawalan modal. Dalam bab Perkhidmatan Kewangan di bawah TPPA pula, terdapat kebimbangan yang peruntukannya akan memaksa Malaysia membenarkan kemasukan bank luar tanpa sebarang kekangan. Mengikut kertas kerja Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 2006, kehadiran bank gergasi di negara membangun akan menyebabkan penurunan dalam pinjaman kepada sektor swasta kerana bank besar lebih gemarkan syarikat multinasional dan firma besar daripada memberikan pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana. Jadi akhirnya, kehadiran bank asing mempunyai akan

Anonymous said...

Apa Itu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) Dan Kenapa Kami Membantah?

Trans Pacific Partnership Agreement atau Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik adalah salah satu cara lain untuk kepentingan-kepentingan korporat US mengongkong negara-negara yang sedang membangun dari sudut geo-politik. Dalam hal ini, di kawasan Asia-Pasifik. Sebenarnya, apa saja cadangan dari Amerika Syarikat dalam perjanjian ini akan menguntungkan kepentingan-kepentingan korporat dari Negara itu, dan akan merugikan kita. Mereka mengatakan ia adalah perdagangan bebas; tapi ia adalah perdagangan yang tidak bebas dan tidak adil; cuba dikawal ketat melalui undang-undang antarabangsa. Apa yang dikehendaki dari persefahaman ini adalah supaya mereka dapat peluang monopoli perolehan kerajaan dan pasaran Malaysia selepas ia dibuka kepada syarikat asing tanpa kawalan. Malah, Amerika yang dikuasai oleh gergasi-gergasi korporat ingin meletakkan kepentingan syarikat-syarikat pelabur lebih tinggi daripada kepentingan rakyat dari pelbagai aspek kehidupan, seperti hak untuk kesihatan dan hak untuk mengawal maklumat (hakcipta dan paten). Malangnya, kita adalah antara 12 negara yang bakal sewenang-wenangnya bersetuju untuk menerima dasar-dasar TPPA ini. 12 negara tersebut adalah Australia, Brunei, Chile, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, Amerika Syarikat, Vietnam, Jepun dan Malaysia. Ia masih terbuka kepada negara-negara lain untuk sertai. US sedang giat berkempen untuk ini. Ada 29 bab yang berasingan, yang digubal secara penuh kerahsiaan, tidak telus, dan tidak dibuka kepada pengetahuan orang awam malahan kepada wakil rakyat dan menteri-menteri yang lain. Hanya Kementerian Perdagangan sahaja yang mempunyai akses penuh. Namun kita boleh jangkakan lebih 80% daripada perjanjian ini adalah sama seperti perjanjian antara US dengan negara-negara lain (contohnya Singapura, Colombia, Peru dll) begitu juga ada banyak persamaan dengan NAFTA (north america free trade agreement) dan CAFTA (central america free trade agreement). Telah terbukti perjanjian-perjanjian sebelum ini GAGAL untuk menaik-taraf kehidupan rakyat biasa di Negara-negara yang menandatangani perjanjian seperti TPPA sebelum ini, dan hanya menguntungkan korporat-korporat besar dan dari negara kaya. Yang kaya akan lebih kaya dan yang miskin akan terus dihimpit kemiskinan.

#janganjualnegara...www.janganjualnegara.com

 
Blogger Templates