Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, July 4, 2015

THE WALL STREET JOURNAL PERTAHAN LAPORAN DAN DAKWA ADA BUKTI-BUKTI KUKUH WALAUPUN PERNAH DISAMAN TIGA KALI OLEH SINGAPURA KERANA BERBOHONG!!!



Wall Street Journal (WSJ) mempertahankan laporannya bahawa berjuta-juta dolar AS disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menyatakan bahawa siasatan mereka adalah berdasarkan dokumentasi yang kukuh.

Ketua Biro jurnal itu di Hong Kong, Ken Brown berkata siasatan dilakukan dengan sangat serius kerana ia melibatkan tuduhan terhadap pemimpin tertinggi negara.

"Kami sangat berhati-hati dan kami percaya siasatan dan dokumen-dokumen yang kita ada adalah kukuh dan datang daripada penyiasatan yang boleh dipercayai dan bukan siasatan politik.

"Dokumen-dokumen yang kita lihat telah dikongsi dengan Peguam Negara Malaysia dan yang lain-lain dalam kerajaan. Ia telah dilihat oleh Perdana Menteri," Brown memberitahuCNBC dalam satu wawancara pada Sabtu.

Najib telah menafikan penemuan WSJ pada Jumaat, dengan menyatakan bahawa ia adalah satu muslihat politik oleh lawan-lawannya untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.

Brown berkata tindak balas yang ditawarkan oleh Perdana Menteri dan pejabat beliau adalah hampir sama apabila mereka membuat laporan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini.

"Mereka (Pejabat Perdana Menteri) telah menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak mengambil apa-apa dana untuk kegunaan peribadi...mereka kata lawan politik beliau telah tampil dengan dengan cerita ini untuk menjatuhkannya.

"Mereka menyatakan perkara yang sama dari awal cerita kita mengenai 1MDB. Reaksinya adalah sama," katanya kepada CNBC.

Ditanya sama WSJ tahu tentang dari mana sumber wang itu diperolehi dan ia telah digunakan untuk apa, Brown berkata bahawa mereka 'tahu apa yang mereka tahu', sambil menambah bahawa wang yang dijejaki berakhir dalam akaun bank dengan nama Perdana Menteri di atasnya.

"Kita tahu apa yang kita tahu. Sejumlah wang telah datang dari satu unit di Kementerian Kewangan dan sejumlah wang lagi datang melalui bank swasta yang bergabung dengan Abu Dhabi.

"Ke mana wang itu pergi, kita tidak tahu. Jejak kita berakhir di akaun bank dengan nama Perdana Menteri di atasnya," katanya.

Dalam laporannya pada Jumaat, WSJ berkata daripada siasatan dan dokumennya, dilihat bahawa sejumlah AS$700 juta (RM2.7 bilion) telah dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013.

1MDB dan Pejabat Perdana Menteri telah sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut, dengan Najib menyalahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersubahat dengan sekutu asing untuk mencemarkan imejnya. (sumber)


7 comments:

Anonymous said...

Kita berjaya memecah belahkan Dato’ Sri Dr.Mahathir Mohammad dengan Dato’ Sri Anwar Ibrahim, kumpulan Abdullah Ahmad Badawi dengan Kumpulan Najib Tun Razak. Kita juga boleh mendedahkan kegiatan-kegiatan malam pemimpin-pemimpin UMNO dengan kata-kata" sindiran "dan" kenyataan"yang mengandungi makna "tersirat.".HEADBOMB.BLOGSPOT

Anonymous said...

Saya sebagai orang Cina, sangatlah bergembira untuk memberitahu anda bahawa salah satu sebab penyingkiran itu adalah jarum dan tindak-tanduk teman-teman kita Gerakan dan MCA di dalam Barisan Nasional dan DAP dari luar. Sekarang tibalah masanya untuk kita menanam "perasaan benci"di kalangan orang-orang Melayu terhadap pemimpin mereka.

Kalau kita bijak menjalankan operasi kita, kita akan berjaya mengasingkan Perdana Menteri "sekarang ini" yang terlalu jujur menjadi seorang ahli politik. Kalau kita orang-orang Cina bersatu.HEADBOMB BLOGSPOT. RAHSIA TERSEMBUNYI PARTI DAP YANG TIDAK DIKETAHUI OLEH BANGSA TERHEBAT &TERAGUNG MELAYU.

Anonymous said...

THE ENEMY OF ALLAH SPREAD THE MENTALITY OF WEAKNESS AND LOSING AMONG THE MALAYS MUSLIMIN UMMAH EVERYWHERE,ANYTIME,AND ANY POSSIBLE WAYS THEY CAN TO DESTROY THIS GREAT MALAYS UMMAH.......................................................

Anonymous said...

Adakah NAJIB tidak pernah berbohong? 1Malaysia masih tak lupa....

Anonymous said...

Ayooo, Apaaa, apa sudah jadi, Najib istihar perang sama Tun Mahathir, boleh kasi lupa usaha perdamaian antara mereka. Sekarang rakyat perlu desak Najib angkat Tindakan undang2 untuk bersih nama sendiri. Adakah mungkin PM INi lagi takut angkat action, cause he afraid from Hide hide can be widely open his guilt. Kita boleh tau sebab dia punya cabinet seperti timbalan PM pun sudah cakap, kalau You yakin you tak salah you must defend yourself. Timbalan PM tak de sebut pun ini tuduhan sebagai fitnah pun kerana dia sendiri sudah tengok itu information memang boleh pakai punya... Itu pasal Tun Mahathir dari awal sudah confident ini Najib akan tumbang di atas salah laku kewangan beliau. SAtu botak Salah laku lesap wang, satu lagi dia kawan lama, salah laku sex. INi macam Malaysia boleh bikin election cepat sikit supaya kita dapat baru PM yang lebih boleh dipercayai...

Anonymous said...

Singapura saman tu menang ke? atau sekadar saman mcm AlJub saman, atau UMNO saman.... lepas sebulan, tarik balik... poooodah.

Anonymous said...

AKU TERASA AMAT KECEWA DENGAN PASUKAN KHAS PEGUAM NEGARA YANG BEGITU TANGKAS DAN PANTAS MENYERBU 3 SYARIKAT YANG DIKATAKAN ADA KAITAN DENGAN KENYATAAN AWSJ.. NAMUN KELEMBAPAN DAN KEBAPUKAN YANG AMAT KETARA APABILA ADA KENYATAN TENTANG SALAHLAKU PEMIMPIN PEMBANGKANG SPT ISU BALAK HARAM, TEROWONG, PELACURAN, UGUTAN DAN LAIN-LAIN. SI KITOL DAN MANDELIAR BETUL ORANG MELAYU NI..

 
Blogger Templates