Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, September 7, 2015

LIM LIP ENG BAGI ALASAN, RM65,000 YANG DITUNTUT DARI BERSIH 4.0 ADALAH UNTUK BAIKI KEROSAKAN PADANG DATARAN MERDEKA KERANA PERARAKAN HARI KEBANGSAAN... BUKAN SEBAB SAMPAH BERSIH 4.0!!!



Kebudak-budakan. Inilah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan sikap Bersih yang enggan membayar bil tuntutan DBKL dan juga tindakan mereka mempersendakan pegawai-pegawai yang telah tersilap menghantar surat tuntutan tersebut.

Bersih telah berjanji untuk membersihkan kekotoran yang mereka tinggalkan sebelum meninggalkan lokasi perhimpunan. Ini adalah satu pembohongan. Saya ada gambar-gambar yang menunjukkan segala timbunan sampah dan juga kerja-kerja pembersihan yang telah dilakukan oleh kakitangan Alam Flora.

Bukan sahaja Bersih telah gagal untuk membersihkan kekotoran yang mereka tinggalkan, mereka juga gagal untuk menghalang penyokong-penyokong mereka dari membuang air kecil di merata tempat, jelas menunjukkan sikap mereka yang melanggar adab kesopanan dan juga mengabaikan kebersihan awam. Saya telah mengarahkan Alam Flora untuk menggandakan usaha mereka dalam membersihkan bau kencing demi menjaga keselesaan rakyat Malaysia yang pergi ke perarakan Hari Kebangsaan keesokan harinya.

Untuk menambahkan lagi sikap kebudak-budakan mereka, Bersih kini mempersendakan insiden salah alamat apabila pegawai saya cuba menghantar bil kerja-kerja pembersihan tersebut.

Alamat Bersih seperti yang tertera dalam halaman Facebook mereka adalah 13, Lorong 4/48e, Petaling Jaya.


Pegawai-pegawai saya telah ke lokasi yang betul namun malangnya Bersih 2.0 tidak memaparkan sebarang papan tanda untuk menunjukkan bahawa itu adalah pejabat mereka. Pegawai-pegawai saya telah tersilap rumah, iaitu rumah yang betul-betul di sebelah pejabat Bersih 2.0 (lihat gambar yang dilampirkan).

Kesilapan ini boleh terjadi kepada sesiapa pun. Ia adalah satu kesilapan kecil dan pegawai saya telah pun menjelaskan kekhilafan beliau dalam akaun Twitter beliau pada hari kejadian tersebut. Rumah yang salah itu bukannya berada di jalan yang lain atau pun dalam tempat lain di Petaling Jaya. Rumah tersebut hanya terletak di sebelah kanan pejabat Bersih.

Setelah menyedari kesilapan tersebut, pegawai-pegawai saya telah sekali lagi pergi ke lokasi tersebut dan kali ini mereka pergi ke alamat yang betul. Alamat yang betul itu juga nampaknya seolah-olah kosong, dan tiada siapa berada di sana untuk menerima bil tersebut.

Saya tidak akan ditakut-takutkan oleh sikap dan jenaka Bersih 2.0. Bil kerja-kerja pembersihan tersebut harus dan akan diserahkan kepada mereka. Dan mereka perlu membayar tuntutan tersebut memandangkan Maria Chin pernah berkata mereka berjaya mengutip RM2.4 juta daripada awam untuk membantu mereka menganjur dan mengurus perhimpunan haram tersebut. Saya cukup pasti yang bil berjumlah RM65,000 itu tidak sedikit pun akan menjejaskan dana mereka yang berjumlah jutaan ringgit itu. Sikap mereka yang enggan membayar juga jelas menunjukkan mereka sengaja mempermain-mainkan penderma-penderma.

Apa pula lagi selepas ini?

Jika Bersih terus berkeras untuk tidak membayar bil tuntutan tersebut, pada perhimpunan haram seterusnya yang mereka anjurkan, mungkin saya patut menghantar segala sampah sarap yang mereka tinggalkan itu di depan pejabat mereka. Jika ini berlaku, saya jamin kali ini saya akan hantar sampah sarap tersebut ke alamat yang betul! - (FB RAHMAN DAHLAN)


SEMENTARA ITU....

Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng dengan muka tebal setebal kulit babi menyatakan, RM65,000 yang dituntut dari BERSIH 4.0 itu sebenarnya adalah untuk memperbaiki kerosakan padang rumput di Padang Dataran Merdeka kerana perarakan Hari Kebangsaan. (BACA DI SINI)

Perhatikan perangai puak-puak DAP ini. Tanpa segan silu, mereka segera menyalahkan pihak lain. Malah mereka sengaja mewujudkan alasan yang mereka sempat fikirkan walaupun tidak logik semata-mata untuk melepaskan diri.

Ia samalah seperti ketika Komunis cuba menjajah negara ini dan membentuk satu Empayar Komunis Raya dari Negara China sehingga keseluruhan Asia Tenggara. Alasan yang diberikan ialah untuk memerdekakan negara ini, sedangkan mereka sendiri adalah penjajah.

Menariknya, alasan sebegitu boleh pula diterima tanpa perlu berfikir panjang.

BERSIH dan DAP seringkali menyatakan pihak lawan mereka sebagai tidak bertanggungjawab dan zalim serta melakukan tekanan. Bagaimanapun, berdasarkan apa yang dapat dilihat, sebenarnya, merekalah yang paling tidak bertanggungjawab, paling zalim dan seringkali menggunakan pelbagai alasan untuk mengelak.

Orang lain punya kesalahan mereka sungkit dan umpil tetapi kesalahan mereka sendiri, mereka tutup dan cuba alihkan kepada orang lain.

Perangai tipikal puak-puak ini... mereka akan memberikan tekanan dan cuba mewujudkan perasaan bersalah kepada orang lain tetapi apabila terbukti yang mereka sebenarnya bersalah, mereka cepat-cepat mencipta alasan lain untuk mengelak.

Peliknya, ramai pula yang amat menyanjungi DAP walaupun di kalangan yang mengaku mereka tersangat pandai dan bijaksana!!!

3 comments:

Anonymous said...

yang terus jadi penajah kat tm ia adalah british dan ditinggalkan kepada anak didik depa pada puak amono
teruslah perintah pakai hukum penjajah
hukum Islam diketepikan
amano apako apakono

Anonymous said...

Aku dah makin meluat dengan perangai Cina di malaysia ni, Sampai bila aku boleh sabar aku pun tak tahu

Anonymous said...

Samalah dengan aku....kalau dahulu aku bersangka baik dengan cina sebab aku kasihan kerana tidak ramai kawan tetapi sekarang susah mahu cakap lah silap silap kena penangan.

 
Blogger Templates