Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, March 13, 2016

DUA ADUN PKR YANG DIPECAT GUAN ENG, TIDAK BERANI DIBELA... MAHATHIR KENA PECAT DARI PETRONAS, DIBELA, DISANJUNG!!!



Dah lama juga cerita Ahli Parlimen Padang Serai yang tidak balik kawasan dan mengambil tahu tentang rakyat yang diwakilinya, tidak kedengaran. Walaupun berita tentangnya ada juga sesekali disebut terutama dalam beberapa kes mahkamah, tetapi yang pasti sudah lama kita tidak mendengar dia bercakap tentang politik bahlolnya.

Tup-tup, semalam dia bercakap balik. Tak salahlah sebab dia memang ahli politik dan dia juga adalah Naib Presiden PKR yang perlu terus berada dalam jarak atau lingkungan isu-isu semasa agar dia kekal relevan.

Tapi yang kelakarnya dia terlupa bahawa orang yang sedang dibelanya, adalah punca dia menjadi Ahli Parlimen dan terjebak dalam politik. Orang yang disokongnya sekarang adalah MUSUH UTAMA bukan sahaja kepada partinya, tetapi juga kepada para pemimpin PKR yang tidak pernah susut dengan pelbagai cerita Mahathir kerana bagi mereka, Mahathir adalah figura yang paling banyak dosanya terutama kerana memenjarakan Anwar Ibrahim atas kesalahan salahguna kuasa dan liwat.

N.Surendran mendesak agar Dr. Mahathir dikembali jawatannya oleh Kerajaan sebagai Penasihat PETRONAS. Jawatan Penasihat PETRONAS yang disandang oleh Dr. Mahathir telah dilucutkan oleh kerajaan apabila jemaah menteri secara sebulat suara mendapati Dr. Mahathir tidak lagi menyokong kerajaan dan kerana itu, dia tidak lagi layak menyandang jawatan berkenaan.

Katanya, tindakan memecat Dr. Mahathir itu adalah tidak wajar, melanggar undang-undang dan boleh dicabar di mahkamah.

Hebat betul Dr. Mahathir kerana berjaya membuatkan seorang India yang amat membencinya sehingga mampu menjadi Ahli Parlimen Padang Serai bertukar menjadi seorang penyokong yang bercakap dari segi undang-undang tetapi pada masa yang sama, gagal membantu dua orang rakan setugas dari partinya sendiri yang dipecat oleh Lim Guan Eng.

Bulan lalu, Lim Guan Eng memecat dua orang ADUN PKR, Adun Kebun Bunga Cheah Kah Peng dan Adun Bukit Tengah Ong Chin Wen. Kedua-duanya memegang jawatan pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) dan mereka dipecat ekoran kegagalan mereka menyokong Lim Guan Eng dalam isu tebus guna tanah di Pulau Pinang.

Suara N.Surendran langsung tidak kedengaran. N.Surendran seperti kisah dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang walaupun Lim Guan Eng dikatakan bersikap tidak adil dan mencabuli 'perjanjian' Pakatan Harapan yang melibatkan DAP-PKR-PAN.

Kenapa tindakan Guan Eng tidak dikatakan sebagai melanggar undang-undang dan boleh dipertikaikan di mahkamah? Mengapa N.Surendran tak desak agar jawatan-jawatan tersebut dikembali kepada ADUN Kebun Bungah dan ADUN Bukit Tengah?

Kenapa hanya berani dengan Najib tetapi tidak berani dengan Lim Guan Eng?

Takut Lim Guan Eng maki dan kemudian boikot dia ke?

Bodoh punya Ahli Parlimen!

Orang parti sendiri tidak dibela, yang disibukkan adalah musuh yang kini jadi bekas musuh partinya!



2 comments:

Anonymous said...

Selame ni sya blog yg salah ...ckp/tulis/ulasan Dan kupasan isu politik mmg brdegor-degor,syg rupenye ..makang dedak..Aduss .

Anonymous said...

Alahai...pariah pondan loyar buruk. Geli bila pondan ni atau geng pondan dia tiang chuak atau kakak segala pondan rafizi aww diberi peluang bercakap di Parlimen.

Kenapa MP dari pkr kebanyakkannya geng pondan lgbt? Adakah pkr sebuah parti khusus untuk pondan2? Adakah pondan2 tersebut mendapat tempat dalam parti pkr kerana ketua umum adalah KING PONDAN TUA di Malaysia?

 
Blogger Templates