Pada mulanya, komunikasi Twitter Bung Mokhtar hanyalah dengan Latheefa Koya. Semuanya bermula apabila Bung Mokhtar secara sinis mengatakan, dia terkejut kerana selepas Demonstrasi BERSIH 5.0, dia masih melihat Najib Abdul Razak kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Kenyataan Bung Mokhtar itu, disahut oleh Latheefa Koya yang mengatakan, Bung Mokhtar tidak seharusnya berpura-pura terkejut kerana 'seluruh dunia tahun BN rakus, MO1 tu siapa. Kulit tebal tak bermakna hebat. Maknanya tak malu.'
Maksud Latheefa Koya, walaupun demonstrasi BERSIH 5.0 berjaya, dek kerana tidak tahu malu, Najib masih lagi bergayut pada jawatan Perdana Menteri walaupun dakwanya satu dunia tahu tentang kerakusan BN dan MO1 yang dituduh melakukan rasuah serta penyelewengan.
Bung Mokhtar kemudiannya memberitahu Latheefa Koya, kalau benar seperti yang didakwa oleh peguam PKR itu, tunggulah PRU-14 akan datang untuk lawan, bukannya dibuat demonstrasi.
Latheefa Koya kemudiannya mempersoalkan tentang 'tuntutan rakyat' iaitu pilihanraya yang adil dan telus. Katanya, kalau nak lawan, kenalah pastikan pilihanraya itu adil dan bersih. Latheefa Koya bagaimanapun tidak menyentuh langsung tentang wakil-wakil parti pembangkang di pusat-pusat undi yang memantau proses pengundian, malahan pengiraan sedangkan wakil-wakil tersebut dilantik oleh parti mereka sendiri.
Lantas dibalas oleh Bung Mokhtar, seandainya pilihanraya di Malaysia sepertimana yang dituduh oleh Latheefa Koya, sudah pastilah Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang tidak jatuh ke tangan parti pembangkang.
Dibalas pula oleh seorang penyokong Latheefa Koya, sekiranya pilihanraya di Malaysia adil, sudah lama BN menjadi pembangkang. Dengan kata lain, keadilan sesebuah pilihanraya di Malaysia itu hanya berlaku apabila kemenangan berpihak kepada pembangkang. Kalau berpihak kepada BN, ianya tidak adil dan dilakukan secara penipuan. Sekaligus turut menuduh wakil-wakil parti pembangkang dalam proses pengundian dan pengiraan undi itu sebagai penipu serta telah dirasuah oleh BN.
Latheefa Koya kemudiannya berkata, sokongan ke atas Pakatan terlalu kuat dan BN tidak mungkin dapat membayar semua. Lantas diberitahu oleh Bung Mokhtar bahawa jatuh bangun sesebuah kerajaan itu adalah KERJA ALLAH TAALA.
Ternyata, kenyataan Bung Mokhtar itu menaikkan kemarahan Latheefa Koya yang menuduh Bung Mokhtar cuba tunjuk alim hanya kerana menyebut 'KUASA ALLAH', malah turut menuduh Bung cuba berlagak sebagai Nabi yang tidak faham 'bahasa rakyat'.
Selepas itu, Bung Mokhtar dihujani dengan provokasi dan maki hamun.
Kesudahannya ialah, Bung Mokhtar barangkali tidak dapat menahan sabar setelah teruk diprovokasi dan dimaki hamun oleh para penyokong Latheefa Koya, membuatkan dia membalas tweet mereka dengan menggunakan bahasa kasar yang kemudian digunakan oleh penyokong-penyokong Latheefa Koya sebagai bukti kononnya Bung Mokhtar seorang yang biadap!
7 comments:
Lathefaa koya tu sapa...oh keturunan Si kitol..tu yer...dia ni ke yang bersekedudukan.dgn..surindran tu ke...oh..dah faham
Bung Mokthar
Kamu mesti bn telah memerintah ng hampir 60.Penuh dgn muslihat.Ada yg wajar ada yg dayus.Hanya Allah saja yg akan membalasnya.Konon tunggu pilihanraya.Kalau tak tipu bn tak boleh menang lah.Contoh,.seawal menetapkan kerusi dun pun dah mula menipu.Adun ditambah diSarawak dan di Sabah , berapa banyak?kenapa nak wakil beruk, gajah
. .tukarlah jwt dari yb kpd wb-wakil binatang!Di Malaya ni ramailagi manusia yg perlu diberi perhatian dan diwakili.Tapi kau org tak tambah kerusi.Kenapa?Itu aku kata tipu yg melambangkan dayusnya bn.Modal kau org ikut peruntukan perlembagaan dll lagi . . .alasan orang pengecut!Lepas dipilih rakyat, memerintah pula stail setan , undang2 Allah di pelecehkan saja.Hampir 60 tahun berkuasa.Tapi nasib bangsa yg konon dibela, masih ditakuk lama.Rasuah memuncak merata2.Kau tak malu ke Bung Mokhtar?Kau tak terfikir yang Allah boleh cabut anytime.Kau tak takut ke Bung?
padan dengan mukanya yang hodoh tu...sama ngan perangai.
Lathefa koya
Khayalke?
Baik ganti bung moktar dengan orang utan sebagai ahli parliamen kinabatangan.Lebih mulia.
Kalau UMNO menangpun kita tahu mereka menipu dlm pilihanraya. Harap bekas pengerusi SPR boleh jelaskan perkara ini.
i will always vote for BN. Dulu aku memang respect pada Tun Dr Mahathir. Tapi sekarang tidak. Kerana yang aku sokong adalah perjuangan. Bukan individu itu sendiri. Aku bukan taksub padanya. Bila mana TDM menyokong pembangkang, aku sedar ianya tindakan yang salah.. Aku percaya doa arwah pemimpin PAS dahulu untuknya telah dimakbulkan. Ya, memang "Melayu mudah lupa" kata TDM.
Adalah sangat memalukan bilamana dikatakan sebuah pilihanraya itu adil jika hanya pembangkang yang menang. Sedangkan jika pembangkang kalah, ianya pilihanraya yang tidak adil. Jwapan yang diberikan Bung Mokthar sangat tepat.
Mulanya aku juga membodohkan DSN berkenaan penipuan tentang RM2.6B dalam accountnya yang pada mulanya dia tidak mengaku. Namun setelah berfikir berkali2, aku percaya duit 2.6B dalam account Dato Seri Najib adalah dari sumber yang betul. Mana mungkin seorang yang telah merompak duit sebanyak itu memasukkan duit itu ke dalam account sendiri? Kita tidak berbincang berkenaan RM 2.60 atau RM260,000. Adakah dia seorang yang bodoh? Paling tidak pun dia akan guna account orang lain untuk coverup. Itu logik yang akan digunakan seseorang yang merompak duit sebanyak itu kerana tidak mahu ditangkap.
Isu ini hanya menjadi gempar selepas pertemuan DSN dengan Obomba (main golf bersama semasa Kelantan banjir besar). Adakah ada perbincangan disitu yang kita semua tidak tahu? Perbincangan yang tidak menjadi, yang mana menyebabkan isu ini dibongkarkan? Ini adalah satu permainan politik. Anda tahu kelemahan lawan, gunakan ia untuk menjatuhkan lawan anda.. Munkin duit itu memang "didermakan" untuk Islam di Malaysia. Obomba tahu berkenaan duit itu, deal tidak menjadi, jalan penyelesaiannya, bongkarkan kelemahan lawan anda. Mudah bukan??
Kesimpulannya, pembangkang hanya mahukan kuasa dari segi politik kerana kuasa ekonomi memang telah dikuasai oleh mereka sejak dahulu. Jika Politik & ekonomi dikuasai oleh mereka, apa yang tinggal? Saya percaya, harga barang masih tidak akan turun walaupun pembangkang menang kerana jika mereka hendak turunkan, sekarang ini pun mereka boleh turunkan.
Post a Comment