Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, January 28, 2017

BENAR-BENAR TERDESAK SAMPAIKAN KIT SIANG TERPAKSA UGUT NAK SAMAN HADI AWANG!!!



2 Februari semakin hampir. Tarikh di mana Parti Cap Bunga yang akan diwakili oleh Mukhriz Mahathir bersemuka dengan kepimpinan PAS, sekaligus memujuk PAS untuk menyertai Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP untuk bekerja bagi pihak DAP, PKR, Cap Bunga dan PAN bagi tujuan PRU-14 nanti.

Mahathir dan Muhyiddin sudah berulang-ulang kali menyatakan harapan agar hanya satu wakil atau calon dari kelompok pembangkang untuk berhadapan dengan calon-calon Barisan Nasional.

Para pentaksub dan penyokong Mahathir sudah pun menyatakan, PAS seharusnya mengundurkan diri bagi memberi peluang kepada Cap Bunga di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS secara tradisi tetapi sentiasa kalah kepada UMNO-BN.


Berbanding PAS yang telah pun mempunyai kelompok penyokong tegar yang cukup setia dan istiqamah dengan perjuangan mereka, Cap Bunga pula dianggotai oleh bekas-bekas ahli serta pemimpin UMNO yang kecewa dan mahu mengejar kuasa dengan pantas.

Malah berbanding PAS yang telah pun mempunyai kerusi-kerusi Parlimen mahupun DUN yang akan ditandingi secara peribadi, Cap Bunga dan PAN pula terpaksa mengemis kasih sayang dan belas ihsan daripada DAP dan PKR.

Menjadikan PAS sebagai sasaran mudah untuk mendapatkan kerusi, DAP berkompromi dengan Mahathir untuk memperdayakan PAS.

Bagaimanapun, reaksi yang diberikan oleh Presiden PAS pula nampaknya menyukarkan Cap Bunga dan Mahathir sendiri untuk memomokkan kepercayaan bahawa PAS telah lemah dan boleh dipergunakan dengan sewenang-wenangnya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh DAP dan PKR ke atas PAS.

PAS nampaknya lebih tegas kali ini apabila secara tidak berselindung menyatakan, tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Cap Bunga.


Barangkali kerana geram dan marah itulah, Lim Kit Siang cuba menakut-nakutkan Presiden PAS dengan ancaman saman menggunakan alasan Presiden PAS itu telah menfitnah DAP dan Lim Kit Siang sebagai pembenci umat Islam, agama Islam dan orang Melayu.

DAP dan Lim Kit Siang tidak pernah mengaku mereka membenci Islam dan Melayu walaupun tindak tanduk mereka, termasuklah konsep Malaysian Malaysia yang dicipta 10 tahun selepas mereka diberikan status kewarganegaraan negara ini, terus dipegang sehingga ke hari ini sepertimana yang terdapat dalam Pengisytiharan Setapak dalam Kongres Kebangsaan Pertama DAP di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967. DAP tetap mengakui mereka sebagai rakyat Malaysia sejati yang mencintai negara ini walaupun sebahagian besar daripada pemimpin dan ahli mereka gagal menguasai Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan, bahkan memandang rendah Bahasa Melayu selain cukup kuat berkempen menentang Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.


Di sebalik pujukan agar PAS bersama-sama mereka, Mahathir dan Kit Siang tidak menyembunyikan rasa benci dan permusuhan terhadap PAS. Desakan dmi desakan dibuat agar PAS menurut kehendak Kit Siang dan Mahathir.

Perkembangan terbaharu selain pertemuan yang dirancang pada 2 Februari, bakal memberikan impak yang sangat besar, terutama sekali di kalangan kepimpinan Pakatan Harapan yang turut melibatkan Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz.


1 comment:

Anonymous said...

Saman la...biar trbongkar sikap sebenarnya di mahkamah nanti.

 
Blogger Templates