Apatah lagi DAP yang merupakan TAIKO BESAR u-TUrN Mahathir telah pun menzahirkan kebimbangan tentang para pengundi Cina yang mungkin sudah bosan kerana dua kegagalan iaitu pada PRU-12 dan PRU-13 untuk menguasai Putrajaya menyebabkan mereka 'memulaukan' dan malas untuk keluar mengundi pada PRU-14.
DAP sendiri mengakui, lebih 10% pengundi Cina tidak keluar mengundi bermakna mereka akan kehilangan banyak kerusi Parlimen.
Biarpun PKR menerusi Rafizi Ramli cuba menyedapkan hati dengan menyatakan, PAS akan kalah teruk, sekaligus menyediakan banyak kerusi Melayu untuk Pakatan Harapan, tetapi keyakinan tersebut kurang kukuh memandangkan PAS dan para pengikut serta pemimpinnya adalah dari jenis istiqomah dengan perjuangan.
PAS yang sudah biasa kalah masih berpegang kepada pendapat Almarhum Ustaz Fadhil Nor yang mengatakan, kemenangan adalah luar biasa bagi PAS tetapi bukanlah luar biasa bagi sebuah perjuangan seperti yang pernah dan sering dilalui oleh PAS.
Forest City sebenarnya diinisiatifkan pada tahun 1993 dan digerakkan secara agresif oleh Muhyiddin yang merupakan Menteri Besar Johor tetapi kemudian 'tergendala' kerana isu tertentu yang menyebabkan Muhyiddin terpaksa dipindahkan ke Pusat. Apabila Forest City diteruskan dan bahagian-bahagian tertentu untuk puak-puak berkenaan tercantas di bawah pentadbiran Najib dan pengtakhtaan KDYMM Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor, itu yang pakat mengamuk habis terutama sekali Mahathir.
Forest City itulah yang dijadikan modal untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia kononnya negara akan tergadai. Tanah dijual sewenang-wenangnya untuk dimiliki oleh warga asing, walaupun hakikatnya yang terjual dan ditawarkan pemilikan kepada warga asing adalah unit-unit strata, bukannya daratan.
Selepas isu 1MDB yang semakin jauh daripada gapaian untuk menjatuhkan Najib, apatah lagi dengan perubahan besar DOJ yang sebelum ini diharapkan dapat memalukan Najib, tumpuan diberikan kepada Forest City.
Barangkali skopnya lebih besar kerana ia membabitkan hartanah. Apatah lagi kegilaan masyarakat Cina dengan hartanah, mudah dimanipulasikan dengan acuman kononnya, kepentingan mereka akan terjejas dengan kemasukan pemodal-pemodal dan pelabur-pelabur dari China yang bukan sahaja lebih genuine tetapi lebih besar dana yang dimiliki.
Itulah sebabnya, Mahathir langsung tidak berani menyentuh tentang Gold Coast, Australia, Long Beach, Palm Beach di Amerika Syarikat, Dubai dan beberapa hub ekonomi serta 'rumah kedua' di bahagian dunia lain yang dipenuhi dengan expatriate atau pelabur asing yang memiliki hartanah tetapi negara-negara berkenaan tidak pula tergadai terutama kepada pelabur-pelabur dari China sebagaimana yang didakwa berlaku di Malaysia.
Namun, satu kelebihan yang dimanipulasi oleh u-TUrN Mahathir dan DAP ialah kebenakan masyarakat Malaysia dalam menghadam sesuatu isu kerana terlalu bergantung kepada persepsi dan hearsay selain terlalu bersangka buruk dengan sebarang penjelasan dari pihak kerajaan.
Setelah melihat kejayaan menghasut sebahagian besar orang Melayu untuk percaya Kerajaan Najib dan Kerajaan Negeri Johor menjual negara kepada China, menakut-nakutkan orang Cina yang mereka akan menjadi lebih miskin, bahkan harta kekayaan yang mereka kumpul selama ini akan dirampas oleh pelabur-pelabur dari China, dipergunakan dengan sebaik-baiknya.
Pada masa yang sama, kepala DAP, Lim Guan Eng cuba memprovokasi dan memainkan sentimen kemarahan orang Cina terhadap pasukan polis dan kerajaan apabila memberitahu, dia lebih rela ditangkap berbanding memberikan keterangan secara sukarela apabila beberapa laporan dibuat berhubung ucapan Tahun Baru Cinanya yang mengecam RUU355.
Dah habis orang Melayu-Bumiputera dihasut dan hasutan tersebut dilihat berjaya, sekarang orang Cina pula dihasut dan ditakut-takutkan.
'Semoga berjayalah'!
Maka benarlah titah KDYMM Sultan Johor yang u-TUrN Mahathir sememangnya sedang memainkan perkara yang sepatutnya tidak dilakukan oleh orang tua sepertinya iaitu melaga-lagakan kaum di negara ini!
7 comments:
Pandailah kau forest city diinisiatifkan pada tahun 1993.
Fakta yg auta
Satu hari kau tak bantai mahatir agaknya anak bini kau tak dpt makan kot.
1 hari mamak tua tu tak menghasut rakyat , boleh sewel agaknya dia .
Jepang serang tanah Melayu kerana hendak menguasai seluruh rantau sebelah sini (tamak dan haloba) namun Jepang jugalah yang derang pandang dalam konteks tahaluf siyasi ekonomi.
Tembok Besar dibina bukan untuk perluasan kawasan, sebaliknya untuk halang pencerobohan dan hingga kini Li Po adalah simbol penerokaan untuk 'persahabatan'. dan bukan perluasan.
Namun dalam usaha 'membuat duit' sedar atau tidak orang yang bersaiz kecil kan suka kepada pendekatan orang yang lebih besar yang rakus dan haloba, makanya mantra 'dari Sepang ke Jepang' di mainkan berulang kali seolah olah ianya adalah pendekatan terbaik.
Kikiki.
Manakala najis pula setelah puas takotkan melayu, sekarang hasut cina pulak
Klu tun m mati mesti ramai yg sedekah pisang kat masjid!
Mahathir tak pula tegur DAP yg 'jual'Penang kepada China
Post a Comment