Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 22, 2017

NAJIB JANGAN CURI KREDIT KEJAYAAN PETRONAS DAPAT PELABURAN ARAMCO, KATA RAFIZI BANGANG!!!



Dalam apa yang mereka gelarkan sebagai kegagalan dan malapetaka di Malaysia, Najib Abdul Razak dipersalahkan. Najib bahkan dipersalahkan dalam setiap segi. Bahkan kenaikan harga ikan kembong kerana cuaca dan keadaan laut juga, Najib juga yang dipersalahkan.

Najib menjadi bahan sesahan 24 jam sehari, 7 hari seminggu selama lebih 3 tahun dalam isu 1MDB. Walaupun berulang-ulang kali dikatakan 1MDB tidak kerugian, bahkan siasatan yang dibuat oleh pelbagai pihak berkuasa dan berautoriti serta berintegriti, Najib Abdul Razak tetap juga dipersalahkan dan dituduh dengan pelbagai tuduhan. Bahkan walaupun DOJ Amerika Syarikat telah menggugurkan tuduhan yang dibuat berdasarkan laporan Sarawak Report dan Wall Street Journal, bahkan Peguam Negaranya Loretta Lynch telah dipecat daripada jawatannya, di Malaysia, Najib Abdul Razak tetap dipersalahkan juga sehingga timbul pelbagai fitnah termasuklah tiada sebarang bukti 1MDB membawa keuntungan kepada Malaysia. Lebih menarik lagi ialah apabila mereka dengan muka tidak tahu malu berkata, Bandar Malaysia hanya wujud dalam angan-angan, bukannya wujud secara material.

Begitu juga dengan isu RM2.6 bilion yang merupakan derma politik Raja Arab Saudi kepada Najib Abdul Razak. Bertalu-talu Najib dipersalahkan. Najib diminta membuktikan tuduhan bahawa dia menyonglap duit 1MDB tidak benar, bukannya mereka yang membuat tuduhan yang membuktikannya. Apabila dijelaskan bahawa ia adalah derma politik, mereka tidak percaya dan menuduh Najib berbohong.

Mahathir yang dketahui memang menerima derma politik daripada negara-negara Arab, khususnya Arab Saudi sepanjang 22 tahun pentadbirannya tetapi tidak pernah diisytiharkan, juga berkata, 'Tidak ada mana-mana Arab gila yang akan mendermakan wang sebanyak itu.'

Apabila Raja Salman Arab Saudi datang membuat lawatan rasmi ke Malaysia dan kemudian mengesahkan pelaburan Aramco di Rapid Pengerang dengan nilai pelaburan berpuluh bilion Ringgit. Tuduhan dibuat pula, Najib jual negara kepada Arab Saudi.

Namun yang paling menarik ialah apabila Rafizi Ramli, sang penfitnah nombor satu Malaysia berkata, kejayaan pelaburan tersebut adalah disebabkan oleh Petronas, bukan disebabkan oleh Najib.

Rapid Pengerang seperti yang diketahui telah cuba disabotaj berkali-kali, pertama kali oleh DAP, kemudian PKR dan terbaharu dibuat oleh Dr. Mahathir dan Cap Bunga.

Pelaburan besar ARAMCO yang cuba disabotaj, terpaksa diterima oleh Pakatan sebagai satu kejayaan. Tetapi mereka masih cuba untuk berputar belit.

Mereka akan menyalahkan Najib untuk apa-apa sahaja dengan harapan projek berkenaan akan gagal dan Najib malu besar. Tetapi apabila projek tersebut termasuklah pelaburan Aramco tidak berjaya mereka sabotaj, mereka kata Najib tidak boleh berbangga kerana kejayaan pelaburan tersebut adalah daripada kerja-kerja cemerlang Petronas.

Lawak!!!


6 comments:

Anonymous said...

Memang lawak...pembangkang ni..selalu nak jatuhkan air muka dan maruah Ds Najib dan isteri tapi mereka terlupa Allah tu sentiasa melihat..

Anonymous said...

Dia org bukan takut dngan Allah pun, dia org takut kat uncle lim..

Anonymous said...

Betul tu. Mereka ni jenis yang tak takut dosa

Anonymous said...

Pembankang Malaysia memang bodoh nak mampus....macan baguhhhhh jeee tapi habuk pun tarakkkkkkk.Pegiarhhhhh.

Anonymous said...

UMNO dah biasa curi... nak warning buat apa.

raksa said...

Mulut puaka fitnah rafizi..

 
Blogger Templates