Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 28, 2017

TSUNAMI MELAYU: BERSEDIAKAH UMNO DAN BARISAN NASIONAL MENGHADAPINYA?



Kali pertama TSUNAMI MELAYU disebut adalah datangnya dari mulut Zaid Ibrahim, Si Katak yang kini menyeberang dan menjadi macai DAP.

Lim Kit Siang dalam satu kenyataannya berkata, Tun Dr. Mahathir dan Parti Cap Bunga, mampu 'mencuri' sekurang-kurangnya 10% ahli-ahli UMNO untuk Pakatan Harapan (Baca: DAP) pada PRU akan datang.

Di dunia maya, serangan dibuat bertalu-talu membabitkan parti-parti yang bertanding. Walaupun terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, tetapi daripada pemerhatian, yang sangat aktif adalah daripada kalangan pengguna-pengguna Internet Melayu sendiri.

Mungkin disebabkan parti-parti politik yang melibatkan orang Melayu lebih banyak berbanding parti-parti politik yang melibatkan orang Cina atau India.

Yang pasti, para penyokong UMNO, PAS, PKR, PAN dan Cap Bunga saling berbalas-balas serangan, manakala para penyokong BN dan DAP yang tidak melibatkan orang Melayu pula, dilihat lebih fokus walaupun pada masa yang sama, mereka turut bertarung dengan RBA atau pemilik-pemilik akaun palsu yang semakin ramai menjelang PRU.

Pelbagai isu telah dibangkitkan. Sama ada ia benar-benar isu tulen atau isu yang sengaja diada-adakan atau lebih tepat lagi fitnah dan tohmahan.

Pembesar-pembesar kelas pertama seperti Perdana Menteri dan sebahagian Menteri-Menteri Kabinetnya sudah pun memulakan kempen agresif mereka. Beberapa orang Menteri Besar seperti Menteri Besar Kedah telah pun melancarkan pelbagai projek untuk rakyat, demi untuk menunjukkan dan membuktikan bahawa keberadaan mereka sememangnya untuk rakyat dan pemilihan mereka sebagai penguasa adalah yang paling tepat.

Pemimpin-pemimpin level teratas dalam setiap parti politik utama juga, semakin bekerja keras. Sama ada untuk mengumpulkan seberapa ramai penyokong yang boleh, atau bergelut untuk tidak dimasukkan ke penjara sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng.

Namun sedikit berbeza apabila menurun ke peringkat kepimpinan setempat atau Bahagian. UMNO sendiri khususnya kelihatan masih berasa sangat selesa apabila masih tidak melihat atau lebih tepat lagi sedar akan masalah dan ancaman sebenar yang sedang dihadapi.

Musuh sebenar UMNO bukan berada dalam parti-parti lawan sebaliknya berada dalam tubuh badan UMNO dan Barisan Nasional sendiri. Malah 'musuh' yang paling digeruni kini berada dalam kelompok masyarakat pengundi. Bahkan yang paling dahsyat, musuh UMNO-BN kini bersarang dalam perkhidmatan awam.

Mereka mungkin tidak bising, tidak seperti ketika kemelut UMNO-Semangat 46 atau konflik Mahathir-Anwar. Namun mereka banyak menggunakan media sosial terutama yang membabitkan lingkungan lebih kecil tetapi tular seperti WhatsApp untuk melaksanakan kempen secara senyap.

Terlalu banyak isu yang kurang atau langsung tidak ditangani oleh UMNO. Sama ada pada peringkat atasan atau terlebih-lebih lagi pada peringkat pelaksana dan penerangan, banyak info sebenar kurang disalurkan kepada rakyat secara meluas.

Isu-isu besar seperti 1MDB dan GST sekalipun pihak atasan telah memberikan penjelasan secara panjang lebar dan terperinci, namun tetap juga menjadi bahan kebencian dan kesukaran untuk pihak berkenaan menerimanya sebagai satu kebenaran.

Namun isu yang paling menjejaskan adalah isu harga barang dan perkhidmatan. Sehingga kini apa yang mampu dilakukan oleh UMNO dan Kerajaan hanyalah membandingkan harga di negara ini dengan negara-negara jiran. Kejatuhan nilai Ringgit sekadar dijawab kerana serangan asing sedangkan fundamental ekonomi Malaysia masih kukuh.

Penjelasan-penjelasan sebegitu tidak akan memuaskan hati golongan yang enggan menerima hakikat kenaikan gaji dan upah bermakna berlakulah kenaikan harga barang. Mereka mendesak kerajaan untuk lebih proaktif bagi mengekang kenaikan harga melampau seperti yang dibuat oleh pemilik-pemilik restoran mamak.

Rasa tidak puas hati kerana melihat agensi-agensi berkaitan kepenggunaan bersikap sambil lewa atau sekadar beroperasi mengikut musim mencetuskan kemarahan dan kebencian kepada kerajaan yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak.

Peratusan golongan yang menentang secara diam itu tidak diketahui secara tepat. Namun indikasinya boleh dilihat secara menyeluruh menerusi pelbagai punca terutama sekali membabitkan serangan bertali arus bahkan kadang-kadang tidak masuk akal.

Kempen senyap TSUNAMI MELAYU dari kalangan awam dan penjawat awam nampaknya kurang diberikan perhatian bahkan 54 kerusi FELDA yang selama ini dianggap sebagai fix deposit yang terancam juga gagal ditangani dengan baik.

Bagaimana pula dengan orang UMNO sendiri terutama calon-calon PRU yang bakal lompat parti apabila mereka menang tipis pada PRU nanti?

Justeru, bersedia benarkah UMNO dan Barisan Nasional dengan permainan baru ini selain terus menyatakan dengan penuh yakin, mereka akan mengekalkan penguasaan di Putrajaya?









3 comments:

kluangman said...

jangan bimbang, Najib kita ada tongkat sakti

Anonymous said...

Janganlah salahkan sesiapa bila ditimpa kesusahan. Bila kita tidak bersyukur... kita yang mengundang kemurkaanNya.

Ayat2Nya yang di delete dari komen ....bila tidak memihak nafsu diri.

An-Naĥl:112 - Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, KEMUDIAN penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.

Jangan kufur nikmat... dan jangan menghasut orang lain sama untuk kufur nikmat.


mereka. Atau kamu memang tidak peduli nasib bangsa sendiri.

Benar... mereka berjaya menghasut. Orang kampung mengeluh harga barang naik.

Mungkin ini juga sebahagian strategi nak hatuhkan pm? Ramaikan nelayan moden kalangan bangsa kita...semoga lebih terkawal harga barang2...juga petani2.




Anonymous said...

Janganlah salahkan sesiapa bila ditimpa kesusahan. Bila kita tidak bersyukur... kita yang mengundang kemurkaanNya.

Ayat2Nya di delete dari komen ....bila tidak memihak diri?

An-Naĥl:112 - Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, KEMUDIAN penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.

Jangan kufur nikmat... dan jangan menghasut orang lain sama untuk kufur nikmat.

Atau kamu memang tidak peduli nasib bangsa sendiri. Atau kamu bukan bangsa kami?

Benar... mereka berjaya menghasut. Orang kampung mengeluh harga barang naik. Alhamdulillah disebalik keluhan mereka... ramai juga yang  ada kesedaran membantu dengan program2 bantuan barang2 harian di surau2. Semuanya ada hikmah disebalik ujian2 dariNya.

Siapa pembekal utama ikan2? Mungkin ini juga sebahagian strategi jatuhkan pm? Ramai ke nelayan moden yang berjaya  kalangan bangsa kita? Mungkin di sini kelemahanNya. Buka ruang disabotaj musuh2 bangsa dan agama?

Terima kasihlah kluangman menyedarkan kami... pentingnya bangsa kami ada kekuatan ekonomi.



 
Blogger Templates