Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, May 1, 2017

HARI PEKERJA: ZAMAN SEKARANG, ZAMAN GAJI BESAR TAPI JADI TAK BERANI DAN TERLALU BERGANTUNG KEPADA PEKERJA ASING!!!



Siapa yang boleh menafikan nasib golongan pekerja di Malaysia di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak jauh lebih baik berbanding zaman-zaman sebelumnya?

Siapa yang boleh menafikan, sektor perkhidmatan awam kini menjadi buruan lepasan universiti sehinggakan jawatan yang disandang, hendak dipegang sehingga usia 62 tahun sebagaimana yang dituntut oleh CUEPAC?

Siapa yang boleh menafikan, zaman kerani kaunter berwajah bengis, masam mencuka, layan pelanggan acuh tak acuh sambil mengait benang, sudah digantikan dengan kerani kaunter yang lebih mesra pelanggan?

Dan siapa yang boleh menafikan, kakitangan bawahan kini sudah boleh bercakap tentang bercuti di luar negara bersama keluarga, berbelanja bukan lagi mengikut keperluan tetapi lebih kepada kehendak, perbualan berkisar tentang model kereta baru atau superbike dan sebagainya, sesuatu yang tidak pernah berlaku pada zaman-zaman sebelum ini.

Namun, apabila tangga gaji dan kadar upah telah dinaikkan, maka secara tidak langsung harga barang dan perkhidmatan juga akan naik serentak, bahkan berkali ganda. Dengan kuasa beli yang lebih besar berbanding zaman ibu bapa atau datuk nenek, generasi pekerja sekarang turut mempunyai kehendak yang lebih besar walaupun pada masa yang sama, mereka menuntut agar harga barang dan perkhidmatan diturunkan bagi membolehkan gaji besar yang mereka terima sekarang dapat dimanfaatkan secara maksimum.

Pelbagai negara kini galak mengadakan rundingan dengan Malaysia agar rakyat mereka dipermudahkan mencari rezeki di negara ini. Tenaga kerja asing kini mendominasi hampir kesemua sektor kerja-kerja rencam yang kurang menarik perhatian tenaga-tenaga kerja tempatan. Dan daripada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan sehingga berakhir Februari 2017, jumlah tenaga kerja di Malaysia adalah seramai 14,401.8 juta, naik 0.1% berbanding Januari 2017. Manakala kadar pengangguran pula kekal 3.5%. (RUJUK SINI)



Maklumat-maklumat tersebut diperolehi daripada Kajiselidik Tenaga Kerja (LFS) yang dikendalikan untuk mengumpulkan maklumat terhadap struktur dan pengagihan tenaga kerja, pekerjaan dan pengangguran.

Konsep dan definisi yang digunakan di dalam LFS adalah berdasarkan kepada garispanduan standard Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menerusi 'Manual on Concepts and Methods: Surveys of Economically Active Population, Employment, Unemployment and Underemployment' yang juga digunakan oleh negara-negara lain.

Bagaimanapun, Malaysia berhadapan dengan satu krisis yang kurang diperkatakan dan kurang diperhalusi, iaitu pekerja mahir!

Mungkin 'pekerja-pekerja mahir' itu telah berpindah ke sektor Internet di mana mereka boleh menjadi pakar dari aviation, ekonomi, politik, dan terkini, fiqh syariah membabitkan GST dan cukai pula!

Secara asasnya, meningkatkan rantaian bermakna, meningkatkan pengeluaran barangan dan perhidmatan yang bernilai tinggi, sekaligus akan menyebabkan produktiviti di Malaysia akan meningkat. Peningkatan produktiviti bermakna, golongan pekerja akan menikmati kadar gaji yang lebih tinggi tanpa bergantung kepada kelulusan atas kertas seperti yang berlaku sekarang. Inilah yang kerap menjadi asas kepada perdebatan antara pembuat polisi apabila mereka bercakap tentang modal insan mampu membantu ekonomi negara.


Bagaimanapun, realitinya adalah berbeza. Menurut data daripada Malaysian Productivity Corp, purata pertumbuhan produktiviti buruh secara tahunan antara tahun 2011 dan 2015 adalah 1.8% sedangkan sasaran sebenar adalah pertumbuhan tahunan sebanyak 3.7%. Gandaan pertumbuhan produktiviti buruh ini amat diperlukan untuk mencapai sasaran pendapatan tinggi dalam Model Ekonomi Baru Malaysia.

Semuanya kerana kekurangan jumlah tenaga kerja mahir.

Sasaran negara sekarang ialah, mereka yang memiliki diploma dan pendidikan tinggi akan mencecah 35% atau 5.35 juta daripada keseluruhan tenaga kerja pada tahun 2020. Sekarang ini, hanya 28% daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja daripada 14.76 juta dianggap sebagai tenaga kerja mahir.

Tanpa tenaga kerja mahir yang lebih ramai, ekonomi negara sukar berganjak ke rantaian nilai dan tidak akan mampu menarik lebih banyak pelaburan-pelaburan modal yang lebih besar.

Kerajaan seharusnya mempunyai perancangan yang lebih jitu untuk meningkatkan tahap kemahiran golongan pekerja di Malaysia yang setakat ini hanya menunjukkan keputusan bercampur-campur dengan jurang yang agak besar antara perancangan dan implementasi sebenar.

Para ekonomis berpendapat tenaga kerja asing tetapi dibayar murah, merupakan salah satu daripada faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Berdasarkan anggaran rasmi, sekurang-kurangnya 1.9 tenaga kerja asing berdokumentasi bekerja di negara ini dengan kerajaan sendiri meletakkan sasaran tenaga kerja asing pada kadar 15% daripada jumlah keseluruhan populasi pekerja.

Bagaimanapun, anggaran tidak rasmi pekerja asing, sama ada yang sah atau haram, adalah dua kali ganda dairpada angka yang diberikan dengan kesan negatif kepada jumlah keseluruhan kadar gaji dan upah kerja.

Industri sendiri sebenarnya tidak memerlukan pergantungan kepada tenaga kerja asing. Sebaliknya meminta kerajaan untuk mewujudkan ekosistem yang lebih boleh diharap bagi inovasi. Sokongan teknologi agak malap di negara ini dan kebanyakannya perlu dibawa dari luar negara. Kebanyakan teknologi tinggi untuk sektor pembuatan diperolehi dari Eropah dan Taiwan bagi meningkatkan proses produktiviti.

Lebih malang lagi, tenaga kerja mahir sukar diperolehi atau kurang bermotivasi berbanding tahun-tahun 1980-an dan 1990-an. Sebagai contoh, jurutera hari ini kurang berminat untuk cabaran manakala lepasan universiti pula gagal menyelesaikan atau mengendalikan masalah. Rakyat Malaysia juga kurang berminat dengan sektor pembuatan, sekalipun persekitaran kerja lebih kondusif dan mereka diberi peluang untuk meningkatkan input. (RUJUK SINI)


Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada perkembangan dan polisi-polisi yang diamalkan oleh pentadbiran terkini, harapan lebih cerah untuk melihat Malaysia lebih maju dalam modal insan berbanding sebelum ini. Apatah lagi dengan tumpuan kini diberikan kepada pelaburan modal berbanding pelaburan pembuatan dan pengilangan di mana Malaysia hanya mengutip cukai dan terpaksa mengeluarkan banyak insentif untuk mengekalkan pelabur-pelabur pembuatan dan pengilangan berbanding pelabur-pelabur modal. 

Apa-apa pun, 1 Mei adalah Hari Pekerja.

Maka, SELAMAT HARI PEKERJA buat seluruh warga kerja di Malaysia....


1 comment:

Anonymous said...

Crony umno la palat, dpt projek gomen juta2, bilion2 tapi cukup suka menggajikan pendatang, pada meteka lebih mudah, boleh kerah cukup2.
Bayangkan ada satu sykt yg dpt projek dr glc boleh menggajikan rm200 utk pekerja rhingya.
Alasannta pekerja tempatan malas dan suka ambil cuti

 
Blogger Templates