Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, September 18, 2017

CERITA PUSAT TAHFIZ DAN KUMPULAN UNDERGROUND YANG TIDAK ADA KESUDAHAN!!!



Tragedi kebakaran yang memusnahkan tingkat atas dan mengorbankan 22 orang pelajar serta dua orang tenaga pengajar di sebuah pusat tahfiz di sebuah perkampungan Melayu di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, sememangnya menyentap dan meragut hati hampir kebanyakan orang di Malaysia, bahkan turut menarik perhatian antarabangsa.

Lebih mengejutkan lagi ialah 7 orang suspek yang melakukan perbuatan jenayah tersebut adalah remaja yang berusia antara 11 sehingga 18 tahun dengan 6 orang daripada mereka positif dadah. Setakat ini, punca khianat yang berkesudahan dengan pembunuhan tersebut seperti yang disebutkan oleh pihak berkuasa ialah ejek-mengejek.

Dari elemen-elemen serta langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya ada pada sesebuah pusat tahfiz, kurikulum dan ko-kurikulum yang disediakan untuk para pelajar, sehinggalah kepada elemen perniagaan dan perdagangan selain beberapa contoh penyalahgunaan dan memperdagangkan anak-anak tahfiz untuk kepentingan si pemilik tahfiz, semuanya dibincangkan secara terbuka tanpa sebarang tindakan dari pihak berkuasa.


Pengumuman pakej bantuan dan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan bernilai lebih RM80 juta untuk sekolah-sekolah tahfiz yang berdaftar dengan Kementerian pula (RUJUK SINI), nampaknya kurang mendapat perhatian media walaupun sesetengah pusat tahfiz menyambut baik inisiatif daripada Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Najib Abdul Razak. Ini adalah kerana bantuan dan peruntukan sebegitu tidak pernah wujud pada zaman 'kegemilangan' Malaysia di bawah Dr. Mahathir. Bahkan peruntukan dan bantuan untuk sekolah-sekolah tahfiz telah dihentikan. (RUJUK SINI)

Tanggapan negatif orang ramai terhadap pusat-pusat tahfiz sememangnya ada asas. Banyak tahfiz yang sekadar mempunyai kurikulum pembelajaran agama dan selepas bertahun-tahun, para pelajar yang sudah menghabiskan pengajian mereka, terkontang-kanting kerana ketiadaan sijil UPSR, PMR, SPM, STPM, mahupun STAM. Kelompok yang ramai ini, akhirnya menjadi satu pembaziran tenaga kerja dan terdedah kepada elemen-elemen negatif termasuklah menjadi sasaran-sasaran utama pengkaderan dan perekrutan DAESH, IS dan kumpulan-kumpulan pengganas yang lain.


Isu sebuah pusat tahfiz di Kuala Kangkung, Kedah yang mempergunakan anak-anak tahfiz untuk menjual barangan sehingga lewat malam, bahkan di seluruh negara, dengan mudirnya pula hidup mewah, manakala pusat tahfiz tersebut sekadar wujud tapi tidak beroperasi seperti sepatutnya, telah lama didedahkan oleh pelbagai pihak. Namun sehingga ke hari ini, anak-anak tahfiz dari pusat tersebut masih dapat kita lihat berlegar-legar di kawasan-kawasan tumpuan utama orang ramai untuk menjual barangan dan mengutip derma demi membiayai kehidupan mewah mudir mereka biarpun pada masa yang sama, pusat berkenaan telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa negeri. (RUJUK SINI dan SINI)

Akta Kanak-Kanak nampaknya tidak lebih daripada sekadar satu ancaman kepada mereka yang menyiarkan gambar kanak-kanak yang menjadi suspek jenayah. Paling lebih pun sekadar menjadi ambal kepada penguatkuasaan ke atas jenayah seksual melibatkan kanak-kanak. Perlindungan ke atas kanak-kanak nampaknya kurang dipedulikan, terutama sekali melibatkan golongan yang mempergunakan kanak-kanak seperti dalam kes sebuah pusat tahfiz di Kuala Kangkung, Kuala Kedah itu.


Cerita tentang 7 suspek pembunuh yang merupakan kanak-kanak bawah umur yang sedang hangat di media-media sekarang ini, tidak terhenti setakat itu sahaja. Ceritanya juga tidak terhenti setakat melankolik dan kesedihan keluarga mangsa. Ceritanya lebih besar dan lebih panjang terutama melibatkan pemerdagangan dan pengedaran najis dadah terutama yang melibatkan kawasan-kawasan berhabitatnya orang Melayu seperti Datuk Keramat dan Kampung Bharu di Kuala Lumpur.

Adakah pihak berkuasa dan orang ramai yang banyak bercakap tentang pusat-pusat tahfiz sekarang ini sedar tentang ancaman sebenar melibatkan generasi muda negara ini iaitu DADAH? Adakah pihak berkuasa sekadar menumpukan kepada pelaku dalam kes di pusat tahfiz di Keramat Hujung itu tetapi akan 'melepaskan' punca sebenar kepada perbuatan jenayah tersebut iaitu dadah?

Kumpulan UNDERGROUND manakah sebenarnya yang menguasai jaluran dan perniagaan dadah di Datuk Keramat sehingga membolehkan tujuh orang remaja bertukar menjadi pembunuh?

Apakah negara ini sudah bertukar menjadi sebuah negara yang tidak lagi berpegang kepada undang-undang sebaliknya dikuasai oleh kumpulan-kumpulan UNDERGROUND yang semakin hari nampaknya semakin berleluasa dan bermaharajalela... sama seperti kartel-kartel barangan keperluan asas dan harian yang bertindak menaikkan harga tetapi mereka tidak pernah dipersalahkan?

1 comment:

Anonymous said...

Setuju, ancaman dadah adalah masaalah yg mesti diberi perhatian yg teliti, berleluasanya pengedaran dadah ni mesti ada toukey besar dibelakang. Juga setuju sangat kes2 bisnes menggunakan element agama untuk kepentingan peribadi, kena ada pemantauan. Juga takrif juvana kena dinilai semula, remaja menjadi ganas sebab mereka merasa 'dilindungi' oleh akta yg mereka tidak akan dihukum setimpal dgn kesalahan, kena ada pengtakrifan yg jelas, contohnya kesalahan juvana dengan juvana membuat kesalahan bersifat bukan juvana,, merancang pembunuhan oleh juvana misalnya kena ada kategori khas. Saya pernah melawat beberapa sekolah ugama/madrasah di luar negara, mereka tak hanya belajar hapalan alquran, malah belajar juga sains, matematik, falasafah etc. Juga tentang fahaman sempit wahabism serta cabang2nya juga perlu diberi perhatian sebab benih2 dakyah seperti isis, alqueda dsb bercambah dari sini, dan ianya sama parah dgn ideologi islam orientalis.

 
Blogger Templates