Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, October 23, 2017

CEO MAS YANG AKAN BALIK KE KAMPUNGNYA DI IRELAND, BENAR-BENAR MEMALUKAN DR. MAHATHIR!!!



Dr. Mahathir sebenarnya malu besar apabila rahsia bagaimana syarikat penerbangan Malaysia MAS telah dibankrapkannya semata-mata untuk menutup sedikit kerugian perjudian FOREX yang bernilai lebih RM30 bilion. Hampir kesemua butiran penjualan, pengambilalihan dan pemindahan saham serta ekuiti termasuklah penganugerahan MRO MAS kepada kroni utama yang juga 'rakan kongsi'nya ladang kuda di Argentina, Tan Sri Arumugam turut diperkatakan. 

Campurtangan Mahathir secara berterusan di dalam syarikat penerbangan nasional itu, menyaksikan MAS hampir dihentikan operasinya. Hanya pada era Najib Abdul Razak sahajalah, barulah MAS mula mencatatkan keuntungan iaitu pada suku tahun pertama tahun ini. Sebelum itu, kerugiannya mencecah berbilion ringgit.

Pentadbiran Najib Abdul Razak telah melakukan transformasi besar-besaran terhadap MAS bagi memulihkan kembali syarikat penerbangan nasional itu. Pentadbiran dan pengurusan MAS mula dipinda dengan memasukkan mereka yang lebih mahir dalam industri aviasi berbanding melantik orang politik. 

Hasilnya ialah perlantikan Peter Bellew, salah seorang figura penting industri aviasi yang berasal dari Ireland untuk menjadi CEO MAS. Bagaimanapun, selepas MAS mula menampakkan kesan-kesan positif daripada transformasi dan reformasi itu terutama menerusi catatan keuntungan, selain rancangan pembelian pesawat-pesawat baru bagi menggantikan pesawat-pesawat lama yang sudah usang, Peter Bellew akhirnya memutuskan untuk 'balik kampung' bagi menabur khidmatnya kepada Ryan Air, salah seorang syarikat penerbangan terbesar di Ireland. 

Mahathir mengambil kesempatan itu untuk memperkecil-kecilkan dan menghina Najib Abdul Razak. Dikatakannya, Peter Bellew terpaksa meletak jawatan kerana campurtangan secara langsung Najib Abdul Razak sepertimana dia campurtangan ketika 22 tahun pentadbirannya dahulu. Sebelum itu, perlantikan Peter Bellew turut dikecamnya dengan alasan, Najib terlalu mengagung-agungkan orang Barat, sedangkan Malaysia tidak ketandusan tokoh yang berwibawa. Namun apabila Peter Bellew meletak jawatan, Mahathir jugalah orang yang pertama mengutuk dan mencerca Najib, kononnya Najib gagal. 

Ini adalah kali kedua Peter Bellew membuat penjelasan yang sama berhubung tindakannya meletak jawatan sebagai CEO MAS. Lebih tepat lagi, Peter Bellew sendiri menolak tuduhan rambang Mahathir kononnya dia meletak jawatan kerana campurtangan Najib Abdul Razak. 

Mahathir sepatutnya berasa malu!

Orang yang pernah menjahanamkan MAS, sepatutnya ada sedikit rasa malu untuk membuat dakwaan palsu seterusnya. Bukankah dia yang dahulunya mengarahkan Tajudin Ramli membeli saham MAS pada tahun 1993 dengan alasan, berkhidmat untuk negara dengan harga RM8 sesaham walaupun nilai pasaran hanyalah RM3.50 sesaham. Akhirnya, Tajuddin Ramli yang terpaksa menanggung seorang diri. Mahathir dan rakan sekongkolnya, Daim Zainuddin lepas tangan.

Dan ramai sebenarnya tidak hairan apabila pada tahun 2001, kerajaan yang diketuainya telah membeli semula saham-saham tersebut pada harga RM8 sesaham walaupun nilai pasarannya hanya RM3.68 sesaham. Wang rakyat telah dibazirkan sebanyak RM2 bilion. Namun Tajuddin Ramli kemudian membawa kes tersebut ke mahkamah dan menuntut wangnya... maka persoalan besar yang ditimbulkan pada waktu itu tetapi cuba ditutup ialah, siapa sebenarnya yang dapat RM2 bilion itu kalau Tajuddin terpaksa buat tuntutan di mahkamah? 

Pastinya, gelagat Dr. Mahathir dan masalah MAS yang disebabkan oleh Dr. Mahathir akan menjadi rujukan utama Peter Bellew apabila dia memulakan tugasnya di Ryan Air nanti. Secara tidak langsung, batang tubuh dan tangan Mahathir di dalam MAS, akan dijadikan sebagai bahan rujukan agar ianya tidak berulang. Cuma sesuatu yang kurang manis ialah, tindakan Mahathir sekarang dan semasa dia berkuasa dahulu di dalam MAS hanya akan disebut sebagai penyelewengan besar-besaran pemimpin Melayu beragama Islam.

Atau lebih mudah kalau dikatakan, kerana Mahathir, satu dunia kini tahu, MAS hancur kerana penyelewengan dan rasuah pentadbiran politik yang berlandaskan Melayu-Islam di negara ini!



4 comments:

Anonymous said...

HAHAHAHA..hebat pemikiran tuan..pusing2, kena tun M jugak..asalkan dapat elaun ye..elaun untuk menghalalkan benda yang salah. org tu tak nak keje dengan MAS, tun m dikaitkan..walaweiii..

Anonymous said...

Taik2 yg ada dalam mas.. Semua hasil era tun...

Anonymous said...

betul taik2 dlm MAS semua era Tun..era kronism...yg sokong Tun semua taik2 die yg tak dpt imbuhan lagi dah...hahahah

Anonymous said...

Cai.. madey yg komen bila ceo tu resign la. Sapa kaitkan sapa? Bodoh jgn tunjuk sgt. Simpan sikit

 
Blogger Templates