Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, January 5, 2020

SELEPAS PRK KIMANIS, SPR BOLEH BUAT PENGAKUAN, MEREKA SILAP DAN SALAHGUNA KUASA PADA PRU-14 LALU BAGI BOLEHKAN MAHKAMAH BATALKAN KEPUTUSAN PRU-14 DAN PRU SEMULA!!!



Rupa-rupanya masih ramai yang tak faham mengapa Anifah Aman, bekas Ahli Parlimen Kimanis mengambil tindakan undang-undang terhadap SPR dan mempertikaikan keputusan mahkamah mengadakan semula PRK Kimanis.

Calon Pakatan-Warisan yang juga merupakan calon WARISAN untuk PRK Kimanis, Karim Bujang telah menyaman Ahli Parlimen BN yang menang pada PRU-14 lalu, Anifah Aman. Dia mendakwa Anifah dan BN menang kerana telah merasuah pengundi.

Dalam perbicaraan, Karim Bujang kalah. Mahkamah memutuskan kemenangan Anifah Aman langsung tidak ada kaitan dengan merasuah pengundi. Justeru, mahkamah mendapati tiada sebarang asas untuk membatalkan keputusan PRU-14 Kimanis.

Malahan Karim Bujang diarahkan membayar kos gantirugi sebanyak RM105,000 kepada Anifah Aman.

Selepas keputusan mahkamah itu, Karim Bujang menyaman pula Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Dia mendakwa, SPR buat salah laku semasa PRU-14 yang menyebabkan dia kalah dan Anifah Aman menang.

Disebabkan SPR di bawah kawalan Kerajaan Pakatan, manakala Pengerusi SPR pula adalah lantikan politik Pakatan dan sebelum dilantik sebagai Pengerusi SPR pun, dia merupakan penyokong tegar Pakatan, malahan sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk Pakatan, maka tidak hairanlah selepas disaman Karim Bujang, SPR pun mengaku, mereka telah buat salah laku semasa PRU-14.

Bila sudah ada pengakuan daripada SPR itu, maka mahkamah tidak ada alasan lain melainkan memutuskan bahawa keputusan PRU-14 Kimanis adalah dibatalkan dan PRK perlu diadakan semula.

Bukan itu sahaja, SPR juga diarahkan membayar kos ganti rugi RM100,000 kepada Karim Bujang, calon Warisan-PH.

Menariknya, SPR kata mereka tidak akan merayu keputusan mahkamah. Malahan SPR juga mengarahkan PRK diadakan semula.

Secara tidak langsung, seandainya Pakatan terutama sekali Mahathir mahu mendapatkan mandat majoriti dua pertiga Parlimen, seharusnya kes di Kimanis boleh dijadikan precedence.

Saman sahaja SPR untuk 222 kerusi Parlimen atau setidak-tidaknya 98 kerusi yang telah dimenangi UMNO-PAS. SPR di bawah Pengerusinya, Art Harun pasti akan mengaku telah melakukan salah laku pada PRU lalu, sekaligus mahkamah akan membatalkan keputusan pada 9 Mei 2018 dan membolehkan 98 kerusi Parlimen berkenaan dipertandingkan semula.

Undang-undang di bawah Pakatan Harapan kan boleh diubah-ubah sesuka hati. Undang-undang di tangan Pakatan. Pakatan tu sendiri adalah undang-undang.

Untuk kerusi-kerusi yang dikuasai Pakatan sahaja, PRK tidak perlu diadakan, sebaliknya kalau berlaku kematian wakil rakyat Pakatan, penggantinya adalah wakil dari parti yang menang itu sahaja.

PRK atau pengundi semula hanya berkuatkuasa untuk Muafakat Nasional sahaja... itulah undang-undang baru di Malaysia Baharu!


1 comment:

Unknown said...

'Ini undang undang tidak adil'

 
Blogger Templates