Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 7, 2016

PERHATIAN TERARAH, HISHAMUDDIN DILIHAT SEBAGAI NAIB PRESIDEN YANG BOLEH MENJADI 'PENYELAMAT' UMNO!!!



Antara 3 Naib Presiden UMNO, yang paling tidak banyak bercakap, kurang publisiti tetapi lebih banyak menumpukan kepada pekerjaaan, tugas dan tanggungjawabnya adalah Hishamuddin Hussein Onn.

Kesalahan keterujaan pada peringkat awal terutama pada ketika dia menjadi Ketua Pemuda UMNO, kini mula ditutup dengan kerja-kerja matangnya selaku Menteri Kabinet, Ahli Parlimen dan Naib Presiden UMNO.

Satu-satunya berita tentang Hishamuddin membabitkan UMNO yang agak 'kontroversi' adalah pada malam penggantungan jawatan Timbalan Presiden UMNO Mahyuddin Yassin memandangkan Hishamuddin dilantik sebagai jurucakap MT UMNO yang telah membuat keputusan.

Dan selepas itu, hanya berita-berita Hishamuddin dengan tugasnya sebagai Menteri Pertahanan yang lebih banyak menguasai berita menerusi beberapa inisiatif kebajikan kepada anggota dan bekas anggota tentera Malaysia.


Sepanjang sejarahnya sebagai Naib Presiden UMNO, dua kali Hishamuddin melepasi ranjau. Dan ranjau terakhir adalah antara penyebab kemarahan Mahathir kepada Najib apabila Mukhriz kalah di tangan Hishamuddin yang dianggap sebagai under-dog dalam pertandingan itu.

Perkembangan terbaru di dalam UMNO terutama desakan ke atas Mahyuddin, Mukhriz dan Shafie Apdal untuk melepaskan kedudukan serta keahlian mereka di dalam UMNO setelah mereka duduk sebaris dengan barisan pembangkang mendesak perletakan jawatan Najib menerusi Deklarasi Anti-Najib yang diketuai oleh Mahathir pada Jumaat lepas, mengalihkan tumpuan dan fokus luar biasa kepada Hishamuddin.

Hishamuddin yang dilihat sebagai pemimpin 'selamat' UMNO masih tidak memberikan sebarang reaksi kecuali satu kenyataan keras tentang pengkhianatan para pemimpin UMNO tersebut. Kalau Mukhriz diserang kerana dia adalah anak Mahathir, Hishamuddin pula akan dijadikan sasaran kerana dia adalah sepupu Najib dan berada dalam kedudukan lebih selesa di dalam UMNO.

Sekarang ini pun, sudah ada teori-teori pembelaan yang mengatakan, kejatuhan Najib akan memberikan keuntungan besar kepada Zahid Hamidi yang sedang menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan pemangku Timbalan Presiden UMNO. Usaha-usaha sedang dilakukan untuk melaga-lagakan Najib-Zahid sebagaimana yang dilakukan ke atas Najib-Muhyiddin sehingga Muhyiddin akhirnya berada bersama barisan pembangkang.


Namun pada ketika para penyokong UMNO sendiri merupakan kelompok skeptikal yang sebahagian besarnya telah keluar daripada kepompong kepercayaan dan doktrin 22 tahun Mahathir sebagai Perdana Menteri hebat, perlagaan-perlagaan seperti itu pasti akan menarik lebih banyak masalah.

Hishamuddin Hussein Onn sedang berhadapan dengan masalah tersebut sama ada dia sudah bersedia atau sebaliknya terutama dalam keadaan di mana ahli-ahli UMNO memerlukan seorang SAVIOUR atau PENYELAMAT yang lebih kuat bekerja untuk rakyat dan bukannya berpolitik pada sepanjang masa.

Mampukah Hishamuddin Hussein Onn?


3 comments:

Anonymous said...

Hisham sekarang bukan Hisham yg dulu. Hisham skrg semakin menunjukkan kredibiliti sbg pemimpin masa depan. Jika tak kerana campurtangan luar (TDM) masa pemilihan lepas sudah tentu kedudukannya lebih baik. Plg penting dia mendaki tangga kepimpinan bukan kerana Najib. Dari dulu lg sejak era Tun Mahathir potensinya sudah dikenal pasti sehingga dilantik sbg menteri.

juragan 69 said...

Aik tiba2 nama hishamudin pula keluar dn keberuntungan zahid klu najib 'ditiadakn'..mana nk letak calon dap yg dikatakn akan ganti najib klu najib jatuh..hahaha baru nak ada akaiii ke yg timbalan akan ganti boss dia tnpa perlu tukar kerajaan atau parti...
Ttp bhai,klu lu org teringin sngt nk jd parti pmbngkang maka kekalkn lh najib sbgi pm dan presiden umno smpi pru nti...ttp klu ikut anak jantan maka najib ada 2 pilihan iaitu 1.letak jawatan sbgi presiden umno dan pm 2.umumkn pru dlm masa terdekat utk dia dan rakyat tahu sejauhmana sokongan yg najib ada dari rakyat atau segala akar2 atau umbi2 yg masih sygkn umno wlupun benci kpd presiden..
ingat bhai umno bkn hak sesiapa waima dia presiden atau ahli biasa..umno hak rakyat malaysia yg berstatus bumiputra...jd jgn kerana presiden umno mnjd ssejarah hitam kpd survival melayu yg semakin merempat di bumi sendiri..hmmm

QalamQabut said...

Setuju. Hisham semakin matang terutamanya selepas tragedi MH370. Seluruh dunia mengenali dan menghormatinya. Dia yg paling layak antara semua menteri yg ada utk menjadi PM Malaysia yg baru, sekiranya perlu.

 
Blogger Templates