Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, December 26, 2017

JANGAN HINA ADUN-ADUN PAS SELANGOR!!!!



*Semoga Allah memberi kekuatan kpd ADUN-ADUN PAS Selangor yang teruk difitnah sejak akhir-akhir ini.*

*Mereka dikatakan hendak keluar dari PAS dan menyertai PKR kerana sayangkan jawatan.*
*Saya lihat tidak ramai yang memberi sokongan kepada mereka ketika fitnah ini dilempar.*
*Malah ada yang menempelak kalau hendak keluar, keluarlah.*
*Ada pula yang berkata kalau hendaklah keluar, keluarlah sekarang. Sebelum PRU.*
*Seolah-olah bersetuju dengan berita yang disebar.*
*Kenapa begitu cepat mempercayai fitnah tersebut?*
*Kenapa meletakkan nilai dan integriti ADUN-ADUN PAS ini begitu rendah sehingga mengesyaki 
mereka akan melompat?*
*Sayang ramai yang lupa apa yang telah terjadi ketika berlaku Kajang Move.*
*ADUN-ADUN inilah yang berdiri teguh di belakang Presiden.*
*ADUN-ADUN inilah yang menyokong penuh keputusan Presiden untuk mempertahankan Tan Sri Khalid.*
*Walaupun tekanan dan pujukan diterima amat hebat sehingga 2 ADUN kecundang tetapi 13 ADUN ini tidak berganjak.*
*Kalau hendak dibangkitkan tentang hilang jawatan, kemungkinan kehilangan jawatan ketika itu adalah lebih tinggi.*
*13 ADUN terus istiqomah walaupun ada kemungkinan PAS akan terkeluar dari kerajaan ketika itu.*
*Jika mereka bimbang kehilangan jawatan maka sudah tentu mereka akan menurut jejak Hulu Kelang dan Morib.*
*Tetapi mereka tidak.*
*Mereka terus kekal menyokong keputusan Presiden.*
*Hari ini ramai yang pandai bercakap, "nasi tambah" atau opportunis tetapi mereka tidak pernah walaupun 10 peratus merasai tekanan yang dirasai oleh 13 orang ADUN itu ketika Kajang Move.*
*Bukan mereka sahaja yang terkesan tetapi keluarga mereka.*
*Saya bukan meminta-minta agar jasa mereka dihargai.*
*Saya bukan meminta-minta agar pengorbanan mereka dikenang.*
*Hanya jangan menghina mereka.*

Iskandar A Samad
Naib Presiden Pas

Itu adalah kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan salah seorang Exco Selangor, Iskandar Samad. 

Ketika itu, berita yang giat disebarkan menerusi media sosial, kononnya kesemua ADUN PAS Selangor telah bertemu dengan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin dan menyatakan ketidaksanggupan mereka untuk kehilangan jawatan. Sekaligus membuatkan mereka memutuskan untuk meninggalkan PAS dan menyertai mana-mana komponen Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP. 

Konon cerita, 6 orang daripada mereka telah meluahkan perasaan bahawa kesemua calon PAS akan kalah malah akan hilang wang deposit sekiranya bertanding sendiri. Maka, mahu tidak mahu demi meneruskan survival politik, mereka tidak ada pilihan lain kecuali menyertai parti lain. Mereka kononnya tidak boleh lagi berjuang dengan PAS. 

Keenam-enam ADUN PAS yang dikatakan itu adalah Iskandar Samad sendiri (Chempaka), Khairuddin Othman (Paya Jaras), Dr. Shafie Ngah (Bangi), Halimah Ali (Selat Kelang), Hasbullah Ridzwan (Gombak Setia) dan Dr. Rani Osman (Meru). 

Tiga daripada mereka, dikatakan juga lebih berminat untuk menyertai PAN iaitu Dr. Rani, Dr. Halimah dan Khairuddin manakala tiga orang yang lain akan masuk PKR iaitu Hasbullah, Dr. Shafie dan Iskandar sendiri. 


Dari awal semenjak PAS diserang dan kemudian disingkirkan dari Pakatan Rakyat, kemudian Pakatan Rakyat dibubarkan oleh Lim Guan Eng untuk membentuk Pakatan Harapan yang tidak memasukkan PAS, ADUN-ADUN PAS itu telah diserang dengan begitu teruk. Mereka bukan sahaja diserang, bahkan dihalau dari pentadbiran negeri. Bahkan sehingga satu masa, Azmin Ali hampir akur dengan desakan DAP yang tidak mahu lagi PAS berada dalam pentadbiran negeri Selangor. 

Bagaimanapun, titah KDYMM Sultan Selangor merencatkan rancangan DAP. Pun begitu, DAP menerusi konco-konconya seperti PAN dan PPBM tidak jemu-jemu melakukan serangan terhadap PAS. Pelbagai label diberikan. Segala maki hamun dihamburkan walaupun hakikatnya, kehadiran PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor itulah yang telah menyelamatkan Azmin Ali daripada kehilangan jawatan Menteri Besar Selangor dan DAP masih mengekalkan penguasaan majoriti ke atas kerusi-kerusi Ahli-Ahli Majlis seluruh PBT di Selangor.

Nampaknya kali ini, setelah maki hamun dan pelabelan buruk tidak berjaya, DAP dan PKR dengan bantuan PAN dan PPBM menukar taktik. Selain pujukan, mereka mewujudkan cerita-cerita yang boleh memberikan persepsi buruk terhadap PAS di Selangor. 

Sama seperti yang sedang dilakukan oleh PPBM ke atas ahli-ahli UMNO termasuklah pujukan agar ahli-ahli UMNO tidak keluar mengundi kerana kata mereka, kemenangan dalam PRU akan kekal di tangan Melayu meskipun UMNO dan PAS tumbang!



1 comment:

Anonymous said...

Bertambahnya rumah2 urut/pelacuran, perjudian diSelangor dibawah pemerintahan pkr, pas dan dap. Apa nak jadi?

 
Blogger Templates