Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 11, 2015

JEMUAN 'ATTENTION SEEKER' MERANGKAP TUKANG NUJUM TUDUH KASTAM ARAHKAN PENIAGA NAIKKAN HARGA BARANG!!!



Seorang penulis blog mendakwa pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menasihatkan peniaga supaya menaikkan harga barang untuk mengurangkan beban kos operasi.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin mendakwa, seorang peniaga yang juga rakannya telah memaklumkan kepadanya tentang perkara itu.

Dakwanya, pegawai kastam menyuruh rakannya menaikkan sedikit harga makanan untuk mengurangkan beban operasi dan menstabilkan keuntungan apabila GST dilaksanakan.

“Seorang rakan menceritakan pengalamannya ketika didatangi oleh pegawai kastam. Pegawai kastam itu telah memintanya menaikkan sedikit harga makanan yang dijualnya berbanding sebelumnya.

“Peniaga itu keliru dengan saranan menaikkan harga makanan kerana ia seperti dengan sengaja meletakkan dua beban kepada pengguna iaitu kenaikan harga barangan dan cukai GST sebanyak enam peratus,” tulisnya menerusi shahbudindotcom.blogspot.com.

Shahbudin yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berkata, pengalaman yang diceritakan peniaga itu menunjukkan terdapat peniaga telah diperkudakan.

“Apakah perbuatan meminta peniaga menaikkan harga barangan itu merupakan dasar dan dalam pengetahuan kerajaan atau hanya merupakan kes terpencil saja?,” soalnya.

Katanya, kerajaan hanya menyalahkan peniaga menaikkan harga barang apabila rakyat mengadu, tetapi tidak pernah mengaku kelemahan pelaksanaan sistem pencukaian kepenggunaan itu.

“Semua kesalahan mengenai kenaikan harga barang hanya ditujukan kepada peniaga dan belum pernah lagi kerajaan mengakui mereka ada kesilapan atau kelemahan dalam pelaksanaan GST,” tulisnya. 



No comments:

 
Blogger Templates