Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 16, 2015

NG WEI AIK ENGGAN TERIMA SURAT TUNTUTAN REEZAL MARICAN SELEPAS GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SOKONGAN ATAS TUDUHAN KONONNYA AMANAH RAYA BAIL-OUT 1MDB!!!



Pengecut juga si Rottweiler ni apabila enggan menerima surat saman...

Reezal Merican Naina Merican telah memberikan masa selama tujuh hari kepada Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik kembali tuduhannya bahawa Amanah Raya Berhad (ARB) telah memberikan pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada 1MDB.

Ahli Parlimen BN Kepala Batas itu berkata, dia telah menghantar surat tuntutan kepada Ng Wei Aik semalam di Parlimen tetapi Ng Wei Aik enggan menerimanya.

Surat tuntutan tersebut kemudiannya dihantar ke pejabat Ng.

Turut menerima surat tuntutan adalah dua portal berita atas talian, The Malaysia Insider dan Free Malaysia Today yang turut melaporkan perkara yang sama.

"Dia telah membuat tuduhan yang serius kononnya ARB membuat bail-out 1MDB. Ini adalah fitnah, tuduhan liar yang langsung tidak berasas. Tuduhan ini telah memberikan tanggapan seolah-olah saya orang jahat. Tuduhan Ng sangat jahat dan ia tidak boleh dibenarkan tanpa sebarang tindakan undang-undang," tegas Reezal di lobi Parlimen hari ini.

Dengan menyebut kononnya 'maklumat rahsia tahap tertinggi' dari 'orang dalam', Ng Wei Aik pada 10 Jun menuduh ARB telah meluluskan pinjaman sebanyak RM2 bilion selepas Reezal Marican dilantik sebagai Pengerusi ARB pada 1 Januari tahun lepas.

Menurut Ng juga, bekas eksekutif ARB iaitu bekas Pengerusi Datuk Dusuki Ahmad dan bekas Pengarah Urusan Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh telah 'dipaksa' untuk meletak jawatan kerana mereka enggan memberikan pinjaman kepada 1MDB. Sebaliknya pinjaman tersebut diluulskan selepas Reezal Merican dilantik sebagai Pengerusi.

Bagaimanapun, sehingga kini, Ng Wei Aik gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk menyokong tuduhannya.

Harap-harap, surat tuntutan itu berkesudahan dengan saman ke atas Ng Wei Aik. Jangan pulak nanti, berlaku penyelesaian di luar mahkamah dan Ng Wei Aik bebas dengan hanya meminta maaf sedangkan tuduhannya telah pun dibuat, telah pun tersebar, telah pun diketahui dan telah pun mewujudkan persepsi jahat berdasarkan fitnahnya.

Permohonan maaf Wei Aik - kalaupun dibuat - tidak seharusnya menghentikan tindakan saman ke atasnya.


3 comments:

Ted Manoff said...

India mana berani saman china

Anonymous said...

Ala..Reezal Marican akan beri alasan tarikbalik saman dan berkata.."Takpa la..dia pun dah minta maaf, lagipun sekarang umat Islam menyambut bulan Ramadhan, bulan beribadah dan beribadat. Apalah salahnya memaafkan dia..?" Kisah org politik... mcm tu la...

Anonymous said...

Orang politik ni dengar boleh percaya jangan..

 
Blogger Templates