Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, January 1, 2018

TAK SALAH PAKATAN GEMBIRA PEMANSUHAN TOL LEBUHRAYA PERSEKUTUAN... NAK HARAPKAN KERAJAAN AZMIN ALI, KENYANG CERITA RETORIK SAJALAH!!!



PEMBEBASAN Lebuhraya Persekutuan daripada kutipan tol akhirnya dimuktamadkan apabila kutipan tol di pondok tol Batu Tiga dan Sungai Rasau secara rasmi berakhir pada tengah malam tadi. Bermula dari jam 12:01 tengah malam sehinggalah sampai bila-bila tiada lagi kutipan tol di lebuhraya berkenaan.

Semua pihak bergembira. UMNO Shah Alam mendakwa, perjuangan merekalah yang menyebabkan Perdana Menteri mengumumkan dalam Bajet 2018 pemansuhan kutipan tol di kedua-dua pondok tersebut. Manakala Pakatan Harapan Selangor yang diterajui oleh Azmin Ali pula mendabik dada bahawa Kerajaan UMNO-BN akhirnya terpaksa akur untuk menutup dan memansuhkan kutipan tol di kedua-dua lokasi berkenaan. Ini adalah kerana sebelum UMNO Shah Alam meminta dan mendesak Perdana Menteri agar memansuhkan kutipan tol di situ, terlebih dahulu Pakatan pada 5 tahun lampau telah melakukannya.


5 tahun lalu, ketika Pakatan yang ketika itu dianggotai oleh PKR-DAP-PAS memekak tentang kutipan tol di kedua-dua lokasi, banyak persoalan dilontarkan khususnya kepada DAP yang sentiasa cuba menjadi juara mendesak kutipan tol dimansuhkan. Ini adalah ekoran kegagalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP untuk memansuhkan tol Sungai Nyior meskipun berada di bawah kawalan kuasa Kerajaan Negeri. Begitu juga dengan banyak tol di lebuhraya-lebuhraya Lembah Kelang di mana Kerajaan Negeri Selangor mempunyai pegangan termasuklah di Kesas mahupun di Jalan Cheras-Kajang.

Baik Kerajaan DAP mahupun Kerajaan PKR Selangor, kedua-duanya tidak pernah mempunyai keinginan untuk menghapuskan tol lebuhraya kerana sedar, pampasan untuk konsesi adalah terlalu tinggi ekoran perjanjian berat sebelah yang dimeterai pada zaman Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Tiada sebarang usaha daripada DAP mahupun PKR untuk memansuhkan kutipan tol di negeri masing-masing.

Tetapi apabila membabitkan Kerajaan Persekutuan, DAP dan PKR cukup kuat menyalak. Meskipun pada masa yang sama, peruntukan MARRIS dan PBT yang diserahkan kepada kedua-dua negeri saban tahun, hilang entah ke mana, tetapi baik Azmin Ali mahupun Lim Guan Eng bijak mengalihkan isu dengan menyalahkan Kerajaan Persekutuan.


Dalam menuntut kredit seperti yang dilakukan oleh Pakatan, mungkin bagi UMNO dan para penyokong mereka, sesuatu yang menjengkelkan. Apatah lagi di sebuah negeri yang pertumbuhan industri maksiat, jenayah dan dadah selain kadar demam denggi yang tertinggi di seluruh Malaysia. Kenaikan pelbagai cukai termasuklah cukai dan premium tanah di Selangor, selain skandal dan penyelewengan yang turut melibatkan seluruh keluarga Menteri Besar Selangor, sebenarnya jauh lebih besar berbanding penutupan pondok tol Sungai Rasau dan Batu Tiga.

Justeru, tidak sepatutnya para penyokong dan pemimpin Pakatan yang mahu merasai sedikit keseronokan daripada nikmat pentadbiran Barisan Nasional menerusi pemansuhan kutipan tol di kedua-dua lokasi terbabit diperlekehkan. Sebaliknya, mereka perlu diraikan.



Bukan mudah untuk berasa gembira di sebuah negeri yang penuh dengan retorik, yang penuh dengan cerita-cerita indah di atas kertas tetapi praktikalitinya entah di mana, yang rakyatnya kenyang dengan pelbagai cerita mendabik dada oleh Azmin Ali dan pentadbiran Kerajaan Negeri tetapi gagal sehingga kini untuk menerangkan ke mana hilangnya peruntukan MARRIS daripada Kerajaan Persekutuan bernilai lebih RM2 bilion sedangkan mutu jalanraya di Selangor di bawah Kerajaan Negeri jauh lebih teruk berbanding di kawasan pedalaman Sabah mahupu Sarawak.

Biarkan mereka gembira...


1 comment:

Anonymous said...

Bergumbiralah semuanya.

 
Blogger Templates