Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 14, 2019

RUPA-RUPANYA KERAJAAN NEGERI JOHOR LEBIH PENTINGKAN WANG RINGGIT BERBANDING NYAWA DAN KESELAMATAN PENDUDUK!!!




Sepatutnya wasap toksik tidak wujud di Pasir Gudang, Johor sekiranya bahan kimia yang dibuang secara haram di situ, cepat-cepat dipindahkan dan dilupuskan, kata Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Kenyataan Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat itu jelas mempersalahkan pihak berkuasa yang enggan melupuskan bahan-bahan kimia tersebut selepas membuat kesimpulan bahawa bahan-bahan kimia tersebut tidak lagi aktif, selain melibatkan kos. 


Dengan kata lain, pihak Kerajaan Negeri Johor yang dipimpin oleh Osman Sapian lebih mementingkan wang ringgit berbanding keselamatan penduduk. Kos yang perlu dikeluarkan untuk melupuskan ancaman daripada sisa toksik tersebut dilihat lebih penting daripada nyawa penduduk.

Kegagalan dan kecuaian Kerajaan Negeri Johor itu dibidas dan dikecam oleh bekas Perdana Menteri, Najib Abdul Razak. Menurutnya Kerajaan Negeri Johor terlalu bimbangkan kos pembersihan berbanding nyawa penduduk, sekaligus menggalakkan lagi pencemaran toksik di Pasir Gudang yang lewat ditangani dan ratusan orang keracunan. 


Memetik kenyataan bomba, Najib berkata, pencemaran dan sisa kimia yang dibuang secara haram ke dalam Sungai Kim Kim patut dibersihkan dengan segera apabila dikesan minggu lepas. Keputusan cuai Kerajaan Negeri Johor itu menyebabkan lebih 500 orang menjadi mangsa termasuklah murid-murid sekolah. 

Sikap Kerajaan Negeri Johor yang lebih mementingkan wang ringgit, benar-benar dikesali. 

"Apakah itu pendekatan terkini menangani bencana oleh kerajaan sekarang? Siapakah dalam Kerajaan Negeri dan Pusat yang patut bertanggungjawab ke atas bencana ini?" soal Najib. 

Terdahulu, media memetik kenyataan Ketua Pengarah Bomba, Mohammad Hamdan Wahid sebagai berkata, selepas berlaku kejadian pertama, bomba mendapati masih ada pencemaran gas di kawasan berkenaan dan bahan pencemaran juga tidak dibuang, menyebabkan situasi sama berulang. 


Hamdan berkata, ketika sekolah dibuka semula, memang dikenalpasti ada gas dan bahan tidak dibuang kerana percaya tidak ada reaksi terhadap bahan itu.

Menurutnya lagi, setelah bomba mengenalpasti jenis bahan kimia yang menyebabkan pencemaran tersebut, bomba telah menyerahkan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan selanjutnya. 

Kes pencemaran toksik di Pasir Gudang sudah masuk hari ke-8 hari ini, menyaksikan jumlah kes keracunan meningkat kepada lebih 500 orang yang sedang dirawat dengan 9 daripada di Unit Rawatan Rapi.


Terbaru, Kementerian Pendidikan mengarahkan kesemua 111 buah sekolah di Pasir Gudang ditutup sehingga situasi kembali pulih.  

Kementerian Kesihatan menggerakkan 6 pasukan klinik kesihatan; 2 ambulans dan 2 pasukan dari Hospital Sultan Ismail; 2 ambulans dan 2 pasukan dari Hospital Sultanah Aminah; serta bantuan ambulans daripada badan bukan kerajaan untuk menangani pesakit.

Dalam perkembangan terbaharu, DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menyalurkan bantuan berjumlah RM1 juta untuk menyelamatkan mangsa wasap toksik di Pasir Gudang. 

Bantuan tersebut disalurkan selepas baginda mendengar rakaman audio seorang lelaki menangis meminta bantuan untuk anaknya, menuru Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Idris Shah. 

Sumbangan itu bagi membolehkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis dan agensi-agensi lain membei apa-apa sahaja keperluan untuk menyelamatkan mangsa," titah Permaisuri di dalam satu perutusan menerusi Pejabat Media Istana Johor yang kemudian disiarkan menerusi Facebook Rasmi Sultan Johor.


3 comments:

Anonymous said...

sapa yg buang bahan kimia tu?
company msia atau spore yg
beroperasi di johor?

Unknown said...

Terbaik PM ke8 milik dsnr.. Sapa brani ckp pa..? Terserlah kegeniusan dsnr kan kan kan.

Anonymous said...

SKG RAKYAT NAK TAHU OWNER KILANG
AHLI DAP BERSATU PKR ATAU SINGAPURA
1000 ORANG TERKENA TOKSIK DIAORANG
DARURAT PUN TUNGGU MEETING ESOKNYA
TAK KE BAB'S NAMERNYE KJAAN BANGANG


KIKIKIKI...

 
Blogger Templates