Sekaligus menepati segala dakwaan demi dakwaan yang kerap dinafikannya sebelum ini.
Bangga betul Saifuddin Abdullah setelah dia menghadiri mesyuarat meja bulat yang secara rasminya telah menubuhkan Pakatan Harapan yang melibatkan PKR, DAP dan Amanah tanpa PAS dan Parti Sosialis Malaysia.
Ura-ura Kerajaan 16 September 2008 mahu ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim, Saifuddin Abdullah yang pada waktu itu merupakan Ahli Parlimen Temerloh dikatakan salah seorang daripada Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti dan menyertai Kerajaan 16 September Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, Kerajaan 16 September hanya wujud dalam angan-angan. Kegagalan yang cuba ditutup dengan alasan kononnya Tian Chua dan kumpulannya gagal menawan serta mengepung Ahli-Ahli Parlimen BN dari Sabah yang pergi ke Taiwan, akhirnya menutup cerita Kerajaan 16 September.
PRU-13, walaupun Saifuddin Abdullah telah 'diberitahu' bahawa kedudukannya selaku calon Temerloh hanya akan membuatkan UMNO-BN kehilangan penguasaan ke atas kerusi tersebut ekoran kebencian pengundi-pengundi Temerloh kepadanya, namun kedegilannya menyaksikan bukan sahaja UMNO-BN kehilangan satu kerusi Parlimen, tetapi Saifuddin Abdullah sendiri tercampak tanpa berjawatan.
Tidak menghiraukan tekanan dan desakan agar dia melepaskan keahliannya dalam UMNO dan menyertai PKR atau DAP yang diminatinya,
Apa yang dilakukan oleh Saifuddin Abdullah adalah mencabar UMNO untuk bertindak.
Pertanyaan yang banyak disuarakan ialah, mampukah UMNO bertindak dan mengambil tindakan tatatertib ke atas Saifuddin Abdullah?
Atau adakah Saifuddin Abdullah akan menggunakan nama Perdana Menteri untuk melepaskan diri sepertimana yang seringkali dilakukan oleh beberapa orang yang masih berada di dalam UMNO tetapi tindak tanduk mereka jelas mahu melakukan sabotaj dan kerosakan lebih besar kepada UMNO dan Kerajaan.
Ramai yang masih menantikan jawatan Saifuddin Abdullah sendiri!!!
3 comments:
Maksud movement of moderates yg ada hari ini ialah..Melayu menggadai HAKnya..puak pendatang dapat apa yg dihajati mereka..
Tidakkah apa yg termaktub dalan perlembagaan sudah cukup ramuannya dan sebati dengan faktor sejarah dan sttuktur sosialnya.
Cukup2lah...
Waima atas kapasiti apa pun..si celaka ni dah lama bersendiwara cuma kebodohan NAJIB saja yg bolih membiarkan berlaku. Najib lebih rela kehilangan sokongan rakyat..
Pelihara lah monyet kau itu NAJIB.
Politik Baharu pak hang
Post a Comment