Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, January 4, 2016

IBU REMAJA YANG PALSUKAN CERITA KONONNYA DIA DICULIK TAPI SEBENARNYA MENYOROK DI RUMAH BOYFRIEND, LUAH PERASAAN!!!



Apa yang sudah terjadi, saya sebagai ibu terima walaupun perit untuk menanggungnya,” kata Asmah Mamai, 33, ibu kepada Nur Amirah Athirah Abdul Majid,14, yang dilaporkan hilang di kawasan kediamannya di Bandar Sultan Suleiman.

Remaja itu menjadi perhatian di seluruh negara selepas kehilangannya menjadi viral apabila dikatakan diculik dan rakaman panggilan telefon kepada ibunya memberitahu dia diculik tersebar. Bagaimanapun, dia ditemui selamat bersama lelaki dipercayai teman lelakinya di depan stesen minyak di Banting, 8 malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat dipetik berkata, remaja itu dan lelaki terbabit yang berusia 19 tahun ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi menjejakinya di dalam kereta. Katanya, siasatan awal mendapati mangsa sengaja mengadakan cerita dirinya diculik.

Menurut Asmah, apapun yang berlaku, dia reda dan bersyukur kerana anaknya ditemui oleh anggota polis dalam keadaan selamat. Asmah yang ditemui di rumahnya di Bandar Sultan Suleiman petang tadi berkata, dia dan suami dihubungi anggota polis pada 10 pagi tadi memaklumkan anak mereka sudah ditemui.

“Suami segera ke balai polis untuk melihat keadaan anak sulung saya, dan dia masih dalam keadaan baik. Saya berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana bertungkus lumus menjejaki anak saya sehingga ditemui.

“Saya akan mencari jalan penyelesaian supaya perkara ini tidak berulang lagi. Saya dan keluarga harus berbincang sama ada untuk menukarkan dia ke sekolah lain atau sebaliknya,” katanya yang sudah membuat persiapan persekolahan anaknya itu.

Asmah berkata, dia menyerahkan perkara berkenaan kepada polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan selanjutnya.

Sementara itu, rakan Nur Amirah yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, rakannya itu mengenali seorang lelaki yang didakwa teman lelakinya sejak seminggu lalu.

“Sebelum ini, Nur Amirah hanya berkelakuan seperti biasa dan tidak pernah mempunyai masalah dengan keluarga. Jika ada masalah dia ceritakan kepada saya. Saya terkejut apabila dia dikatakan dilarikan dan kemungkinan lelaki itu yang mempengaruhi Nur Amirah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Samah berkata, remaja lelaki itu dan rakannya berusia 45 tahun direman bermula hari ini. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik atau melarikan remaja bawah umur 16 tahun tanpa keizinan penjaga yang sah.

“Hasil siasatan mendapati remaja perempuan itu menumpang di rumah rakan teman lelakinya yang berusia 45 tahun di Bandar Sungai Emas, Banting,” katanya.

Katanya, Nur Amirah turut disiasat kerana memalsukan maklumat dan akan dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.



HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN, ADA ANAK PENOREH GETAH YANG KEMPIS HIDUNGNYA, MENITIK AIR MATANYA!!!



Getah bukan lagi pendapatan utama negara ini. Sudah banyak tanah yang dahulunya kebun getah, telah menjadi kebun kelapa sawit. Malah banyak juga estet getah, kini telah menjadi kawasan industri dan perumahan.

Justeru, cerita-cerita tentang kebun getah dan kaum penoreh getah, sudah menjadi barang antik yang kurang diberikan perhatian.

Namun walau negara sedang menggila dengan pelbagai industri, masih ada lagi sekelompok besar manusia terutama di kawasan-kawasan luar bandar dan tradisi yang masih bergantung kepada getah.


Kita tentu masih ingat beberapa tahun lalu, satu fenomena hebat telah melanda apabila harga getah melonjak tinggi sehingga ada yang membawa kereta ke kebun getah dan tidak lagi berasa jijik dengan bau kohong sekerap basah. Malah sangat berbangga kerana hasil torehan membolehkan mereka memperolehi pendapatan lumayan secara harian.

Malah sehingga ada yang sudah tidak dapat membezakan pisau menoreh dengan pisau dapur pun, turut mencari-cari kebun getah untuk ditoreh kerana pendapatan lumayannya.

Namun setiap yang naik, pasti ada yang turun. Komoditi seperti getah, sekalipun amat diperlukan oleh industri pembuatan, harganya tetap berada di bawah kawalan manipulasi pasaran. Apatah lagi pada zaman di mana harga minyak mentah lebih murah, menjadikan getah asli berhadapan dengan harga yang tidak menentu.

Percaya atau tidak, walaupun boleh dikatakan majoriti negara di dunia ini memerlukan getah, getah sekerap di Malaysia hanya berada pada harga di bawah RM2.00 sekilogram. Malah ada di sesetengah tempat, harganya hanya berkisar sekitar RM1.50 sekilogram. Menoreh di kebun getah seluas 1 ekar, yang mempunyai sekurang-kurangnya 200 batang pokok, hanya memberikan pendapatan kurang RM40.00 dengan andaian purata setiap batang pokok menghasilkan sekerap seberat 100 gram.

Kerja menoreh getah bukannya kerja setiap hari. Hujan bererti, pokok getah tidak boleh ditoreh. Untuk membolehkan setiap batang pokok getah ditoreh dalam sebarang cuaca, memerlukan belanja yang lebih terutama membabitkan penyediaan tudung parut atau jarum dan penggalak susu selain plastik penakung, tidak termasuk lagi pencuri yang cukup ramai sekarang ini.


Ketika penjawat-penjawat awam dan pesara menerima bonus daripada kerajaan, kaum FELDA menerima pelbagai bantuan, kaum nelayan juga tidak ketinggalan, meskipun berbantuankan BR1M di mana hampir kesemua menerima, kaum penoreh getah hanya mampu ternganga-nganga. Keberadaan mereka di muka bumi ini, tidak mendapat pembelaan sesiapa pun.

Kalaupun ada RISDA atau agensi-agensi yang berkaitan, kebanyakannya hanyalah menjadi tempat untuk orang mengambil gaji, elaun dan keistimewaan tertentu sahaja sekalipun tujuan penubuhannya adalah untuk membantu pekebun-pekebun kecil.


Sehingga kini, belum ada sebarang penyelesaian yang dibuat oleh Kerajaan tentang nasib para penoreh getah. Tiada sesiapa yang sudi membicarakan masalah penoreh getah. Tiada NGO yang mahu bercakap dan memperjuangkan nasib kaum penoreh getah walaupun ada golongan politik yang cuba mempolitikkan nasib penoreh getah demi perut dan tembolok ahli-ahli politik berkenaan.

Pernah atau tidak, kita terfikir tentang jumlah yang perlu dikeluarkan atau dibelanjakan oleh penoreh getah untuk anak-anak mereka bersekolah, terutama pada awal persekolahan ini apabila segala benda perlu dibeli termasuklah buku-buku modul yang tidak seharusnya dipaksa ibu bapa membelinya?




Sunday, January 3, 2016

MUJUR BUKAN NAJIB... BIMBANG TAK DIJEMPUT, KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG RAMPAS SAMBUTAN PUAK DI PULAU PINANG!!!



Macam ini baru dikatakan KUKU BESI tapi wajar juga diteladani oleh kepimpinan Najib.

Jeti-jeti puak di Pulau Pinang telah dijadikan tapak warisan UNESCO dan telah menarik kedatangan pelancong dari seluruh dunia, walaupun hakikatnya ia jauh lebih muda berbanding perkampungan-perkampungan Melayu yang telah wujud lama sebelum kedatangan Francis Light pada tahun 1786 yang kini telah dihapuskan oleh Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang.

Selama berdekad-dekat, setiap kali Tahun Baru Cina, persatuan akan menganjurkan festival sebagai menandakan sembahan kepada Dewa Tian Kong yang juga merupakan tradisi Hokkien.

Tahun lepas, buat kali pertama selepas DAP mengambilalih kuasa di Pulau Pinang, Ahli-Ahli Parlimen DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak dijemput ke festival tersebut, sebaliknya mereka menjempung Chew Mei Fun dari MCA dan Teng Chang Yeow dari GERAKAN.

Pada waktu itu, Pengerusi Jeti Chew berkata, dia masih baru dan tidak begitu faham dengan prosedur untuk menganjurkan acara tersebut.

"Kami tidak menjemput mana-mana parti politik tahun ini. Datin Paduka Chew Mei Fun (Pengerusi MCA Pulau Pinang) dijemput kerana nama keluarganya Chew dan (Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang) Teng Chang Yeow pula dijemput kerana dia adalah kawan baik saya," kata Pengerusi Jeti Chew.

Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik jelas begitu kecewa kerana tidak dijemput ke acara itu dan meluahkan perasaannya di Facebook.

"Sudah pasti saya akan menghadiri sambutan tersebut kerana ia berada di kawasan Parlimen saya. Tetapi saya tidak menerima sebarang jemputan. Sekarang, puak jeti bukan sahaja tidak mahu wang Kerajaan Negeri, sebaliknya Ketua Menteri dan Ahli-Ahli Parlimen yang mereka sendiri pilih pun, mereka tidak mahu lagi."

Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah menghadiri sambutan tersebut bersama-sama beberapa orang Exco dari tahun 2009 sehingga 2014, juga berkata dia tidak menerima sebarang jemputan malah Kerajaan Negeri juga tidak dijemput untuk hadir dalam sambutan tersebut tahun lepas.

Ditanya sekiranya dia kecewa, Lim Guan Eng berkata, dia tidak kecewa.

Itu kata Lim Guan Eng. Tahun ini, dia tunjukkan siapa sebenarnya dia.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, persatuan Puak Jeti mahu menganjurkan festival Tahun Baru Cina Tian KOng yang sama - sesuatu yang telah mereka lakukan selama beberapa generasi - tetapi tanpa sebarang alasan dan penjelasan, rancangan mereka telah disekat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sebaliknya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula yang menganjurkan acara tersebut di tapak yang biasanya digunakan oleh persatuan puak jeti untuk perayaan tersebut.

Dengan kata lain, bagi mengelakkan Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP Pulau Pinang tidak lagi dijemput, Kerajaan Negeri Pulau Pinang merampas perayaan tersebut, menganjurkannya sendiri walaupun mereka bukannya dari keluarga puak jeti semata-mata untuk memastikan dan membolehkan Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP hadir.


Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu mencetuskan kemarahan di kalangan persatuan Puak Jeti yang menurut mereka, mereka telah dilayan secara tidak adil oleh Kerajaan Negeri. Justeru mereka memprotes tindakan tidak bertanggungjawab dan zalim itu. 

"Kami akan menyambutnya buat kali ke-109 tahun ini. Selama bertahun-tahun, kami telah bersembahyang untuk Maharaja Jed dan melakukan upacara keagamaan yang telah menarik kedatangan pelancong tempatan dan luar. Kerajaan negeri tidak meminta pandangan kami sebelum buat keputusan. Kami hanya mendapat tahu daripada laporan akhbar. Kami sangat kecewa dan sedih dengan keputusan ini," kata bendahari Jeti Chew, Chew Seow Pheng. 

Seorang Ahli Parlimen DAP sebaliknya berkata, "Kami tidak memerlukan keizinan daripada mereka memandangkan tanah itu adalah milik Kerajaan Negeri." (RUJUK SINI)

NAJIB SEPATUTNYA BELAJAR DARIPADA LIM GUAN ENG KAEDAH KUKU BESI SEPERTI INI... kalau ada sesiapa yang bising, suruhlah mana-mana Ahli Parlimen BN cakap, 'kami tidak perlukan keizinan sesiapa kerana tanah itu adalah milik Kerajaan Persekutuan'.

Saturday, January 2, 2016

MAK KAU HIJAU!!! 1MDB JUAL KEPENTINGAN BANDAR MALAYSIA KEPADA CHINA... NAJIB JUAL NEGARA!!!



Kalau Najib buat, semuanya salah...

Berita tentang rasionalisasi hutang 1MDB yang dimulakan oleh PKR dan DAP bagi menggagalkan rancangan Najib untuk keluar daripada kepompong 4 NAGA BESAR yang menghirup setiap titik darah rakyat Malaysia dengan pelbagai konsesi dan perjanjian berat sebelah, telah disensasikan oleh Tony Pua, Rafizi Ramli, bahkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad sehinggakan drama-drama mereka menjadikan 1MDB sebagai satu masalah bebanan hutang kepada rakyat negara ini.

Penyenaraian IPO 1MDB telah berjaya digagalkan menerusi kempen-kempen agresif dan tersusun oleh puak-puak berkenaan dengan bantuan kepala-kepala kapitalis yang telah menikmati pelbagai kemudahan sebelum ini dengan sedikit balasan dalam bentuk dana politik kepada kepimpinan terdahulu. Kegagalan tersebut hanya mengehadkan pilihan yang ada bagi mengembangkan pelaburan yang dibuat iaitu dengan menjual pegangan aset yang dimiliki oleh 1MDB.

Sebutlah apa-apa sahaja konsesi besar di negara ini, nama-nama mereka pasti akan terselit sama. Kalau tiada nama mereka, pasti proksi-proksi mereka akan terselit. Kekayaan negara sekadar berlegar-legar di kalangan mereka semata-mata. Malah walaupun secara mata kasar kelihatan negara ini maju, tetapi hakikatnya rakyat Malaysia sebenarnya yang diperah dan diperas untuk keserakahan kelompok tersebut menerusi siri konsesi dan perjanjian-perjanjian berat sebelah yang tidak dapat diubah oleh mana-mana kepimpinan selepas Tun Dr. Mahathir melainkan dengan pampasan-pampasan bernilai puluhan bilion ringgit yang sekaligus sekiranya kerajaan selepas Mahathir mahu berbuat begitu, perlu menaikkan kadar cukai yang perlu dilunaskan oleh rakyat dan sektor korporat.


Berita tentang penjualan kepentingan sebanyak 24% dalam projek Bandar Malaysia kepada syarikat dari negara China, dengan bakinya, 76% masih dipegang oleh rakyat Malaysia dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri memegang kepentingan sebanyak 57% (RUJUK SINI), telah digembar-gemburkan sebagai MENJUAL KEPENTINGAN NEGARA.

Rafizi Ramli, Tony Pua dan Liew Chin Tong serta mereka yang menggelarkan diri sebagai PROTUN yang sekarang ini mengatasnamakan RAKYAT, begitu galak membuat tohmahan dengan cerita-cerita fantasi mereka.

Bagaimanapun, ketiga-tiga pemimpin PKR dan DAP itu langsung tidak bersuara tentang dua projek besar yang telah dilaksanakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, beberapa bulan lalu.



Pada Mei 2015, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual 100% kepentingan dalam 20 ekar tanah Kerajaan Negeri bernilai RM30 juta kepada JABIL CIRCUIT SINGAPORE PTE LTD, sebuah syarikat yang sebenarnya dimiliki oleh syarikat induk Amerika Syarikat.

Julai 2015, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyerahkan 49% kepentingan bernilai RM11.3 bilion dalam tanah kerajaan negeri seluas 6.8 ekar kepada Kerajaan Negara Singapura yang dimiliki 100% oleh Temasek Holding dan EDIS. (RUJUK SINI dan SINI dan SINI)

Mengapa Rafizi Ramli, Tony Pua, Liew Chin Tong mahupun PROTUN tidak melabelkan penjualan kepentingan 100% dan 49% sebagai MENJUAL NEGARA sepertimana penjualan 24% kepentingan Bandar Malaysia kepada syarikat dari China?

Mengapa perbuatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng menjual kepentingan tersebut dalam nisbah dan peratusan lebih besar, hanya dianggap sebagai PELABURAN ASING?

Adakah ianya sama seperti mana yang berlaku dalam Projek EMPANGAN BAKUN yang mendapat kritikan serius daripada pelbagai pihak di dunia sebagai PROJEK dan PENYELEWENGAN terbesar dunia melibatkan kroni terdekat dan kemudiannya memaksa Kerajaan Negeri Sarawak, Tenaga Nasional dan Sime Darby 'bail-out' projek tersebut daripada penguasaan syarikat-syarikat asing yang menerima penganugerahan projek berkenaan? Malah projek tersebut telah memalitkan imej negatif kepada Ketua Menteri Sarawak pada waktu itu, Taib Mahmud walaupun sebenarnya projek berkenaan sebenarnya adalah untuk pembekalan tenaga kepada Semenanjung.

Budaya 'bail-out' akhirnya telah menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan kerana tarif tinggi bagi membolehkan modal dikutip semula. Mujurlah Kerajaan Negeri Sarawak berjaya menguruskan masalah tersebut tanpa membebankan rakyat negerinya!


Mengapa penjualan 24% kepentingan dalam Bandar Malaysia kepada syarikat China tidak dianggap sebagai pelaburan asing berbanding label 'JUAL NEGARA'?

Malah berbanding penjualan kepentingan aset di Pulau Pinang dan Empangan Bakun, penjualan kepentingan dalam Bandar Malaysia dibuat menerusi tender terbuka antarabangsa yang dikendalikan oleh pihak ketiga.

Mengapa ada sikap dan persepsi yang berbeza dalam isu ini?

Bagi menjaga kepentingan kroni yang semakin terjerut kerana projek-projek mereka dirampas dan keuntungan mudah mereka tidak lagi dibayar dari kantung negara?


Friday, January 1, 2016

ORANG GILA MANA MENGAKU GILA?... RANI KULOP MARAH KETUA MENTERI MELAKA LABELKAN 'SULTAN MELAKA' SEBAGAI ORANG GILA!!!



Ketua menteri Melaka tidak sewajarnya melabelkan individu tertentu sebagai tidak waras tanpa mengenalinya terlebih dahulu, kata ketua Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia.

Abdul Rani Kulup Abdullah, yang popular dengan slogannya “kipidap,” mengulas kenyataan Datuk Seri Idris Haron semalam yang menyifatkan Noor Jan Tuah seorang “yang mungkin tidak waras.”

Lelaki berasal dari Perak itu, yang memakai nama baru Raja Noor Jan Shah Tuah, mengaku dirinya sebagai sultan Melaka. Menulis di Facebook, beliau memberi anugerah kebesaran kepada Abdul Rani, yang didakwa Isnin lalu tetapi tidak dinyatakan lokasinya.

Dalam foto di media sosial itu, Abdul Rani menyerah bukunya “Ayahanda Rani Kulup #kipidap,” yang dilancarkan September lalu, kepada Noor Jan dengan poster besar di belakang mereka bertarikh 28 September 2013.

Mengulas anugerah tersebut, Idris berkata darjah kebesaran yang diberi oleh “sultan” itu tidak berharga kerana ia tidak diiktiraf kerajaan.

Abdul Rani, popular selepas sering membuat bermacam-macam aduan polis di sini, diberikan anugerah “Darjah Paduka Mahkota Melaka” oleh Noor Jan, yang disifatkan oleh ketua menteri itu sebagai seseorang yang “hidup dalam alamnya sendiri.”

Abdul Rani menggesa Idris tidak memberi label negatif itu kerana tanggapan buruk itu “bukan contoh yang bagus bagi seorang ketua menteri.”

“Sebagai pemimpin tertinggi di Melaka, Idris perlu tunjuk contoh yang baik dan bukan semudahnya label orang itu gila atau tidak waras.

“Idris bercakap macam dia ada masalah peribadi dengan ‘sultan’ itu. Ini bukan contoh yang bagus bagi seorang ketua menteri,” katanya, yang suka membahaskan dirinya ‘Ayah,’ kepada ProjekMMO semalam.

“Ayah nak tanya Idris, adakah dia sudah kenal betul dengan ‘sultan’ Melaka itu sampai dia tahu orang itu gila atau tidak? Jangan mudah bagi kenyataan macam-macam. Biar pihak polis yang siasat dulu, kemudian barulah buat keputusan.”

Tahun lalu, Noor Jan ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung beberapa majlis penganugerahan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf kerajaan.

Noor Jan, 57, berasal dari Kampung Teluk Perang, Perak ditahan ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar, Melaka dipercayai menghadiri majlis kesyukuran wujud kembali “kesultanan Melayu Melaka.”

Pada 14 November 2005, Noor Jan dilaporkan muncul bersama dua daripada empat “permaisurinya” di istiadat penganugerahan watikah gelar adat kesultanan Melaka ke-44 yang dihadiri 500 pengikutnya di sebuah dewan di Gombak, Selangor. - MALAYMAIL ONLINE


HARGA MINYAK... LOGIK YANG DAH JADI TAK LOGIK... TAKDAK PUN PENURUNAN HARGA YANG LAIN-LAIN!!!



Kalau ikut logik Rafizi Ramli serta sekelompok besar rakyat Malaysia yang berasa mereka tersangat pakar kerana bebas memberikan komen dan pendapat di Facebook, kenaikan harga minyak akan mendorong peningkatan harga barang gunaan. Manakala harga bahan bakar yang rendah pula, akan mengekalkan harga barangan pada kadar yang lebih rendah.

Logik dan realiti dunia ialah, tiada sebarang penurunan harga akan berlaku walaupun harga bahan bakar menjadi langsung tidak bernilai. Sebabnya, para peniaga, pengeluar dan peruncit akan menggunakan faktor-faktor kos untuk meningkatkan harga mereka.

Hukum semulajadi manusia adalah jelas... Andaian Ceteris Paribus tidak mungkin akan berlaku. Apa yang berlaku adalah FALLACY OF COMPOSITION.

Begitu jugalah dengan kesan penurunan harga minyak atau bahan bakar dengan penurunan harga barangan.

Hujah-hujah tolol Rafizi Ramli terlalu menguasai emosi masyarakat Malaysia. Walau diterangkan bahawa harga barangan dan perkhidmatan walaupun mungkin ada peratusan pengaruh harga bahan bakar, jumlahnya terlalu kecil, sebaliknya harga barangan dan perkhidmatan ditentukan bukan oleh kuasa pasaran sebaliknya menerusi penguasaan, sama ada dalam bentuk monopoli, oligopoli mahupun Perfect Competition.

Di Malaysia sekurang-kurangnya, hukum 'Prices as an Allocation System' tidak mungkin berlaku. Harga barangan tidak ditentukan oleh pengeluar mahupun konsumer, sebaliknya ditetapkan oleh kumpulan atau entiti seperti persatuan pengeluar. Dan pemimpin-pemimpin entiti itu pula mempunyai 'peruntukan' dalam bidang politik negara.

Dalam bahasa yang lebih mudah, tak payahlah bermimpi tentang EQUILIBRIUM PRICES di Malaysia kerana segala faktor tidak akan diambil kira kerana penguasaan ke atas orang-orang politik itulah sebenarnya yang menyebabkan harga-harga barangan dan perkhidmatan melonjak seperti sekarang. Orang politik pula akan bermain silap mata, saling menyalahkan sesama sendiri dan mengalihkan kemarahan orang ramai daripada dalang sebenar kepada orang-orang politik yang didanai oleh entiti-entiti penentu harga itu.


1 Januari 2016, Kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan harga terbaru bahan bakar bagi bulan ini yang menyaksikan penurunan harganya.

Bagaimanapun, seperti yang dijangka, harga barangan tidak akan menurun sebagaimana logik hujah Rafizi Ramli dan para pengikutnya. Sebaliknya harga barangan dan perkhidmatan kekal meningkat sekaligus akan menyebabkan orang ramai di Malaysia yang kurang menggunakan akal, bising-bising dan menyalahkan kerajaan di bawah kepimpinan Najib Abdul Razak.

Ia samalah seperti kekecohan yang berlaku sekarang ini. Kita melihat dua kumpulan orang politik saling berhentam antara satu sama lain. Namun jikalau kita amat-amati, sebenarnya yang berhentam adalah dalang-dalang penentu harga sedang menggunakan bidak-bidak mereka yang terdiri daripada orang-orang politik untuk memastikan, mereka terus menghirup setiap titisan darah rakyat Malaysia.

Sampai bila sebenarnya rakyat Malaysia yang kuat merungut tetapi tidak pandai menggunakan otak untuk melihat hakikat sebenar, siapa yang sedang menghirup darah mereka, tetapi berjaya mengalihkan otak mereka dengan menyalahkan pihak lain?

Emosi rakyat Malaysia mudah dipermainkan dan kerana itulah, walaupun telah merdeka lebih setengah abad, rakyat Malaysia masih lagi menjadi abdi kepada ketololan mainan kapitalis!!!


BUDAK PEREMPUAN SETAN!!! NAK BEBAS IKUT JANTAN, KATA DIA DICULIK DAN BIKIN GEMPAR SATU MALAYSIA!!!



Remaja perempuan yang mendakwa diculik dari rumahnya di Bandar Sultan Suleiman, Klang, Ahad lalu, Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14, ditemui selamat bersama lelaki dipercayai teman lelakinya di depan stesen minyak di Banting, 8 malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, remaja itu dan lelaki terbabit ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi menjejakinya di dalam kereta.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa sengaja mengadakan cerita dirinya diculik.

"Kita berjaya menjejakinya sejak tengah hari semalam dan mengekorinya hingga ke Putrajaya sebelum menahan kedua-duanya di depan stesen minyak terbabit malam tadi.

"Mangsa dikatakan buat begini kerana hendak bebas namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam kejadian Ahad lalu mangsa disedari hilang selepas ibunya pulang ke rumah, kira-kira 2 petang.

Ibu mangsa yang berusia 33 tahun cuba mencarinya di beberapa kawasan berhampiran serta menghubungi anaknya namun gagal sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Sultan Suleiman Isnin lalu.


Kes berkenaan menjadi viral selepas mangsa menghubungi kakak angkatnya memaklumkan dia diculik di kawasan rumah dengan menggunakan van putih.

Perbualan antara mangsa bersama kakak angkatnya yang berdurasi 3 minit 43 saat itu tersebar secara meluas di laman sosial.

Mangsa mendakwa ternampak papan tanda menuju ke Johor Bahru.

Sementara itu Abdul Samah berkata, sebelum ini kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik namun pihaknya akan membuka kertas siasatan baru berhubung penemuan berkenaan.

Katanya, kedua-duanya kini masih ditahan untuk siasatan lanjut - HARIAN METRO
 
Blogger Templates