Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 3, 2016

TAHNIAH!!! KELUARGA ANWAR IBRAHIM AKHIRNYA BERSATU DENGAN KELUARGA DR. MAHATHIR MOHAMAD UNTUK 27 MAC!!!



Buat kali pertama, seluruh ahli keluarga Anwar Ibrahim bersatu dengan Dr. Mahathir Mohamad dan mereka akan sama-sama membuat satu sidang media untuk 'menyelamatkan Malaysia' atau sebenarnya lebih tepat lagi, 'SELAMATKAN ANWAR IBRAHIM'.

Beberapa tuntutan sebelum ini telah dibuat untuk menjadikan Anwar Ibrahim berstatus BANDUAN TERKAYA DAN TERMEWAH di penjara Malaysia, apabila permohonan tilam air, bilik berhawa dingin sepenuhnya, televisyen berpemukaan rata dengan siaran Astro, makanan dengan chef dan tukang masak khas dan pancuran air panas untuk mandi.

Satu perkembangan yang amat menarik apabila dua musuh politik membabitkan keluarga, akhirnya bersatu untuk menjatuhkan pihak lain bagi merampas kuasa!

Walaupun tidak berterus terang dan beretorik, niat PKR yang dizahirkan menerusi Nurul Izzah dapat dibaca dengan mudah. Katanya, PKR mahukan komitment ke arah reformasi dan keikhlasan daripada bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad sebelum kononnya bersetuju untuk bersama-sama Mahathir menyingkirkan Najib Abdul Razak.

Satu pertemuan antara PKR dengan Mahathir dijangkakan akan dilakukan esok untuk membincangkan terma dan syarat-syarat sebelum sebarang keputusan dibuat walaupun sebenarnya keputusan telah dibuat bahawa gabungan tersebut akan direalisasikan pada 27 Mac menerusi majlis anti-Najib anjuran Zaid Ibrahim bersama-sama DAP.

Nurul Izzah berkata, para pemimpin Pakatan Harapan akan mengadakan sidang media bersama esok selepas pertemuan dengan Mahathir. Menurutnya lagi,elemen terpenting dalam menentang Najib dan UMNO adalah perpaduan dan fokus.

Tahniahlah...

Akhirnya di sebalik segala pembohongan, huru-hara, maki hamun di peringkat bawahan, keluarga Anwar Ibrahim dan Mahathir yang menjadi punca kepada segala masalah di Malaysia bermula 1998, kini sudah bersatu walaupun dengan menggunakan alasan yang paling tidak munasabah!!!


HANYA BERMODALKAN MULUT BESAR, CHALLENGER SYED SADDIQ ABDUL RAHMAN NAK REVOLUSIKAN MALAYSIA!!!



Kekaguman marhein kepada golongan yang pandai berdebat, bertekak, bertaki, berperang mulut dan memberikan hujah-hujah sememangnya sudah lama wujud dalam setiap akar budaya setiap bangsa dalam dunia. Namun terlalu jarang yang percaya kepada golongan terbabit untuk menguruskan urusan sesebuah negara, syarikat mahupun firma.

Syed Saddiq Abdul Rahman mungkin seorang orator yang dikagumi kerana kelas dan pencapaiannya selaku pemenang Debat Asia sebanyak 3 kali. Dengan usianya yang masih muda, dia kelihatan mempunyai masa hadapan yang sangat cerah untuk terlibat dalam politik sepenuh masa. Apatah lagi, politik sememangnya memerlukan orang yang pandai bercakap sepertinya walaupun pandai mereka setakat itu tanpa perlu pandai bekerja.

Namun apabila pencapaian tiga kali sebagai pemenang Debat Asia cuba disandarkan sebagai modal untuk terlibat dalam dunia politik, mencampuri sesuatu yang hujah dan kekuatan lisan tidak akan memberi kesan, Syed Saddiq sebenarnya sedang memusnahkan kerjaya politik yang baru dibinanya sendiri.

Apatah lagi, dia cuba mencari jalan popular dengan kaedah menyongsang iaitu dengan jalan pintas menerusi penentangan kepada establishment.

Terlalu jarang anak muda yang naik awal, yang diberikan populariti, yang namanya disanjung, disebut, bahkan dijadikan ikon kepada kepimpinan muda yang mampu bertahan di atas jalan anti-establishment untuk terus memberikan sumbangan yang lebih besar kepada negara, bangsa dan agama. Sebaliknya mereka hanya digunakan oleh kaum senior sebelum akhirnya dimatikan secara perlahan-lahan dan tidak mampu bangun lagi.

Sudah berapa ramai pemimpin muda seperti Syed Saddiq yang diberikan pelbagai pujian, kemudian dipergunakan dan akhirnya dipancung dibunuh?

Kalau Syed Saddiq berasakan dia akan disanjung kerana dia sedang mengikut 'arus menentang' sekarang ini, dia telah membuat satu kesalahan besar. Ruang yang selama ini dia berada dan menjadi perhatian, kini mulai dilihat oleh orang lain yang tidak kurang juga kebolehan walaupun tidak mempunyai gelaran JUARA DEBAT.

Syed Saddiq dalam usaha mengangkat dirinya lebih tinggi dalam politik, memujuk perhatian ramai dengan kehadirannya dan kehebatannya berdebat terutama sekali bagi pihak yang disokongnya menerusi pembentukan pakatan ANAK MUDA BENCIKAN KEPIMPIMPINAN NAJIB ABDUL RAZAK yang digelarkannya sebagai THE CHALLENGER dalam gabungan dengan ketua-ketua persatuan pelajar universiti yang kita tahu, tidak mampu memimpin kecemerlangan mana-mana universiti di negara ini dalam ranking terbaik universiti dunia.

Agak sayang kerana golongan seperti Syed Saddiq dan kawan-kawan sekongkolnya yang berasakan mereka lebih pandai dan lebih bijak, seharusnya membantu universiti masing-masing untuk mempertingkatkan ranking dan membuang stigma TAHAP RENDAH DAN TIDAK BERMUTUNYA pengajian mereka tetapi sebaliknya yang digunakan hanyalah naman Mahasiswa untuk dunia politik yang akhirnya akan membunuh mereka perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit.


Sesuatu yang perlu diketahui dan dimaklumi ialah, orator atau tukang debat hanya akan kekal sebagai tukang debat dan mereka tidak akan ke mana-mana kerana sifat suka bertekak mereka dan berasakan mereka sentiasa lebih hebat berbanding orang lain.

Syed Saddiq sedang membawa empat orang lagi kawannya terjun ke dalam jurang yang akan menguburkan mereka... itu adalah sesuatu yang amat pasti!!!

Bagaimana pula dengan golongan yang tidak menyebelahi Syed Saddiq dan pendapat mereka:

KENYATAAN MEDIA SOKONGAN ANAK MUDA PADA PERDANA MENTERI

1) Kami rasa terpanggil untuk menyatakan yang kumpulan mahasiswa, NGO dan generasi muda menyanggah kenyataan kumpulan Challenger yang mengecam Perdana Menteri Malaysia.
2) Challenger bukanlah satu pertubuhan berdaftar dengan ROS, ROY atau universiti. Mereka tidak mewakili suara majoriti anak muda di Malaysia.
3) Kenyataan mereka yang mempertahankan Rafizi Ramli yang sering menyerang Tabung Haji dengan tuduhan tidak berasas menyerlahkan mereka adalah sekutu pada pembangkang.
4) Kami bersetuju bahawa menghormati hak majoriti yang dipilih melalui proses demokrasi yang berlangsung setiap lima tahun adalah lebih mulia berbanding merosakkan sistem yang sedia ada.
5) Semua tuduhan yang dilempar ke atas Perdana Menteri hanyalah bersifat prasangka dan propaganda semata-mata, sedangkan realitinya sudah banyak perubahan yang dilakukan dan rakyat sedang menikmatinya sekarang.
6) Tindakan mempertahankan The Edge, Sarawak Report akhbar yang memetik sumber daripada Xavier Justo orang yang sudah ditahan dipenjara Thailand juga membuktikan Chalenger ini buat kenyataan media secara melulu dan tanpa usul periksa.
7) SPRM dan Peguam Negara sudah mengesahkan tentang isu dana RM2.6 billion selepas meneliti secara forensik dokumen setinggi 1.7 meter daripada SPRM dan sumber sumber lain. Keputusan Peguam Negara adalah jelas, tiada kaitan dengan 1MDB dan tiada kesalahan jenayah.
8) Jika ada bukti baru, maka pihak pihak berkaitan perlu memberi kerjasama kepada pihak polis, SPRM dan AG untuk siasatan. Bukan menuduh tanpa asas dalam blog dan tidak menyatakan sumber seperti yang dibuat oleh WSJ
9) Soal penggantungan yang kita segani Tan Sri Muhyiddin dan keluarnya insan yang kita sayangi Tun Mahathir daripada UMNO adalah soal dalaman parti. Pihak luar dan anak muda hanyalah menilai berdasar persepsi sahaja. Realitinya, berapa ramai yang turut serta keluar UMNO bersama sama dengan Tun Mahathir? Tun Mahathir sendiri masih belum menghantar surat rasmi keluar daripada UMNO.
10) Tindakan Tun Mahathir yang mahu bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan PM adalah satu tindakan yang tidak wajar. Apakah Tun Mahathir mahu bersekutu dengan agenda Claire Brown, Editor Sarawak Report yang mahu raikan kejatuhan Najib dengan segelas arak?
11) Kami juga memperakui kepimpinan Perdana Menteri yang sehingga kini turut diiktiraf diperingkat antarabangsa. Pemimpin dari Timur Tengah, China, Eropah dan Amerika Syarikat menghormati kepimpinan Dato Sri Najib.
12) Dalam keadaan ekonomi dunia yang gawat, Malaysia masih lagi mengekalkan pertumbuham ekonomi 5% dan mendapat status kewangan yang semakin baik dari Fitch Rating. Ini bermakna, dasar ekonomi Dato Sri Najib adalah tepat, hinggakan Arab Saudi sendiri meniru GST yang dilaksanakan di Malaysia.
13) Sebagai anak muda, kita harus bertindak berdasar fakta, menjunjung Prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Tidak harus menyebar persepsi, menular emosi, menyemai benci terhadap pemimpin secara buta tuli.
14) Bagi umat Islam, Al Quran dan hadis tidak mengajar umatnya untuk membuat honar bagi jatuhkan pemimpin. Ayat 59 Surah An Nisa wajib dijadikan pegangan anak muda beragama Islam.
15) Ketika dunia lain bergolak dengan konflik dan kegawatan, rakyat Malaysia masih lagi berada dalam keadaan yang sejahtera untuk meneruskan kehidupan. Mahukah kita kufur dengan nikmat aman yang Allah SWT berikan ini?
16) Cuba namakan mana negara Islam yang aman dan stabil ekonominya pada hari ini? Cuba namakan nama pemimpin Islam yang dipercayai di peringkat antarabangsa hari ini?
17) Lima tahun yang lalu, anak muda berkumpul di Tahrir Square untuk gulingkan Mubarak secara berdemo, hari ini strategis anak muda yang memulakan demonstrasi itu sendiri menyesal dengan apa yang beliau lakukan.
18) Keadaan negaranya lebih tidak stabil, berlaku siri siri demonstrasi yang tidak terkawal dan anarki berleluasa di negara tersebut. Apakah perubahan sebegitu yang anak muda mahukan?
19) Sebagai generasi kepimpinan muda, usah kita hancurkan negara pada hari ini bersandar emosi dan persepsi. Marilah kita bersatu membantu Dato Sri Najib Razak untuk memajukan negara ini.
20) Banyak lagi agenda anak muda yang masih belum selesai dan perlu diperjuangkan secara bersama. Bukan mengikut dan terjerumus dalam "grand design" WSJ dan Sarawak Report yang mahu hancurkan negara ini.
Oleh:
Abang Mohd. Hafizie bin Abang Bunsu
Yang Di Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM sesi 2013/2014
Timbalan Presiden
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan sesi 2013/2014
Turut sama menyokong :
1) Mohd Fadlillah Mukhatar YDP MPP UPSI 2012/2013
2)Muhamad Amerul Muhamad, YDP MPP UMK 2012/2013)
3) Ahmad Mu'adz Nazari, Penolong SUA MPP UniMAP 13/14
4) Mohamad Amir Shaqim Bin Ahmad, NYDP MPP UPNM - 2013/14
5) Adam Ariffin (Exco MPP Multimedia University Melaka 2015/16)
6) Sulhairil Hafiz Sulaiman, Naib Yang Dipertua MPP UPM 2005/06
7) Muhammad Hariz Ahmad, Setiausaha Agung MPP UUM 2012/13
8) Azri Norfikri Aziz, Timbalan YDP MPP UUM, 2012/13
9) Mohd Fuad Ramlan, Timbalan YDP MPP UPM 2013/14
10) Nur Amierah Amaniena Binti Azmi, Timbalan YDP MPP Segi College Penang, 2015/16
11) Muhammad Syafiq Mahamud, Penggerak Hijrah UMK 2013/14
12) Mohd Fahzil Abidin, YDP MPP UMK 2014/15
13) Mohd Zaidi Mohd Idrus, YDP MPP UKM 2007/2008
14) Hariz Izham, Bendahari UTEM 2013/14
15) Mohd Ali Faiz Salleh, YDP MPP UUM 2014/15
16) Mohd Syahiran Annuar, YDP Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu Kebangsaan, Permata.
17) Asrizal Mohd Radzi, MPP UKM 2004/05
18) Raj Akhbar Sabu, MPP UMS 2004/05
19) Zuhairi Zuremi, Presiden MPP Unisza 2013/14
20) Azrinizam Ibrahim, Presiden MPP UUM 1999/2000
21) Mohd Ikhwanul Shafiq Mohd Fudzi, MPP UTHM 2012/13
22) Mohd Zul Fadzli Alias, MPP UPM 2014/15
23) Hanafi Mohd Ali, Naib Yang Dipertua MPP UPM 08/09
24) Hezrul Akram Bin Kamaruddin, Naib YDP MPP UMK, 2014/15
25) Jabdin Juhat
YDP MPP UMS, 2000/2001
26) Mohamad Shafiq Kamaruddin, YDP MPP USM 2013/15
27) Kamarul Badlishah Kamarulzaman, Exco MPP USM 1997/98
28) Muhammmad Zufar Zulkefle, YDP Mahasiswa Negeri Sembilan
29) Mohamad Syzrul Yahya, YDP MPP UPM 2015/16
30) Sarfarizmal Saad, Timbalan Presiden MPP UKM 2009/10
31) Mohd Efendi Omar, YDP MPP Universiti Malaya 2005/06
32) Muhammad Raziq Rezza Bin Azmi, YDP Kor Suksis UTHM 2014/15
33) Abdul Hadie Abdul Halim, Timbalan Hijrah UMK 2012/14
34) Muhammad Syahmi Aiman Sulaiman, Timbalan Pengerusi MPPK / YDP MPP UPSI 2015/16
35) Ahmad Raziz Rashid, Pengerusi Persatuan Anak Putra Perkasa UPM 2003/2004
36) Amiruddin Bin Nasrudin, Pengerusi Pertubuhan Pemikir Kreatif Pulau Pinang
37)Muhammad Farhan Bin Abd. Hadi, Bendahari MPP UniMAP 2013/14
38)Muhammad Azry bin Anuardy, Setiausaha Agung MPP UPSI 2014/15
39) Johari Awang Sazali, YDP MPP USM 2004/05
40) Yusuf Ghani, Presiden Persatuan Belia Generasi Interaksi, YOUGEN

Wednesday, March 2, 2016

ANDAI RAJA ARAB SAUDI DIFITNAH BAGI DERMA, KENAPA KERAP SANGAT NAJIB KE MAKKAH?


Andai Cerita Derma Bohong, Najib Tak Akan Dibenarkan Datang Ke Arab

Seandainya benar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbohong dalam perkara berkaitan wang derma politik bernilai RM2.08 bilion yang diberikan keluarga Diraja Arab Saudi, pastinya kerajaan negara itu akan mengharamkan kedatangan Najib ke Arab Saudi ekoran perbuatan jahat itu.

Bagaimanapun, beliau kini berada di Jeddah, Arab Saudi dalam rangka lawatan kerja serta dijadualkan akan menghadap Raja Salman Abdulaziz Al-Saud di sana.

Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh Duta Malaysia ke Arab Saudi Zainol Rahim Zainuddin dan para pegawai tinggi kerajaan Arab Saudi.

Pesawat khas yang dinaiki Najib dan rombongan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz pada pukul 11.50 malam (waktu Arab Saudi) semalam.

Setibanya beliau di Arab Saudi, acara pertama lawatan kerja Najib ialah mengerjakan umrah di Kota Suci Makkah hari ini.

Najib akan turut melawat anggota tentera Malaysia yang ketika ini sedang berpangkalan di Hafar Al Batin. Rombongan Malaysia yang diketuai Najib turut disertai Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta para pegawai kanan kerajaan.

Kenyataan Kementerian Luar, lawatan kerja Najib bakal membantu usaha meningkat dan memperkukuh hubungan dua hala yang sedia terjalin erat antara Malaysia dan Arab Saudi merangkumi hal politik, ekonomi, pertahanan dan hal ehwal haji.

Bayangkan jika cerita berkaitan wang derma yang bukan sedikit itu direka oleh Najib, pastinya beliau sudah diharamkan masuk ke Jeddah serta dikenakan tindakan oleh kerajaan Arab Saudi.

Diketahui umum, perihal perkara berkaitan keluarga Diraja Arab Saudi begitu sensitif apatah lagi soal kekayaan mereka dipersendakan kerajaan negara lain. Negara berkenaan pula negara yang rapat serta mempunyai reputasi jemaah Haji yang baik serta berdisiplin iaitu Malaysia.

Dari sudut mana logiknya, Najib mengada-adakan cerita wang derma dari Arab Saudi itu seperti yang dicanangkan para pemberita portal pro-pembangkang yang tidak beretika itu.



PAKATAN HARAPAN DAN KEMPEN 'SELAMATKAN MALAYSIA' MENERUSI PENYERTAAN TUN DR. MAHATHIR!!!!



Pakatan Harapan yang muncul selepas Pakatan Rakyat musnah, menggabungkan PKR-DAP-PAN, nampaknya memberikan 'muka' kepada Tun Dr. Mahathir selepas bertahun-tahun, atau lebih tepat lagi dari tahun 1998, telah menjadikan Dr. Mahathir sebagai pemangkin dan pencetus kepada REFORMASI, huru-hara jalanan, memburuk-burukkan segala infrastruktur kewangan dan ekonomi negara, penipuan, fitnah dan sebagainya.

Mahathir adalah MAHAFIRAUN, MAHAZALIM dan segala Maha yang lain. Mahathir adalah bapa Korupsi, Kronisme dan Nepotisme (KKN) terbesar sepertimana yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim. Malah Mahathir sanggup menggunakan wang negara dengan pelbagai cara, dengan pelbagai kaedah demi semata-mata untuk menyelamatkan syarikat anak-anak lelakinya serta kaum kroninya. Dan di sebalik kemajuan yang dibuat dari perancangan Mahathir, ia bukannya untuk orang Melayu-Bumiputera kecuali untuk dilihat dan dibangga sahaja. Laba projek-projek besar dinikmati seumur hidup oleh syarikat-syarikat yang berkaitan kroni dan Mahathir telah menjadikan rakyat Malaysia sebagai tukang bayar keuntungan syarikat-syarikat yang dianugerahkan pelbagai projek termasuklah IPP dan konsesi lebuhraya yang tidak mungkin akan rugi walau sesen pun.

 Kononnya kerana itulah, Mahathir ditentang oleh Anwar Ibrahim yang saban tahun membawa jutaan anak-anak muda ke jalanraya untuk berdemonstrasi dan melampiaskan kemarahan kepada Mahathir, menentang segala sistem Mahathir yang disifatkan hanya bertumpu kepada kroni dan anak-anak lelakinya.

Namun itu semua sudah berlalu nampaknya. Cerita sudah berubah.

Mahathir sekarang adalah pemangkin baru kepada golongan yang wujud kerana menentangnya suatu masa dahulu. Pertemuan dengan para pemimpin pembangkang, terutama sekali dengan Lim Kit Siang serta Zaid Ibrahim bagi satu pertemuan atau lebih tepat lagi demonstrasi jalanan yang dijadualkan pada 27 Mac nanti.


DAP menerusi Lim Kit Siang pula sedang berbangga-bangga kerana telah mengatur rancangan bersama-sama Mahathir bagi satu lagi cubaan 'rampasan kuasa' negara ini setelah DAP gagal melakukannya pada 10-13 Mei 1969 dahulu.

Lim Kit Siang dan Mahathir adalah seteru politik paling lama dalam sejarah Malaysia walaupun ada yang mengatakan, perseteruan mereka hanyalah lakonan plastik sebagai ahli politik untuk menutup kerjasama mereka yang sebenar. Dek kerana itulah, apabila Mahathir menentang UMNO atau pemimpin UMNO, Mahathir mendapat 'pujian' daripada para pemimpin pembangkang.

Dan kini, Pakatan Harapan bersama-sama SELAMATKAN MALAYSIA mereka, bergabung bersama-sama Mahathir demi menyelamatkan Anwar Ibrahim yang dipenjarakan selama 5 tahun kerana kesalahan jenayah liwat tetapi dikatakan sebagai tahanan politik dan menyelamatkan Malaysia daripada Najib Abdul Razak.


Adakah Mahathir akan bersama-sama membela Pakatan Harapan atau dia akan kekal dengan kata-katanya bahawa hatinya masih pada UMNO cuma dia mahu menggulingkan Najib Abdul Razak dan UMNO dari persada kuasa kerana malu UMNO sekarang di Presidenkan oleh Najib?

Yang pastinya, Mahathir telah bersama-sama BERSIH 4.0 dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi, tidak sahaja dari segi lisan dan tulisan tetapi juga kehadiran dirinya dalam demonstrasi jalanan yang dia tidak pernah setuju diadakan ketika di bawah pentadbirannya dahulu.

Maka, kita ucapkan SELAMAT DATANG DUNIA POLITIK BARU, MALAYSIA YANG LEBIH HURU-HARA DAN TIDAK ADA AIR MUKA!!!




Tuesday, March 1, 2016

GABUNGAN KIT SIANG-MAHATHIR MAHU GULINGKAN NAJIB TETAP GAGAL TAWAN SARAWAK TERLEBIH DAHULU YANG KUAT MENYOKONG NAJIB!!!


Ada yang mengatakan, keluarnya Tun Mahathir dari UMNO telah melemahkan UMNO. Ada yang berkata, habislah UMNO kerana Tun Mahathir telah keluar UMNO. Malah ada yang buta perut, bodoh tolol berkata, UMNO sedang menuju kehancuran kerana pengasas parti tersebut telah keluar parti.

Sebenarnya golongan yang beranggapan seperti itu hanyalah golongan budak-budak ubun lembik yang baru mengenal hidup dan sepak terajang politik UMNO dan Mahathir serta kaum puaknya. Tiada apa-apa yang dihairankan langsung dengan apa yang dilakukan oleh Mahathir, malah tidak mustahil dalam dua atau tiga hari ini, Mahathir akan berucap di atas pentas Parti Amanah Negara (PAN) kalau tidak pun memenuhi jemputan PKR untuk berucap di majlis mereka, yang mana kemudian dia akan mendapat pujian besar daripada kedua-dua parti berkenaan. 

Itu yang dilakukan dahulu oleh Mahathir pada ketika itu PAN dan PKR belum wujud lagi. 

Jadi, hanya si bodoh sahajalah yang berasa ramai orang UMNO atau penyokong atau pensimpati UMNO yang ketakutan atau kecewa kerana Mahathir keluar parti.

Dalam pada itu, Lim Kit Siang telah mengesahkan yang dia telah melakukan pertemuan dengan Mahathir bersama-sama Zaid Ibrahim, berhubung perhimpunan dan demonstrasi gulingkan Najib pada 27 Mac nanti.

Perhimpunan tersebut sebenarnya merupakan idea Zaid Ibrahim, orang yang tidak boleh buat kerja, tetapi diangkat secara salah menjadi menteri dan akhirnya menghuru-harakan sistem perundangan negara!

Zaid Ibrahim yang sudah hampir pupus namanya dari persada politik negara sedang cuba mengangkat kembali namanya dengan sebarang cara termasuklah menentang Najib. 

Cuma sesuatu yang agak aneh kerana seorang lagi yang tidak tahu apa-apa tetapi berlagak seperti seorang cendekiawan dan akhirnya memilih untuk menentang tetapi sekarang terus senyap, SAIFUDDIN ABDULLAH tidak menyertai gerombolan Lim Kit Siang-Mahathir-Zaid Ibrahim. 

Namun yang lebih aneh sekarang ialah, tumpuan hanya diberikan kepada Semenanjung sahaja, sedangkan yang mengalami kenaikan jumlah kerusi DUN dan Parlimen adalah Sabah dan Sarawak. 

Pada tahun 2008, DAP menumpukan Sarawak sebagai negeri pangkalan dan 'masa hadapan'. DAP sanggup melakukan apa-apa sahaja, termasuklah mencari modal kewangan dan pembohongan untuk menarik sokongan rakyat Sarawak kepada DAP. Pilihanraya Negeri Sarawak pada tahun 2011, akhirnya membuahkan hasil yang baik kepada DAP. DAP berjaya menguasai lebih banyak kerusi di DUN Sarawak. 

Tahun ini, DAP tidak begitu meriah di Sarawak apabila ramai pemimpin dari Semenanjung dikenakan larangan masuk dan mendarat di Sarawak kerana pelbagai pelbagai kesalahan Imigresen. Penguatkuasaan autonomi imigresen oleh Kerajaan Negeri Sarawak menyebabkan PKR dan DAP tidak kelihatan ghairah untuk menyambut kehadiran Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11 seperti tahun tahun 2011.

Bagaimanapun, sesuatu yang perlu diketahui ialah, Sarawak merupakan kunci kepada kekuatan Najib Abdul Razak walaupun di Sarawak tidak ada UMNO!

Untuk menjatuhkan Najib, Sarawak perlu ditawan terlebih dahulu. Kegagalan menawan Sarawak dan Sabah, bermakna, cubaan untuk menggulingkan Najib sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh Tun Dr. Mahathir tidak lebih daripada sekadar cubaan anjing menyalak bukit. 

Justeru, dalam tempoh yang semakin dekat dengan Pilihanraya Negeri Sarawak, gerombolan dan rombongan dari Yayasan Perdana tidak pula kelihatan ke Sarawak, malah semenjak kempen bersungguh-sungguh mereka dari bulan Mei tahun lepas lagi, Sarawak seperti tidak dipedulikan. Malahan di Sabah pun, tidak mendapat sambutan.

Beberapa orang pengikut protun tegar yang begitu berkeyakinan bahawa lebih ramai orang akan keluar UMNO selepas Mahathir berbuat begitu, sedang melihat bukan sahaja tiada sebarang perubahan yang berlaku tetapi juga menyaksikan Najib Abdul Razak masih lagi kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia!!!


REHATLAH MAHATHIR!!! REHATLAH... PENYAKIT NYANYUK TUN SEMAKIN TERUK DAH TU!!!



Tinggalkan Mahathir dan para penyokongnya yang sedang berfantasi, senario politik Malaysia sedang berubah 180 darjah ekoran Mahathir keluar dari UMNO selain ancaman daripada 400 Ketua-Ketua Cawangan UMNO yang sebenarnya juga tidak memberikan sebarang impak, memandangkan ramai tahu sejauh mana mereka berfungsi membantu UMNO selama ini pun.

Kenyataan terbaru Mahathir yang menolak untuk menyertai parti-parti lain selepas da keluar dari UMNO bersama-sama isterinya amat menarik juga untuk nilaikan.

"Saya tidak mahu melihat negara ini diuruskan oleh orang yang mempunyai terlalu banyak masalah." (RUJUK SINI)

September 2008, Najib menjadi Menteri Kewangan. Salah satu usaha awal yang dilakukan oleh Najib pada waktu itu adalah meminta Menteri Kerja Raya mendedahkan perjanjian-perjanjian konsesi tol lebuhraya melibatkan pemegang-pemegang konsesi.

Ini secara tidak langsung semua perjanjian tersebut tidak lagi berada di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA.

17 Oktober 2008, Menteri Kerja Raya mengumumkan dan pada 1 Januari 2009, kesemua konsesi lebuhraya kecuali satu telah bersetuju untuk mendedahkan perjanjian konsensi mereka.

Kumpulan yang tidak bersetuju tersebut adalah Maju Expressway atau MEX Highway yang dimiliki oleh Maju Group.

Lebuhraya sejauh 26 kilometer itu merupakan rangkaian sambungan Kuala Lumpur ke Putrajaya utama dan tahun lepas syarikat konsesinya telah menaikkan kadar tol untuk kereta dari RM2.50 sehingga RM3.50. Ia memulakan pembinaan pada tahun 2004 dan berjaya disiapkan pada 2007.

April 2012, Maju Group mengumumkan yang ia mahu menjual kepentingan mereka di dalam Lebuhraya MEX kepada sebuah syarikat senaraian awam pada harga RM1.7 bilion, sekaligus membolehkan Maju Group berjaya memperolehi keuntungan antara RM660 juta dan RM1 bilion hanya selepas empat tahun beroperasi.

Ini adalah kerana Maju Group hanya menggunakan RM60 juta sebagai paid-up capital, mendapat wang geran kerajaan secara percuma sebanyak hampir RM1 bilion dan meminjam RM500 juta untuk membayar kos RM1.5 bilion kos pembinaan selama 25 tahun konsensi lebuhraya.

Keadaan ini telah mencetuskan kemarahan Mahathir yang berkata,  jualan Maju Expressway oleh pemiliknya, Abu Shahid merupakan usaha membuat duit dengan bantuan kerajaan.

"Anda jual apa yang telah menjadi hak anda, anda tidak menjual hak orang lain. Ia mungkin seburuk jualan AP," Dr. Mahathir dipetik sebagai berkata ketika mengulas marah jualan berkenaan.

"Dia cuba menjelaskan kepada saya tetapi saya beritahu dia, dia perlu menerangkan kepada masyarakat awam mengapa dia menjualnya dan mengapa dia mahu membuat duit selain daripada kontrak kerajaan," kata Dr. Mahathir lagi.

Mengapa Dr. Mahathir marah?

Sebab dia sendiri menganugerahkan perjanjian berat sebelah itu kepada Maju Group pada tahun 1997 dan telah membuat semakan perjanjian serta terma-terma konsesnsi pada tahun 2003 sebelum persaraannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Selepas isu itu, Mahathir terus tutup mulut dan tidak lagi memperkatakannya.

Menariknya, Maju Group juga adalah syarikat yang diberikan perjanjian berat sebelah dengan Tabung Haji yang menyebabkan kerugian besar kepada Tabung Haji ketika saudara lelaki ipar Tun Mahathir menjadi Pengerusinya.

Ini termasuklah urusan di mana Tabung Haji membayar RM270 juta sebagai bayaran pendahuluan bagi proses hartanah yang tidak lengkap bernilai hanya RM158 juta dan kemudian menara pejabat diserahkan kepada Tabung Haji pada September 2001, sedangkan ia hanyalah keluasan lantai sebenar 70% lebih kecil daripada apa yang Tabung Haji setujui unutk membelinya berdasarkan perjanjian.

Pun begitu Tabung Haji masih lagi menerima dan membayar Maju Group untuk 'jualan berat sebelah itu'.

Lebih menarik lagi ialah, berbanding menghukum Maju Group yang telah MENYONGLAP DUIT PENDEPOSIT TABUNG HAJI, Mahathir sebaliknya memberikan RM1 bilion percuma kepada Maju untuk membina lebuhraya pula.

Sekarang, Mahathir mahu bercakap tentang orang lain yang banyak buat salah?

Betul-betul seperti kerang mengata kepah!!!


Monday, February 29, 2016

TUN DR. MAHATHIR DIKATAKAN BAKAL GABUNGKAN SEMUA PARTI POLITIK MENENTANG NAJIB DAN UMNO!!!



Berita tentang keluarnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir langsung tidak menggemparkan, walaupun ada sebilangan 400 orang Ketua-Ketua Cawangan khabarnya akan turut keluar UMNO mengikuti jejak Mahathir.

Kalau melihat kepada berita yang sedang digembar-gemburkan oleh pro-Tun, ternyata negara sedang dalam keadaan huru-hara kerana tindakan Tun Dr. Mahathir keluar UMNO. Bagaimanapun, realitinya, tiada sesiapa pun yang hairan dengan tingkah laku serta gelagat politik Tun Dr. Mahathir yang masih berasakan Malaysia adalah haknya dan semua orang perlu mengikut kehendaknya.

Pengumuman sebelum jam 5:00 petang tadi ternyata langsung tidak disambut sepertimana yang diingini oleh puak-puak pro-Tun. Namun sesuatu yang lebih 'menarik' telah disahkan oleh pihak-pihak tertentu dari dalam kelompok puak pro-Tun sendiri.

SEBUAH PARTI BARU AKAN DITUBUHKAN sebagai medium untuk melawan UMNO.

Pertemuan beberapa orang pemimpin pembangkang beberapa jam sebelum Tun Dr. Mahathir membuat pengumuman keluar dari UMNO mengesahkan khabar-khabar angin sebelum ini yang Tun Dr. Mahathir akan mencipta sebuah parti politik baru untuk melawan UMNO dan menggulingkan Najib Abdul Razak.

Kalau mengikut sejarah, Tun Mahathir pernah beberapa kali bercakap di pentas PAS malahan DAP ketika dia berada di luar UMNO pada zaman Tunku Abdul Rahman dan Abdullah Badawi. Bagaimanapun, Tun Mahathir tidak pernah keluar dari UMNO untuk menyertai parti lain terutama selepas apa yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman Putraja Al-Haj, Tun Hussein Onn dan beberapa ramai pemimpin UMNO yang jauh lebih berpengaruh pada tahun 1988 yang menyaksikan UMNO lama diharamkan dan UMNO Baru ditubuhkan bagi memberi kuasa penuh kepada Tun Dr. Mahathir sebagai Presiden parti itu.

Netizen sudah pun memperkatakan tentang penubuhan parti baru oleh Tun Dr. Mahathir dengan menarik penyertaan anggota-anggotanya yang masih setia kepadanya, termasuklah Muhyiddin Yassin dan anaknya, Mukhriz Mahathir, walaupun terdapat berita yang mengatakan, mereka tidak akan keluar dari UMNO.

Sebelum ini ada laporan yang mengatakan, ada pertemuan antara Tun Dr. Mahathir dengan para pemimpin pembangkang bagi mewujudkan sebuah unit pembangkang yang akan menggulingkan Najib Abdul Razak dan UMNO-BN pada PRU akan datang. Bagaimanapun, laporan tersebut tidak disahkan walaupun beberapa gambar pertemuan antara para pemimpin tersebut dengan Mahathir mula dipaparkan dan didedahkan.

Mampukah Tun Dr. Mahathir menggembelengkan kesemua para pemimpin pembangkang dalam satu barisan demi menjatuhkan Najib Abdul Razak dan menyelamatkan taukeh-taukeh kroni yang kehilangan banyak kepentingan semenjak Najib mengambilalih jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Anwar Ibrahim pernah melakukannya... GAGAL!

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang banyak jasa kepada negara ini juga.... GAGAL!

Mahathir Mohamed yang seringkali digambarkan sebagai tidak pernah gagal... SETAKAT INI masih gagal!!!

 
Blogger Templates