Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, October 29, 2016

SAH, BERSIH, MALAYSIAKINI DAN HUMAN RIGHT WATCH TERIMA DANA DARIPADA GEORGE SOROS!!!



Berbanding 'pendedahan' yang dibuat oleh Sarawak Report atau Wall Street Journal dan New York Times, pendedahan yang dibuat oleh sekumpulan aktivis penggodam yang dikenali sebagai DC Leaks, kurang mendapat perhatian, malah cuba dipejam mata oleh mereka yang sangat sensitif dengan laporan-laporan negatif antarabangsa membabitkan Malaysia.

Barangkali kerana pendedahan tersebut melibatkan figura-figura dan entiti-entiti utama yang terbabit dalam konspirasi menggulingkan Kerajaan Malaysia dan Najib Abdul Razak, maka ia perlu disenyapkan begitu sahaja. Bahkan perlu disokong dan diberikan bantuan.



DC Leaks berjaya menggodam dokumen-dokumen dari Open Society Foundation (OSF) milik George Soros. DC Leaks juga merupakan organisasi sama yang telah menggodam e-mel Hillary Clinton yang mendapat liputan media dan kini sedang disiasat oleh FBI. 

Menerusi dokumen-dokumen yang digodam dari OSF, nama Malaysia dan 'Malaysia Program' kerap disebut. Namun yang paling menarik ialah membabitkan kegiatan George Soros yang sangat aktif ke arah 'pilihanraya yang bebas dan adil' di Malaysia sekaligus mengesahkan bahawa George Soros membiayai BERSIH, Merdeka Center dan Malaysiakini.


Dokumen itu juga mengesahkan George Soros mempunyai kepentingan peribadi di Malaysia dan mahukan pembangkang menang tetapi tidak begitu berani untuk menunjukkan sokongan ketara. (RUJUK SINI)

Namun, sesuatu yang menarik ialah terdapat satu nama yang amat menarik, yang mempunyai kaitan secara langsung dengan George Soros dan Malaysia. Orang tersebut adalah John Pang. John Pang dilaporkan bekerja di bawah George Soros di mana kedua-duanya menggunakan pengaruh Soros untuk melobi Kerajaan Amerika Syarikat bagi menyingkirkan Najib. 

John Pang juga merupakan orang yang telah memberikan input dan maklumat-maklumat yang salah kepada Raja Petra Kamaruddin, sebagaimana yang diperakui oleh blogger tersebut dalam usaha memburuk-burukkan dan menganiayai Rosmah Mansor. (BACA DI SINI)

John Pang adalah salah seorang ahli lembaga pengarah dalam Open Society Foundation. (RUJUK SINI)

George Soros dan John Pang saling berkait menerusi OSF dan NED. Kedua-dua entiti tersebut merupakan dalang utama di sebalik kewujudan BERSIH, Maria Chin, Ambiga dan DAP secara keseluruhannya.

OSF memulakan operasinya di Malaysia pada tahun 2010 dengan andaian PRU akan diumumkan pada tahun 2011, dua tahun sesudah Najib menggantikan Ahmad Badawi. Pelobian aktif George Soros ke atas ahli-ahli politik Amerika Syarikat untuk menggulingkan Najib, menunjukkan konco-konconya di Malaysia bekerja untuk 'mengubah' Malaysia dengan perancangan rapi dan pembiayaan besar. 

Dalam dokumen itu juga, OSF mengakui bahawa sokongan mereka adalah untuk membolehkan pembabitan awam dan menyokong usaha-usaha masyarakat sivil selain menggerakkan ratusan ribu anak-anak muda bagi tujuan menggulingkan kerajaan. 

Sekaligus, OSF telah mengesahkan apa yang didakwa selama ini iaitu GEORGE SOROS adalah dalang di sebalik demonstrasi BERSIH.

Seperti yang diketahui, George Soros merupakan individu utama di sebalik banyak revolusi atau penggulingan kuasa di seluruh dunia termasuklah menerusi parti-parti politik. Pendedahan yang dibuat oleh DC Leaks adalah bukti jelas tentang pembabitan serta campurtangan serius George Soros ke atas politik di Malaysia. 

Dan apabila memperkatakan tentang George Soros, bermakna, banyak jugalah wang tunai yang dialirkan. Berbilion wang telah disalurkan kepada NGO-NGO berkenaan sama ada secara langsung mahupun dalam bentuk membiayai projek-projek mereka, termasuklah dalam projek di Sarawak dan Sabah membabitkan sebuah parti politik pembangkang yang turut terlibat secara langsung dengan BERSIH.

Malaysiakini, portal berita yang dibiayai oleh George Soros, dalam usaha mengalihkan perhatian terhadap DAP, turut melaporkan bahawa Wikileaks telah mendedahkan e-mel-e-mel rahsia yang menunjukkan Geoge Soros dan OSF miliknya bekerjasama dengan individu-individu tertentu di Malaysia yang melobi Kerajaan Amerika Syarikat untuk menyingkirkan Najib Abdul Razak. 

Soros memiliki kepentingan sebanyak 29% dalam MalaysiaKini. Dan Soros membiayai 100% Human Right Watch yang sentiasa menghentam Malaysia. 

Perlu juga diberikan perhatian ialah, Ambiga dan Maria Chin sebelum ini telah mengakui BERSIH telah menerima wang daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) yang menerima dana secara langsung daripada US National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute milik George Soros. 

Laman sesawang NED sendiri sebelum ini merekodkan yang mereka telah membiayai BERSIH secara langsung. (RUJUK SINI)


Beberapa tahun dahulu, Mahathir telah menuduh Soros cuba menggunakan agenda Yahudinya untuk menukar rejim pentadbiran di Malaysia bagi membolehkan semuanya berada di bawah kawalan Soros. Tetapi Mahathir sudah pun diserang penyakit lupa yang sangat teruk atau barangkali tidak peduli langsung asalnya, matlamat Boboi untuk menjadi Perdana Menteri terhasil.

Soros bekerjasama dengan salah satu daripada entiti CIA iaitu NED yang terlibat dalam penggulingan kuasa di seluruh dunia. NED diharamkan di Russia dan China.

Friday, October 28, 2016

SELEPAS VIRAL KES BUNUH DIRI KERANA ROKOK SELUDUP, KINI VIRAL PULA KISAH ANGGOTA SPRM DERA ISTERI DAN DIBURU POLIS JOHOR!!!



Satu lagi masalah sosial sedang viral di Facebook dan media sosial lain. Kali ini melibatkan seorang anggota SPRM yang dituduh dan didakwa mendera isterinya. 



Secara terperinci, isterinya telah memuatnaikkan penderitaannya menjadi isteri kepada anggota SPRM tersebut di Facebook dan mendapat perhatian ramai.

SPRM ada mengeluarkan kenyataan, bahawa kes tersebut akan disiasat oleh mereka. 



Polis Johor bagaimanapun, mengeluarkan kenyataan bahawa lelaki tersebut sedang diburu walaupun wanita berkenaan melaporkan, laporan polis telah dibuat lebih sebulan lalu. 

Kuasa media sosial!



ARAB SPRING BERMULA, PEMILIK MOTOSIKAL RODA TIGA BAKAR DIRI, ADAKAH MALAYSIA SPRING DIMULAKAN OLEH PEMILIK HONDA STREAM PENJUAL ROKOK SELUDUP?



Akhirnya 'kehilangan' Mohd Shukri yang terjun ke dalam laut dari Jambatan Kedua Pulau Pinang bagi mengelakkan hukuman penjara kerana menjual rokok seludup, diselesaikan menerusi penemuan mayatnya oleh nelayan pagi tadi selepas dua hari pencarian dilakukan. 

Mayatnya ditemui terapung satu batu nautika dari Batu Maung, tempat dia dipercayai terjun. 

Komander Operasi APMM, PBK II Mazli A. Mutalib berkata, mayat Shukri akan dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Menurut Mazli, pasukan penyelamat telah membuat pencarian menerusi udara dan laut selepas Shukri meninggalkan motosikalnya di KM11 jambatan tersebut menghala ke pulau dan dipercayai terjun ke laut.

Shukri menjadi 'selebriti bunuh diri' apabila selain meninggalkan nombor kad pengenalan dan pengenalan dirinya, dia turut memuatnaik nota di Facebook yang mengecam pihak berkuasa kerana mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana menjual rokok seludup. 

Tindakannya itu dipercayai didorong oleh tindakan Jabatan Kastam mengheretnya ke mahkamah kerana menjual rokok seludup bernilai RM360, kesalahan yang membolehkan dia dihumban ke penjara. Shukri dikatakan telah ditangkap pada 2012 atas kesalahan yang sama, dan sekali lagi pada Februari lalu.

Nota bunuh dirinya menjadi viral di Facebook, menyebabkan isterinya turut memuatnaikan memohon agar Shukri tidak dikecam walaupun perbuatannya itu salah dari segi agama. 

Thursday, October 27, 2016

DEMI JATUHKAN NAJIB, ADAKAH MAHATHIR AKAN MINTA MAAF SEBAB TAHAN PEMIMPIN DAP DALAM OPERASI LALANG BAWAH ISA?



DAP sedang cuba mencari kesempatan dan mendapatkan pengiktirafan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bahawa penangkapan ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin DAP, menggunakan ISA merupakan satu kesilapan dan kezaliman.

Dr. Mahathir yang sekarang ini merupakan Pengerusi Parti Cap Bunga merupakan sekutu kuat Lim Kit Siang dan DAP walaupun sebelum Cap Bunga diwujudkan, Mahathir merupakan musuh utama Lim Kit Siang dan DAP.

Berbanding Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri yang paling banyak menangkap dan menahan tanpa bicara golongan politik berbanding anggota subversif PKM dan kongsi gelap. Sesiapa sahaja yang dilihat melawannya, akan berkampung di Kamunting selama dua tahun tanpa bicara.

DAP walaupun tidak seramai PAS yang ditangkap tanpa bicara oleh Mahathir, memekak dan paling kuat berkeriau tentang Akta Dalam Negeri yang telah disalahguna oleh Mahathir bagi mengekalkan kuasanya walaupun pada  masa yang sama, dilihat mampu menstabilkan politik negara ini.

Kua Kia Soong merupakan antara mereka yang cuba mengherotkan sejarah Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 menerusi buku tulisannya yang menuduh, tragedi tersebut berpunca daripada persaingan dalaman UMNO yang kemudian memberikan reaksi kepada perarakan penghinaan DAP kepada orang Melayu sebagai punca tragedi berdarah itu. (RUJUK SINI)

Justeru, apabila dia menulis lagi dan mengingatkan Mahathir akan 'dosa-dosa silamnya' tentang ISA, Kua Kia Soong sebenarnya cuba menghalalkan perbuatan DAP yang mahu menentang Perlembagaan Persekutuan. Kebencian DAP kepada Artikel 152 dan Artikel 153 serta Artikel 3 Perlembagaan Malaysia, dianggap sebagai satu hak dan tidak salah sama sekali.

Kua Kia Soong menyebut tentang Operasi Lalang 1987 yang menyaksikan Lim Kit Siang dan beberapa orang pemimpin DAP ditahan dan disumbatkan ke Kamunting. Katanya, sudah sampai masanya untuk Mahathir meminta maaf atas perbuatannya itu.

Sedangkan pada masa yang sama, berbanding DAP, jumlah para pemimpin UMNO yang ditangkap dan ditahan di bawah ISA di Kamunting jauh lebih tinggi dan ramai. Malah, Najib Abdul Razak yang pada waktu itu adalah Ketua Pemuda UMNO juga, hampir-hampir sahaja disumbatkan ke Kamunting kerana insiden ucapannya di Stadium TPCA Kampung Bharu.

Hanya kerana Mahathir sedar, dia akan menjahanamkan kedudukannya sendiri sekiranya Najib ditahan, membuatkan Najib terpaksa dilepaskan. Pengaruh Najib di kalangan Pemuda UMNO pada waktu itu, sangat besar sehinggakan pada ketika Mahathir hampir digulingkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Najib merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang menjadi 'kunci' kepada pengekalan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang dipegang oleh Mahathir.

Apa yang dilakukan oleh Kua Kia Soong dan anak perempuan P.Patto, Kashturi agar Mahathir mengakui perbuatannya dan meminta maaf, sebenarnya tidak lebih daripada sekadar mahu membersihkan DAP daripada label rasis dan penentang Perlembagaan Persekutuan.

Dalam bahasa yang lebih mudah, Kua Kia Soong yang terlibat dalam perang saraf DAP dari zaman 13 Mei sedang menjadikan DAP sebagai sebuah parti yang suci murni dan sentiasa dizalimi oleh UMNO.

Sekarang, Mahathir sudah keluar dari UMNO. Mahathir sudah menentang UMNO. Mungkin elok juga sekiranya, Mahathir membantu DAP menyucikan parti tersebut dengan meminta maaf dan mengakui kesalahannya menahan para pemimpin DAP yang maksum di bawah ISA.

Mampukah Mahathir berbuat begitu?

Mungkin... sebab kalau bercakap tentang Mahathir, segalanya berkemungkinan...


LAGI SKANDAL SHAFIE APDAL, KALI INI LIBATKAN TANAH PRIBUMI PULA DIDEDAHKAN OLEH BLOG CAPTAINM!!!


Sudahlah Shafie: Dia dan pegawai KKLW rompak bajet NKRA 2010-2-13 seterus RMK10 bukan main lagi. Adik beradik kaya raya secara tiba-tiba, anak buah kaya, proksi bertambah kaya. Lagi mahu sembang hal rompakan wang rakyat.

"OPS WATER 1 & 2 SUDAH DITANGKAP: MENGAPA PEGAWAI KKLW YANG BERSEKONGKOL DENGAN SHAFIE APDAL KAYA RAYA KETIKA SALUR DANA LUAR BANDAR  TIDAK DISIASAT?. BILA SPRM NAK BERTINDAK?

1. Belum pun sebulan Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bermula 1 Ogos lalu, beliau memberi amaran kepada penjawat awam serah diri diri atau diburu. 15 Ogos tiga penjawat awam, dua daripadanya berpangkat Datuk Seri dan Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram selain operasi serentak di Melaka dan Kelantan melibatkan DBKL dan pegawai JKR. RM13 juta dibekukan, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap yang ditahan.

2. 30 Ogos lalu Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral (Bersara) Tan Sri Abdul Aziz Zainal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa berjumlah RM15 juta. Sebelum itu Pengarah Urusan bank Rakyat Datuk Mustafa Abd Razak ditahan dan dikenakan tahanan reman.

3. Tangkapan terbesar adalah pemburuan di Sabah terhadap Pengarah dan Timbalan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melibatkan rampasan lebih RM114 juta. Sidang media Datuk Azam Baki Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) pada 5 Oktober lalu menjelaskan penyelewengan melibatkan dana dari Kerajaan Persekutuan tidak kurang dari RM3.3B, tidak termasuk Kerajaan Negeri Sabah. Susulan dari itu OPS Water Fasa 2 pada 23 Oktober melibatkan Jurutera Bahagian dan Daerah telah menahan 19 orang pegawai dan merampas RM7.2 juta. 

4. Bagaimanapun SPRM seakan meredakan keadaan bagi mengelakkan isu rasuah JANS ini dipolitikkan maka 20 Oktober lalu dalam Sidang Media SPRM menyatakan Siasatan kes penyelewengan dana awam projek infrastruktur Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bernilai RM3.3 bilion tidak melibatkan ahli politik di peringkat negeri itu atau kerajaan Pusat. SPRM memaklumkan, setakat ini, siasatan kes itu hanya menjurus kepada penglibatan pegawai-pegawai kerajaan yang menerima rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

5. Bukan mahu mengganggu siasatan SPRM tetapi amat janggal satu dana persekutuan yang besar hampir RM3.3bilion yang diturunkan antaranya dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi projek NKRA 2010-2013 Infrastruktur luar bandar khususnya projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) langsung tidak melibatkan ahli politik khususnya Dato’ Seri Shafie Apdal. Sedangkan terbukti Shafie Apdal menggunakan segala kuasanya untuk memberi kekayaan kepada proksi, kroni, keluarga, adik beradik, pemimpin pro kepadanya malah para pegawai KKLW.

6. Paling tidak SPRM memanggil dan menyiasat para pegawai yang pernah bersama Shafie Apdal dari Setiausaha Politik, Pegawai Tugas-tugas Khas, Setiausaha Sulit Kanan, Setiausaha Sulit, KSU, Setiausaha Bahagian, Timbalan SU Bahagian dan lain-lain yang terlibat. Tidak keterlaluan para pegawai yang bersekongkol dengan Shafie Apdal ini mereka kaya raya, memiliki kenderaan mewah, rumah mewah dan gaya hidup mewah. Mana usaha KP SPRM dan pegawainya yang memburu mereka? Mana mungkin mereka ini menyerah diri. Pergilah semak kekayaan mereka diluar dari kemampuan gred jawatan mereka. 



7. Sebelum ini Captain M telah menulis tentang kuasa Shafie Apdal untuk memberi projek kepada siapa dia hendak, orang kanannya SO1 dan SO2, malah SO3 mantan Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur yang banyak memberi ulasan kertas projek untuk kementerian dan MOF. Sepatutnya SPRM memanfaatkan kerjasama YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada 10 Oktober lalu berhubung kesediaannya memberikan dokumen berkaitan peruntukan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di bawah KKLW dari tahun 2010 hingga 2015. Malah bukan sahaja BALB tetapi ketirisan projek NKRA yang lain seperti Projek Jalan Luar Bandar (JALB) berbililon ringgit dilaksanakan oleh JKR Negeri Sabah. Projek NKRA 16 Jalan Luar Bandar 2010 secara tender terhad tidak mungkin tidak berlaku ketirisan.


KENYATAAN TONY PUA BAHAWA KAKITANGAN AWAM ADALAH MEMBEBANKAN, PERLU DISOKONG OLEH KAKITANGAN AWAM SENDIRI!!!



“Membenarkan mereka mengambil gaji tanpa bekerja, lebih baik daripada mereka bekerja dan membebankan kerajaan,” kata Tony Pua dipetik Mkini pada forum berbahasa Mandarin bertajuk “Menganalisis Bajet 2017” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, semalam.

“Kami menggelarnya ‘berat mati’ yang anda perlu tanggung,” katanya mengulas cadangan mengurangkan lambakan penjawat awam, apabila 36% daripada keseluruhan Bajet 2017 diperuntukkan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan.

Walaupun sebahagian besar kenyataan Tony Pua ada benarnya, apatah lagi, ada kalangan penjawat awam yang amat kuat menyokong DAP dan polisi mereka, tetapi dalam isu penjawat awam dan keperluan dalam perlaksanaan pentadbiran dan pengurusan negara dan negeri, kenyataan Tony Pua itu sebenarnya merupakan satu provokasi jelas ke atas Melayu dan Bumiputera. 

Ini adalah kerana Melayu dan Bumiputera merupakan kelompok majoriti dalam perjawatan awam. Dengan kata lain, apa yang dimaksudkan oleh Tony Pua ialah, kakitangan awam merupakan satu bebanan yang tidak seharusnya ditanggung oleh negara. Sebaliknya jumlah mereka perlu dikurangkan secara drastik sekaligus dapat menyelamatkan 36% peruntukan negara daripada 'dibazirkan'. 


Bukan sedikit kakitangan awam yang memberikan sepenuh tumpuan kepada pembentangan bajet 2017 oleh Perdana Menteri minggu lalu semata-mata untuk mengetahui berapa banyak kenaikan gaji dan bonus yang akan mereka perolehi. 

Dan sebaik-baik sahaja pengumuman dibuat, meriah FB dan WhatsApp mengutuk pemberian wang RM500 kepada kakitangan awam dengan cerita bahawa Kerajaan Najib Abdul Razak berlaku zalim dan tidak tahu menghargai kakitangan awam. 

Namun anehnya, reaksi yang serupa atau sebaliknya terhadap kenyataan Tony Pua, tidak pula kelihatan walaupun ianya membabitkan kakitangan awam.

Mengecilkan sektor awam, menurut Tony Pua, akan memberi kesan kepada keseluruhan perkhidmatan awam.

"Contohnya, jikalau kita mengurangkan 5% kakitangan awam, baki 95% tidak akan bekerjasama dengan kita. Dan (potongan) ini tidak akan menjadi langkah realitistik. Sebaliknya ia akan membebankan," katanya dalam forum tersebut. 

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Tony Pua mencadangkan agar beberapa segmen perkhidmatan awam hanya dibayar gaji tetapi tidak perlu bekerja. 

"Di sesetengah negara, kakitangan awam hanya mengambil gaji, tetapi tinggal di rumah berbanding ke pejabat. Ini membolehkan mereka menjimatkan perbelanjaan untuk perjalanan dan masa yang digunakan di pejabat. Membenarkan mereka mengambil gaji tanpa bekerja adalah jauh lebih baik berbanding bekerja dan menyusahkan kerajaan." (RUJUK SINI)

Sebenarnya, pentadbiran Najib sedang mengurangkan jumlah kakitangan awam dalam bentuk yang lebih berperikemanusiaan tanpa melibatkan pembuangan kerja. Kerajaan sebaliknya membekukan pengambilan kakitangan baru, manakala kakitangan yang meletak jawatan secara sukarela atau pencen, tidak digantikan tetapi kenaikan pangkat dibuat dari kalangan kakitangan sedia ada.

Bagi kakitangan awam yang beria-ia sangat menyokong DAP, kenapa tak diperjuangkan usaha Tony Pua ini? Seronok tau, dapat gaji duduk di rumah sahaja walaupun dalam tempoh beberapa bulan kemudian, gaji anda akan diberhentikan kerana anda tidak produktif dan anda tidak lagi diperlukan.

Sokonglah!!!




Tuesday, October 25, 2016

SHAFIE APDAL DAN HUSNI HANADZLAH MEREALISASIKAN TEORI, 'HILANG JAWATAN JADI BANGANG'!!!



Husni Hanadzlah 'berjaya' menarik minat terhadap soalan yang diajukannya di Parlimen. Namun pada masa yang sama, cerita tentang merajuknya dia kerana dipaksa berpindah Kementerian dan kehilangan jawatan Menteri Kewangan 2 telah lama kedengaran.

Dan terbaharu pula, rajuknya dikatakan bermula apabila projek sambungan Lebuhraya NEP yang 'dikerat' oleh Perdana Menteri, menjadi penyebab kepada serangannya ke atas 1MDB. Pendedahan tersebut dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin DI SINI

Benar atau sebaliknya dakwaan tersebut, yang pasti, syarikat terbabit sememangnya mengandungi nama anak lelaki Husni Hanadzlah dan syarikat tersebut sememangnya terlibat dalam projek lebuhraya yang bernilai RM2 bilion. 

Selain Husni Hanadzlah, seorang lagi adalah Shafie Apdal. Tangkapan melibatkan dua orang pegawai tinggi Jabatan Air Sabah dengan nilai wang tunai dan emas lebih RM100 juta, sememangnya menggemparkan. Dan lebih menggemparkan lagi ialah, kes tersebut mempunyai kaitan dengan BALB yang berada di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang berada di bawah Shafie Apdal ketika dia menterinya. Penjelasan mengapa BALB berada secara langsung di bawah KKLW dan bukannya kerajaan negeri telah dibuat oleh Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah. (RUJUK SINI) dan (SINI)

Semuanya kerana kepentingan, tetapi demi mengalihkan perhatian daripada kes masing-masing, maka 1MDB dijadikan sebagai sasaran serangan. 



Hari ini merupakan hari di mana saya berharap saya adalah Ahli Parlimen dan boleh menghentam Shafie Apdal di Dewan Rakyat. 

Shafie telah melakukan banyak pembohongan di Parlimen dan dia perlu disanggh atau pun dikenakan tuduhan menghina Parlimen kerana mengulangi pembohongan dan fitnah. 

Antaranya ialah: 

1) Shafie mendakwa 60% Bandar Malaysia telah dijual kepada China. 
Ini tidak benar. 60% Bandar Malaysia telah dijual dengan nisbah 60:40 kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan kumpulan China Railway.

Pemegang-pemegang saham IWH terdiri daripada 40% Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ - Kerajaan Negeri Johor) dan 60% Credence Resources (Tan Sri Dato' Lim Kang Hoo). 

40% 1MDB atau MOF Inc (di mana saham-saham sepatutnya dipindahkan), 36% IWH dan 24% CREC.  Justeru, pemilikan projek tersebut sepatutnya 76% rakyat Malaysia dan 24% China. 

2) Shafie mendakwa 1MDB hanya menggajikan Arul Kanda dan tidak mewujudkan kerja-kerja kosong sedangkan bail-out Proton dan MAS menyelamatkan banyak pekerja. 

Pertama, tidak seperti Proton dan MAS, Kerajaan tidak pernah bail-out 1MDB. 

Barangkali Shafie Apdal tidak pernah pergi ke Sendayan untuk melihat sendiri pangkalan udara baru yang sedang dibina atau 7 lagi fasiliti ketenteraan di seluruh negara ini yang sedang dibina oleh 1MDB sebagai perjanjian mereka dengan MINDEF?

Atau ribuan pekerja di TRX sekarang ini yang bertungkus-lumus menyiapkan projek atau puluhan kerja lain yang akan diwujudkan apabila TRX memulakan operasi memandangkan pelaburan luar telah pun diterima daripada Australia, Indonesia dan Hong Kong.

Yang pastinya, bukan hanya Arul Kanda yang bekerja di sana. 

Bail-out MAS pula dibuat oleh Mahathir kerana salahpengurusan. Proton, sekalipun mewujudkan kerja kosong, turut membebankan rakyat dengan kos yang sangat tinggi apabila rakyat terpaksa membayar lebih bagi mendapatkan kereta di bawah standard dan berharga lebih selama berdekad-dekad sehingga mencecah kos bernilai RM300 bilion. Ada pendapat yang mengatakan sekiranya Proton tidak di'bail-out', Perodua atau syarikat-syarikat pemasang kenderaan lain akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Wang yang disimpan oleh rakyat boleh digunakan untuk pelaburan yang lebih produktif yang turut akan mencipta peluang pekerjaan. 



3. Shafie mendakwa Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri termiskin dan telah tersalah urus. 

Jauh daripada kebenaran, Sabah mencatatkan pertumbuhan gaji kedua tertinggi iaiatu 37.5% dan Sarawak mencatatkan pertumbuhan gaji sebanyak 26% semenjak 2010, berbanding Pulau Pinang 17.2% dan 20.8% di Selangor. 

Malah berdasarkan pendapatan rumah media, Sabah sekali lagi mencatatkan pertumbuhan pendapatan isi rumah sebanyak 81.3% manakala Sarawak mencecah 57.8% di mana kedua-dua negeri tersebut jauh mengatasi Selangor dan Pulau Pinang. 

Berdasarkan GDP Perkapita, Sabah dan Sarawak bukanlah negeri-negeri termiskin. Malahan Sarawak adalah negeri ke-4 terkaya dan mempunyai GDP Perkapita berjumlah RM44,000 yang sama dengan Pulau Pinang. manakala Sabah pula mencatatkan RM19,700, lebih tinggi berbanding Kedah dan Kelantan. 

Kadar kemiskinan tegar Sabah menurun dari 19.2% pada 2009 kepada 3.9% pada 2014. Manakala kemiskinan tegar di Sarawak menurun dari 5.3% kepada 0.6%.

Sabah mencatatkan simpanan tunai RM2.33 bilion pada 2014, hampir dua kali ganda berbanding Pulau Pinang manakala Sarawak memiliki simpanan berjumlah RM27 bilion pada tahun 2014, iaitu lapan kali ganda berbanding Selangor.

Bukan rahsia lagi, selepas tidak dipedulikan dan diabaikan sebelum ini selama dua dekad, Sabah dan Sarawak sedang menikmati bantuan dan pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan yang jauh lebih besar semenjak 2009. 

Jadi, bagaimana Shafie Apdal boleh membuat kesimpulan bahawa Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri termiskin dan telah disalahurus dan salahtadbir?


 
Blogger Templates