Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, November 10, 2016

JENERAL PROPAGANDA MAHATHIR, KADIR JASIN DISEKOLAHKAN FACEBOOKER TENTANG EKONOMI!!!



Nampaknya, sekali lagi JENERAL PROPAGANDA CAP BUNGA, Kadir Jasin dibalun dan diserlahkan kebengapannya oleh Facebooker terkenal, LIM SIAN SEE.

Lebih sadis lagi ialah apabila Facebooker tersebut mengungkit kembali bagaimana A.Kadir Jasin yang sibuk memperkatakan dan mempertikaikan tentang ekonomi negara, gagal menguruskan syarikatnya sendiri serta majalah perniagaannya, Malaysia Business yang jatuh bankrap.

Menggelarkan 'teori ekonomi' yang digunakan oleh Kadir Jasin di dalam artikel terbaru di blognya sebagai 'Kadirnomics', Lim Sian See menempelak dan membidas teori Kadir bahawa Presiden USA yang baru, Donald Trump akan menaikkan kadar faedah dan mengukuhkan lagi matawang Amerika Syarikat, Dollar Amerika. 

Kadir dalam artikelnya menyatakan pengukuhkan Dollar Amerika akan membunuh Malaysia dan Najib selain rezab Malaysia. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun, menurut LSS, Trump awal-awal lagi telah menyatakan dengan jelas di dalam kempennya, dia mahukan kadar faedah yang lebih rendah dan menghapuskan polisi 'pengukuhan Dollar Amerika' dalam usaha untuk bersaing dengan dunia selain terlibat dalam 'perang perdagangan' dengan China yang mana Trump sendiri percaya, mata wang utama China telah direndahnilaikan.

Apatah lagi, Trump sendiri telah mengisytiharkan dirinya sebagai 'individu yang meminati kadar faedah rendah' dan tidak hanya membiayai hutang negara secara mudah. "Sekiranya kita menaikkan kadar faedah dan sekiranya Dollar kembali mengukuh, kita akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar," katanya. (RUJUK SINI)


Seperkara lagi yang disentuh oleh LSS ialah, sekiranya USD kukuh, memang benar import USA akan menjadi lebih murah tetapi itu juga bermakna eksport akan menjadi lebih mahal dan kurang kompetitif sekaligus bermakna defisit perdagangan Amerika Syarikat dan hutang luarnya juga akan meningkat. Defisit perdagangan dan hutang luar merupakan masalah terbesar Amerika Syarikat. 

Menurut LSS, pengukuhan USD bermakna, lebih banyak produk Malaysia akan dieksport masuk ke USA sepertimana yang berlaku dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. (RUJUK SINI)

Agak memalukan apabila seorang Facebooker membidas dan mengecam seorang JENERAL PROPAGANDA Cap Bunga dan Mahathirisme yang amat dipercayai. Malah pertanyaan LSS sama ada Kadir Jasin pernah menghadiri kursus Ekonomi 101, amat merendahkan kewibawaan salah seorang pemimpin penting Cap Bunga itu. 

LSS juga 'mengajar' Kadir tentang asas ekonomi iaitu apabila kadar faedah tinggi dan pinjaman semakin sukar, bermakna perniagaan juga akan berhadapan dengan masalah kerana pinjaman untuk tujuan pelaburan juga akan menjadi susah.

Beberapa hari lepas, Kadir Jasin meminta Najib untuk membuktikan 'pay-slip' bagi membuktikan kewujudan RM!44 bilion yang datangnya dari China.
"Kadir, tolonglah berhenti bercakap tentang ekonomi kerana ia hanya memalukan anda dan Parti Cap Bunga anda," kata LSS di dalam entri terbaharunya. 


PAS PULAUKAN KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN... MARAH LAGILAH DAP KAT PAS!!!



Sebelum Lim Guan Eng bertindak menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat setelah barisan proksinya digagalkan daripada menguasai kepimpinan utama PAS, parti tersebut seringkali dijadikan umpan untuk menunjukkan sokongan hebat orang Melayu kepada DAP. Bahkan Lim Guan Eng sendiri sentiasa cuba menampilkan dirinya sebagai pemimpin bukan Islam yang berpekerti Islam dan jauh lebih baik daripada pemimpin-pemimpin beragama Islam. Ada juga juak-juak Lim Guan Eng yang menyandarkan ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis untuk 'menghalalkan' Lim Guan Eng.

Apabila kepimpinan utama PAS bertindak balas terhadap kaum 'bughah' di dalam jemaah, Lim Guan Eng tidak berpuas hati dan berasakan PAS boleh ditundukkan menerusi tekanan. DAP dan Lim Guan Eng mahu menunjukkan yang PAS sebenarnya memerlukan Pakatan, bukan sebaliknya.

Malangnya, taktik Lim Guan Eng dan DAP tidak menjadi. PAS terus buat tak reti. Demonstrasi yang dianjurkan oleh DAP menggunakan entiti seperti BERSIH, kurang orang dan kurang meriah berbanding sebelum ini.

Dan sekali lagi, PAS dipersalahkan. Nama Allahyarham Nik Abdul Aziz dipergunakan sewenang-wenangnya untuk melakukan serangan ke atas PAS dan Abdul Hadi Awang.

Menjelang PRU-14, DAP dan PKR mula berasa bahangnya. Beberapa pendedahan berhubung skandal rasuah dan penyelewengan kuasa membabitkan Lim Guan Eng, Azmin Ali, Kerajaan PKR dan Kerajaan DAP, amat mencemaskan. Golongan yang paling kuat membela mereka yang merupakan penyokong-penyokong PAS di media-media sosial, mula menghentam mereka kembali. Bahkan mengungkit semula perbuatan biadap yang dilakukan oleh DAP dan PKR ke atas PAS.

Justeru, untuk menghadapi PRU-14, DAP dan PKR kembali menagih simpati dan bantuan daripada PAS. Umpan 'satu-lawan-satu' digunakan untuk melembutkan hati kepimpinan PAS. Kenyataan majoriti penyokong PAS yang dididik dengan pendirian bahawa 'kekalahan dalam pilihanraya adalah satu perkara biasa tetapi kemenangan itulah yang luar biasa', tidak dapat dihadam dan diterima oleh pucuk pimpinan DAP dan PKR.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hasan dalam satu kenyataan, mengesahkan yang pucuk pimpinan PAS tidak akan hadir dalam konvensyen Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR, PAN dan Cap Bunga. (BACA DI SINI)

Mungkin ada seorang dua pemimpin PAS yang sudah hilang jawatan dan mahu menunjukkan mereka masih ada pengaruh seperti Mahfuz Omar akan menghadiri konvensyen tersebut tetapi ia tidak akan memberikan sebarang impak besar kepada parti.

Namun yang pastinya, kenyataan Takiyuddin Hassan dengan alasan-alasan yang sangat remeh merupakan satu pukulan besar kepada DAP dan PKR yang masih mengharapkan PAS akan tunduk sujud di kaki mereka, sama sepertimana mereka mengharapkan PAS tidak keluar dari Selangor dengan mengekalkan Exco dan Timbalan Speaker DUN memandangkan sekiranya PAS benar-benar diterajang keluar, Azmin Ali dan DAP akan kehilangan semua kemewahan mereka di Selangor serta-merta!!!


KHALID IBRAHIM TAK DIBENARKAN JAWAB TUDUHAN DAN PEMBOHONGAN AZMIN ALI DI SIDANG DUN!!!



Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempersoal adakah kerajaan negeri akan menggunakan simpanan wang rizab yang dimiliki mereka untuk membayar pampasan sebanyak RM2.7bilion kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH).

Ini kerana Khalid menjangkakan adalah mustahil untuk kerajaan Pusat meluluskan sejumlah pinjaman yang besar untuk membuat pembayaran berkenaan.

"Kalau pembelian bernilai RM2.7 bilion ini berlaku maka kerajaan negeri terpaksa menambahkan peruntukan sebanyak RM2 bilion, siapa yang akan beri wang dan dari mana datangnya wang tersebut untuk membuat pembayaran. Kerajaan Negeri tidak boleh meminjam melainkan kelulusan Kementerian Kewangan.

"Saya tidak tahu samada Menteri Kewangan akan luluskan. Tapi kalaulah dia mengambil jalan untuk membayar RM2 bilion ini melalui Rizab negeri, sekarang ada di tahap RM3.3 bilion maka akan tinggal RM1.3 bilion.

"Wang yang kita kumpul begitu lama sekarang sudah dibayar kepada SPLASH dan rakyat Selangor akan persoalkan perkara ini," katanya ketika mengadakan sidang media di kediaman beliau hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali hari ini di DUN Selangor sekali lagi bertegas bahawa Khalid yang memulakan tawaran RM2.9 bilion kepada SPLASH untuk mengambil alih aset syarikat konsesi air itu.

Azmin juga menyifatkan Khalid sebagai berbohong kepada rakyat apabila terus berkata bahawa beliau hanya menawarkan jumlah pampasan pada SPLASH hanya RM250 juta ketika menjadi menteri besar.

Khalid sudah menghubungi pejabat DUN Selangor untuk menetapkan tarikh bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan Azmin terhadapnya. Bagaimanapun, permohonannya ditolak Speaker DUN, Hannah Yeoh.

Menurut ADUN Pelabuhan Klang itu lagi, beliau bersedia untuk berdepan dengan rakyat bagi menjelaskan sekaligus menafikan tuduhan Azmin terhadapnya.

"Saya bersedia berhadapan dengan rakyat Selangor untuk menerangkan saya tidak setuju dengan harga tambahan ekoran tawaran lebih RM2 bilion ini dan dibayar kepada SPLASH demi penyusunan semula industri air.

"Tidak betul (dakwaan Menteri Besar), saya tidak pernah menyatakan bahawa saya akan membeli ekuiti SPLASH dengan harga RM2.7 bilion. Saya hanya menyatakan mengikut kiraan setelah kita buat kajian harga yang kita tawarkan selepas menolak RM700 juta dividen yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.

"Tawaran kita untuk ekuiti ialah RM250 juta, tetapi kita juga membayar semua hutang-hutang dalam syarikat SPLASH itu berjumlah RM1.5 bilion," katanya lagi.

Sebelum ini Khalid menawarkan nilai pengambilalihan SPLASH hanya RM250 juta selepas mengambil kira liabiliti yang ditanggung syarikat itu, namun ditolak syarikat konsesi itu dengan menegaskan nilai syarikatnya berjumlah RM2.5 bilion setakat 31 Disember 2013 dan jika dikira tempoh konsesi 16 tahun yang perlu dilupus, syarikat itu bernilai RM3.9 bilion.

Sebaik sahaja Azmin dilantik menggantikan Khalid, ADUN Bukit Antarabangsa itu dikatakan hampir bersetuju untuk membayar jumlah pampasan yang dituntut SPLASH iaitu RM2.7 bilion, peningkatan sebanyak RM2.45 bilion daripada tawaran asal.

Khalid menyifatkan sebagai satu pembaziran wang rakyat jika kerajaan negeri pimpinan Azmin akur dengan jumlah yang dituntut SPLASH itu.

Untuk rekod, kerajaan Persekutuan memohon kerajaan negeri Selangor menangguh rundingan pengambil alihan aset SPLASH selama enam bulan lagi bagi pihaknya melantik badan penilai bebas antarabangsa ke arah memuktamadkan proses berkenaan.



Wednesday, November 9, 2016

PAS ULANGI LARANGAN AHLI-AHLINYA SERTAI DEMONSTRASI BERSIH 5.0 MILIK SOROS!!!



Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Tantawi sekali lagi menegaskan bahawa PAS melarang ahli-ahlinya daripada menyertai demonstrasi BERSIH 5.0 yang bakal dilangsungkan pada 19 November nanti.

Sekaligus memberi impak besar kepada jumlah kehadiran demonstrasi yang digerakkan menggunakan wang George Soros yang disalurkan menerusi OSF kepada syarikat yang dikendalikan oleh Maria Chin Abdullah.

Sebelum ini, DAP telah meminta PAS memikirkan semula keputusan mereka tidak membenarkan ahli-ahli PAS turut sama dalam demonstrasi tersebut. Umpan yang diberikan ialah kononnya, PAS perlu bersatu dengan BERSIH bagi menumbangkan BN dan Najib Abdul Razak. Namun yang lebih menarik lagi ialah apabila Mahathir yang merupakan musuh utama PAS sehingga mencetuskan tragedi berdarah dan kezaliman ke atas ahli-ahli PAS ketika berkuasa dahulu, turut memujuk PAS agar meramaikan lagi demonstrasi tersebut.

Dalam demonstrasi BERSIH 1.0 sehingga BERSIH 3.0, jumlah demonstran teramai adalah PAS. PAS menghantar kontinjen terbesar, jauh lebih besar daripada DAP yang menggunakan BERSIH sebagai mekanisme untuk merampas kuasa. Pada BERSIH 4.0 pula, PAS tidak mengeluarkan sebarang arahan rasmi kepada ahli-ahlinya, sekaligus menyebabkan majoriti pendemonstran adalah dari kalangan penyokong DAP yang terdiri daripada kaum Cina.

Beberapa perkara pelik dilakukan oleh Cina-Cina DAP itu termasuklah mengadakan upacara memijak gambar Presiden PAS dan Presiden UMNO.

Walaupun arahan tersebut akan dipatuhi oleh hampir kesemua ahli-ahli PAS, tetapi salah seorang pemimpin utama PAS yang sebenarnya berhati perutkan PAN yang menyembah DAP - Mahfuz Omar - sudah pasti akan berada dalam saf demonstrasi BERSIH.


WALAUPUN TRUMP MENANG PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT, NAJIB AWAL-AWAL LAGI DAH BERPALING KE CHINA!!!



Secara tiba-tiba, pilihanraya Presiden Amerika Syarikat mendapat perhatian utama daripada pengguna media sosial di Malaysia. Dan seperti yang diketahui, kebanyakan rakyat Malaysia amat peduli dengan politik, tak kiralah apa jenis politik sekalipun termasuklah yang berlaku di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Kebimbangan dengan presidensi Donald Trump menyaksikan pasaran saham utama di Amerika Syarikat, NASDAQ dan Wall Street menjunam. Pasaran hadapan S&P 500 menjunam 5% sekaligus tidak membolehkan sebarang urusniaga dijalankan pada tahap yang lebih rendah sehinggalah waktu urusniaga saham Amerika Syarikat kembali beroperasi pada hari ini.

Amerika Syarikat berhadapan dengan pelbagai masalah akibat ketidaktentuan ekonomi global. Walaupun di Malaysia, segelintir manusia yang terpengaruh dengan ketinggian nilai Dolar Amerika Syarikat berbanding Ringgit, di Amerika Syarikat sendiri, kadar pengangguran pula telah meningkat sepanjang 8 tahun ini dan kadar inflasi juga melonjak menjadikan kuasa beli di kalangan rakyat Amerika Syarikat, jatuh. (RUJUK SINI)

Trump hanya perlu menggunakan isu dan sentimen yang berkaitan dengan nasionalis untuk menang. Isu-isu yang dibangkitkan dan digunakan untuk menang sebagai Presiden Amerika Syarikat sudah tentu tidak akan menyenangkan banyak negara kerana ia turut membabitkan dasar luar Amerika Syarikat, apatah lagi, Amerika Syarikat sendiri sedang bergelut untuk mendapatkan lebih banyak pelaburan daripada China.

Ikrarnya bahawa tarif barangan yang diimport masuk ke Amerika Syarikat akan dinaikkan menjadi 35% pasti akan membuatkan negara-negara yang bergantung kepada pasaran di Amerika Syarikat, mengeluh. Apa yang dilakukan oleh Trump sebenarnya adalah untuk melindungi produk-produk dalam negeri agar kekal bersaing di pasaran pada harga tinggi. (RUJUK SINI)

Ramai yang menjangkakan kemenangan Trump berbanding Clinton yang bermula di atas talam perak dari awal lagi. Clinton merupakan bekas Wanita Pertama, Senator Amerika Syarikat dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat. Ketidakpuasan hati rakyat Amerika Syarikat terhadap pentadbiran Demokrat yang gagal menjadikan rakyat Amerika Syarikat kuasa unggul dalam ekonomi, apatah lagi kadar kemiskinan yang semakin tinggi sehingga memaksa pergantungan Amerika Syarikat kepada ketenteraan dan senjata sebagai pasaran ekonomi utamanya, membuatnya individu seperti Trump yang menjanjikan perkara-perkara pokok seperti masalah pekerjaan, pendatang asing, cukai korporat dan sebagainya, akan lebih dipandang tinggi dan diharapkan.


Malaysia di bawah Najib, ternyata bertindak lebih jauh ke hadapan apabila mengurangkan pergantungan pelaburan daripada Amerika Syarikat yang semakin menyusut setiap tahun. Sebaliknya, negara yang dianggap musuh tetapi sekarang ini menguasai banyak pelaburan di Amerika Syarikat, menjadi destinasi utama Najib sehinggalah dalam rombong dagangannya yang terbaru, Najib berjaya mengutip lebih RM144 bilion dalam bentuk MOU, pelaburan kepakaran dan sebagainya sehinggakan para penyokong SOROS dan CLINTON mula menghebahkan cerita kononnya, Najib menggadaikan Malaysia kepada China.

Siapa pun yang menang di Amerika Syarikat, tidak banyak memberikan kesan kepada Malaysia apabila Najib mengalihkan destinasi daripada Amerika Syarikat ke China. Malahan pada masa yang sama, strategi dalam persengketaan Selat Melaka dan Laut China Selatan, menjadikan Malaysia lebih selamat apabila kedua-dua kuasa besar itu menjadi rakan Malaysia.

DEMI SELAMATKAN GUAN ENG DAN AZMIN ALI DALAM ISU 'AIR', PAS DITAGIH UNTUK MEMBANTU!!!



PKR dan DAP Selangor sedang berhadapan dengan masalah besar apabila bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengungkit tentang kehilangan wang rakyat Selangor berjumlah lebih RM7 bilion di bawah pentadbiran Azmin Ali. Malah perjanjian pembelian SPLASH melibatkan wang berjumlah lebih RM2 bilion, membuatkan Azmin Ali dan DAP terpaksa mencari jalan untuk mengalihkan isu tersebut. 

Azmin Ali dalam keadaan terdesak cuba bertaichi dan menyalahkan Khalid Ibrahim. Malah turut mencabar Khalid Ibrahim membuat pendedahan di Dewan Undangan Negeri berhubung urusniaga air. Khalid Ibrahim mendakwa Azmin Ali telah menaikkan 10 kali ganda harga pembelian yang ditetapkan oleh pentadbirannya iaitu dari RM250 juta menjadi RM2.7 bilion. 

Sebagai balasan untuk menutup kes ini, DAP cuba membangkitkan isu yang dianggap boleh menutup kelemahan PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang. Kedua-duanya melibatkan air. Di Selangor membabitkan air bersih, di Pulau Pinang membabitkan air banjir.

DAP membangkitkan isu ECRL. Para pentaksub dan bala tentera mereka membangkitkan isu, Malaysia telah digadai oleh Najib kepada China. DAP juga membangkitkan isu banjir di Pulau Pinang yang mempersalahkan Kerajaan Pusat sepenuhnya walaupun pembersihan dan penarahan bukit merupakan punca bala tersebut di Pulau Pinang. 

Dan terkini, PKR dan DAP cuba mendapatkan kepercayaan dan mencetuskan sentimen di kalangan ahli-ahli PAS apabila mula memperkatakan tentang kemungkinan kekalahan Pakatan Harapan di Selangor pada PRU akan datang. Justeru bagi mengelakkan kekalahan tersebut, maka satu-satunya perkara yang perlu dibuat ialah tiada pertembungan tiga penjuru. 

Dengan kata lain, PAS yang perlu mengorbankan kerusi yang mereka tandingi dan menangi bagi memastikan PKR-DAP terus menguasai Selangor. 

Kata Khalid Samad yang merupakan Pengarah Komunikasi PAN, "Kita perlu berunding semula. Kita tidak boleh menggunakan formula 2013 lagi kerana keadaan sudah berubah. Masa itu, tidak ada Amanah (PAN) dan Bersatu (Cap Bunga)."

"Itulah sebabnya mengapa kita perlu duduk bersama dan mengkajinya. Ia perlu berdasarkan kepada kebolehmenangan termasuklah 'winnable candidates'. Kita akan mengadakan perbincangan secara lebih serius. Secara prinsipnya, kita bersetuju bahawa perlu wujud lawan satu sama satu. Jadi, kita perlu mengenalpasti kerusi manakah dan di mana untuk bertanding," kata Timbalan Ketua PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin pula. 

"Tetapi parti-parti asal - PAS, PKR dan DAP - perlu mencari penyelesaian bagi membolehkan kita membuat keputusan apa yang kita rasakan 'kelebihan' parti lain dan kelemahan kita."

PAS yang dibenci dan dicaci, PAS jugalah yang ditagih oleh PKR dan DAP untuk menyelamatkan Lim Guan Eng dan Azmin Ali!!!


Tuesday, November 8, 2016

ANTARA ALASAN-ALASAN MENARIK DAP PULAU PINANG MENGAPA BANJIR MELANDA TERMASUKLAH DI BUKIT BENDERA!!!



2 bulan setengah lalu, The Star (BACA DI SINI) membuat pendedahan tentang satu kawasan besar di puncak bukit yang telah ditarah dan dibersihkan berhampiran beberapa buah kampung di Teluk Bahang. Dua hari lepas, kawasan yang terletak di bawah kawasan yang ditarah dan dibersihkan itu, mengalami masalah yang paling teruk sedangkan kawasan-kawasan tersebut tidak pernah ditenggelami banjir sebelum ini. 

Bagaimanapun, Chow Kon Yeow yang telah dinamakan sebagai bakal Ketua Menteri Pulau Pinang menggantikan Guan Eng apabila ditanya tentang pendedahan tersebut mengatakan, ia hanyalah 'satu pergerakan kecil'. 

Seorang lagi Exco Pulau Pinang yang terkenal dengan skandal samsengnya, Phee Boon Poh pula menyalahkan SUPERMOON sebagai penyebab banjir. 


Chow Kon Yeow ketika dihubungi oleh The Heat Malaysia hanya memberi reaksi, Ketua Menteri telah pun melawat kawasan-kawasan yang dilanda banjir. (RUJUK SINI)

Maka timbullah persoalan, adakah DAP menganggap Lim Guan Eng itu sebagai seorang Saviour yang boleh menghalau banjir dalam sekelip mata dengan hanya melawat kawasan-kawasan terjejas?

Sementara itu, satu sumber PBT pula berkata, sesiapa pun boleh tahu dan membuat kesimpulan kepada penyebab banjir yang berlaku dengan hanya melihat keadaan air banjir. 

"Sekiranya anda melihat gambar-gambar banjir itu, warna air itu sudah dapat memberitahu apakah penyebab banjir tersebut. Saya tinggal di Teluk Bahang selama lebih 30 tahun dan kami tidak pernah mendengar atau melihat kawasan tersebut dilanda banjir. 


"Terdapat banyak projek yang diadakan di kawasan bukit Teluk Bahang dan apabila pembersihan dan penarahan berlaku secara besar-besaran, apakah yang berlaku seterusnya?"

Menurutnya lagi, sekiranya seseorang berjalan tanpa kasut di kawasan tersebut, warna selut juga sudah cukup untuk memberitahu wujudnya pembangunan secara berlebihan di kawasan tersebut. Katanya lagi, semua ini berlaku apabila terlalu banyak kuasa diberikan kepada seorang pemimpin dan tiada sesiapa pun dibenarkan berkata 'TIDAK'. 

Ironinya, DAP turut menyalahkan 'kelambatan' Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan sebanyak RM350 juta untuk projek mitigasi sebagai salah satu puncanya walaupun pada masa yang sama, DAP Pulau Pinang hanya berjaya menyelesaikan kerja mereka pada April lepas sekaligus peruntukan tersebut hanya boleh diperolehi pada Bajet tahun hadapan. 


Begitu juga, ketika pembentangan bajet dilakukan, DAP keluar dari Dewan Rakyat dan pada pengundian pula, wakil-wakil DAP mengundi untuk menentang. Sekaligus memberi isyarat, mereka tidak memerlukan sebarang peruntukan daripada Kerajaan Pusat kerana tidak bersetuju dengan peruntukan-peruntukan dalam Bajet termasuklah untuk golongan miskin dan PBT.

Tetapi apabila mereka sedang berhadapan dengan masalah, peruntukan yang mereka tentang itulah juga yang ditagih dan dituntut walaupun masanya belum lagi sampai.

Mujurlah, RM150 juta telah pun diluluskan untuk tujuan mitigasi di Pulau Pinang yang sudah pasti akan diperakui oleh Lim Guan Eng sebagai DUIT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG sepertimana yang dilakukannya ketika memberikan publisiti kononnya DAP Pulau Pinang menghargai sekolah-sekolah tahfiz dan SAR dengan memberikan bantuan walaupun hakikatnya wang tersebut datangnya daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk sekolah-sekolah berkenaan.




 
Blogger Templates