Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, June 26, 2015

1.5 JUTA WARGA BANG;LADESH AKAN DIBAWA MASUK..... WOW, LUMAYANNYA!!!



Mungkin memikirkan kerajaan mengalami kerugian besar angkara pemerdagangan manusia yang berakhir dengan nama Malaysia buruk di peringkat antarabangsa ekoran kematian beramai-ramai warga Myanmar dari suku Rohingya di sempadan Malaysia-Thailand, dalam usaha mereka untuk memasuki negara ini menggunakan sindiket haram yang didalangi oleh rakyat Thailand, Bangladesh dan Myanmar, Kementerian Dalam Negeri dilihat cuba memutihkan kedatangan pendatang tersebut ke negara ini dengan alasan 'PEKERJA ASING'.

Laporan menyatakan, Kementerian Dalam Negeri akan membawa masuk sekurang-kurangnya 1.5 juta orang warga Bangladesh ke negara ini dalam tempoh tiga tahun bagi MEMENUHI PERMINTAAN majikan daripada pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia. (RUJUK SINI)

Tidak dinafikan, permintaan untuk mendapatkan buruh-buruh berharga murah dari negara asing, terutama Asia Selatan dan IndoChina dalam pelbagai sektor, amat tinggi. Namun kesan daripada kebanjiran warga asing di negara ini, rakyat tempatan pula dilihat terpinggir dan terpaksa bersaing gaji serta upah dengan pendatang asing.

Sektor perkilangan yang suatu ketika dahulu merupakan sumber pendapatan golongan rendah di negara ini, telah didominasi sepenuhnya oleh warga asing kerana upah yang mereka terima jauh lebih rendah berbanding warga tempatan.

Walaupun terdapat pelbagai undang-undang dan peraturan, tetapi dengan penguatkuasaan yang terlalu rendah dan lemah, semua peraturan serta undang-undang tersebut dipermain-mainkan dengan mudah.

Apatah lagi, jikalau kita meninjau sendiri kawasan-kawasan yang menempatkan pendatang asing, kita akan dapat melihat sebahagian besar daripada mereka, tidak bekerja mengikut sektor yang terdapat pada permit mereka. Sebaliknya seperti kaum lelaki warga Indonesia, mereka lebih banyak melepak, dan menganggur. Kelompok mereka mudah ditemui di merata-rata tempat di seluruh Malaysia. Dan mereka juga tidak kisah langsung sama ada mereka telah melanggar peraturan atau sebaliknya kerana mereka tahu, penguatkuasaan di negara ini amat lemah dan seringkali dilakukan secara bermusim.

Kalau ada pun operasi besar-besaran, ia akan disusuli dengan pemutihan dan penghalalan. Mereka akan dihantar pulang, tetapi tidak lama kemudian, mereka boleh masuk semula ke negara ini menerusi pelbagai jalan gelap dan lorong tikus.

Tragedi di Wang Klian dan Bukit Burma, sudah cukup sebagai bukti kelemahan penguatkuasaan. Dan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur serta bandar-bandar besar di seluruh Malaysia yang lain, mereka boleh ditemui dengan mudah.

Kebanjiran 1.5 juta warga asing khususnya Bangladesh di Malaysia, pastinya akan mengumpan masalah lain. Adakah Kerajaan Malaysia sudah bersedia sepenuhnya atau persediaan sekadar di atas kertas tetapi amalinya, sama seperti sekarang?

Namun yang lebih penting, adakah Kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri sudah mengkaji permintaan ke atas tenaga-tenaga kerja tempatan sebelum membawa masuk lebih ramai pekerja asing ke negara ini?

Setakat ini, yang pastinya, penguatkuasaan Kerajaan Malaysia ke atas pekerja dan warga asing, terlalu lemah...


EKORAN PENDEDAHAN XAVIER JUSTO KEPADA POLIS THAILAND, ZAHID SAHKAN, BEBERAPA 'PERSONALITI' AKAN DIEKSTRADISI KE THAILAND!!!



RAKYAT POST melaporkan, polis Thailand akan mengekstradisikan beberapa orang personaliti Malaysia untuk membantu siasatan ke atas warganegara Switzerland, Xavier Andre Justo yang telah diberkas kerana aktiviti ugutan dan peras ugut.

Sekalipun belum menerima sebarang permohonan rasmi dari Thailand - sama ada menerusi saluran diplomatik atau pun menerusi PDRM - Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamid berkata, dia menjangkakan permohonan tersebut akan dibuat ekoran penangkapan Xavier Justo.

"Kami telah mendapat maklumat bahawa Thailand akan membuat permohonan ekstradisi ke atas beberapa orang personaliti yang terlibat dalam siasatan ke atas Justo di Bangkok," kata Ahmad Zahid. 

Ahli Parlimen Bagan Datoh itu juga mendakwa, Justo telah mendedahkan beberapa nama personaliti Malaysia kepada pihak berkuasa Thailand. 

"Beberapa orang personaliti ini telah meminta Justo untuk memanipulasi fakta berdasarkan maklumat yang telah dimuat turun menerusi sistem komunikasi syarikat berkenaan."

Bagaimanpun, Zahid berkata, sekiranya maklumat yang diperolehi oleh pihak berkuasa Thailand sangat lengkap, tiada keperluan untuk mengekstradisi beberapa personaliti yang dimaksudkan. 

Ketika ditanya siapakah personaliti Malaysia yang dimaksudkan, Naib Presiden UMNO itu berkata, identiti mereka akan didedahkan sebaik-baik sahaja mereka diekstradisikan.

Dia turut enggan mengesahkan jumlah personaliti yang terlibat. 

Justo ditangkap di Koh Sa Mui pada hari Isnin oleh polis Thailand yang bertindak atas waran yang dikeluarkan kerana aktiviti peras ugut dan ugutan.

Beberapa hari selepas penangkapan tersebut, turut diperolehi adalah dokumen-dokumen sulit yang telah dicuri dan dipinda yang sebelum itu telah dibocorkan kepada beberapa orang individu. 

Dokumen-dokumen yang telah dipinda itu, menurut firma keselamatan siber yang berpangkalan di United Kingdom, PGI, telah digunakan oleh Sarawak Report dalam posting-posting mereka yang menfitnah bekas Ketua Menteri Sarawak, 1MDB dan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak. 


Thursday, June 25, 2015

MAMPUKAH MIC DI BAWAH SUBRAMANIAM KEMBALI BANGKIT SELEPAS PALANIVEL TERSINGKIR?



P.Palanivel gagal dalam usahanya untuk berselindung di belakang undang-undang apabila mahkamah menolak permohonannya dan ROS pula memutuskan yang dia sudah hilang keahlian dalam parti. Kepimpinan Interim yang dikendalikan oleh Dr. Subramaniam pula telah diiktiraf dan MIC berada di bawah pentadbiran Dr. Subramaniam sekarang ini.

Palanivel dalam keadaan panik, cuba mengaitkan Najib Abdul Razak bagi membolehkan dia terus berada dalam MIC. Bagaimanapun, kesilapan terbesar Palanivel ialah, keengganannya mendengar nasihat dan berbuat sekehendak hati dengan perancangan yang mudah dibaca, termasuklah pengaturan penyokong-penyokongnya serta menggantung keahlian para pencabarnya, akhirnya memakan diri apabila dia yang tercampak dari MIC.

MIC di bawah kepimpinan Palanivel berada dalam keadaan yang amat tenat. Desakan agar perubahan dilakukan oleh Palanivel dari pelbagai peringkat, langsung tidak diendahkan. Sebaliknya Palanivel lebih menumpukan perhatian kepada pengukuhan kuasanya dan cuba menghapuskan semua pencabarnya termasuklah Subramaniam.

Tindakan paling tidak bijak Palanivel ialah apabila mengheret ROS ke mahkamah apabila keengganannya untuk berhadapna dengan keputusan ROS yang meminta agar pemilihan yang baru lepas, diadakan semula.

Hari ini, Palanivel menerima natijahnya. Keahliannya dalam MIC telah dilucutkan, sekaligus jawatan Presiden MIC yang disandangnya juga telah terlucut secara automatik. Mujur jugalah kedudukannya selaku Ahli Parlimen Cameron Highland yang dimenanginya pada PRU lalu, tidak terlucut sama. Namun kedudukannya dalam Kabinet, amat terjejas dan besar kemungkinan perlucutan keahliannya turut membawa kehilangan jawatan Kabinetnya.

Pengaruh Palanivel tidaklah sebesar mana. Tetapi MIC juga tidaklah sekuat mana. Apatah lagi MIC mempunyai terlalu banyak fraksi.Masyarakat India yang tidak seramai mana telah berpecah belah semenjak dari zaman Sammy Vellu lagi. Parti yang sepatutnya memperjuangkan masyarakat India itu, sudah lama dilihat hanya memperjuangkan segelintir pemimpin MIC semata-mata, sedangkan kebanyakan marhein India yang lain, tetap terbiar dan semua kesalahan seringkali dipersalahkan kepada UMNO bagi mengelakkan peranan dan tanggungjawab MIC dipersoalkan.

Persoalannya sekarang, mampukah Palanivel menjadi penyelamat MIC yang sedang tenat dan dijangka akan terus diganggu oleh konco-konco Palanivel yang masih ada di dalam parti tersebut? Adakah Palanivel sendiri akan bertukar menjadi Waythamoorthy atau P.Ramasamy yang menjadi kawan baiknya?

Atau Hindraf akan menjadi lebih angkuh dan bersuara lebar selepas ini, apabila golongan kecewa dalam MIC, bertindak menyokong mereka dengan alasan untuk memperjuangkan masyarakat India yang 'ditindas' di negara ini?

Kebijaksanaan Pemangku Presiden MIC dan pasukannya sedang ditagih dan diperhatikan....


TERESA KOK KALAH DALAM RAYUANNYA BERHUBUNG KES HASUTAN TAHUN BARU CINA!!!



Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok Suh Sim yang didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung video klip yang disiarkannya sempena Tahun Baharu Cina, hari ini gagal dalam rayuan supaya kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Kamardin Hashim yang menolak rayuannya berhubung isu undang-undang supaya kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Kamardin memutuskan Mahkamah Sesyen cukup kompeten untuk mendengar kes itu.

"Kalau perbicaraan dimulakan di Mahkamah Sesyen, keputusan masih boleh dirayu di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan kerana kedua-dua mahkamah ini kompeten untuk memutuskan isu undang-undang," katanya.

Hakim itu berkata, pihak pendakwa raya mempunyai kuasa untuk memulakan pendakwaan di Mahkamah Sesyen di bawah Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah.

Hakim itu juga memutuskan permohonan Kok itu tidak mempunyai merit.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Hakim Norsharidah Awang menetapkan 2 Okt ini untuk sebutan semula kes Kok, selepas dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Peguam S.N.Nair, yang mewakili Kok, memberitahu mahkamah bahawa beliau mendapat arahan daripada anak guamnya untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu pada minggu depan.

Pada 6 Mei tahun lepas, Kok yang juga Anggota Parlimen Seputeh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerbitkan satu klip video menghasut bertajuk Teresa Kok ONEderful Malaysia CNY 2014 yang disiarkan sempena Tahun Baharu Cina pada Februari, 2014.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan melalui laman web http://www.youtube.com/ di alamat 90-02-07 Apartmen Putra Ria, Jalan Bangsar di sini kira-kira pukul 9 pagi, 1 Feb 2014.

Dakwaan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.- BERNAMA

PEMUDA PAS PERAK PERAK MENENTANG NIZAR JAMALUDDIN YANG DILANTIK DAP SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG DUN PERAK!!!



PAS meminta DAP agar menghormati keputusan parti itu berhubung kedudukan Nizar Jamaluddin yang dianggap tidak sesuai diangkat sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak.

Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman SAleh berkata, Pemuda tidak bersetuju dengan keputusan DAP untuk mengekalkan Nizar Jamaluddin sebagai Ketua Pembangkang Negeri.

"PAS mempunyai lima orang ADUN, jumlah yang sama dengan PKR. Tambahan pula kedudukan Nizar sekarang di mana di atidak memegang sebarang jawatan penting dalam PAS, seharusnya dipertimbangkan oleh DAP."

Menurutnya lagi, kedudukan Nizar Jamaluddin sebagai Ketua Pembangkang Perak perlu dinilai berdasarkan keadaan semasa.

"Kami mendesak PAS Perak menasihatinya (Nizar Jamauluddin) untuk melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak dan menyerahkan jawatan tersebut kepada PKR atau DAP. Sekiranya DAP masih mahukan jawatan tersebut dipegang oleh PAS, DAP harus membiarkan kepimpinan PAS atua Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat menentukan siapa yang paling sesuai untuk jawatan tersebut," katanya lagi.

Kata Salman, membenarkan Nizar Jamaluddin mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang Perak, bukanlah cara terbaik untuk mengikat PAS dengan DAP.
– BERNAMA

SHAFIE ABDULLAH DESAK TONY PUA LETAK JAWATAN AHLI PARLIMEN DAN BERHENTI DARI JADI AHLI PAC SEBAB BERBOHONG!!!



Orang ini amat ditakuti oleh Anwar Ibrahim. Berkali-kali Anwar Ibrahim cuba menyingkirkan orang ini dan berusaha dengan segala macam untuk mengelakkan orang ini daripada menjadi pendakwaraya. Bahkan DAP juga menerusi para pemimpinnya mempersoalkan kewajarannya sebagai pendakwaraya dalam kes liwat Anwar Ibrahim selain memperkecil-kecilkan Peguam Negara yang kata mereka tidak mampu menghalang keinginan orang ini untuk menunjuk kuasa walaupun hakikatnya, memang terdapat peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia yang membolehkan Peguam Negara melantik mana-mana peguam mewakilinya sebagai pendakwaraya.

Setelah sekian lama tidak mendengar ceritanya, hari ini ada juga cerita darinya. Dan kali ini, Shafiee Abdullah mensasarkan Tony Pua, orang yang paling banyak mulut tentang 1MDB. Tony Pua juga adalah orang yang paling banyak mempersoalkan peruntukan negara untuk sistem pertahanan dan keselamatan tetapi senyap sunyi apabila sempadan negara bolos disebabkan kelapukan aset-aset pertahanan, bahkan mengambil kesempatan untuk mencaci dan menghina pasukan serta agensi keselamatan yang gagal menghalang penceroboh.

Menurut Shafee, Tony Pua yang juga merupakan salah seorang anggota PAC, perlu meletakkan jawatannya selaku Ahli Parlimen kerana sikapnya yang bias dan bi-partisan.

Perletakan jawatannya itu bagi membolehkan siasatan ke atas syarikat pelaburan negara itu dijalankan secara lebih adil dan telus tanpa dipengaruhi oleh tekanan-tekanan jahatnya. Malah selain daripada Tony Pua, Shafee juga menggesa agar ahli-ahli panel PAC yang kuat mengkritik dan melemparkan tuduhan buruk ke atas 1MDB, lebih sesuai untuk menjadi saksi berbanding sebagai panel.

Tindakan tersebut adalah perlu bagi menjamin keadilan buat 1MDB tanpa sebarang prejudis daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan penyiasatan PAC.

"Saya perhatikan Tony Pua sebagai ahli PAC telah mengelarkan banyak kenyataan yang akan menjejaskan siasatan ke atas syarikat tersebut. Oleh kerana itu, saya mencadangkan agar dia meletakkan jawatan dari PCA sebagai cara mengembalikan keyakinan awam bahawa siasatan tersebut dijalankan secara telus dan adil," kata Shafee.

Menurutnya lagi, gesaan itu dibuat kerana sebagai peguam dan pendukung keadilan, di atidak mahu PAC dilihat sebagai tidak adil ke atas 1MDB memandangkan kes tersebut mendapat perhatian awam.

"Ahli-ahli PAC termasuklah Tony Pua perlu bersikap sebagai hakim dalam kes ini, dan bukannya dengan membuat tuduhan serta kenyataan-kenyataan awam. Lebih baik mereka menjadi saksi sahaja sekiranya mereka masih mahu mengeluarkan kenyataan-kenyataan sebegitu," kata Shafee lagi. (RUJUK SINI)


KIT SIANG CABAR KABINET DESAK NAJIB BERCUTI, TAPI CADANGAN SERUPA TAK PULA DIBUAT KEPADA ANAKNYA YANG BERHADAPAN DENGAN SKANDAL TEROWONG PULAU PINANG SERTA PEMBOTAKAN PUNCAK BUKIT DI PULAU PINANG!!!


Mengata orang, memang sedap... Apatah lagi kalau yang dikata itu, boleh mengalihkan perhatian daripada persoalan yang tidak dapat dijawab oleh anak lelaki dan dia sendiri.

Lim Kit Siang merupakan antara yang paling kalut setelah Xavier Justo ditangkap oleh pihak polis Thailand. Isu MARA INC. dan pembabitan 'dua orang DATUK' yang membeli hartanah di Australia pada harga tinggi, segera dimanipulasi oleh Lim Kit Siang.

Dan seperti biasa, apa-apa sahaja yang berlaku dalam Malaysia ini, bahkan di dunia ini, semuanya mempunyai kaitan dengan Najib Abdul Razak!

Lim Kit Siang mencabar menteri-menteri kabinet agar meminta Najib Abdul Razak bercuti daripada jawatan Perdana Menteri bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atasnya, memandangkan kata Lim Kit Siang, semua masalah itu mempunyai kaitan rapat dengan Najib Abdul Razak. (BACA DI SINI)

Persepsi 'SEMUA SALAH NAJIB' dan 'SEMUA SALAH UMNO' telah ditanam rapat oleh DAP dan Anwar Ibrahim sehinggakan kini ia sudah diterima sebagai satu KEBENARAN. Bahkan apabila terbukti sesuatu kes itu sebenarnya melibatkan pengkhianatan, dan penyelewengan pihak lain yang dengan sengaja cuba dikaitkan dengan Najib bagi mengelak daripada natijah undang-undang,

Yang Lim Kit Siang kalutkan adalah beberapa isu yang dijawab dan diberikan penjelasan.

Bagaimana dengan isu-isu yang langsung tidak dijawab membabitkan Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Mengapa Lim Kit Siang tidak menggesa agar DAP meminta Lim Guan Eng bercuti dan membenarkan siasatan serta kajian terhadap semua keputusan melibatkan kewangan, hartanah dan polisi Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP yang lebih menjurus kepada skandal keluarga?


Ambil contoh isu Terowong Dasar Laut Pulau Pinang. Sehingga kini, Lim Guan Eng dan barisan kepimpinannya masih tidak dapat menjawab, mengapa perlu membayar ratusan juta ringgit untuk feasibility study yang tidak dapat digunakan dan mengapa pembayaran dilakukan walaupun kajian tersebut tidak lengkap? Sehingga kini juga, tidak ada satu pun penjelasan tentang syarikat yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan projek tersebut sekalipun beberapa persoalan dibangkitkan terutama penubuhannya yang dilihat sangat tergesa-gesa.

Begitu juga dengan pembabitan Betty Chew, menantu Lim Kit Siang yang juga merupakan isteri Lim Guan Eng dalam perniagaan hartanah di seluruh Pulau Pinang. Beberapa pendedahan telah dibuat terutama kaitan antara Betty Chew dengan Tan Kok Ping yang cuba menjadikan sektor hartanah di Pulau Pinang, 'milik penuh' keluarga Lim menerusi kaitannya dengan Betty Chew. (BACA DI SINI)

Dan bagaimana pula dengan isu penggondolan puncak bukit yang dilakukan secara haram yang melibatkan kerugian berbilion ringgit bagi pihak kerajaan negeri? Begitu juga dengan penjualan tanah-tanah kerajaan negeri yang semua urusniaganya amat meragukan, tetapi diselindungi menerusi 'correctional auditing-and-accounting reports'? (BACA DI SINI)


Terbaru adalah Jinko Solar yang didedahkan oleh Datuk Huan Chen Guan. DAP pernah menjuarai isu rare-earth dan anti-Lynas kerana kononnya mahu menjaga keselamatan alam sekitar. Bagaimana dengan Jinko Solar yang telah terbukti menjadi punca kepada rusuhan pada September 2011 kerana kaitannya dengan bencana alam semula jadi di China?

Kilang Jinko Solar yang terletak di tebing sungai di perkampungan Hongxio yang terletak di timur Zhejiang, didakwa mencemarkan sungai dan membunuh hidupan di sungai serta di sekitar tempat tersebut. Menurut laporan AFP, penduduk kampung turut mendakwa 31 kes kanser di kampung itu berpunca daripada kilang berkenaan. 500 orang penunjuk perasaan telah menyerbu kilang tersebut dan selama tiga hari telah menawan pejabatnya. Pegawai-pegawai alam sekitar kemudiannya memberitahu agensi berita Reuters, fasiliti sisa buangan kilang tersebut gagal menjalankan ujian pencemaran semenjak April tahun itu, dan pegawai-pegawai kesihatan kerajaan mendapati, sungai berhampiran mengandungi 10 kali ganda fluorida berbanding tahap yang dibenarkan. (BACA DI SINI)


Penentangan terhadap Lynas disusuli dengan dakwaan rasuah dan sebagainya telah dijadikan umpan dan hujah oleh DAP. Penentangan mereka dipublisitikan sehinggakan Lynas terpaksa membuat penjelasan di sana sini.

Namun dalam isu Jinko Solar, haram tak sekali DAP dan Lim Kit Siang berbunyi walaupun syarikat tersebut telah terbukti mencemarkan alam sekitar sehingga terpaksa mencari tempat operasi baru yang lain - Pulau Pinang.

Itu hanyalah sebahagian daripada isu-isu yang tidak pernah dijawab dan dijelaskan oleh Lim Guan Eng. Samalah seperti Lim Guan Eng tidak pernah dapat menjawab mengapa FDI Pulau Pinang jatuh teruk dan mengapa pelabur-pelabur sedia ada di Pulau Pinang semenjak dari zaman Barisan Nasional, mengambil keputusan untuk keluar dari negeri itu. Samalah juga rasional Lim Guan Eng menaikkan kadar cukai dan premium untuk semua jenis sektor di Pulau Pinang bagi mengisi kantung Kerajaan Negeri dan kemudian, menunjukkan 'keuntungan' pada akaun kerajaan negeri bagi tujuan pengauditan.

Pernah dengar Lim Kit Siang desak agar anaknya bercuti?

 
Blogger Templates