Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 25, 2015

KIT SIANG CABAR KABINET DESAK NAJIB BERCUTI, TAPI CADANGAN SERUPA TAK PULA DIBUAT KEPADA ANAKNYA YANG BERHADAPAN DENGAN SKANDAL TEROWONG PULAU PINANG SERTA PEMBOTAKAN PUNCAK BUKIT DI PULAU PINANG!!!


Mengata orang, memang sedap... Apatah lagi kalau yang dikata itu, boleh mengalihkan perhatian daripada persoalan yang tidak dapat dijawab oleh anak lelaki dan dia sendiri.

Lim Kit Siang merupakan antara yang paling kalut setelah Xavier Justo ditangkap oleh pihak polis Thailand. Isu MARA INC. dan pembabitan 'dua orang DATUK' yang membeli hartanah di Australia pada harga tinggi, segera dimanipulasi oleh Lim Kit Siang.

Dan seperti biasa, apa-apa sahaja yang berlaku dalam Malaysia ini, bahkan di dunia ini, semuanya mempunyai kaitan dengan Najib Abdul Razak!

Lim Kit Siang mencabar menteri-menteri kabinet agar meminta Najib Abdul Razak bercuti daripada jawatan Perdana Menteri bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atasnya, memandangkan kata Lim Kit Siang, semua masalah itu mempunyai kaitan rapat dengan Najib Abdul Razak. (BACA DI SINI)

Persepsi 'SEMUA SALAH NAJIB' dan 'SEMUA SALAH UMNO' telah ditanam rapat oleh DAP dan Anwar Ibrahim sehinggakan kini ia sudah diterima sebagai satu KEBENARAN. Bahkan apabila terbukti sesuatu kes itu sebenarnya melibatkan pengkhianatan, dan penyelewengan pihak lain yang dengan sengaja cuba dikaitkan dengan Najib bagi mengelak daripada natijah undang-undang,

Yang Lim Kit Siang kalutkan adalah beberapa isu yang dijawab dan diberikan penjelasan.

Bagaimana dengan isu-isu yang langsung tidak dijawab membabitkan Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Mengapa Lim Kit Siang tidak menggesa agar DAP meminta Lim Guan Eng bercuti dan membenarkan siasatan serta kajian terhadap semua keputusan melibatkan kewangan, hartanah dan polisi Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP yang lebih menjurus kepada skandal keluarga?


Ambil contoh isu Terowong Dasar Laut Pulau Pinang. Sehingga kini, Lim Guan Eng dan barisan kepimpinannya masih tidak dapat menjawab, mengapa perlu membayar ratusan juta ringgit untuk feasibility study yang tidak dapat digunakan dan mengapa pembayaran dilakukan walaupun kajian tersebut tidak lengkap? Sehingga kini juga, tidak ada satu pun penjelasan tentang syarikat yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan projek tersebut sekalipun beberapa persoalan dibangkitkan terutama penubuhannya yang dilihat sangat tergesa-gesa.

Begitu juga dengan pembabitan Betty Chew, menantu Lim Kit Siang yang juga merupakan isteri Lim Guan Eng dalam perniagaan hartanah di seluruh Pulau Pinang. Beberapa pendedahan telah dibuat terutama kaitan antara Betty Chew dengan Tan Kok Ping yang cuba menjadikan sektor hartanah di Pulau Pinang, 'milik penuh' keluarga Lim menerusi kaitannya dengan Betty Chew. (BACA DI SINI)

Dan bagaimana pula dengan isu penggondolan puncak bukit yang dilakukan secara haram yang melibatkan kerugian berbilion ringgit bagi pihak kerajaan negeri? Begitu juga dengan penjualan tanah-tanah kerajaan negeri yang semua urusniaganya amat meragukan, tetapi diselindungi menerusi 'correctional auditing-and-accounting reports'? (BACA DI SINI)


Terbaru adalah Jinko Solar yang didedahkan oleh Datuk Huan Chen Guan. DAP pernah menjuarai isu rare-earth dan anti-Lynas kerana kononnya mahu menjaga keselamatan alam sekitar. Bagaimana dengan Jinko Solar yang telah terbukti menjadi punca kepada rusuhan pada September 2011 kerana kaitannya dengan bencana alam semula jadi di China?

Kilang Jinko Solar yang terletak di tebing sungai di perkampungan Hongxio yang terletak di timur Zhejiang, didakwa mencemarkan sungai dan membunuh hidupan di sungai serta di sekitar tempat tersebut. Menurut laporan AFP, penduduk kampung turut mendakwa 31 kes kanser di kampung itu berpunca daripada kilang berkenaan. 500 orang penunjuk perasaan telah menyerbu kilang tersebut dan selama tiga hari telah menawan pejabatnya. Pegawai-pegawai alam sekitar kemudiannya memberitahu agensi berita Reuters, fasiliti sisa buangan kilang tersebut gagal menjalankan ujian pencemaran semenjak April tahun itu, dan pegawai-pegawai kesihatan kerajaan mendapati, sungai berhampiran mengandungi 10 kali ganda fluorida berbanding tahap yang dibenarkan. (BACA DI SINI)


Penentangan terhadap Lynas disusuli dengan dakwaan rasuah dan sebagainya telah dijadikan umpan dan hujah oleh DAP. Penentangan mereka dipublisitikan sehinggakan Lynas terpaksa membuat penjelasan di sana sini.

Namun dalam isu Jinko Solar, haram tak sekali DAP dan Lim Kit Siang berbunyi walaupun syarikat tersebut telah terbukti mencemarkan alam sekitar sehingga terpaksa mencari tempat operasi baru yang lain - Pulau Pinang.

Itu hanyalah sebahagian daripada isu-isu yang tidak pernah dijawab dan dijelaskan oleh Lim Guan Eng. Samalah seperti Lim Guan Eng tidak pernah dapat menjawab mengapa FDI Pulau Pinang jatuh teruk dan mengapa pelabur-pelabur sedia ada di Pulau Pinang semenjak dari zaman Barisan Nasional, mengambil keputusan untuk keluar dari negeri itu. Samalah juga rasional Lim Guan Eng menaikkan kadar cukai dan premium untuk semua jenis sektor di Pulau Pinang bagi mengisi kantung Kerajaan Negeri dan kemudian, menunjukkan 'keuntungan' pada akaun kerajaan negeri bagi tujuan pengauditan.

Pernah dengar Lim Kit Siang desak agar anaknya bercuti?

6 comments:

Anonymous said...

Inilah dia apek yang paling CELAKA dan KURANG AJAR dan BIADAP!

Anonymous said...

Kalau setakat menyalak kat dalam blog tak akan ada kesan kepada komunis tua tu. Lagi satu kenapa nak dilayan apa yang direpekkan oleh komunis tua tu? Buat tak tau jerrr....

Anonymous said...

Artikel ini saya simpan sejak tahun 2008 lagi dan saya telah membuat postnya pada tahun 2011 dimana ianya mendapat tentangan hebat dari penyokong DAP yang terdiri daripada orang Melayu yang meyokong PKR dan PAS.

Dimasa itu tidak banyak kejadian yang berlaku mengikut apa yang tertulis, Tetapi sekarang ianya telah pun berlaku sedikit demi sedikit dan ianya telah memberikan impak yang besar dalam politik Melayu yang mana akan kehilangan kuasa apabila ianya dibiarkan.

KITA semua kaum Cina di mana sahaja kita berada mestilah berbangga dengan bangsa kita, samada Cina Amerika, Cina Singapura, Cina Taiwan dan Cina Malaysia. Kita mestilah mengekalkan identiti kita. Di Malaysia, kita mesti memberitahu anak-anak kita dan mengajar mereka cara-cara perjalanan halus.

Setakat ini oleh kerana kedudukan kita, kita tiada pilihan untuk memilih kerajaan yang majoritinya dikuasai oleh orang Melayu.

Tetapi kita sedar di bidang perniagaan dan perindustrian, orang Melayu tidak ada melainkan mengekalkan bangsa kita (Cina) sebagai unsur utama meninggikan ekonomi Malaysia dengan meletakkan keutamaan Bahasa Mandarin atau Kantonis di dalam akhbar tempatan sebagai syarat penerimaan atau syarat kelayakan perlu.

Maka orang-orang Melayu tentunya terpinggir dari bidang pekerjaan tersebut. Jadi kita mengambil kesempatan ini atas kedudukan kita dan meminta hak-hak politik.

Orang-orang kita yang bergiat di bidang pelajaran hendaklah pastikan bahawa generasi yang akan datang tidak akan diajar segala pengorbanan orang Melayu, terutama sekali dalam pelajaran sejarah, Ilmu Alam dan lain-lain mata pelajaran, baikpun di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.

Kita mesti mengajar anak-anak dan anak orang Melayu supaya mempunyai pendirian bahawa kejayaan itu bergantung semata-mata atas kebolehan.

Untuk tujuan ini kerajaan Singapura yang kita harus banggakan kerana telah berjaya memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan cara membahagikan mereka kepada banyak puak seperti Banjar, Acheh, Bugis, Mandaling, Boyan dan lain-lain.

Dari kesannya jiwa rancangan ini, orang Melayu yang dulunya merupakan 19% daripada penduduk Singapura, sekarang hanya tinggal 10% sahaja.

Anonymous said...

Sekarang mereka tiada pilihan melainkan memuji kerajaan Singapura kerana memberi mereka satu kestabilan, keadilan dan harapan untuk masa depan iaitu mana-mana bentuk yang kerajaan suka dan fikirkan, pasti mereka terima, sebabnya orang Melayu di sana tiada mempunyai suara lagi dan mereka akan tetap menumui kegagalan.

Sebagai orang Cina tulin, saya juga berbangga dengan cara yang dilakukan oleh En. Lim Chong Eu di Pulau Pinang untuk memecah belahkan orang-orang Melayu di sana. Beliau telah berjaya mengambil tanah-tanah orang-orang Melayu dan memajukannya sebagai kawasan perumahan dan perindustrian.

Oleh kerana harga rumah-rumah itu terlalu tinggi bagi orang Melayu, mereka tiada keupayaan langsung untuk memiliki rumah-rumah tersebut. Polisi ini tidak sahaja harus dilakukan di Pulau Pinang, tetapi juga di lain-lain tempat selain bandar-bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Baharu dan Kuantan. Kita orang Cina harus mara ke Alor Setar, Kangar, Kota Baharu dan Kuala Terengganu.

Tujuan kita ialah untuk menguasai segala kegiatan perdagangan yang berkaitan dengan bahan makanan, enjin, bank-bank serta pertanian. Alasan yang munasabah perlu dicari dan dikemukakan kepada kerajaan untuk menaikkan harga barang-barang keperluan harian. Inilah yang kita akan terus gunakan untuk mendapatkan kekuasaan politik di Malaysia.

Oleh kerana kita telah kukuh di bidang Antarabangsa, kita mesti menganggap bahawa saluran penyebaran am yang ada pada kita. Setakat ini, dunia menganggap bahawa kerajaan Malaysia sekarang adalah anti Cina dan Pro-Melayu dan juga kita orang Cina ditindas.

Orang Cina tersingkir dari kebanyakan peluang, itulah anggapan mereka. Juga bahawa kepakaran dan titik peluh kita telah tidak diberi dan mendapat ganjaran yang sepatutnya.

Walau bagaimanapun, kebelakangan ini terdapat langkah-langkah yang diambil oleh elit-elit Melayu untuk mengubah gambaran ini dan menyuarakan apa yang sebenarnya berlaku. Kita sebaliknya mematahkan langkah-langkah itu sebelum ianya berjaya dilaksanakan.

Anonymous said...

Dalam bidang politik, orang-orang Cina haruslah bergembira dengan perpecahan demi perpecahan terlibat di kalangan orang-orang Melayu dengan keluarannya Pas dari Barisan Nasional, keluarnya ahli UMNO ke parti KeAdilan dan semakin perpecahan itu menguntungkan kita.

Saya sebagai orang Cina, sangatlah bergembira untuk memberitahu anda bahawa salah satu sebab penyingkiran itu adalah jarum dan tindak-tanduk teman-teman kita Gerakan dan MCA di dalam Barisan Nasional dan DAP dari luar. Sekarang tibalah masanya untuk kita menanam perasaan benci di kalangan orang-orang Melayu terhadap pemimpin mereka.

Kalau kita bijak menjalankan operasi kita, kita akan berjaya mengasingkan Perdana Menteri sekarang ini yang terlalu jujur menjadi seorang ahli politik. Kalau kita orang-orang Cina bersatu,

Kita berjaya memecah belahkan Dato’ Sri Dr.Mahathir Mohammad dengan Dato’ Sri Anwar Ibrahim, kumpulan Abdullah Ahmad Badawi dengan Kumpulan Najib Tun Razak. Kita juga boleh mendedahkan kegiatan-kegiatan malam pemimpin-pemimpin UMNO dengan kata-kata sindiran dan kenyataan yang mengandungi makna tersirat.

Kita ketahui bahawa pemimpin-pemimpin Melayu ini kiranya disukai oleh orang Melayu sendiri. Pada keseluruhannya, mereka adalah orang-orang miskin tetapi bernafsu besar.

Kita berkeupayaan memberikan apa yang mereka mahu. Kita akan terus mendapat apa yang kita kehendaki dari mereka. Kemudian sesudah kita memberi mereka secukupnya, kita akan mendedahkan mereka ini. Kita akan meminta mereka supaya dilucutkan daripada jawatan-jawatan mereka. Kita tidak akan rugi apa-apa dengan pemecahan itu, malah menguntungkan orang-orang Cina. SEBARKAN AGENDA DAP YANG TIDAK DIKETAHUI LANGSUNG OLEH BANGSA MELAYU (1). HEADBOMB BLOGSPOT

Unknown said...

Dasar mentaliti komunis x akan hilang pd cina DAP... Itu hakikatnya utk perintah malaysia walaupun sehari..

 
Blogger Templates