Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 21, 2016

PENGUNDI BABI, PENGUNDI BERPENYAKIT, PENGUNDI KELIRU... SEBAB TAK MENANGKAN CALON PAN-DAP!!!!



Sebelum ini, setiap kekalahan dalam PRU atau PRK akan dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan kepada SPR. Suruhanjaya Pilihanraya dikatakan menjadi 'anjing BN' dan memastikan BN menang menerusi manipulasi dan penipuan dalam pilihanraya. Namun terbukti daripada tindakan sendiri, barisan pembangkang khususnya PKR dan DAP hanya pandai menuduh tetapi sehingga kini gagal mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong mereka. Malahan petisyen yang difailkan di mahkamah pun, langsung tidak kena-mengena dengan tuduhan yang dilemparkan.
Kini sudah ada trend baru...

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah menjadikan rakyat yang memilih Barisan Nasional pada majoriti selesa dan bergaya sebagai 'BODOH', 'BABI' dan sebagainya yang setaraf.

Rafizi Ramli yang gagal dalam kempen fitnahnya membabitkan jet dan Rosmah Mansor, melahirkan kekecewaan dengan melabelkan rakyat sebagai MENGHIDAP DUA JENIS PENYAKIT. Keengganan rakyat untuk mempercayai penipuan dan fitnahnya, dianggap sebagai sejenis penyakit.

Tun Dr. Mahathir yang memang gagal total di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pula, menuduh BN menang besar kerana memberikan rasuah barangan dan wang kepada para pengundi. Dan seperti biasa, Tun Dr. Mahathir sekali lagi mendasarkan hujahnya kepada 'hear-say' atau 'ada orang nampak.'

Petisyen untuk membatalkan keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar boleh dibuat di mahkamah. Petisyen itu tidaklah seperti deklarasi yang boleh dipalsukan dan ditipu oleh budak-budak amatur yang mengaku hebat, sebaliknya melalui proses perundangan yang panjang dan teliti.

Manakala Nga Kor Ming, raja balak yang mengumpul kekayaan daripada tanah Melayu-Islam di Hulu Kelantan, melabelkan para pengundi yang telah memilih BN dalam kedua-dua PRK itu sebagai 'BABI'.

Inikah yang dinamakan PERJUANGAN RAKYAT?

Inikah yang dikatakan KUASA RAKYAT?

Rakyat tidak boleh memilih selain daripada DAP dan parti-parti politik macainya seperti PAN dan PKR. Kalau rakyat enggan menyokong mereka, bermakna rakyat ni hina tahap paling rendah la yer?

Tapi masa nak dapatkan sokongan dan undi, pandai pula memomok-momokkan rakyat.... pandai pula bercakap kononnya, semua adalah untuk kepentingan rakyat.

Rupa-rupanya berdasarkan kepada reaksi yang ditunjukkan, Pilihanraya adalah untuk kepentingan DAP dan parti-parti politik macai mereka, termasuklah untuk kepentingan kroni-kroni Tun Dr. Mahathir!!!

Patutlah Tun Dr. Mahathir diheret dan diseret untuk membela mereka, sekalipun orang tua itu sepatutnya dibiarkan berehat dan beramal sementara usianya masih ada....


KETIKA SEBILANGAN PENJAWAT AWAM MENCERCA EKONOMI DAN KEWANGAN NEGARA SEBAGAI MUFLIS, MEREKA NIKMATI KENAIKAN GAJI DAN BONUS HARI RAYA!!!



Untung betul penjawat-penjawat awam, tak kiralah sama ada mereka bekerja untuk kerajaan negeri, mahupun untuk kerajaan persekutuan. Dalam setahun, beberapa kali mereka mendapat bonus dan kenaikan gaji.

Tak kiralah sama ada mereka benar-benar berkhidmat kepada masyarakat sebagaimana amanah yang dipertanggungjawabkan atau penjawat-penjawat awam tersebut atau pun mereka sekadar bekerja untuk mendapatkan gaji bulanan serta kemudahan-kemudahan lain. Yang pastinya, mereka merupakan segolongan rakyat Malaysia yang amat beruntung.

Kerajaan-Kerajaan Negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang cuba membuktikan mereka adalah penjana ekonomi dan kewangan negeri walaupun hakikat ekonomi dan kewangan negeri masing-masing tidaklah sebaik mana seperti Pulau Pinang yang bergantung kepada penjualan tanah-tanah kerajaan kepada syarikat-syarikat proksi yang kemudian perlu pula ditanggung oleh rakyat.

Manakala Selangor pula mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2015, mengalami penguncupan ekonomi dan kemasukan FDI yang terlalu kecil.

Namun demi politik, wang digunakan untuk memunculkan persepsi yang lebih baik dan positif terhadap Kerajaan Negeri.


Kenaikan gaji dan bonus hari raya atau musim persekolahan, telah lama diamalkan oleh Kerajaan Persekutuan terutama di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak. Tetapi memandangkan kekerapan dibuat oleh Najib Abdul Razak membuatkan pemberian dan penganugerahan tersebut dipandang mudah serta tidak penting.

Tangga gaji penjawat-penjawat awam terutama yang bekerja untuk Persekutuan telah naik berkali-kali ganda. Malah berbanding gaji yang dinikmati oleh penjawat-penjawat awam negeri, penjawat-penjawat awam Persekutuan sepatutnya lebih bersyukur dan mempergiatkan tanggungjawab serta amanah mereka.

Namun, terdapat banyak kes membabitkan keciciran membabitkan tanggungjawab serta amanah penjawat-penjawat awam sepertimana yang terbukti dalam setiap PRK dan PRU yang berlangsung di negara ini.

Untung betul jadi penjawat awam di negara ini.... yang kena bertungkus lumus, macam di barisan hadapan hospital-hospital awam, bertungkus lumuslah, tetapi yang mengempang kaki, bersila lunjur sambil bercakap pung-pang-pung-pang pasal politik negara, untuk besarlah mereka!!!


SEDAP BUDAK BELAAN DAP BANTAI PAS, WALAUPUN HAKIKATNYA DISOKONG PENUH DAP PUN, PAN TETAP KALAH!!!



PAS dipersalahkan kerana kekalahan calon PAN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Suara-suara sumbang terutama daripada kepimpinan PKR membabitkan isu tersebut, semakin lantang kedengaran, seolah-olah PAS terhutang nyawa dengan PKR dan perlu menurut segala kehendak PKR.

Manakala pemimpin PAN seperti Salahuddin Ayub pula mengajak dan memujuk PAS agar bergabung dengan PAN bagi membolehkan DAP menang dan menguasai mudah kerusi-kerusi Parlimen dan DUN di seluruh Malaysia pada PRU-14 nanti.

Seolah-olah PAS adalah parti serpihan PAN yang ditubuhkan oleh DAP selepas kegagalan DAP menumbangkan kepimpinan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam pemilihan PAS lalu. Segala bantuan yang diberikan oleh PAS bagi membolehkan DAP dan PKR berdiri megah sekarang ini, telah luput langsung dan tidak dihargai.

PAS bagaimanapun, menyambut sinis pelawaan PAN dan PKR. Sebaliknya bertegas, PAS mungkin akan bekerjasama dengan UMNO pada PRU akan datang.

Pendirian PAS itu, pasti akan membimbangkan PKR memandangkan dari tahun 1999, PKR terlalu bergantung kepada PAS, tidak sahaja sebagai jentera sebaliknya untuk mendapatkan sokongan. Tanpa PAS, PKR sudah lama terkubur.

Berbeza dari sebelumnya, walaupun PAS kalah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, para pemimpin PAS seperti Nik Abduh Nik Abdul Aziz melahirkan kegembiraan berhubung prestasi parti tersebut dalam kedua-dua PRK. Bahkan terus memberikan semangat walaupun pada masa yang sama, PAS dikhianati oleh para pemimpin yang lahir dalam bedungan PAS tetapi kemudian memilih untuk menyembah DAP.

Itulah yang membuatkan PKR dan DAP serta PAN bertambah risau. Walau kalah pun, PAS tetap bergembira dengan kemenangan UMNO-BN. Keadaan itulah yang menimbulkan syak wasangka dan teori kononnya PAS akan bergabung dengan UMNO bagi mewujudkan sentimen kebencian dan kemarahan di kalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sendiri.

Drama PAS dengan PKR-DAP-PAN masih belum selesai terutama sekali di Selangor. Azmin Ali semasa PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah menyatakan sokongan terhadap PAN walaupun yang menjadi rakan kongsinya dalam Kerajaan Negeri Selangor adalah PAS.

Bagaimana sekiranya, PAS Selangor mengambil keputusan menarik diri daripada Kerajaan Negeri Selangor dan meninggalkan Pakatan DAP-PKR-PAN yang hanya memiliki 27 kerusi DUN berbanding UMNO-BN 12 dan PAS, 13 selain satu Kerusi BEBAS yang dimiliki oleh Khalid Ibrahim?

Bagaimana pula dengan Azmin Ali yang sudah pasti mengetahui kedudukannya sedang diancam oleh LANGKAH KAJANG II yang digerakkan oleh Rafizi Ramli dan Wan Azizah?

Masa masih panjang dan drama kemelut kuasa di Selangor, masih pada peringkat awal....


Monday, June 20, 2016

JANGAN BUAT PEJAM MATA: SETELAH MENANG BESAR, AHLI PARLIMEN BARU KUALA KANGSAR PERLU SELESAIKAN MASALAH KEMISKINAN TERCICIR DI KAWASANNYA!!!



Terdapat beberapa kes keciciran dan kemiskinan tegar yang nampaknya tidak mendapat perhatian daripada pihak-pihak berkenaan walaupun golongan tersebut mendapat sokongan daripada ADUN dan Ahli Parlimen, mahupun Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK Masjid.

Salah satu contohnya berlaku di Pusat Daerah Mengundi Ulu Kenas, DUN Manong. Melihat keadaan rumah penduduk terbabit, membuatkan kita terfikir, bagaimana isu kemiskinan ini boleh tercicir sedangkan pada masa yang sama, baik Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat menyediakan pelbagai kemudahan untuk penyaluran bantuan kepada golongan terbabit.

Daripada maklumat yang diperolehi, golongan miskin ini telah cuba mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa. Dibantu dan disokong oleh ADUN Manong, mahupun Allahyarham bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, malah turut dibantu oleh Ketua-Ketua Kampung mahupun Pengerusi Masjid, tetapi nampaknya, kes-kes sebegini tetap tersadai di pejabat-pejabat agensi terbabit.

Isu-isu sebegini bukannya isu-isu baru. Setiap kali PRK atau PRU, setiap kali itulah kes-kes yang melibatkan kecuaian agensi-agensi, jabatan-jabatan mahupun Pusat Zakat akan terkeluar dengan sendirinya. Cerita-cerita tentang kes-kes sebegini tersadai dan melibatkan kerenah penjawat-penjawat awam, sepatutnya diselesaikan segera, bukannya sekadar diselesaikan oleh pihak lain.

Guna apa ramai-ramai pekerja dalam jabatan dan agensi serta pusat zakat kalau masalah sebegini pun tidak dapat diselesaikan?... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


TARING MAHATHIR DAH TERCABUT DALAM CATATAN TEPI KUBUR NIK ABDUH!!!



Sedari kecil saya diajar bahawa sebuah gerakan Islam mestilah bebas dan tidak boleh terikat dengan mana-mana kumpulan. Ia bebas daripada semua selepas ia mengikat dirinya dengan ALLAH dan ugama-NYA.

Haram atas gerakan Islam terikat dengan pihak kerajaan yang sekular yang enggan mengikat diri mereka dengan ugama atau hanya bermuka-muka dengan ugama demi menarik sokongan.

Haram juga ke atas gerakan Islam untuk bersama pihak pembangkang yang menentang kerajaan sehingga lebur segala prinsip perjuangan Islam demi menjatuhkan kerajaan sekular yang zalim.

Gerakan Islam mestilah berbeza pada tahap yang tinggi di dalam berpegang kepada prinsip dan akidah perjuangan. Ada pun pada pendekatannya, ia mestilah seluas pendekatan yang diamalkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Antara ketegasan dan keanjalan itu, ia sejelas mentari di dalam sirah nabawiyah di sisi para ulamak.

PAS menikmati ketepatan menelusuri jalan ini. Kesilapan bahkan kesalahan disedari dan pasti dibaiki seberaninya.

Jika anda melihat sejarah 65 tahun PAS, ia pernah lemah dan hampir karam. Tetapi anda akan terkejut melihat kebangkitannya dalam tempoh yang sekejap sahaja. Jika anda terus melihatnya untuk tempoh lebih lama, anda akan tahu bahawa kebangkitan itu adalah kerana kekuatan pegangannya pada prinsip dan akidah perjuangan.

PAS hilang sokongan kerana berpegang pada prinsip dan PAS kembali gagah memperoleh sokongan di atas sebab yang sama iaitu berpegang pada prinsip.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah laporan awal kekuatan PAS selepas berjaya melepasi krisis dalaman yang menyaksikan terkeluarnya anasir yang lemah dan buruk yang berusaha mengubah hala tuju perjuangan PAS.

Setelah PAS mengukuh kembali dalam tempoh setahun dengan barisan kepimpinan baru yang begitu bersatu menerajui parti, PRK kali ini adalah peluang terbaik untuk PAS melihat tahap sokongan dan kekuatannya di bawah. Ia adalah sokongan yang benar dan paling tepat terhadap PAS setelah ia bersendiri bersama IKATAN di dalam blok ketiganya yang baru.

Ketika PAS bersama DAP, PAS dituduh UMNO sebagai tunggangan DAP. Ketika PAS berpecah dengan DAP, PAS dituduh DAP sebagai tunggangan UMNO. Sebagaimana PAS berjaya keluar daripada tuduhan pertama, PAS pastinya akan berjaya keluar daripada tuduhan kedua dengan selamat dan sejahtera.

Malah tuduhan itu akan lebih mudah dihilangkan kerana PAS tidak pun mengikat sebarang perjanjian dengan UMNO sebagaimana ikatannya dengan DAP semasa di dalam PR dahulu. PAS tunggangan UMNO hanyalah persepsi murahan golongan lemah yang terpelanting akibat disantau mabuk 'Road To Putrajaya'.

Bagaimana PAS berjaya dan akan terus berjaya? Jawabannya sama. PAS berjaya meletakkan dirinya sebagai sebuah gerakan Islam yang berprinsip dan bebas daripada sebarang ikatan manusiawi dan duniawi.

Dalam bahasa mudah, sebelum PAS bertahaluf dengan mana-mana parti politik, ia telah pun 'bertahaluf' dengan Islam. PAS di sisi Islam adalah ibarat si pengemis yang bergantung harap sepenuhnya kepada kekuatannya. Anda usah berangan menjangkakan PAS akan mencintai rakan tahalufnya atau sesiapa pun melebihi cintanya kepada Islam.

PRK kali ini menyaksikan PAS menguasai sekitar 25% sokongan rakyat secara benar. PAS kehilangan sekitar 25% undi PKR, DAP dan serpihan PAN yang turut diperolehinya sebelum ini.

UMNO yang menikmati kekuatannya di kubunya di DUN Sungai Panjang dan sepenuhnya di Kuala Kangsar memperolehi sekitar 50% sokongan rakyat. Ia bercampuran dengan undi daripada rakyat yang lemah dan miskin yang kalah dengan godaan wang dan kebendaan. UMNO boleh melakukannya dengan lebih mudah dalam PRK.

Taring Tun Mahathir secara rasminya tercabut. Saya sarankan Tun Mahathir banyakkan berada di tikar sejadah dan di hadapan kaabah. Zaman kekuatannya ketika bertempur dengan almarhum ayahanda TGNA telah berakhir. Jika Tun kembali kepada ALLAH dengan taubat yang benar, itulah sebaik-baik kehidupan di hujung hayat. Saya mendoakan.

Adakah 25% sokongan bersih di kubu UMNO untuk PAS itu kecil? Tidak. Itulah kekuatan tegar sokongan terhadap perjuangan Islam yang syumul di Malaysia. Itulah tuaian perjuangan yang disemai oleh para ulamak dan pejuang Islam sepanjang 65 tahun perjuangan PAS. Ia adalah sokongan yang terus meningkat dan melebar ke seluruh negara.

Dengan pendekatan yang lebih sejahtera yang menyeru kepada keberanian untuk berubah dan maju dengan Islam, PAS meyakini akan mendapat sokongan lebih baik di dalam melaksanakan tanggung jawab ugamanya.

Saya dan seluruh pemuda PAS bertekad melebarkan kesatuan dan muafakat umat ke arah cara hidup Islam yang benar. Kebatilan pastikan lebur. Itulah janji pemuda Islam untuk ayah dan ibu yang telah pergi meninggalkan kita dengan warisan perjuangan yang mulia.

Semoga ALLAH mengampuni dan mengasihi mereka semua.

** Catatan di tepian kubur ayahanda TGNAi



ADUN DAP PUJUT MILIKI DUA KERAKYATAN, HARI INI BAGI KETERANGAN KEPADA POLIS!!!



Pilihanraya Kecil Pujut nampak gayanya sudah tidak dapat dielakkan lagi. Kemenangan calon DAP, Dr. Ting Tiong Choon bukan sahaja dipertikaikan tetapi juga dilihat menyalahi Perlembagaan Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan.

Dr. Ting Tiong Choon yang dituduh memiliki dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia, hari ini telah memberi keterangan kepada polis di Miri. ADUN DAP itu yang telah berjaya memenangi kerusi DUN Pujut pada 7 Mei dalam Pilihanraya Negeri Sarawak, berhadapan dengan risiko kehilangan jawatan serta berkemungkinan kehilangan status kewarganegaraan Malaysia selepas pencabarnya, Datuk Hii King Chong yang bertanding sebagai calon BN, menfailkan petisyen pilihanraya pertama Sarawak di Mahkamah Tinggi pada Khamis lepas bagi tujuan melucutkan kemenangan Ting.

Dr. Ting bagaimanapun enggan membuat sebarang komen selepas mendapat nasihat daripada peguamnya, Alan Ling yang juga merupakan Setiausaha DAP Sarawak berhubung siasatan polis itu.

Hii mencabar keabsahan kemenangan Ting apabila mendakwa, Ting telah memperolehi kewarganegaraan Australia sebelum tarikh mengundi pada 7 Mei, malahan Ting juga berdaftar sebagai pengundi di bawah Suruhanjaya Pilihanraya Australia.

Seksyen 16 dan 17 (g) Perlembagaan Negeri Sarawak menyatakan, sesiapa yang terpilih ke Dewan Undangan Negeri, akan dibatalkan sekiranya dia secara sukarela memperolehi kewarganegaraan dari negara lain.

Artikel 24 Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan, perlucutan kewarganegaraan kerana memperolehi atau menggunakan hak kewarganegaraan negeri asing.

Australia mengiktiraf dua kewarganegaraan dan membenarkan seseorang memiliki dua pasport untuk urusan negeri tetapi bukannya untuk jawatan Persekutuan. Malaysia bagaimanapun tidak membenarkan rakyatnya memiliki dua kerakyatan.

Dalam Pilihanraya Negeri Sarawak lalu, Dr. Ting menewaaskan Hii dan tiga orang lain dalam pertandingan empat penjuru untuk merebut kerusi DUN Pujut dengan majoriti 1,759 undi.

Ting berjaya memperolehi 8,899 undi manakala Hi memperolehi 7,140 undi. Calon PAS, Jofri Jaraiee memperolehi 513 undi dan calon BEBAS Fong Pau Teck, memperolehi 375 undi.


KALAU TUN MAHATHIR DEMAM PANAS PUN, DAH TIDAK MENGHAIRANKAN DAH!!!



Ia seperti ketika kemuncak era Reformasi apabila Tun Dr. Mahathir hanya boleh memendam perasaan apabila gambar-gambar menunjukkan orang ramai yang berjumlah ratusan ribu, keluar menyerbu jalan-jalanraya untuk menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim dan bantahan kepada pentadbirannya, malah mendesaknya untuk meletakkan jawatan pada penghujung 1990-an. Dan untuk menunjukkan dia masih kekal relevan, Tun Dr. Mahathir menguatkuasakan undang-undang dan menangkap seberapa ramai penentangnya sebelum dihumban mereka ke dalam tahanan.

Tetapi itu dahulu, sewaktu dia berkuasa. Sekarang dia sudah tidak berkuasa. Dia sudah pencen. Dia sudah jadi pesara. Namun golongan berkepentingan di sekelilingnya tidak membenarkan Tun Mahathir pencen dan bersara. Mereka mahu Tun Mahathir terus bekerja sampai mati dan kerja-kerja itu pula adalah untuk memastikan tembolok mereka kembong dan merening termasuklah kuasa yang mereka idam-idamkan pula, berada dalam tangan.

Dalam dua PRK, Tun Mahathir membuatkan puak-puak DAP dan PKR cukup seronok kerana mereka menjangkakan, Tun Dr. Mahathir akan memberikan impak besar terhadap sokongan orang Melayu khususnya kepada UMNO-BN. Namun Tun Dr. Mahathir amat mengecewakan para peminat dan mereka yang begitu yakin Tun Mahathir tidak bercakap kosong terutama sekali membabitkan dakwaan-dakwaannya. Tun langsung tidak membawa atau menampilkan sebarang bukti bagi menyokong segala dakwaanya terutama dakwaan terhadap Najib dan Rosmah Mansor.

Kesempatan yang begitu baik, telah dibuang oleh Tun Dr. Mahathir dan pasukannya. Deklarasi yang kononnya telah ditandatangani seramai 1.2 juta orang juga nampaknya tidak membawa apa-apa makna kerana tidak sampai 10% daripada jumlah tersebut hadir dalam ceramah Tun Dr. Mahathir. Malah di Chandan Puteri, Kuala Kangsar, tanpa wartawan yang mendominasi sebahagian besar kerusi di bawah khemah, mungkin Mahathir sekadar berucap di hadapan bunian dan jembalang ghaib sahaja.

Keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas menunjukkan pengaruh Mahathir bukan sahaja sudah tiada, bahkan golongan muda yang menjadi sasaran, tidak menghiraukannya. Bayangan oleh mereka yang ada di sekeliling Mahathir kononnya, fenomena yang pernah dibuat oleh Anwar Ibrahim, mampu diulangi oleh Mahathir, ternyata meleset sama sekali.


Bagi seorang negarawan yang banyak jasanya dalam pembangunan negara ini, apa yang berlaku kepada Mahathir adalah sesuatu yang amat memalukan. Mahathir tidak sepatutnya berada dalam keadaan sekarang. Kalau bukan kerana gangguan dan permintaan daripada kaum kroni serta desakan untuk menaikkan anak lelakinya memintas proses untuk menjadi Perdana Menteri, sudah tentulah Mahathir akan menerima penghormatan sewajarnya dari rakyat.

Pentaksub Mahathir yang masih gemar menggonggong Mahathir dan mengheretnya ke sana ke mari seringkali berkata, semua yang Mahathir lakukan adalah demi rakyat tetapi nampaknya rakyat sudah lama menolak pembabitannya dalam politik negara selepas bersara. Rakyat cuma mahu melihat bekas Perdana Menteri bersikap seperti bekas Perdana Menteri, bukannya seperti tok dalang untuk menaikkan sesiapa yang disukainya sebagai Perdana Menteri.

Nampaknya lepas ni, kalau Mahathir demam panas pun, ramai yang akan mencemik dan memanjangkan bibir masing-masing.

Kerosakan Mahathir bukannya kerana perbuatan Najib, tetapi kerana para penggonggong dan pentaksubnya yang menguburkan Mahathir sebelum orang tua itu menghembuskan nafas terakhir lagi.
 
Blogger Templates