Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, November 21, 2016

LAGI PENJAWAT AWAM DITANGKAP RASUAH JUTAAN RINGGIT OLEH SPRM DI LABUAN!!!



Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun akan melaporkan tentang penyalahgunaan dan penyelewengan dalam bentuk LEBIHAN BAYARAN membabitkan agensi-agensi kerajaan.

Namun setiap tahun juga, kita tertunggu-tunggu tindakan KSN terhadap kakitangan yang melakukan penyelewengan tersebut.

Kalau Audit telah mengatakan memang berlaku lebihan bayaran sehingga angkanya tidak munasabah seperti pembelian barangan bernilai RM800 tetapi dibeli pada harga RM8000 membabitkan sebuah Kolej Komuniti, sepatutnya Jabatan Perkhidmatan Awam sudah pun menjemput SPRM masuk dan menjalankan tugas mereka.

Rasuah dan penyelewengan melibatkan kakitangan awam, sudah sampai ke tahap yang amat menggerunkan. Bayangkan pintu sempadan pun boleh bolos. Begitu juga membabitkan MyKad dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Imigresen, semuanya membabitkan salahguna kuasa dan rasuah.

Bagaimanapun, tindakan tegas secara menyeluruh ke atas kakitangan awam terbabit, atau memberi pengajaran kepada kakitangan awam lain, bagaikan melepas batok di tangga. Terlalu lemah biarpun pada masa yang sama, KSN terus mengeluarkan pelbagai kenyataan RETORIK.

Terbaharu, SPRM menahan seorang pengarah sebuah agensi Kerajaan Persekutuan di Wilayah Persekutuan Labuan kerana kes salahguna kuasa dan menerima rasuah.

Pengarah berusia 59 tahun itu telah ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 11.50 pagi selepas dia datang ke pejabat berkenaan untuk memberi keterangan.

Susulan penahan tersebut, SPRM telah membekukan 12 akaun bank milik pengarah terbabit dan anggota keluarganya yang mengandungi wang tunai berjumlah RM889,000.

Wang tersebut merupakan sebahagian daripada jutaan wawng yang dipercayai diperolehi menerusi aktiviti rasuah oleh suspek. SPRM masih lagi mengesan wang di akaun-akaun bank milik suspek dan anggota keluarganya yang dipercayai telah dipindahkan.

Pada masa yang sama, dua kontraktor berusia 40-an dari sebuah syarikat, turut ditahan di Ibu Pejabat SPRM Cawangan Labuan bagi membantu siasatan. (RUJUK SINI)

Jadi, jangan hairan apabila ada kakitangan awam yang beria-ia menghentam kerajaan sebagai rasuah dan sebagainya kerana biasanya orang yang bersalah akan menuduh orang lain berbuat kesalahan bagi melindungi perbuatan jalang mereka!




APA LAGI KHALID SAMAD... KATA HERO SANGAT... TAJUDDIN DAH CABAR TU, ULANGLAH BALIK 'MENTERI SIAL' KAT LUAR DEWAN PULA!!!



Khalid Samad kini boleh membuktikan yang dia tidak berselindung di sebalik kekebalan Ahli Parlimen, apabila Tajuddin Rahman mencabarnya agar mengulangi ayat 'MENTERI SIAL' yang dituturkannya ketika membela Teresa Kok, kesan daripada kekeliruan fikirannya yang mengaitkan perkataan 'KOK' dengan kelucahan melampau. 

KOK adalah nama keluarga Teresa, Ahli Parlimen Seputeh.

Teresa Kok yang malu alah selepas cuba mencelah dan mengganggu ucapan Tajuddin Rahman, menjadikan kata-kata Tajuddin Rahman, 'The only woman with 'a Kok' is in Seputeh', sebagai bahan untuknya menagih simpati, sekaligus cuba menafikan nama keluarganya adalah KOK.

Khalid Samad yang kemudiannya cuba berlagak hero dan sebagai penyelamat menggelarkan Tajuddin Rahman sebagai 'Menteri Sial' kerana memanggil nama 'KOK' yang baginya merupakan satu cubaan mencarut atau melucah.


Beberapa orang pemimpin DAP termasuklah Teo Nie Ching menyerang Tajuddin dan menggelarkan Timbalan Menteri itu sebagai 'Menteri Sial' menerusi Twitter.

Kini, Tajuddin mencabar Khalid Samad untuk mengulangi semula makiannya di luar Dewan.

"Saya tak boleh terima dia cakap saya sial, malah Parlimen juga tidak membenarkan perkataan itu disebut dalam Dewan Rakyat," kata Tajuddin kepada pemberita di Lobi Parlimen.
Tajuddin menegaskan beliau akan mengarahkan peguam bagi tindakan selanjutnya untuk menentukan sama ada Khalid berada di pihak yang benar.
Tajuddin mengulas tindakan Khalid yang mengeluarkan perkataan itu ketika Tajuddin menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berhubung inisiatif kerajaan bagi memartabatkan kualiti beras negara.
Terdahulu, Khalid mengeluarkan perkataan itu selepas Tajuddin secara berseloroh menyebut hanya Teresa Kok (DAP-Seputeh) wanita yang mempunyai nama dengan perkataan 'Kok' di Seputeh.
Bagaimanapun, gurauan tersebut menyebabkan Dewan Rakyat kecoh dengan beberapa anggota Parlimen pembangkang mengeluarkan kata-kata kesat termasuk Khalid yang berkata 'sial'.
Kekecohan itu bagaimanapun ditenangkan Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee dengan membuat penetapan bahawa perkataan 'Kok' adalah merujuk kepada nama Teresa dan bukan bermaksud perkataan lain.
Tajuddin berkata, "Teresa cuba kacau saya ketika saya nak menjawab soalan.
Dia seorang sahaja mempunyai nama 'Teresa Kok'. Tapi itu tak bermaksud bila saya cakap begitu boleh mengizinkan Shah Alam (Khalid) bangun dan cakap saya sial, sial, sial, itu tak mewajarkan dia bercakap perkataan sial," katanya. (RUJUK SINI)

SEPERTI UMNO, PAS JUGA AKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP AHLI YANG SERTAI DEMONSTRASI BERSIH 5.0!!!



Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, merangkap Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung tindakan yang akan dikenakan kepada ahli-ahli UMNO yang telah menyertai demonstrasi Gerakan Baju Merah, telah menimbulkan kemarahan segelintir ahli UMNO yang menyarung Baju Merah.

Namun, pada masa yang sama, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang juga turut mengeluarkan kenyataan yang sama. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada ahli-ahli PAS yang terlibat menghadiri demonstrasi BERSIH 5.0.

Antara pemimpin PAS yang hadir menyarung baju Kuning BERSIH 5.0 adalah Mahfuz Omar, bekas Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan Abby Abadi, pelakon yang menjadi penceramah selebriti.

Abdul Hadi dalam kenyataannya yang dipetik oleh BERNAMA memberitahu tindakan merujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti akan diambil sekiranya terdapat aduan dan bukti.


Sementara itu, anggota Majlis Syura PAS, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menolak dakwaan bahawa jumlah penyertaan demonstrasi BERSIH 5.0 lebih ramai berbanding demonstrasi-demonstrasi sebelum ini. Malah menurutnya, jumlah penyertaan orang Melayu dalam demonstrasi BERSIH 5.0 juga semakin berkurang. (RUJUK SINI)

PAS telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan ahli-ahlinya turut serta dalam Himpunan BERSIH 5.0 yang diadakan pada 19 November. Manakala Jabatan Amal yang merupakan unit kawalan keselamatan yang seringkali menjadi entiti utama dalam setiap demonstrasi juga telah mengeluarkan kenyataan mereka tidak terlibat dalam demonstrasi BERSIH 5.0.


'THE ONLY WOMAN WITH A 'KOK' IS IN SEPUTEH'... DAN TAJUDDIN RAHMAN PUN DIGELAR MENTERI SIAL OLEH KHALID SAMAD LEPAS DIRENGEK TERESA!!!



Semuanya bermula apabila Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman berkata, "the only woman with a 'Kok' is in Seputeh." 

Itu sahaja yang disebut oleh Tajuddin... tidak merujuk 'Kok' itu kepada apa-apa makna kuning, mahupun merah.

Dan bermulalah pembelaan ke atas Teresa Kok melibatkan beberapa orang Ahli Parlimen, khususnya Khalid Samad yang memang diketahui amat kuat menyembah DAP dan para pemimpinnya. 

Khalid Samad melabelkan Tajuddin Rahman sebagai 'Menteri Sial'. Dan para pemimpin DAP seperti Teo Nie Ching pun menyahutnya di Twitter dengan melabelkan Tajuddin Rahman dengan ungkapan yang sama. 


Apa yang membezakan Tajuddin Rahman dengan Khalid Samad serta Teo Nie Ching?

Kok adalah nama keluarga Teresa. Memanggil nama 'Kok' secara harfiahnya tidak mempunyai makna menghina. Bagaimanapun, orang politik seperti Khalid Samad mempunyai kecenderungan untuk memaki hamun. 

Rupa-rupanya nama keluarga Ahli Parlimen Seputeh merupakan satu penghinaan.

KOK tidak lagi boleh disebut kerana ia lebih hina berbanding SIAL, KURANG AJAR, BIADAP dan sebagainya!


Teresa Kok punya power... dia melalak sikit saja mengatakan dia telah dihina, jantan-jantan Melayu penyembahnya segera berfikiran kreatif dengan mencari kata-kata cacian yang lebih tajam untuk disegandingkan...

Cuma seperkara yang menarik... KHALID SAMAD NI MEMANG JENIS MANUSIA YANG BERFIKIRAN KUNING KE kerana sebarang makna perkataan yang disebut, akan dirujuk sebagai seksis?


BUKAN SOSMA TETAPI MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS YANG DI-PERTUAN AGONG... ITU YANG SEPATUTNYA DIHADAPI OLEH MARIA CHIN!!!



DAP dan para pemimpinnya sedang memeriahkan Twitter dengan menggambarkan negara ini sedang mengalami kekacauan. Individu-individu penyokong anarki dan golongan yang kononnya pejuang, tetapi makan hasil dari pihak yang mereka tentang seperti A. Samad Said pula menggambarkan polis dan lokap yang menahan Maria Chin dan para pemimpin BERSIH sebagai LAMBANG KUASA JAHAT.

SOSMA, akta yang menggantikan ISA, dikatakan telah disalahguna oleh pemerintah. Hanya kerana SOSMA telah digunakan ke atas Maria Chin, maka melalaklah sekalian angkatan DAP dan balaci-balaci mereka kerana dari awal lagi, DAP telah menggambarkan sahaja apa-apa sahaja yang membabitkan mereka adalah 'perjuangan rakyat', walaupun telah terbukti, DAP memang menentang Perlembagaan Malaysia terutama sekali yang membabitkan Artikel 3, 152 dan 153.


Bermodalkan, SOSMA tidak harus digunakan terhadap golongan politik, malah menggambarkan bahawa Maria Chin bukanlah pengganas yang perlu disosmakan, DAP, PKR dan para penyokong mereka tidak sahaja memperlekehkan pihak berkuasa, bahkan berikrar untuk menghapuskan SOSMA.

Maria Chin ditahan di bawah SOSMA bagi membolehkan siasatan berhubung pengakuannya menerima dana asing bagi tujuan menggulingkan kerajaan. Maria Chin secara relatifnya bukanlah pemimpin politik. BERSIH merupakan sebuah entiti yang didaftarkan sebagai syarikat perniagaan walaupun bergerak sebagai sebuah NGO.


Pemberontakan tidak sahaja dilakukan membabitkan senjata dan kekerasan, tetapi pada masa ini, pemberontakan dan usaha menimbulkan kekacauan serta sabotaj ekonomi dilakukan dengan menggunakan media atau tulisan mahupun kempen lisan.

Dalam sejarah Islam, pemberontakan pertama adalah melibatkan Abdullah bin Ubai.. .dia tidak melancarkan serangan bersenjata kepada Nabi Muhammad s.a.w sebaliknya melakukan hasutan agar orang Islam lebih menerima puak dan fahaman Yahudi serta musuh-musuh Islam. Daripada peristiwa Uhud sehinggalah ke Perang Siffin, akhirnya gerakan Abdullah bin Ubai, akhirnya umat Islam berpecah kepada Syiah dan Sunnah... selepas itu, perpecahan semakin besar dan pelbagai daulah terbentuk yang berakhir dengan Daulah Uthmaniyyah.

Daulah Uthmaniyyah yang merupakan Daulah Islamiyyah terakhir, runtuh kerana dana dan isme asing yang menggunakan isu kebebasan dan anti penyelewengan.


28 hari Maria Chin dalam kurungan SOSMA, sudah pasti akan dijadikan modal untuk meraih simpati dan sokongan, sama ada dari dalam negeri apatah lagi dari luar negara. Dana asing akan semakin melimpah-limpah, menyusup untuk membantu meruntuhkan 'MALAY RULING' sebagaimana yang diikrarkan oleh George Soros dan OSF yang merupakan pendana dan pembiaya utama BERSIH serta beberapa entiti lain, termasuklah SUHAKAM dan Majlis Peguam.


Sunday, November 20, 2016

BERSIH 5.0 DAH HABIS... KSN MANA HILANG?



16 November lalu, Ketua Setiausaha Negara, Dr. Ali Hamsa mengikrarkan kononnya tindakan disiplin termasuklah buang kerja, gantung tugas atau potong gaji akan dikenakan kepada penjawat-penjawat awam yang menyertai Himpunan BERSIH 5.0.

Dan seperti biasa, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ali Hamsa sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu retorik semata-mata memandangkan setakat ini, tindakan tatatertib yang diambil ke atas penjawat-penjawat awam yang terlibat dalam mana-mana perhimpunan haram, apatah lagi yang sudah bertukar menjadi 'PEGAWAI-PEGAWAI PEMBANGKANG' yang cuba menimbulkan persepsi dan kegemparan kepada rakyat, sekaligus menimbulkan menghapuskan keyakinan kepada perkhidmatan awam, langsung tidak dikenakan sebarang tindakan....TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247

HAAA... SEDAP KENA MAKI DENGAN BUNG MOKHTAR SELEPAS PUAS PROVOKS DIA?!!!



Pada mulanya, komunikasi Twitter Bung Mokhtar hanyalah dengan Latheefa Koya. Semuanya bermula apabila Bung Mokhtar secara sinis mengatakan, dia terkejut kerana selepas Demonstrasi BERSIH 5.0, dia masih melihat Najib Abdul Razak kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kenyataan Bung Mokhtar itu, disahut oleh Latheefa Koya yang mengatakan, Bung Mokhtar tidak seharusnya berpura-pura terkejut kerana 'seluruh dunia tahun BN rakus, MO1 tu siapa. Kulit tebal tak bermakna hebat. Maknanya tak malu.'


Maksud Latheefa Koya, walaupun demonstrasi BERSIH 5.0 berjaya, dek kerana tidak tahu malu, Najib masih lagi bergayut pada jawatan Perdana Menteri walaupun dakwanya satu dunia tahu tentang kerakusan BN dan MO1 yang dituduh melakukan rasuah serta penyelewengan.

Bung Mokhtar kemudiannya memberitahu Latheefa Koya, kalau benar seperti yang didakwa oleh peguam PKR itu, tunggulah PRU-14 akan datang untuk lawan, bukannya dibuat demonstrasi.


Latheefa Koya kemudiannya mempersoalkan tentang 'tuntutan rakyat' iaitu pilihanraya yang adil dan telus. Katanya, kalau nak lawan, kenalah pastikan pilihanraya itu adil dan bersih. Latheefa Koya bagaimanapun tidak menyentuh langsung tentang wakil-wakil parti pembangkang di pusat-pusat undi yang memantau proses pengundian, malahan pengiraan sedangkan wakil-wakil tersebut dilantik oleh parti mereka sendiri.

Lantas dibalas oleh Bung Mokhtar, seandainya pilihanraya di Malaysia sepertimana yang dituduh oleh Latheefa Koya, sudah pastilah Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang tidak jatuh ke tangan parti pembangkang.


Dibalas pula oleh seorang penyokong Latheefa Koya, sekiranya pilihanraya di Malaysia adil, sudah lama BN menjadi pembangkang. Dengan kata lain, keadilan sesebuah pilihanraya di Malaysia itu hanya berlaku apabila kemenangan berpihak kepada pembangkang. Kalau berpihak kepada BN, ianya tidak adil dan dilakukan secara penipuan. Sekaligus turut menuduh wakil-wakil parti pembangkang dalam proses pengundian dan pengiraan undi itu sebagai penipu serta telah dirasuah oleh BN.

Latheefa Koya kemudiannya berkata, sokongan ke atas Pakatan terlalu kuat dan BN tidak mungkin dapat membayar semua. Lantas diberitahu oleh Bung Mokhtar bahawa jatuh bangun sesebuah kerajaan itu adalah KERJA ALLAH TAALA.






Ternyata, kenyataan Bung Mokhtar itu menaikkan kemarahan Latheefa Koya yang menuduh Bung Mokhtar cuba tunjuk alim hanya kerana menyebut 'KUASA ALLAH', malah turut menuduh Bung cuba berlagak sebagai Nabi yang tidak faham 'bahasa rakyat'.

Selepas itu, Bung Mokhtar dihujani dengan provokasi dan  maki hamun.

Kesudahannya ialah, Bung Mokhtar barangkali tidak dapat menahan sabar setelah teruk diprovokasi dan dimaki hamun oleh para penyokong Latheefa Koya, membuatkan dia membalas tweet mereka dengan menggunakan bahasa kasar yang kemudian digunakan oleh penyokong-penyokong Latheefa Koya sebagai bukti kononnya Bung Mokhtar seorang yang biadap!


 
Blogger Templates