Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, December 13, 2017

DAP BERTEPUK TANGAN!!! PEMULANGAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN ADALAH UNTUK MENCALARKAN INSTITUSI ISTANA!!!



Pihak pembangkang khususnya DAP sekarang ini sedang cuba bermain sentimen orang Melayu menggunakan isu Dr. Mahathir.

Berita Dr. Mahathir dan isterinya, Dr. Siti Hasmah memulangkan darjah-darjah kebesaran Istana Selangor, menjadi hangat.

Sekurang-kurangnya DAP melihat peluang itu untuk menagih simpati daripada masyarakat pengundi Melayu khususnya.

Tindakan memulangkan darjah-darjah kebesaran dikatakan memberi impak buruk kepada sokongan masyarakat Melayu kepada Pakatan.

Hakikatnya bukan lagi satu rahsia bilamana DAP sendiri amat membenci institusi kesultanan Melayu di Malaysia. DAP sudah beberapa kali 'berterus terang' yang mereka memang tidak sebulu dan menyenangi kewujudan institusi raja-raja Melayu. Sama seperti mereka menentang Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Biarpun berkali-kali juga DAP menyatakan mereka mendokong semua perkara dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi praktikal yang ditunjukkan oleh mereka amat bertentangan dengan apa yang mereka ikrarkan.

Dr. Mahathir sendiri jikalau kita menelusuri sejarah dan biografinya sudah pasti akan ternampak sisi-sisi kebencian kepada kesultanan dan masyarakat istana. Surat Mahathir kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pada tahun 1969 yang menyebabkan dia akhirnya dipecat dari UMNO selain pindaan Perlembagaan membabitkan Raja-Raja sehingga mencetuskan dua kali krisis perlembagaan adalah bukti sahih tentang matlamatnya.

Secara nyata, pemulangan semula darjah-datjah kebesaran itu biarpun tidak dilucutkan oleh Istana Selangor, memberi isyarat bahawa peperangan menentang istana telah pun dilancarkan.

DAP melihat peluang ini untuk merealisasikan keinginan dan cita-cita mereka. Sama seperti keinginan dan cita-cita mereka untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan negara haram Zionis Israel seandainya mereka berkuasa, bertentangan dengan aspirasi dan bidang kuasa raja-raja Melayu ke atas hal ehwal agama Islam dan penganutnya di negara ini.

Gelombang kebencian ke atas institusi raja-raja Melayu sebenarnya bersifat seperti api dalam sekam. Bezanya golongan berkenaan tidak berani lagi menyatakannya secara jalan raya dan massa. Apa yang dilakukan oleh Mahathir dan Siti Hasmah dilihat DAP sebagai pemangkin dan pencetus  untuk memulakan apa yang dicita-citakan semenjak awal kewujudan parti berkenaan.

Benarkah tindakan Dr. Mahathir itu akan memberi impak buruk atau reversed psychology, ia adalah pencetus kepada sesuatu yang dibimbangi oleh nasionalis Tanah Melayu yang tidak menyokong jus soli seperti Dr. Dzulkifli dari PAS suatu masa dahulu.

ANTARA KEBEBASAN BERSUARA SI ARTIS DENGAN ARTIS PERLU BERSUARA!!!



Isu golongan artis bersuara sinis tentang permasalahan negara, bukannya dimulakan oleh Fathia Latiff atau pun Sheila Majid. Dari sebelum zaman merdeka lagi sudah wujud golongan yang memperkatakan tentang permasalahan masyarakat di kalangan artis. Bahkan ada antara mereka yang diketahui sebagai pejuang kemerdekaan seperti Allahyarham Datuk S. Roomai Noor, bapa kepada penyanyi Anita Sarawak dan Noorkumalasari yang merupakan salah seorang pejuang API.

Selepas merdeka, artis-artis seperti Tan Sri P. Ramlee, Jamil Sulong, A.Amin, Husin Hanif dan sebagainya turut menjadikan naskhah-naskhah karya mereka sebagai medan mengkritik kerajaan mahupun masyarakat.

Bagaimanapun, kritikan mereka jauh berbeza berbanding kritikan-kritikan atau teguran-teguran atau lebih tepat lagi suara-suara lantang artis masakini yang menggunakan media sosial untuk melampiaskan perasaan masing-masing.

Jikalau dahulu, kritikan dibuat untuk menambahbaikkan pengurusan dan pentadbiran masyarakat selain desakan agar kerajaan memperkukuhkan masyarakat Melayu-Bumiputera yang terlalu jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi datangnya daripada kumpulan artis yang memang menjalani hidup dengan dunia yang mereka perkatakan, berbeza dengan sekarang di mana suara-suara artis yang membuat teguran pula, lebih kepada memperjuangkan gaya hidup yang bersifat kufur nikmat. Tidak ada satu pun suara-suara artis yang mempunyai pengaruh besar di kalangan masyarakat masakini yang menyeru kepada sikap berjimat cermat atau bijak berbelanja sebaliknya menyalahkan kerajaan kerana harga barang naik atau kerana kononnya ekonomi tidak baik menyebabkan produk-produk hiburan mereka tidak mencapai tahap box office.

Ada yang main hentam keromo sahaja berdasarkan hearsay. Ada yang tidak segan silu meluahkan kejengkelan mereka di media sosial berdasarkan apa yang diberitahu oleh kawan-kawannya yang sudah suram bintang mereka.

Sebenarnya tidak salah untuk mereka menyuarakan rasa tidak senang, jengkel atau jijik dengan pentadbiran masakini. Itu hak mereka. Sama seperti hak mereka untuk memilih mana-mana parti pun pada pilihanraya nanti. Tiada sesiapa yang boleh memaksa mereka untuk memilih apa-apa parti yang dirasakan wajar. Sebaliknya mereka bebas memilih mana-mana pemimpin atau parti yang berkenan di hati.

Berbanding mengkritik menggunakan medium filem atau lagu, menggunakan media sosial, bermakna artis-artis terbabit meminta agar wujud interaksi dua hala. Bermakna mereka mengeluarkan kenyataan dan pada masa yang sama, ada interaksi dan reaksi daripada para pembaca mereka.

Jadi, apabila mereka menghentam kerajaan atau menegur atau mengkritik, sudah pasti mereka akan mendapat reaksi daripada para penyokong kerajaan yang ada di dalam media sosial dan telah terbaca kenyataan mereka.

Agak menarik apabila artis-artis tersebut merengek dan mengeluh yang mereka telah dihentam kerana mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan. Maksudnya mereka tidak bersedia untuk berhadapan dengan penentang sebaliknya mereka hanya mahukan golongan penyokong sahaja.

Sepatutnya mereka berlapang dada. Mereka mengecam maka mereka perlu bersedia untuk dikecam. Mereka mengkritik maka mereka perlu bersedia untuk dikritik. Artis atau golongan penghibur bukannya golongan maksum yang segala kata-kata mereka hanya boleh diterima dan ditelan semata-mata.

Mereka menggunakan media sosial. Maka mereka perlu bersedia untuk berhadapan dengan kesan daripada penggunaan media sosial juga. Tidak kesemua netizen dan pengguna media sosial sealiran atau satu fahaman dengan mereka.

Keadaan sudah berubah. Bukan lagi media sosial pada tahun 2008 sehingga 2013 di mana penguasaannya lebih kepada pembangkang. Mereka mungkin sudah tersilap zaman!


RAHMAN DAHLAN NAK SAMAN? SAMANLAH, RAFIZI RAMLI SIKIT PUN TAK TAKUT!!!



Rafizi Ramli tidak ada cara lain kecuali memperakui yang dia sebenarnya bukan sahaja seorang penipu tetapi juga seorang penfitnah tegar. Semuanya bermula apabila Rafizi Ramli sendiri 'tersilap' membuat tekaan dalam keterujaannya untuk membuktikan yang Ekspo Negaraku adalah satu pembaziran.

Ironinya, Rafizi turut mengakui, dia tidak pernah mengunjungi ekspo tersebut.

Abdul Rahman Dahlan dan Razlan Dahlan yang menjadi mangsa fitnah Rafizi telah membuat kenyataan bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap Rafizi Ramli.

Di sebalik hakikat bahawa dia memang seorang penfitnah dan pembohong besar, Rafizi Ramli dilihat enggan meminta maaf walaupun pada masa yang sama, telah mengakui kesalahannya. Bahkan demi ego dan maksud yang lebih tersirat membabitkan dua buah syarikatnya yang sangat bergantung harap kepada sumbangan orang ramai sebagai punca pendapatan, Rafizi Ramli mencabar kedua-dua 'bin Dahlan' itu menyamannya.

Ramai yang melihat tindak tanduk Rafizi itu sebenarnya didorong oleh 'kejayaannya' mengutip RM1.5 juta dalam tempoh beberapa hari sahaja sebelum ini untuk membantunya membayar saman Pengerusi Eksekutif NFCorps yang berjumlah RM300,000.

Rafizi dilihat sedang berhadapan dengan pelbagai masalah termasuklah di dalam PKR. Berbanding ketika dia merangka Langkah Kajang yang akhirnya menyaksikan Anwar Ibrahim berjaya disumbat ke dalam penjara dan Wan Azizah terlepas peluang menjadi Menteri Besar Selangor, malah PRK Kajang yang menaikkan Wan Azizah, turut dikecam kerana membuang wang rakyat semata-mata untuk memuaskan hati Rafizi Ramli.

Maka tidak hairanlah Rafizi terpaksa bergantung kepada syarikat persendiriannya berbanding PKR yang telah menjadi medium awalnya. Dalam apa-apa aktiviti pun, Rafizi cuba mengelak daripada menggunakan PKR sebaliknya cuba menaikkan syarikatnya, Invoke dan KEIPP yang konon-kononnya membekalkan tenaga kerja kepada Invoke.

Justeru, Rafizi perlu meneruskan kerjaya politiknya dengan menggunakan kaedah yang paling pantas iaitu membuat dan mencipta fitnah.

Cuma kali ini, Rafizi terjerat dengan fitnah yang diciptanya. Namun sebagai orang yang pernah mendapat laba daripada fitnah yang merupakan sebahagian daripada pekerjaannya, Rafizi pasti akan menggunakan masalah ini sebagai kaedah mencari wang yang lebih mudah dan pantas.


Tuesday, December 12, 2017

LAGI PENDEDAHAN TENTANG USAHA MENGHENTIKAN SIASATAN KE ATAS AZMIN ALI DAN KELUARGANYA!!!



Cerita tentang Azmin Ali kembali kedengaran. Bukan daripada adik-adiknya, Azwan dan Ummi Hafilda tetapi berdasarkan kepada tindakan SPRM.

Dua minggu lepas, salah seorang anak saudaranya, Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid telah ditahan reman selama 10 hari oleh SPRM dan dibebaskan dengan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin.

Azmin Ali kemudiannya bertindak berceramah kepada para penyokongnya dan menjelaskan kononnya, anak saudaranya telah memberitahu SPRM bapa saudaranya (maksudnya, dia sendiri) tidak pernah menyeleweng, meskipun projek pengeluaran pasir haram di Selangor berada di hadapan mata Azmin Ali sendiri selaku Menteri Besar Selangor.

Beberapa portal seperti Sabahkini2.com, Selangor-Leaks, CaptainM dan sebagainya telah menyiarkan beberapa berita yang berkaitan. Turut disiarkan ialah tentang beberapa orang saudara Azmin Ali yang turut dipanggil untuk memberi keterangan. Bahkan ada juga yang sedang diburu oleh SPRM.

Agak menarik ialah apabila portal Selangor-Leaks yang pernah membuatkan Azmin Ali tidak senang duduk apabila membuat pendedahan tentang penyelewengan di UNISEL selain penyelewengan tanah oleh kerajaan negeri yang dipimpin oleh Azmin Ali sehingga mendorong beberapa laporan polis dan SPRM dibuat, turut mendedahkan usaha-usaha terkini kem Azmin Ali untuk menghalang siasatan dan tindakan undang-undang oleh SPRM terhadap Azmin dan ahli keluarganya yang terlibat. (RUJUK SINI

Portal tersebut menyatakan, satu pasukan yang berlatarbelakang akademik dari Australia telah dibentuk dan telah terlepas cakap tentang klip video seks terbaharu Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Zulkifli yang bakal dilancarkan dalam tempoh terdekat. Penyiaran dan penularan klip video tersebut dibuat dalam usaha untuk menekan dan memastikan siasatan ke atas sebarang penyelewengan dan salahguna kuasa di Selangor, tercabar dengan integriti KP SPRM sendiri.

KP SPRM sebelum ini telah 'diserang' dengan beberapa klip video aib ketika Shafie Apdal dan konco-konconya ditahan dan direman oleh SPRM bagi siasatan ke atas penyalahgunaan dana Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan di Sabah. Mungkin melihat keberkesanan penyiaran klip video tersebut di mana sehingga ke hari ini, Shafie Apdal, Peter Anthony dan beberapa orang konco-konconya yang lain tidak dibawa ke muka pengadilan, menyebabkan taktik yang serupa dilakukan dalam usaha menahan siasatan dan tindakan undang-undang ke atas Azmin Ali.

Azmin Ali berhadapan dengan banyak isu penyelewengan dan skandal kewangan di Selangor. Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, biarpun banyak pendedahan berserta bukti dipaparkan, tiada sebarang tindakan berkesan diambil untuk merampas kembali harta rakyat Negeri Selangor yang telah dibolot dan dijarah oleh Azmin Ali. Sebaliknya Azmin Ali sangat bijak berkata-kata dan menyalahkan pihak lawannya sebagai konspirasi politik untuk menjatuhkannya dengan fitnah tanpa dia sendiri berani menjawab atau membuat pendedahan berhubung skandal dan penyelewengan yang diperkatakan.

Antara mereka yang turut pernah membuat pendedahan tentang penyelewengan dan salahguna kuasa oleh Azmin Ali, termasuklah Rafizi Ramli dan Chegu Bard. Kedua-duanya dari PKR!


Monday, December 11, 2017

RAFIZI RAMLI SEPERTI SENGAJA KANTOIKAN DIRINYA MENFITNAH DALAM USAHA PUNGUT DERMA UNTUK INVOKENYA!!!



Rafizi Ramli tidak bertahan lama kali ini. Tidak sampai 5 minit selepas menfitnah Abdul Rahman Dahlan, Menteri EPU, menerusi page INVOKE, dia menarik kembali video tersebut daripada tontonan ramai.

Bagaimanapun, ramai yang menyaksikan bagaimana Rafizi cuba mencipta persepsi jahat kononnya Abdul Rahman Dahlan telah memberikan kontrak kepada sebuah syarikat bergelar PICO Integrated Exhibits Sdn. Bhd yang mana salah seorang pemegang sahamnya adalah 'Raslan Dahlan'. 

'Raslan Dahlan' didakwa oleh Rafizi sebagai saudara lelaki Rahman Dahlan. 

Untuk pengetahuan, PICO telah terlibat dalam perniagaan pameran selama lebih 20 tahun. 

Matlamat Rafizi untuk mewujudkan persepsi dan kemudian memanjangkan fitnah, sudah dikira berjaya memandangkan 'sambutan' dan reaksi yang diberikan oleh para pengikutnya ketika video INVOKE disiarkan.

Namun hakikatnya, 'Raslan Dahlan' bukanlah saudara lelaki Abdul Rahman Dahlan sebagaimana yang didakwa. Malahan mereka tidak mempunyai kaitan kekeluargaan pun. 

Nama penuh Raslan adalah Nooraslan bin Mohd Dahlan dan dilahirkan di Johor berdasarkan kod Kad Pengenalannya, 01. 

Manakala nama penuh Rahman pula adalah Abdul Rahman bin Datuk Hj. Dahlan (tanpa Mohd). Dilahirkan di Sabah. Bapanya adalah bekas ADUN Sabah untuk DUN Sulaman selama enam tahun bermula dari tahun 1971. 

Kod Mykad Sabah adalah 12, 47, 48 atau 49.

Rafizi dalam kenyataannya sebelum itu menyatakan, dia mempunyai bukti kukuh bagaimana seorang menteri yang rapat dengan Perdana Menteri telah menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan kronisme. Pendedahan tersebut dibuatnya menerusi siaran langsung televideo INVOKE di Facebook. 

Bagaimanapun, ternyata tembakannya sekali lagi rambang dan lebih kepada sengaja mencari nahas. Sudah pasti, satu lagi saman fitnah akan diserahkan kepada Rafizi Ramli. 

Agak menarik, mengapa Rafizi Ramli sangat terburu-buru dalam membuat pendedahan tersebut sehingga dia tidak mempunyai penyelidikan dan semakan secara lebih teliti. Apakah ini merupakan satu-satunya cara untuk Rafizi Ramli mengumpul kekayaan dengan mengutip derma sebagaimana yang dilakukannya dalam kes saman fitnah NFCorps yang menyaksikan dia berjaya mengutip RM1.5 juta berbanding RM300,000 yang perlu dibayar kepada Pengerusi NFCorps beberapa bulan lepas. 

Dalam dakwaannya, Rafizi berkata Ekspo Negaraku merupakan satu pembaziran wang yang sangat besar dan menelan kos berpuluh-puluh juta ringgit. 

Ekspo tersebut bagaimana terbukti mendapat kejayaan besar dan telah dikunjungi lebih 500,000 orang pengunjung. Mereka yang mengunjungi ekspo tersebut pasti kagum dengan pameran maya dan interaktif bertaraf tinggi yang memberi maklumat dan mendidik masyarakat Malaysia tentang pelbagai pembangunan infrastruktur di negara ini, selain projek-projek yang sedang dibangunkan serta perancangan projek-projek masa hadapan.


Abdul Rahman Dahlan dalam pada itu telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa dia sedang berbincang dengan para peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi. 

Nampaknya Rafizi bakal mengutip derma lagi daripada rakyat Malaysia, khususnya para penyokongnya untuk memenuhkan kantung peribadi dan INVOKE serta satu lagi syarikatnya!


DR. MAHATHIR DAN SITI HASMAH PULANGKAN DUA DARJAH KEBESARAN SELANGOR, TETAPI TAK KEDENGARAN PULA PASANGAN TERSEBUT AKAN PULANGKAN WANG DAN HARTA UMNO SERTA NEGARA YANG DIJARAH!!!



Berita pemulangan dua pingat kebesaran yang dikurniakan oleh Istana Selangor kepada Dr. Mahathir, memenuhi ruang pemberitaan hari ini. Dr. Mahathir dilaporkan menyerahkan kembali Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Darjah Kelas Pertama yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pingat kebesaran SPMS telah diterima oleh Mahathir pada 22 Jun 1978.

Turut dipulangkan kembali adalah Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK).Pingat kebesaran tersebut telah diterima dalam satu majlis 'Jasamu Dikenang' di Istana Alam Shah, Kelang pada November 2003.

SPMS hanya dianugerahkan kepada dua individu sahaja pada satu-satu masa dengan maksimum kuota sehingga 40 orang. Semenjak 1998, anugerah tersebut membawa gelaran 'Datuk Seri'.

Manakala darjah kebesaran DK pula hanya diberikan semaksimumnya 25 orang pada satu-satu masa dan merupakan tanda penghargaan Kerajaan Selangor kepada sumbangan Dr. Mahathir sepanjang perjawatannya sebagai Perdana Menteri.

Turut memulangkan darjah-darjah kebesaran tersebut adalah isteri Dr. Mahathir, Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Siti Hasmah memulangkan darjah kebesaran Dato Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang diterimanya dari istana Selangor pada 1983 membawa gelaran 'Datuk Paduka' atau 'Datin Paduka' bagi wanita dan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Kelas Pertama pada tahun 1994 membawa gelaran 'Datuk Seri'.

Pemulangan ini ada kena-mengena dengan kemurkaan KDYMM Sultan Selangor terhadap Dr. Mahathir yang mengutuk dan mengecam suku kaum Bugis dalam usahanya untuk memperlekeh-lekehkan Najib Abdul Razak yang diketahui dari suku Bugis. Bagaimanapun, setelah teruk dikecam, termasuklah dari pembesar-pembesar dan masyarakat Bugis di Indonesia, Mahathir berdalih kononnya, Lanun Bugis yang dimaksudkannya dalam ceramahnya di Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017, adalah Najib, bukannya suku kaum Bugis secara keseluruhannya.

Dua hari lepas, KDYMM Sultan Selangor turut menzahirkan kemurkaan dan dukacita baginda berhubung sikap Dr. Mahathir semenjak bekas Perdana Menteri itu mengambil keputusan untuk kembali ke dunia politik. (RUJUK SINI)

Reaksi netizen terhadap berita pemulangan dua darjah kebesaran istana Selangor oleh Dr. Mahathir dan Siti Hasmah itu, dilihat pelbagai. Namun ramai pula yang bertanya secara sinis, bila agaknya Dr. Mahathir hendak memulangkan semula wang serta harta UMNO selain harta negara yang dijarah untuk kaum keluarganya kepada UMNO dan negara kembali.

Pertanyaan tersebut merujuk kepada kehilangan dan kerugian lebih RM100 bilion dalam transaksi perjudian Forex yang telah menyebabkan negara berhadapan dengan pelbagai masalah dari pertengahan 1990-an sehingga sekarang.


Sunday, December 10, 2017

DI SUNGAI YAN, MUKHRIZ JANJI AKAN HAPUSKAN GST KALAU DIBERI KUASA, TAPI TAK BERANI JANJI AKAN SERAHKAN KEMBALI HARTA NEGARA YANG DISAKAU SEMASA BAPANYA BERKUASA!!!



Antara satu kriteria yang terdapat pada kebanyakan orang politik adalah KEBOLEHAN UNTUK BERJANJI. Lebih hebat seseorang ahli politik itu, lagi menggunung janjinya. Lebih berazam untuk ahli politik itu mencapai maksudnya, lagi mustahil janji-janji yang dibuatnya.

Begitulah juga dengan Mukhriz, anak Mahathir yang tidak mempunyai bakat sebagai seorang ahli politik tetapi boleh dikatakan berjaya kerana naungan bapanya sehingga menjadi Menteri Besar Kedah walaupun dalam tempoh yang agak singkat dan dia tidak berbuat apa-apa untuk memperolehi jawatan berkenaan kerana segala-galanya dihidangkan dan diserahkan kepadanya.

Semalam, Pakatan Harapan telah mengadakan ceramah di market Yan, Sungai Yan. Lebih tepat lagi dalam Parlimen Jerai. Kawasan yang dianggap sebagai kubu kuat UMNO.

Sama seperti di Pendang, sambutan yang diberikan kepada Mukhriz Mahathir dan Mahfuz Omar agak hambar. Walaupun turut membariskan Akramsyah Sanusi Junid, Phahrulrazi Zawawi dan beberapa orang yang lain, kehadiran tetap tidak seperti yang diharapkan.



Keadaan di dalam khemah hanya dikuasai oleh kerusi-kerusi kosong berbanding manusia. Walaupun terdapat ramai di luar khemah, kebanyakan daripada mereka adalah penyokong dan ahli-ahli PAS setempat yang hanya mahu mendengar ceramah Mahfuz. Selesai Mahfuz berceramah, mereka berlalu meninggalkan tempat tersebut, sekaligus apabila tiba giliran Mukhriz, dia bercakap dengan kerusi kosong. 

Ramai yang berpendapat, program ceramah tersebut tidak mendapat sambutan memandangkan diboikot oleh penyokong dan pengikut Ketua Srikandi PPBM Yan yang telah keluar parti tempoh hari. PPBM Yan sedang berhadapan dengan pergolakan dan perpecahan yang agak teruk. Beberapa hari lepas pun, beberapa orang Ketua Srikandi PPBM bertindak mengisytiharkan diri keluar parti dalam satu majlis ringkas, biarpun pada masa yang sama, ada usaha-usaha sabotaj daripada kalangan penyokong setia Mukhriz.


Laporan kononnya seramai 400 orang hadir ke program ceramah tersebut, boleh dipertikaikan. Namun sesuatu yang lebih menarik ialah janji yang dibuat oleh Mukhriz Mahathir yang konon-kononnya berjuang bagi pihak rakyat. 

Mukhriz mengulangi gaya janji Anwar Ibrahim, hari ini Pakatan berkuasa, esok minyak turun. Hari ini, Mukhriz diberi kuasa, esok GST akan dimansuhkan!


Sebenarnya kalau Mukhriz benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan rakyat sepertimana yang diikrarkannya di dalam ceramah malam tadi, Mukhriz boleh sahaja melakukan sesuatu yang lebih mulia. Iaitu memulangkan kembali kontrak dan tender mewah pembekalan serta pemonopolian fiber optik yang diperolehinya secara 'tandatangan bapa' kepada rakyat dan negara. Malahan, apa-apa sahaja projek dan kontrak mewah yang diperolehi daripada Kerajaan sebelum ini menerusi ratusan buah syarikat miliknya, diserahkan kembali kepada rakyat, itu jauh lebih baik berbanding dia berjanji untuk memansuhkan GST. Projek-projek Kerajaan yang disakau oleh syarikat-syarikat milik Mukhriz sendiri bernilai berbilion-bilion ringgit. Itu belum lagi termasuk syarikat-syarikat yang dikuasai oleh adik beradik dan bapanya sendiri. Kalau digabungkan 488 buah syarikat tersebut dan semua penjarahan harta negara yang telah dilakukan dari semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sehinggalah isu 1MDB mulai timbul, sudah pasti jumlahnya jauh lebih banyak berbanding perolehan daripada kutipan GST. Bahkan rakyat dapat dikurangkan bebannya apabila kerajaan tidak perlu membayar konsesi mahupun royalti kepada syarikat-syarikat tersebut dalam angka yang sangat besar saban tahun. 

Malagnya, Mukhriz tidak berani langsung menyebut tentang hal tersebut!


 
Blogger Templates