Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, December 14, 2014

PULAU PINANG DAH BERJAYA DAN MELAYU-ISLAM NYOROK DALAM TEMPURUNG, SEKARANG TEST MARKET KAT JOHOR PULA!!!

Johor seringkali digambatkan sebagai kubu UMNO yang terakhir. Malah Johor juga digambarkan sebagai negeri Melayu tulen sungguhpun kalau kita ke Johor Bahru, Parlimen dan DUN yang dikuasai oleh wakil rakyat-wakil rakyat Melayu, sebenarnya tidak jauh bezanya dengan kawasan Parlimen dan DUN yang dikuasai oleh DAP.

Barangkali kerana menyedari betapa tercemarnya Melayu di Johor maka ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mewujudkan kekacauan dan huru hara terutama sekali yang membabitkan agama Islam memandangkan Islam dan Melayu adalah sinonim.

Perlu diingat, kali pertama Bible cuba diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu juga berlaku di Johor oleh Munsyi Abdullah pada abad ke-19 atas arahan Stamford Raffles. Walau bagaimanapun, usaha menyebarkan Bible berbahasa Melayu yang dibikin oleh Munsyi Abdullah gagal berbanding penyebaran Bible Melayu yang diterjemahkan oleh paderi Belanda di Jawa.

Atas nama kesamarataan dan keterbukaan, golongan ininsebenarnya cuba memperlekehkan apa-apa sahaja yang berkaitan Melayu dan Islam. Kesungguhan mereka untuk menjadikan Melayu dan Islam sebagai bahan perlecehan sekarang ini nampaknya terus mengukuh apatah lagi ada kalangan yang berbangsa Melayu dan Islam menyokong mereka bagi mengelakkan dikatakan jumud dan kuno.

Dengan pihak berkuasa yang nampaknya teragak-agak kerana bimbangkan 'sibuk' dengan proses perundangan, drama ini akan terus menjadi masalah besar kepada umat Islam.

No comments:

 
Blogger Templates