Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 15, 2014

KUMPULAN PENJENAYAH INDONESIA KEMBALI BERMAHARAJALELA DAN KALI INI LEBIH GANAS!!!

Peringatan tentang ancaman jenayah daripada pendatang asing yang masuk berbondong-bondong ke negara ini seolah-olah langsung tidak terkawal, sudah lama diberikan oleh pelbagai pihak. Dari tahun 1980-an lagi yang merupakan gelombang terbesar pendatang tanpa izin dari Indonesia masuk ke negara ini, sehinggalah sekarang, jenayah-jenayah melibatkan pendatang asing tidak pernah berkurangan, bahkan bertambah dari semasa ke semasa.

Tentunya ramai masih ingat bagaimana seorang pendatang tanpa izin yang menggunakan kad pengenalan palsu telah membunuh seorang pegawai bank dalam rompakan sebuah bank tidak lama dahulu. Dalang utamanya, juga dari Indonesia berjaya lepas lari bersama-sama wang rompakan. Manakala si pelaku masih dalam perbicaraan.

Kini, pegawai-pegawai perisikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan dikatakan telah berjaya mengesan kegiatan berkumpulan di kalangan warga asing Indonesia. Kumpulan-kumpulan tersebut telah menubuhkan geng-geng mereka dengan lambang, etika dan ritual tersendiri. Ahli-ahli kumpulan pula terdapat di Mantin, Pajam, Nilai, Kajang, Serdang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Lebih tepat lagi, ahli-ahli kumpulan berkenaan berada di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan berhabitat pendatang dari Indonesia.

Sekurang-kurangnya tiga kumpulan jenayah melibatkan pendatang asing Indonesia telah dikenalpasti. Kumpulan-kumpulan tersebut adalah 'SAKERA MADURA', 'KETOMBE 86' dan 'KETOMBE 96'.

SAKERA MADURA memegang prinsip 'Budi harus dikenang, dendam harus dibalas' dan mensyaratkan setiap ahli perlu memiliki dua bilah sabit sebagai tanda kesediaan. Ahli juga perlu membantu antara satu sama lain tanpa gagal.

Ahli-ahli kumpulan SAKERA MADURA turut menganggotai KETOMBE 86 dan KETOMBE 96. Mereka yang menganggotai kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai kehidupan arak, dadah dan seks bebas sesama ahli. Prinsip kumpulan KETOMBE 86 dan KETOMBE 96 adalah 'Satu Hati Sampai Mati'. Mereka cenderung untuk berhibur, berkhayal, mabuk dan mengagung-agungkan lambang salib walaupun tidak semua di kalangan mereka beragama Kristian.

Dalam satu kes, ahli kumpulan SAKERA MADURA bagaikan mencabar pihak berkuasa Malaysia yang telah membiarkan mereka bermaharajalela dengan melarikan seorang gadis berusia 17 tahun dari Mantin, Negeri sembilan dan membawa gadis tersebut ke Kuala Lumpur.

Laporan polis telah dibuat oleh bapa gadis tersebut yang juga merupakan imam sebuah surau di sebuah apartment. Hasil bantuan JIM, warga asing yang melarikan gadis tersebut telah dikesan. Gadis tersebut telah dilarikan pad 3 November 2014, dibawa menaiki komuter ke Damansara Bandar Utama.

Hasil pemantauan ke atas PATI di Block A, Rumah Pangsa Bandar Utama telah dikesan oleh PATI dan mereka bertempiaran melarikan diri. Gadis berkenaan akhirnya telah dilepaskan oleh ahli SAKERA MADURA selepas diculik selama 10 hari iaitu pada 13 November 2014.

Kewujudan kumplan-kumpulan jenayah warga Indonesia tersebut sebenarnya merupakan satu ancaman kepada pihak berkuasa, khususnya penguatkuasa Imigresen, terutama sekali ketika mereka membuat serbuan ke rumah-rumah kongsi yang dihuni oleh warga Indonesia, khususnya dari suku Madura.

Kegagalan pihak berkuasa bertindak ke atas kumpulan ini dikhuatiri akan menjadikan kumpulan ini lebih berani melakukan tindakan kekerasan ke atas rakyat Malaysia jikalau kehendak mereka dihalang. Bahkan gadis-gadis Malaysia khususnya dari kalangan Melayu-Bumiputera akan menjadi mangsa mereka untuk kepuasan seksual. 

Maklumat juga memberitahu, ahli-ahli kumpulan tersebut boleh dikenali menerusi: 

1. Rantai dengan 1 huruf. 
2. Memakai baju dengan lambang tulisan 'SAKERA MADURA' lukisan warna merah, tengkorak dan dua bilah parang sabit. 
3. Gemar memakai celak dan berambut panjang.
4. Menyimpan parang sabit engan cara meragukan (seolah-olah dimuliakan) dan dibungkus rapi serta dipuja-puja. 

Sepatutnya ahli-ahli SAKERA MADURA yang memiliki pas sah di Malaysia boleh dibatalkan pas mereka di bawah Peraturan 11 (8), Peraturan-Peraturan Imigresen1963 di mana 'pengawal boleh membatalkan sesuatu pas lawatan pada bila-bila masa', atau boleh juga dibatalkan pas di bawah Peraturan 18 di mana 'sesuatu pas boleh dibatalkan jika - sekiranya pengawal berpuas hati bahawa kehadiran mana-mana orang boleh menjejaskan keselamatan awam di Persekutuan.'

MASALAHNYA, kebanyakan daripada mereka adalah PENDATANG HARAM yang sudah tentu tidak mempunyai pas lawatan!!!

No comments:

 
Blogger Templates