Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, December 14, 2014

SELALUNYA DIA MENYAMAN ORANG, SEKARANG NI, LIM GUAN ENG PULAK AKAN DISAMAN RATUSAN JUTA RINGGIT!!!

Lim Guan Eng seperti yang diketahui, bila dah terkantoi, dia akan main petik sesiapa sahaja yang dirasakannya boleh dibuli untuk mengelak daripada malu kerana terkantoi. Sudah banyak kali sangat dia buat perangai sebegitu.

Paling kerap yang dibuli dan ditohmahnya adalah MELAYU dan ISLAM. Guan Eng tahu, Melayu dan Islam tidak akan berani berbuat apa-apa kepadanya. Paling lebih pun setakat demonstrasi tujuh lapan orang terjerit-jerit tepi jalan atau yang paling berani pun sekadar menghantar memorandum bantahan yang kemudian akan dicampakkan ke dalam tong sampah sambil Guan Eng tergelak-gelak dengan 'keberanian' Melayu dan Islam berdemonstrasi dan menghantar memorandum kepadanya.

Guan Eng melihat MCA sebagai sebuah parti Cina yang boleh diinjak-injak. Almaklumlah, kebanyakan pemimpin MCA terlalu takut dengannya, bahkan sebahagian daripada mereka pula sangat cenderong dan menyokongnya.

Dia telah mengutuk Ti Lian Ker yang disifatkannya sebagai 'peguam bodoh yang tidak berintegriti' kerana Ketua Biro Keharmonian Beragama MCA itu mencabar DAP dan Lim Guan Eng yang mempunyai majoriti dua pertiga di DUN Pulau Pinang untuk menggubal atau meminda Seksyen 3, Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996.

Guan Eng dengan segera menafikan enakmen tersebut dan menyatakan, ia tidak tertakluk kepada bukan Islam. Lantas, Guan Eng menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional selain memberitahu masyarakat bukan Islam di Pulau Pinang yang mereka boleh menggunakan kalimah ALLAH dengan alasan enakmen berkenaan hanya untuk orang Islam, sekalipun secara jelas, enakmen tersebut juga menyatakan bahawa mana-mana orang bukan Islam yang melanggarnya, boleh dikenakan dakwaan di mahkamah sivil.

Hari ini, Lim Guan Eng tersepit lagi. Akhirnya dia mengakui bahawa bukan UMNO atau Barisan Nasional yang menjadi penghalang. Bahkan UMNO dan Barisan Nasional telah dijadikan kambing hitam untuk DAP meraih sokongan daripada pembohongan mereka kepada masyarkat bukan Islam. Ini adalah kerana undang-undang melarang penggunaan kalimah ALLAH dan dalam isu ini sebenarnya adalah enakmen negeri sekaligus di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

Justeru itulah, Lim Guan Eng dicabar untuk menggubal undang-undang berkenaan.

Hari ini juga, Ti Lian Ker memberi amaran kepada Lim Guan Eng yang dia akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang itu jikalau dia tidak menarik balik tuduhan serta tohmahannya.

Lim Guan Eng telah melabelkan Ti Lian Ker sebagai pembohong dan peguam yang tidak boleh dipercayai serta gagal' berhhubung kenyataan Ti dalam isu bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.

Ti Lian Ker turut menempelak Lim Guan Eng yang langsung tidak peduli dengan pelbagai masalah rakyat yang dibangkitkan oleh MCA dan Barisan Nasional, sebaliknya sibuk mencari isu-isu sensasi untuk menaikkan namanya.

Untuk pengetahuan, Karpal Singh pernah mendesak Lim Guan Eng menggunakan majoriti dua pertiga di DUN Pulau Pinang untuk menggubal dan memansuhkan enakmen yang melarang penggunaan 40 kalimah yang dikaitkan terus dengan Islam.

2 comments:

Anonymous said...

Dua2 tak boleh percaya bang....yang sekor biawak sekor lagi buaya

Anonymous said...

betul dik...yg ramai melayu Islam kat penang serupa cicak saja maaa....boleh nengok sajaaa....itu biawak sama buaya main wayang opera cina....melayu pas/pkr manyak syiuk sambil minum ketum saja maaa....

 
Blogger Templates