Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, December 7, 2014

SELEPAS NAJIB SAMAN RAFIZI, GILIRAN ROSMAH PULA UNTUK SAMAN HANIZA TALHA!!!


Ingatkan berani ler sangat....

Masa keluarkan kenyataan, bukan main lagi hebat, siap berfakta-fakta, siap berangka-angka. Tetapi selepas melihat Rafizi Ramli disaman Najib Abdul Razak kerana mengeluarkan ayat-ayat fitnah, ADUN Kampung Medan, Haniza Talha mulai kecut perut dan segera membuat penafian yang dia telah mengeluarkan kenyataan menfitnah Rosmah Mansor, bahkan cuba menyalahkan wartawan yang melaporkan kenyataannya.

The Malaysian Insider melaporkan, ADUN Selangor dan Timbalan Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha menafikan yang dia pernah berkata, peruntukan untuk PERMATA sebenarnya adalah peruntukan untuk ROSMAH MANSOR. (RUJUK DI SINI)

Menurut The Malaysian Insider:
"Wakil Rakyat Selangor, Haniza Mohamed Talha yang dipanggil polis memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana mempertikaikan peruntukan bagi Program Permata Negara (PERMATA), menafikan mengaitkan perkara itu dengan isteri Perdana Menteri."

Menariknya, Haniza seperti tidak sedar, kenyataannya itu tidak sahaja dilaporkan oleh The Malaysian Insider yang pro-PKR dan DAP, tetapi dia sebenarnya menafikan beberapa artikel yang memperkatakan tentang kenyataannya yang disiarkan oleh KEADILAN DAILY sendiri. (RUJUK SINI)

Dengan kata lain, sama ada Haniza yang berbohong atau Keadilan Daily yang menipu.

Dalam sebarang kes, tuduhan yang dibuat oleh Haniza, "Belanjawan 2015 yang dibentangkan Jumaat lalu memperuntukkan RM711 juta kepada Program Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor..." juga adalah SALAH.

Berdasarkan kepada Bajet 2015 dan dilaporkan oleh Malaysiakini, "Menjelang akhir 2014, Unit PERMATA dijangka telah berbelanja sekitar RM42.8 juta, dengan 40,000 kanak-kanak pra-sekolah menyertai program berkenaan. Bagaimanapun, peruntukan pada tahun hadapan (2015) akan dikurangkan kepada RM30.1 juta."

Ini bermakna 40,000 orang kanak-kanak pra-sekolah di bawah PERMATA hanya akan mendapat peruntukan sebanyak RM750 setiap orang sepanjang tahun 2015.

Sekaligus menunjukkan, Keadilan Daily menyatakan subsidi minyak telah dipotong bagi membolehkan peruntukan sebanyak RM711 juta disalurkan kepada PERMATA.

Secara jelas dalam kenyataan bajet rasmi Perkara 149:

"Sebagai tambahan, untuk mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM711 juta kepada Kementerian Pelajaran, Tabika KEMAS, PERMATA dan Tabika Perpaduan." (RUJUK SINI)

Tidak lama selepas Haniza Talha membuat kenyataan menfitnah, PERMATA sendiri telah membuat laporan polis ke atasnya. (RUJUK SINI)

Secara jelas, baik Haniza mahupun Keadilan Daily, kedua-duanya telah melakukan kesalahan dan menfitnah Rosmah Mansor serta PERMATA. Justeru, kedua-duanya perlu dikenakan tindakan. Paling tidak pun, PERMATA dan ROSMAH MANSOR sendiri perlu menyaman kedua-duanya sebagaimana kelaziman yang dilakukan oleh para pemimpin PKR dan DAP apabila mereka mendapat peluang.

Peluang sebegini, tidak harus dilepaskan. Haniza mahupun Keadilan Daily tidak boleh dibiarkan lepas dengan alasan, mereka sudah sedar atau pun mereka sudah meminta maaf. Selagi tidak ada tindakan saman keras ke atas mereka, selagi itulah mereka akan terus melakukan fitnah.

3 comments:

Anonymous said...

Jangan biarkan budaya menghasut dan fitnah bertebaran dan berterusan. Tindakan saman perlu untuk pencerahan dan menghukum sesiapa yang suka mengkhianat.

Anonymous said...

standard scenario:
1. Rosmah/permata saman haniza
2. Bicara
3. Salah wartawan, bukan salah haniza
4. Buang kes
5. Next day, tajuk keadiln daily: rosmah/permata gagal tuntutan saman
6. Zombie2 semalaysia baca tajuk saja..share2 kt fb, wassap, dll
7. Zombie2 + macai2 pr paham: mmg betullah rosmah balun 711juta

Puncanya: lawyer gagal mengenal pasti loophole. Buat keje sambil lewa

Unknown said...

7.03 btl pendapat anda..

 
Blogger Templates