1974 dahulu, Hishamuddin Rais yang mendapat pembiayaan dan dana bantuan daripada gerakan sosialis antarabangsa melarikan diri tanpa sebarang pasport. Hasilnya dia dipenjarakan di merata-rata negara kerana melanggar peraturan imigresen sehinggalah dia tiba di London atas nama suaka politik.
2014, Alvin Tan melarikan diri daripada undang-undang Malaysia kerana terlibat dalam kelucahan dan hasutan serta penghinaan melampau. Dia berpangkalan di Amerika Syarikat.
Untungnya, dia adalah Cina dan namanya tidak mempunyai unsur-unsur Arab. Amerika Syarikat menerima dengan senang hati orang-orang sepertinya.
Hari ini, Menteri Dalam Negeri berkata, Kementerian Dalam Negeri sedang BERCADANG-CADANG dan MENIMBANG-NIMBANG untuk membatalkan pasport antarabangsa Alvin Tan. Mungkin Menteri berkenaan cuba mengugut dan menakut-nakutkan Alvin Tan.
Bagaimanapun, Alvin Tan sedikit pun tidak gentar dengan ugutan Menteri Dalam Negeri. Bahkan dia mencabar Zahid agar membatalkan pasportnya dan bukannya mengugut atau menimbang-nimbang.
Ketiadaan sebarang tindakan tegas daripada pihak berkuasa, khususnya Imigresen membolehkan Alvin Tan lepas lari dengan memberikan alasan yang paling remeh menggunakan penggambaran di Singapura walaupun hakikatnya, Singapura melarang kemasukan Alvin Tan ke negara itu.
Lembab bertindak selain berharap perangai Alvin Tan akan reda serta hilang begitu sahaja seperti Hishamuddin Rais merupakan satu kesilapan besar kerana pihak berkenaan gagal mengambil kira faktor Media Sosial yang kitarannya tidak bertempoh dan tidak berhayat, bahkan sentiasa diperbaharui sepanjang masa.
Sekarang bukan zaman ugut atau menimbang-nimbang lagi. Pihak berkuasa seharusnya bertindak, bukannya bercakap semata-mata. Zaman sekarang, hanya yang pro-kerajaan sahaja yang masih takut dengan ugutan dan akan tunduk mengikut nasihat serta ugutan pihak berkuasa. Yang PRO-PAKATAN, bukan sahaja tidak takut, bahkan mereka mempunyai back-up yang akan menghentam kerajaan dan individu dalam kerajaan menerusi pendedahan demi pendedahan sehingga akhirnya individu paling lantang dalam kerajaan pun akan tutup mulut dan buat-buat pekak badak!!!
Arsenal’s Saka out for ‘many weeks’ with hamstring injury
57 minutes ago
2 comments:
pemimpin2 kerajaan terutama umno....tolong jgn biarkan anda di permainkan & di hina...kami yg menjadi penyokong setia dah rasa malu dan mula rasa kurang yakin dgn YAB & YB....semoga yg baru 'rasa kurang yakin' tidak akan jadi terus tak yakin.....
Setuju...!!!
Post a Comment