Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, February 14, 2015

JABATAN PENJARA DIMINTA PERJELASKAN, MENGAPA HANYA DALAM TEMPOH 4 HARI, AHLI KELUARGA ANWAR IBRAHIM DIBENARKAN MELAWATNYA!!!



Kalau Nurul Izzah tak berbunyi, memang tak akan ada sesiapa pun tahu, Anwar Ibrahim sekali lagi diberikan keistimewaan di Penjara Sungai Buloh sebagaimana yang diterimanya pada tahun 2001 sehingga 2004.

Jabatan Penjara Malaysia dan Ketua Pengarahnya sekarang BERHUTANG DENGAN RAKYAT Malaysia jawapan sebenar daripada kenyataan Nurul Izzah.

Mengapakah Anwar Ibrahim diberikan KEISTIMEWAAN BESAR berbanding banduan-banduan yang lain? Mengapakah peraturan penjara yang menyatakan, banduan-banduan baru seperti Anwar Ibrahim hanya dibenarkan dilawati ahli keluarga terdekat selepas 4 minggu 'disimpan', dilanggar?

Nurul Izzah sendiri yang memberitahu, dia dan keluarganya telah melawat Anwar Ibrahim selama 45 minit pada hari kematian Mursyidul Am PAS. Sedangkan Anwar Ibrahim baru 3 hari berada dalam penjara yang dipilihnya sendiri.


Pada tahun 2001 dahulu, apabila pendedahan dibuat Anwar Ibrahim mendapat keistimewaan, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia telah menafikan sebaliknya menyatakan, Anwar Ibrahim mendapat 'sedikit kelebihan' kerana dia SAKIT. Sedangkan segala bukti yang ada menunjukkan, Anwar Ibrahim tidak sakit dan dalam keadaan sihat wal-afiat. Bukan itu sahaja, terdapat banyak klip video yang menunjukkan persediaan lakonan Anwar Ibrahim yang sebelum duduk di atas kerusi roda dan membalut tengkuknya, masih boleh menari.

Apakah kali ini, alasan yang serupa diberikan bagi mengekalkan keistimewaan Anwar Ibrahim di penjara pilihannya?

Anugerah Tuhan sungguhlah Anwar Ibrahim, sehinggakan di dalam penjara pun, dia masih mendapat layanan VVIP!!!


9 comments:

Anonymous said...

Inilah masalah d malaysia ni..ada peraturan x mau ikut..susah sgt ke nak ikut? Aku pun x faham SOP yg kamu org pakai...org biasa bukan main..puiiii. cakap x serupa bikin. Sbb tu rasuah menjadi2..

Anonymous said...

bertenang..

bukan selepas 4 minggu
tapi dalam tempoh 4 minggu

jadi maknanya dalam masa sebulan pertama ini boleh jumlah sekali , jadi kalau dah jumpa semalam, maka dalam masa 4 minggu ini tak adalah perjumpaan lagi

Tapi kalau ada juga perjumpaan dalam tempoh 4 minggu ini...itu jam kita akan tanya Zahid Hamidi untuk jawab.. tapi lepas 4 minggu mula dari masuk penjara dia dah boleh dijumpai semula mengikut jadul 2 minggu, 3 minggu atau 4 minggu sekali...seperti yg diperuntukkan

Fahamkan..boleh jumpa sekali dalam tempoh 4 minggu ... selepas masuk...bukan sekali selepas 4 minggu dah masuk !!

Bertenang .. masa masih banyak lagi baru 3 harikan? ada lagi tak kurang 3 tahun 8 bulan lagi paling cepat..ayuh membilang hari ..hahahahah.. mamposlah ko al juburit !!

ramlan aziz said...

Hehe...bladigol punyer kuatkuasa.....huh....

Anonymous said...

Zahid hamidi akan pantas bertindak menjelangnya PAU ....kalau xde pau.....dia akan berubah jadi pau yik mun tanjung malim!!!!puihhhhhh

Anonymous said...

pecacai pecacai bangang umno ,kalau tak tau prosedur penjara,lebih baik dok diam.bahalol punya pecacai pecacai bangang umno nii,,

Anonymous said...

Kalau dia sayang sangat kat anwar, suruh dia teman di bilik sebelah

Anonymous said...

zahid hamidi.....lu cakap tak serupa bikin...

Anonymous said...

Relax...

janji paul Phua diberi vvvip.

Anonymous said...

hehehe Memang hebat anwar ibrahim nie..dah masuk dalam penjara pun orang masih cerita pasal dia...betullhah kalau tak ada anwar ibrahim maka tak adalah berita menarik di akhbar..maka asaya nie tak sapa pun nak cerita tentang saya sbbnya saya bukan orang hebat betul ta ?

 
Blogger Templates