Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, February 18, 2015

LANGKAH KANGKANG SEKALI LAGI... DARI PERMATANG PAUH KE KAJANG, SEKARANG KE PERMATANG PAUH BALIK!!!



Nurul Nuha yang sebelum ini dikatakan calon utama PKR untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh yang kehilangan Ahli Parlimennya, Anwar Ibrahim kerana menjalani hukuman penjara 5 tahun kerana jenayah liwat, nampaknya BAKAL DICABAR oleh ibunya sendiri, Wan Azizah.

Wan Azizah pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh pada tahun 1999 menggantikan suaminya, Anwar Ibrahim yang juga dijatuhi hukuman penjara kerana kesalahan rasuah salahguna kuasa dan meliwat selama 14 tahun, tetapi meletak jawatan pada 2005 untuk memberi laluan kembali kepada Anwar Ibrahim selepas Zulkifli Nordin yang ketika itu Ahli Parlimen PKR Kulim-Bandar Baru enggan berkompromi dengan Anwar Ibrahim.

Tahun lepas, diketuai oleh Rafizi Ramli, Langkah Kajang diperkenalkan untuk membolehkan Anwar Ibrahim merampas kuasa ke atas Putrajaya sekaligus membebaskan dia daripada hukuman penjara, dan membetulkan semula sejarah LIWAT DAN GAY yang akan terus melekat kepada seluruh keturunannya.

Langkah Kajang telah gagal sepenuhnya walaupun Wan Azizah berjaya memenangi DUN Kajang setelah berlakunya pemboikotan undi daripada kumpulan UMNO Kajang sendiri yang bergaduh tentang 'PERUNTUKAN' yang dikemam pihak tertentu!!!

Biarpun Langkah Kajang juga sebenarnya adalah untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor, namun penyingkiran tersebut telah mendedahkan niat serta objektif sebenar Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Azmin Ali.

Antara yang turut didedahkan daripada Dokumen Langkah Kajang yang kemudian dinafikan ketulenannya oleh si pengarangnya, Rafizi Ramli dengan alasan paling dangkal adalah beberapa serangan termasuklah ke atas matawang, hartal, menaikkan harga barang bagi menimbulkan kebencian kepada kerajaan dan menyekat maklumat sebenar tentang kes liwat Anwar Ibrahim menerusi helah-helah politik, termasuklah memutarbelitkan fakta sebenar.

Langkah Kajang telah gagal. Tetapi ia tidak akan menghalang untuk Rafizi Ramli yang kini Setiausaha Agung PKR untuk membawa Langkah Kajang ke Permatang Pauh pula. Tetapi kali ini, bukanlah untuk menggulingkan Lim Guan Eng, tetapi untuk memastikan Permatang Pauh terus kekal dalam genggaman keluarga dan dinasti Anwar Ibrahim!!!


3 comments:

Anonymous said...

langkah kangkang@kengkang......wow!
depan belakang bro!!!!

Anonymous said...

Calon recycle lagi...Patutlah sebahagian ahli-ahli PKR mahukan Tun M. Mereka memang ketandusan calon... PKR ketandusan pemimpin!!

Haha...sewaktu menawarkan konsensus Nasional, AI bersama 3000 ahlinya mahu masuk UMNO kembali (Baca Malaysia Today). Hahaha PKR selamat melingkup..

Anonymous said...

Sering kali "Yahoo! news" menyiarkan apa saja berita di internet, tentu ada pihak yang akan menyelitkan komen yang berunsur anti-Malaysia, anti-Melayu & anti-Islam.Dalam senario yang lain pula, si Latheefa Koya ni memang terang-terang menyebelahi pihak pembangkang & mana-mana pihak yang menyerang kerajaan Malaysia, sistem kehakimannya (apabila keputusan kes tidak berpihak kepada pembangkang & sekutunya) serta badan-badan atau pegawai-pegawai kerajaan Malaysia. Kalau si Latheefa ni benci sangat dengan kerajaan Malaysia, masuklah politik supaya dapat berdepan & bertegang urat dengan pihak kerajaan. Ataupun, jika si Koya ni benci sangat dengan kerajaan Malaysia, berhenti saja jadi peguam di Malaysia & silalah ke Singapura & bukalah firma guaman anda di sini. Beranikah anda? Saya cabar anda unutk datang ke mari jika anda ada TELOQ!!!! Tentu takda teloq punya! Tapi si Latheefa ni takkan komen sebab takkan orang macam dia & yang sewaktu dengan dia akan baca blog-mlog yang pro-kerajaan ini!!!!
- SRI TAMBAK

 
Blogger Templates