Mula-mula Nurul Izzah kata, bapanya yang sedang terpenjara di Sungai Buloh, takut dengan lipas. Peguam-peguam Anwar Ibrahim - Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya dan N.Surendran - pula menyatakan Anwar Ibrahim hanya diberikan tilam berketebalan dua inci, tidur atas lantai,berak mencangkung dan mandi dengan timba. Kemudian muncullah Wan Azizah dengan cerita, Anwar Ibrahim tidur bertemankan nyamuk, membuatkan dia tidak dapat tidur malam.
Nyamuk, Selangor dan Pakatan Rakyat, merupakan perkara paling sinonim. Benda saling bergantung antara satu sama lain. Di mana ada Pakatan Rakyat, di situlah masalah nyamuk, denggi, malaria, hepatitis, demam kuning dan sebagainya yang berkaitan nyamuk, akan ada. Ibarat isi dengan kulit, begitulah nyamuk dan Pakatan Rakyat.
Selangor mencatatkan peratusan tertinggi kes denggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. KEJUARAAN itu telah berjaya dipertahankan oleh Selangor dari tahun 2008 sehinggalah kini. Walaupun Kerajaan Persekutuan telah memberikan peruntukan tahunan kepada PBT-PBT di Selangor yang jumlahnya berbilion ringgit dari tahun 2008 sehinggalah kini, namun peruntukan tersebut bagaikan hilang begitu sahaja. Kes denggi, sampah dan bahan buangan di Selangor tidak pernah dapat diselesaikan atau diturunkan kadarnya.
Tahun ini sahaja, pada Januari sahaja, lebih 16,000 kes denggi telah dicatatkan di Selangor. Hospital-hospital awam tidak cukup katil dan ruang untuk menempatkan penghidap denggi sepertimana yang berlaku di Kelang.
Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Azmin Ali terlalu kuat retorik. Terlalu kuat berlakon dan terlalu kuat berimaginasi sedangkan hasil untuk kebajikan dan kebaikan rakyat, langsung tidak ada.
Sehingga setakat ini, peperangan menentang aedes hanyalah melibatkan scene lakonan Azmin Ali menyembur Ridsect dan aksi lakonannya mengorek longkang dan menyelongkar tong sampah. Sedangkan hakikatnya, PBT tetap tidak bergerak walaupun telah menerima peruntukan dari Kerajaan Pusat untuk memerangi aedes dan denggi.
Jadi, apabila Wan Azizah merungut tentang lakinya kena serang nyamuk ketika dalam penjara, sepatutnya dia menyindir Azmin Ali kerana gagal melaksanakan polisi menghapuskan ades dan ancaman denggi di seluruh Selangor.
Barangkali Wan Azizah terlupa bahawa nyamuk bukan sekadar di Penjara Sungai Buloh, tetapi di seluruh Selangor yang menjadikan Selangor sebagai JUARA MENTERNAK AEDES dan PEMBIAK DENGGI TERKEMUKA DI MALAYSIA bahkan di dunia!!!
2 comments:
Nyamuk tu mesti jadi gay lepas hisap darah nuar......hehe
nyamuk cucuk darah..nuar cucuk lobang taik..adil la tuu..kikiki
Post a Comment