Sunday, March 13, 2016

MAHATHIR PADA TAHAP MAHA DEWATA... PADAN LER MUKA UMNO DAN MELAYU!!!



Untuk tempoh yang panjang, UMNO dan media-media rasmi telah menggambarkan atau meletakkan Dr.Mahathir sebagai pemimpin teragung selama lebih dua dekad. Malah walaupun selepas persaraannya pada tahun 2003, Dr. Mahathir terus diagung-agungkan.

Walaupun Dr. Mahathir nyaris-nyaris hilang jawatan Perdana Menteri pada tahun 1987-1988 kalau tidak kerana penggunaa dan kuasa yang berlebihan sehinggakan UMNO lama diharamkan dan UMNO Baru ditubuhkan, selain 'pemecatan' beramai-ramai bukan penyokongnya menerusi pendaftaran semula keahlian UMNO Baru, namun generasi baru tidak ramai yang tahu tentang sejarah itu. Malah sejarah 1997-2000 juga, ramai yang buta terutama melibatkan perjanjian 'puaka' Mahathir dengan Suqui dan Dong Zhong.

Kerana kebutaan itulah, ramai yang tidak dapat menerima hakikat, mengapa Dr. Mahathir dikecam kerana tindakannya bersama-sama dengan Lim Kit Siang dan PKR serta NGO-NGO yang kerja mereka menentang kerajaan tetapi pada masa yang sama, memuji dan menyokong apa-apa sahaja yang dibuat oleh DAP termasuklah dalam hal-ehwal agama Islam dan yang menyentuh Perlembagaan Persekutuan.

Jasa-jasa Mahathir membangunkan negara ini, telah membutakan mata ramai orang dan membenakkan banyak otak. Kesukaran untuk menerima hakikat bahawa Mahathir menggadaikan negara ini kepada taukeh-taukeh konglomerat, yang meletakkan segala keputusan pembangunan mahupun projek-projek mega mendahului taukeh-taukeh konglomerat yang kemudian bertindak sebagai tuan besar dengan gertakan-gertakan serta perbuatan-perbuatan yang akhirnya menyusahkan rakyat, termasuklah menerusi kenaikan kos sara hidup menerusi tindakan menaikkan harga barangan dan keperluan asas menerusi kartel-kartel milik atau sekutu mereka sebagai ugutan kepada kerajaan, jarang benar dipedulikan. 

Kesalahan terbesar UMNO dan orang Melayu adalah terlalu menyanjung!

'BRAINWASHING' selama lebih dua dekad tentang Mahathir, membuatkan ramai yang melihat dan percaya bahawa Mahathir adalah penyelamat, zuhud, tidak mempunyai sebarang kepentingan kecuali cintanya kepada negara dan tiada yang dapat menandinginya dalam segala hal, sebenarnya sudah sampai ke tahap susah untuk dilawan. 

'Brainwashing' untuk tempoh yang panjang itulah juga yang menyebabkan mengapa pemimpin Korea Utara dan Hugo Chavez dari Venezuela masih lagi disayangi dan disanjungi oleh rakyat mereka, sekalipun kedua-duanya telah memusnahkan negara mereka sendiri.

Kerja-kerja 'brainwashing' berlaku kerana ketiadaan media-media alternatif. Dr. Mahathir terkenal dengan sikap kerasnya ke atas sebarang penerbitan yang dilihat menentangnya. PAS dan Harakah mempunyai pengalaman yang 'menyedihkan' apabila had penerbitan telah dibuat dari empat kali seminggu menjadi dua kali seminggu dan edaran yang khusus hanya untuk ahli pada ketika Harakah mendapat perhatian luar biasa daripada pembaca. Begitu juga dengan empat buah akhbar utama, yang telah diharamkan oleh Mahathir.


Mahathir menggunakan sepenuhnya kekuatan media yang pro kepadanya dan menekan sekuat-kuatnya media yang enggan menyokongnya. Bekerja dengan penerbitan pada zaman Mahathir terutama yang menentangnya, bukanlah menjamin bahkan anda bukan sahaja boleh menjadi penganggur pada bila-bila masa, malah anda boleh didakwa dan dihukum kerana melanggar peraturan dan undang-undang penerbitan Kementerian Dalam Negeri yang dikawal oleh Mahathir sendiri dengan berita tentang anda, tidak akan diperkatakan langsung.

Tidak seperti sekarang di mana semua orang bebas bersuara. Pelbagai maklumat boleh diperolehi dan Najib pula terpaksa menjawab setiap persoalan, walaupun yang melibatkan peribadinya dan walaupun diputarbelitkan kenyataannya, malah melakukan kesilapan lidah dengan kata-katanya sendiri yang dilihat bercanggah.

Zaman Mahathir tidak ada semua itu. Semua yang dikatakan oleh Mahathir adalah MUTLAK. Disebabkan itulah, ramai yang apabila diberitahu tentang skandal-skandal kewangan, kerugian besar Bank Negara dan Perbendaharaan Negara kerana pelaburan Mahathir yang gopoh dan langsung tidak memulangkan hasil seperti dalam isu MAMINCO (bijih timah) dan FOREX, selain penggunaan wang PETRONAS secara sewenang-wenangnya dalam 'bail-out' syarikat-syarikat tertentu, atau projek-projek mega yang berakhir dengan keuntungan kepada syarikat konsesi menerusi perjanjian berat sebelah yang disambung-sambung dan pada kadar harga yang lebih tinggi, sukar untuk menerima hakikat berkenaan. 

Pemecatan Mahathir dari PETRONAS membuatkan ramai yang melompat termasuklah mereka yang pernah menjadi anti-Mahathir tegar yang sanggup berguling, berdemonstrasi malah berkelana di seluruh negara memburuk-burukkan Mahathir dan keluarga, sekaligus pentadbiran negara. Kata mereka, Najib tidak seharusnya memalukan Mahathir dengan memecatnya walaupun Mahathir telah menyerang dan memburuk-burukkan Najib untuk tempoh yang agak lama. 

Sekarang adalah zaman Najib berkuasa, manakala Mahathir pula hanyalah bekas Perdana Menteri yang dilihat lebih banyak memperjuangkan perut kroni-kroni serta anak-anak lelakinya yang berniaga. Sepertimana persoalan yang sedang dibangkitkan di media sosial, BERAPA JUMLAH KONTRAK YANG TELAH DIANUGERAHKAN OLEH PETRONAS KEPADA SAPURA-KENCHANA?


Agak menarik, dalam kes PETRONAS, ramai yang tidak tahu bahawa Mahathir hanyalah sebagai PEMBELANJA dan PENGGUNA WANG PETRONAS, bukannya pembangun memandangkan PETRONAS telah diwujudkan pada tahun 1974 dan orang yang diberikan tanggungjawab mengemudikan Petronas adalah Tengku Razaleigh Hamzah yang pada waktu itu dilantik setaraf oleh Menteri Kabinet oleh Perdana Menteri pada waktu itu, Allahyarham Tun Abdul Razak. 

Pemecatan Mahathir tidak akan mendatangkan masalah kepadanya. Malah negara tidak akan rugi apa-apa walaupun dia tidak lagi menjadi Penasihat Petronas. Hanya puak taksub sahaja yang sukar menerima realiti bahawa Mahathir walaupun mempunyai kualiti sebagai pemimpin negara, tetapi boleh dicari ganti, terutama untuk tempoh lebih 22 tahun dengan rekod 7 tahun pertama yang sangat teruk sehingga membawa perpecahan dan kekecohan di dalam negara.

Apatah lagi, anak-anak lelaki Mahathir sendiri mampu menyediakan kemudahan yang lebih baik berbanding Kerajaan Malaysia sebagai membalas jasa dan budi baik bapa mereka membangunkan dan memajukan perniagaan mereka.

Mahathir memang wajar dikenang sebagai pemimpin yang banyak memajukan negara, yang membawa negara menginjak ruang yang tidak pernah dimimpikan oleh generasi sebelum ini, tetapi meletakkan ketaksuban dan akur pada segala kehendaknya, bukanlah sesuatu yang bijak. 

Kalau tindak-tanduk Perdana Menteri Najib Abdul Razak pun, banyak yang dipertikaikan, dasar-dasar dan polisinya banyak diperkatakan, malahan dikutuk dan dikeji, mengapa pula dalam hal Dr. Mahathir, perlu ada double-standard?


9 comments:

Anonymous said...

patung Anwar dah ada dulu kat batu caves ... patung madey bila lagi

Anonymous said...

dalam tempoh yang singkat najib telah menjerumuskan negar ke dalam pelbagai krisis

Anonymous said...

kita pandang dari satu sudut - mempertikaikan

pasal pembangunan - aku org melasyu aku dulu ada lesen kontraktor
tak besar mana 0 tapi jutaan
aku dpt projek aku team up dgn cina -siap ikut jadual dan setiap kerja dpt aku team dgn cina - semua ok

satu job ada org melayu nak merayu mcm2 cerita bagus2-okla bagi --mula2 1st payment dpt semua berubah-last masaala bermcm2, kerja terbengkalai masaalh dtg crita dah tak semanis dulu.
lesen hancur semua hancur ini melayu binatang

cuba u bayangkan jika semua pembangunan zaman tun bagi melayu hancur\
-pasti-jadi jdn tulis ayat bodoh. inilah dulu kamu munkin PENJILAT TEGAR TUN dan takda kuasa kamu ungkit cunkil keburukan tun, kamu ini manusia jenis apa???????????????????????????????????/////
kamu senaraikan apa najib buat ???? list out

Kamu senarai apa tun buat

Kamu senarainajib tidak ada pembangun tapi cukai sana sini kemudian tabur duit.....munkin kebetulan atau SIGNAL dari ALLAH PERISTIWA Yg terjadi menimpa negara,

kamu baca hari2 najib kene mali sunpah dari rakyat
antara kaum ada GESERAN ISLAM DICEMUH AZAN DIPERTIKAIKAN.
,UTANG bertimbun- rakyat takda kerja nilai rm jatuh- apa flying kick konon- u ni gi sekolah dah tua2 nk membodek
najib - dia ni memang takda muka malu class dia ni sama macam org2 tu ...org2 tu
tangkap sana sini apa babas otak kamu.

tun memang dicengkap jika tidak 22tahun hari2 berkecamuk- kita ni bukan semua baik banyak dajal

najid - org pahang MAAF tebiat org pahang jika jadi bos(seh)memang dia suka org ampu bodek puji- tabiat kebanyakan org pahang.

isteri org nogeri memang kantoi CONTROL KUAT , u tanya rosmah confirmed
sudah kita nak selamt kan malaysia

u pembodek najib tanya dia kemana nak benamkan semua rakyat malaysia
aku malu ngaku rkyat m'sia
dulu kita kutok indonesia thailand

malaysia hancur mcm pesawat mas 'bertaburan'

banyak lagi kes2'' meragukan 42B Hoi no joke tapi kamu buta hutang negara brapa ,,,,ni bukan crita DRAMA - Sadarlah buat apa bodek
ini negara bertimbun hutang mentri2 najib semua takda bolih berfikir
tak berani - hoi sapa yg kasi u menang rakyat bukan najib you tipu rakyat ...kami tipu you
bn out kita nak seret yg salah ke mahkamah - BEHIND BAR BESUK RAMAI DATO /DS/TAN SRI -then you tahu erti kebenaran
apa itu kebebasan
bila kita mati ini lagi pedih MAKAN RASUAH ADA DLM QURAN MINTA AMPUNLAH KAMU WAHAI PERASUAH >>>??? ADA ???

Kamu kami tengok dah tak nilai walaupun u mentri - maaf ckap aku memang tak suka tengok tv sbb aku takmau berdosa sbb pasti hati aku kata2 mcm -baik jgn

flying kick you tulis kebenaran jgn perlecehkan org yg berjasa
memang kita tak kata 100 tun bagus dia manusia
tapi ramai kata bagus, takut seksa kubur ???

aku bukan nk bodek tun tapi aku tau dia iklas takkan dia nak jatuhkan org yg dia bermati2an suruh ganti tun lah ----pastu dia nk jatuhkan balik ???? fikirlah.

nak tulis cari fact and reality walau pun pahit
HARGA DIRI - HARGA DIRI DISISI ALLAH BUKAN NAJIB

Anonymous said...

apa yang krisisnya....tgk cam biasa jee...gi spital,kena bayor sehinggit jee...nak apa lagi...nak hidup macam syria dan iraq ke!!!...tak pernah bersyukur!!

Anonymous said...

Saya rakyat biasa.tak rasa susahpun.Kecuali yg malas je susah hidup kat Malaysia ni

Anonymous said...

pelik bahasa malaysia anom 3:25...melayukah kamu atau cina munafik kah kamu.....heh.hehhhh

Anonymous said...

APA yg kau merepek ni macam Bangla cakap melayu jer atau kamu cina nyamar jadi melayu

Anonymous said...

Jasa Tun tidak dinafikan......

...klcc kini jadi tempat orang kaya bershopping dan peniaga brg2 mewah buat duit...rakyat biasa dtg juga setakat tumpang bangga dapat bergambar menara tertinggi...nk makan di sana pon tak mampu.

F1 Sepang... utk org kaya juga... bertambah2 rakyat yg sanggup berhutang nk pakai kereta2 f1 ie bmw, merc..dll.

Org kampong yg saya kenal tak merungut sangat gst... tapi yg terover merungut orang yg sama ... segala benda pemerintah buat tak betul... mereka saja betul ...sbb tak tau bersyukur!

Yg lain..
 Proton tu oklah..
Kurang2 melayu da mula ceburi industri otomobil...cuma bila  labur kat lotus... itu pon projek tak menguntungkan rakyat...

Nasib baik ade kedai 1malaysia, br1m, klinik 1malaysia...walaupun masih ade kelemahan...tetapi ianya satu usaha utk rakyat bkn utk kroni2...atau golongan2 tertentu. Jangan nafikan br1m itu baik. Ramai di luar sana yg tiada kudrat ... duit br1m benar2 menceriakan mereka. Teruskan perbaiki kelemahan usaha2 untuk rakyat ..jgn asyik komplen saje.


“Criticizing to destroy is easy, thinking in order to build is much more difficult to achieve" -Tariq Ramadan


Anonymous said...

Apo yg ko merepek nih labu? Tun tu pengkhianat!!! Klu dio mati, mati sebagai pengkhianat....

top