Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, March 13, 2016

MAKIN SAKIT OTAK CHONG CHIEN JEN DI SARAWAK... 6 TAHUN JADI PERDANA MENTERI, 46 KALI LAWATAN KERJA DAN RM16 BILION NAJIB BAWA UNTUK RAKYAT SARAWAK!!!



Bukan kali pertama Ketua Menteri Sarawak yang sangat popular dan utuh di Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memuji Najib yang begitu mengambil berat tentang Sarawak. Terbaharu adalah kelmarin apabila Adenan Satem membandingkan Najib dengan Perdana-Perdana Menteri lain dalam layanan mereka kepada Sarawak.

Di sebalik usaha keras DAP dan pembangkang untuk melaga-lagakan Adenan Satem dengan Najib Abdul Razak, terutama sekali yang membabitkan Autonomi Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia, malah desakan agar Adenan Satem mempergiatkan usaha untuk mengeluarkan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia, Ketua Menteri Sarawak itu ternyata Anak Malaysia yang sangat tegas.

Adenan turut menanyakan kepada sesiapa yang hendak keluar Malaysia cuba berfikir balik berkenaan aspek pertahanan, keselamatan, pendidikan, perkhidmatan kesihatan yang terdapat di Sarawak selama ini dan siapa yang bayar dan sediakan. Peruntukkan bajet untuk menampung kesemua perkara tersebut memakan belanja yang besar dan keseluruhan peruntukkan datangnya dari kerajaan pusat.
Apa yang sepatutnya Sarawak lakukan adalah memperjuangkan hak-hak yang telah dibahagi untuk Sarawak melalui perjanjian Malaysia dikembalikan semula ke Sarawak. Perkara tersebut Adenan telah mulakan langkah dan 13 perkara telah dipersetujui bersama Kerajaan Pusat. (SARAWAK LIVE)
6 tahun Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, 46 lawatan kerja ke Sarawak dan setiap kali itulah juga, ada projek dan 'buah tangan' untuk rakyat Sarawak dengan modal RM16 bilion... 

Itu yang diperakui oleh Ketua Menteri Sarawak sendiri. Malah projek terbesar yang dibawa oleh Najib, Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sarawak, Brunei Darussalam dan Sabah, tanpa konsesi tol seperti lebuhraya-lebuhraya di Semenanjung, menggunakan 1MDB yang merupakan jentera pelaburan negara, dianggap bakal membawa kemakmuran luar biasa di kawasan sekitar dan jajaran Lebuhraya tersebut.

Ada yang mengatakan, Najib berbuat begitu sebagai RASUAH KEPADA RAKYAT SARAWAK. Hujah yang sebenarnya tersangat dangkal setelah semua orang mengakui, Sarawak banyak ditinggalkan oleh kepiminan terdahulu atas alasan kepentingan politik. 

Maka tidak hairanlah apabila keprihatinan dan perhatian luar biasa yang diberikan oleh Najib Abdul Razak ke atas Sarawak dengan pelbagai projek untuk rakyat mula dibangunkan di Sarawak, malah Adenan Satem sendiri mula berckaap tentang 'Sarawak Seperti Semenanjung Tidak Lama Lagi', banyak pihak yang tidak menyukainya, terutama sekali para pembangkang seperti DAP yang cuba membodoh-bodohkan rakyat Sarawak dengan IMPIAN SARAWAK mereka yang tidak berkesudahan kerana kerja-kerja IMPIAN SARAWAK hanyalah mencuri kredit daripada kerja-kerja Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

35 sehingga 40 kerusi DUN yang bakal ditandingi oleh DAP di kawasan-kawasan bermajoriti Dayak, pasti akan menyaksikan pelbagai tohmahan dan fitnah yang bakal dilemparkan kepada Adenan Satem dan Najib Abdul Razak oleh DAP, termasuklah isu-isu Katholik vs Islam yang pernah dipopularkan oleh DAP pada PRN tahun 2011 dahulu.

Persoalannya sekarang, adakah rakyat Sarawak tidak menyukai usaha-usaha dan perhatian besar yang diberikan oleh Perdana Menteri berbanding usaha-usaha pembohongan yang dilakukan oleh DAP?

Berdasarkan penerimaan orang Sarawak setakat ini, DAP bakal berhadapan dengan masalah dan kesukaran selagimana Najib lebih kerap ke Sarawak....


No comments:

 
Blogger Templates