Thursday, April 14, 2016

AKHIRNYA LIM GUAN ENG MENGAKU, DIA MEMANG CAMPURTANGAN DAN BAGI KEISTIMEWAAN KEPADA KLIDC!!!



Pusing dan terus berbelit...

Itu yang berlaku kepada Lim Guan Eng dan konco-konconya di Pulau Pinang...

Chow Kon Yeow yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan Pulau Pinang, menafikan memo yang terbocor membabitkan rayuan permohonan oleh Kuala Lumpur International Dental Care (KLIDC) untuk meningkatkan nisbah plot projek mereka di tanah Taman Manggis yang mana Lim Guan Eng secara peribadi telah campurtangan bagi pihak syarikat. 

Menurut Chow, memo itu yang merupakan sebahagian daripada kelulusan peringkat perancangan yang mana semua projek dan pemilik-pemilik projek perlu lalui, merupakan proses normal dan tidak memerlukan sebarang layanan istimewa. 

"Telah menjadi kebiasaan bagi kami untuk menulis kepada Datuk Bandar Dewan Bandaraya Pulau Pinang untuk dikaji (projek tersebut) dan memajukan kepada agensi-agensi teknikal yang berkata. Ia adalah amalan biasa kami kerana kami bukannya pihak berkuasa (dengan kepakaran) untuk membuat keputusan," kata Chow dalam sidang media yang turut disertai oleh rakaman video untuk dimuatnaikkan oleh Buletin Pulau Pinang yang merupakan organisasi media rasmi Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang.

Lim Guan Eng terpaksa menggunakan khidmat 'musuh politiknya' Chow Kon Yeow untuk menjawab tuduhan yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin menerusi laman sesawangnya Malaysia Today yang kemudian telah dipetik oleh media-media lain.

Raja Petra mendedahkan bagaimana Lim Guan Eng masuk campur untuk membantu KLIDC meningkatkan nisbah plot projek di tanah Taman Manggis dari 1:55 menjadi 1:7, sealigus membolehkan projek tersebut meningkat nilai menjadi RM30 juta. 

Chow berkata, kesemua pemilik projek mempunyai hak untuk merayu majlis perancangan negeri dan kebanyakan rayuan tersebut akan dimajukan kepada Majlis Eksekutif Negeri, Dewan Bandaraya Pulau Pinang dan agensi-agensi teknikal malahan kepada Pejabat Ketua Menteri.

"Para pemohon boleh merayu tetapi ia bergantung kepada majlis perancangan negeri untuk membuat keputusan," kata Chow Kon Yeow tanpa menyebut bahawa Pengerusi Majlis Perancangan Negeri adalah Ketua Menteri.

Menurut Chow lagi, adalah perkara biasa bagi kerajaan negeri untuk meluluskan permohonan penambahan nisbah plot projek-projek dalam sektor-sektor yang memerlukan sokongan. Sekaligus Chow secara tidak sedar, memberitahu, memang wujud campurtangan oleh Ketua Menteri yang memberikan keistimewaan kepada KLIDC.

Tentunya tersangat istimewa kerana selepas enam tahun, tapak tersebut masih kosong manakala pihak yang menerima anugerah tersebut cuba untuk menjual tanah tersebut pada harga RM70.6 juta, keuntungan RM59.1 juta daripada RM11.5 juta yang telah digunakan untuk membayar Kerajaan Negeri.

Dan pada masa yang sama, seseorang berjaya membeli sebuah banglo pada harga di bawah harga pasaran daripada penjual yang merupakan pekerja merangkap rakan kongsi orang yang akan mendapat keuntungan RM59.1 juta hasil daripada kemurahan hati Kerajaan Negeri.

Nafi punya nafi, pusing punya pusing, belit punya belit, akhirnya sendiri juga yang bocorkan rahsia. Habis tu, nak nafikan apa lagi, Guan Eng?


2 comments:

Anonymous said...

Dajal Alliance People!!!!!!

Anonymous said...

Tak per..
Omputih ckp..
Once you lie about 1 thing, you have to lie all things..
Dan guan eng nmpknya semakin dlm nengorek kubur sendiri..

top