Monday, May 23, 2016

MALAPETAKA BERLAKU LAGI DI CAMERON HIGHLAND... APA CERITA TINDAKAN, SIASATAN DAN PENANGKAPAN PATI DUA TAHUN LEPAS?!!



Dua tahun lalu, Jabatan Imigresen begitu bersungguh-sungguh mahu membanteras PATI di Cameron Highland. PATI bukan sahaja jadi pekerja kebun-kebun sayur tetapi ada juga yang jadi taukeh kebun-kebun sayur. Kebanyakan kebun-kebun sayur yang menjahanamkan ekologi Cameron Highland pula terdiri daripada kebun-kebun sayur di atas tanah-tanah kerajaan yang diceroboh secara haram.

Tapi itu cerita dua tahun dahululah... masa isu Cameron Highland dan PATI tengah hangat. Selepas itu, tak tahulah sama ada PATI telah dibanteras dan penguatkuasaan agar tanah-tanah kerajaan tidak diceroboh dan dikerjakan secara haram sebab biasanya apabila membabitkan penguatkuasaan agensi-agensi kerajaan ini, selalunya suara mereka sahaja lebih kuat. Kerja tak seberapa tapi publisitinya mengalahkan bintang filem antarabangsa!

Hari ini satu lagi berita tentang Cameron Highland muncul.

Tanah runtuh di Cameron Highland yang sudah tentu ada kaitan dengan kekacauan pada sistem ekologi, saliran dan pencerobohan termasuklah penerangan dan pencerahan tanah yang langsung tidak mengikut peraturan dan undang-undang.

Difahamkan satu kejadian tanah runtuh berlaku awal hari ini di Taman Mawar, Kuala Terla menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan 25 orang penghuni empat buah rumah berpindah segera.

Kejadian berlaku pada jam 1:15 pagi selepas cerun bukit di belakagn rumah-rumah tersebut mulai runtuh dan hampir menimbus seorang wanita berusia 70 tahun dan lima orang cucunya yang berusia antara 10 dan 18 tahun.

Penduduk mendakwa limpahan air dari tangki besar perumahan di puncak bukit mungkin menyebabkan tanah runtuh itu. Menurut mereka, Pengurusan Air Pahang Berhad telah diberitahu pada 17 May tentang limpahan air dari tangki tersebut tetapi tiada sebarang tindakan diambil.


Di Cameron Highland tanah runtuh, di Sungai Pahang dan anak sungainya, Sungai Tembeling, masalah kekeringan akibat hutan-hutan di sekitar tempat tersebut dijadikan sebagai umpan tembolok besar, sekarang ini hanya mampu dikeluhkan oleh penduduk, manakala Jabatan Hutan pula, sekadar menafikan ada pembalakan haram dilakukan walaupun penduduk dan beberapa pihak melampirkan bukti tentang pembalakan haram. Manakala pihak politik pula asyik menyalahkan El-Nino yang dikatakan menjadi punca sungai cetek.

Masalah besar di Pahang nih....


1 comment:

Anonymous said...

benda yg pelik2 cuma berlaku di pahang. negeri carca marba, mcm takde undang2. dari ats smpai bawah. electio kali ni rakyat pahang jgn jd tunggul. ajar sikit. jgn sentimental sgt

top