Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1 yang telah dikeluarkan mendedahkan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMS) yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama jabatan itu kurang memuaskan terutama membabitkan pengurusan pekerja asing.
Menurut laporan itu, sistem yang digunakan tidak memenuhi peraturan ditetapkan kerajaan berikutan objektif ia ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang awam, agensi luar dan pihak berkepentingan.
“MyIMMS merangkumi tiga komponen utama iaitu aplikasi, rangkaian dan pusat data. Ketiga-tiga komponen ini membolehkan pengguna melaksanakan proses kemasukan, pemprosesan, pengesahan, penghantaran dan penyimpanan maklumat dari pejabat imigresen ke pangkalan data dan sebaliknya.
“Ketiga-tiga komponen utama myIMMS ini dipasang di semua pejabat imigresen seluruh negara, semua pejabat Atase’ Imigresen di luar negara dan juga boleh diakses agensi luar,” kata laporan itu.
Jabatan Audit Negara memaklumkan Kementerian Kewangan (MOF) meluluskan pelantikan HeiTech Padu Berhad secara rundingan terus bagi kontrak myIMMS bernilai RM29.9 juta yang ditandatangan pada 1 November 2010 bagi tempoh setahun. (RUJUK SINI)
Berang dengan penyelewengan tersebut, Timbalan Perdana Menteri mengisytiharkan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang telah menipu Kerajaan.
Masalah-masalah membabitkan penyelewengan dan salahguna kuasa terutama membabitkan pembelian aset atau kemudahan, bukan kali pertama didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara. Bahkan setiap tahun, Laporan Ketua Audit Negara akan mendedahkan tentang permasalahan ini.
Bagaimanapun, hampir tiada sebarang tindakan undang-undang diambil oleh Kerajaan ke atas kakitangan mereka yang melakukan perbuatan tersebut. Harap-haraplah Zahid Hamidi memulakan sesuatu yang sangat jarang dilakukan iaitu, PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG KE ATAS KAKITANGAN IMIGRESEN SENDIRI yang menyebabkan Jabatan Imigresen dilihat sebagai salah sebuah agensi kerajaan paling lemah!!!
4 comments:
Masaalah sudah berlaku bertahun2. Baru nak terhegeh2. All money under the table. Sick.
Bila ada system baru macam gitulah. Berapa ramai yg tak dapat cari makan. Pow sana pow sini dah jadi budaya. Syukurlah Zahid dah sedar.
Ini bukan pertama kali lah. Banyak isu saperti ini-contoh NRD pun ada masaalah. Bagitu juga agenci kerajaan yang lain semuo buang duit jo. TPM bukan tak tahu tiap tahun Auditor General laporkan kesalahan ini tapi tak de tindakan. bukan tak tau ado orang yang buet duit tau tapi olih kerano orang UMNO yang terlibat tutup mato lah. Ado udang disebalik batu. Sonang nak salahkan orang lain tapi ingat tigo jari ni nak taruk mano? Zahid jangan nak tunjuk lah garang orang tau kao siapo.
Cuba baca apa jawapan balas pihak imm dalam laporan audit itu. Jangan hanya baca komen umum dari AG saja
Barulah adil.
Post a Comment