Tarikh: 22 Mei 2016
Lokasi: KM228 Lebuhraya Plus
Satu kemalangan telah berlaku di KM228 Lebuhraya PLUS. Perkhidmatan ambulan telah diminta untuk memberikan bantuan kecemasan. Jangkaan tiba ambulan adalah ke lokasi kemalangan adalah 20 minit tetapi jangkaan tersebut meleset teruk.
Mengapa?
Sebab pemandu-pemandu Malaysia yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan lorong kecemasan secara sengaja serta menghalang perjalanan ambulans ke lokasi kejadian. Walaupun siren ambulan berbunyi kuat, para pengguna lebuhraya di lorong kecemasan itu berpura-pura pekak dan langsung tidak bergerak memberikan laluan kepada ambulan.
Agak mujur kerana beberapa orang penunggang motosikal yang cuba mengosongkan laluan kecemasan.
60 minit kemudian, barulah ambulan tiba di lokasi. Bagaimanapun, mangsa-mangsa kemalangan sudah tidak berada di lokasi lagi. Orang ramai memberitahu pasukan perubatan, sebuah ambulan swasta yang sedang dalam perjalanan pulang, kebetulan berada di lokasi kejadian telah membawa mangsa-mangsa kemalangan itu ke hospital berhampiran.
Menurut maklumat daripada orang ramai, keadaan mangsa-mangsa kemalangan adalah kritikal. Ada di kalangan orang ramaidi lokasi kejadian yang memarahi dan mencemuh petugas ambulan yang baru tiba seolah-olah mereka memikirkan petugas-petugas ambulan itu sengaja datang lambat kerana sibuk makan angin atau sambil lewa dengan tugas mereka.
Bagaimanapun, petugas-petugas itu telah melakukan yang terbaik dan cuba tiba di lokasi kejadian secepat mungkin. Malangnya para pengguna lebuh raya yang tidak bertanggungjgawab menjadi penghalang atau lebih tepat lagi MENJADI PEMBUNUH yang tidak akan didakwa atau berasa bersalah dengan perbuatan mereka.
Bagaimanapun, petugas-petugas itu telah melakukan yang terbaik dan cuba tiba di lokasi kejadian secepat mungkin. Malangnya para pengguna lebuh raya yang tidak bertanggungjgawab menjadi penghalang atau lebih tepat lagi MENJADI PEMBUNUH yang tidak akan didakwa atau berasa bersalah dengan perbuatan mereka.
Barangkali kalau yang terlibat dalam kemalangan itu adalah ahli keluarga para PEMBUNUH yang galak menggunakan lorong kecemasan, mungkin mereka akan baru terbuka otak dan sedar, malapetaka itu adalah berpunca daripada sikap mereka yang tidak bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar-gambar sebahagian daripada PEMBUNUH-PEMBUNUH tersebut.
Berikut adalah gambar-gambar sebahagian daripada PEMBUNUH-PEMBUNUH tersebut.
2 comments:
Luaskan kuasamu
naik kan denda saman rm1k guna lorong kecemasa..mungkin ini cara utk mendisplinkan rakyat kita..
Post a Comment