Tuesday, May 24, 2016

PAS BUKAN MACAM DR. MAHATHIR YANG KUAT BERBOHONG DAN BERCAKAP BELIT BERBELIT!!!



PAS menafikan teori bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad kononnya parti tersebut mahu bertanding kerana ingin menyerahkan kemenangan percuma dalam dua PRK pada 18 Jun nanti sebaliknya PAS menganggap idea Dr. Mahathir itu sebenarnya adalah 'dendam politik' semata-mata.

Dr. Mahathir sudah berulang-ulang kali mendakwa, PAS akan menarik diri dari PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar selepas meletakkan calon bagi memastikan kemenangan parti pemerintah. 

Idris Ahmad, Naib Presiden PAS berkata, Dr. Mahathir benar-benar mengarut. 

"Tidak, (tiada pakatan). PAS tidak pernah mempunyai rekod seburuk seperti Dr. Mahathir. Bila tentang 'Selamatkan Malaysia', Dr. Mahathir hanya berpolitik untuk dirinya sendiri. Itu adalah dendam politik. Dia tidak mahu menjatuhkan UMNO sebaliknya dia hanya mahu menonjolkan orang-orangnya," kata Idris.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut bersetuju dengan Idris dan menggambarkan dakwaan Mahathir sebagai mengarut. 

"Pandangan Tun tentang PAS terlalu meleset. PAS tidak pernah dikenali kerana berbohong. Tun pula sudah biasa berbohong kepada rakyat. Mungkin kerana itu dia fikir, dia boleh berbohong kepada rakyat dengan ideanya," katanya. 

Nik Abdul juga berkata, PAS memang secara terbuka mengintai peluang untuk menggantikan UMNO dan bukannya membantu UMNO untuk mengekalkan kuasa. 


Sebelum ini, PAS telah mengisytiharkan mereka akan bertanding dalam kedua-dua PRK. Kedua-dua kerusi Parlimen tersebut secara tradisinya telah lama ditandingi oleh PAS. Bagaimanapu, Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR-DAP-PAN juga turut berminat untuk menurunkan calon masing-masing.

Sementara itu, calon-calon PAS untuk PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar akan diumumkan pada hari Jumaat ini, kata Idris Ahmad. 

"Kami akan mengumumkan calon-calon kami pada 27 Mei," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, kumpulan serpihan PAS itu sudah bersedia untuk bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan bagi mengurangkan ketegangan antara PKR dan PAS.

Apabila diminta memberikan komen tentang kenyataan Khalid, Idris menyifatkan ketengangan antara PKR dan PAS sekarang tidak ubah seperti pasangan suami isteri.

"Ia sama seperti konflik antara suami dan isteri. Jikalau mereka ada masalah, mengapa pula jiran menyibuk dan cuba campur tangan atau memutuskan sama ada suami isteri itu perlu bercerai atau tidak?"

3 comments:

Anonymous said...

KIHKIHKIH....PAS tak cakap berbelit-belit.....????
WHAT A JOKE!
JOKE OF THE YEAR.
Yang cakap terus terang tu, Dr.Mahadir.
Dia tak percaya dengan PAS.
PAS sendiri mengaku, tak mahu melawan umno.
Jadi, apa tujuan PAS nak bertanding dalam PRK
Sg.Besar dan Kuala Kangsar......????
Tentulah ADA UDANG DI SEBALIK MEE!.....HEHEHE
Orang bodoh pun boleh terpikir, PAS akan tarik
diri bila sampai masanya.
Jadi, lebih baik letak calon lain supaya
PAS terpaksa meneruskan hajatnya bertanding.

Anonymous said...

Tun saiko tu supaya pas kekal bertanding...tak caya tanya pakar saikologi.

Otak geliga said...

sejak bila PAS TAK BERBOHONG??? takkan cuma PAN, DAP & PKR je yg suka BERBOHONG?...bukan parti2 ni semua pemBOHONG?

PAS siap guna agama lagi utk berbohong.

takkan sbb Tun M menentang DSNajib, semua pemBOHONGan yg PAS buat dulu dah jd SUCI MURNI?

agak2 kalau PAS join deklarasi rakyat kemudian hari, mungkin cop pemBOHONG akan kembali bersinar di mata ramai blogger pro DSNajib kot.

top