Tetapi setelah tiga kajian dibayar RM305 juta, sehingga kini tiada sebarang pembinaan dibuat, Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang mula mencari helah setelah pembayaran mudah itu dipersoalkan oleh banyak pihak.
Guan Eng tiba-tiba sahaja mendapat idea tentang Jambatan Pulau Pinang Ketiga sedangkan Jambatan Pulau Pinang Kedua pun, tidak banyak digunakan oleh kenderaan. Malahan ada pihak yang mengatakan, jumlah kenderaan yang menggunakan khidmat feri tua Pulau Pinang jauh lebih banyak berbanding Jambatan Pulau Pinang Kedua.
Justeru apabila tiba-tiba sahaja Guan Eng bercakap besar, kononnya Kerajaan Negeri mampu mendanai pembinaan jambatan ketiga itu, ramai yang melihat cakap besar tersebut sebenarnya tidak lebih daripada sekadar cubaan melarikan diri daripada pelbagai skandal kewangan yang dihadapi oleh Guan Eng.
Hilang cerita tentang terowong dasar laut, sekarang timbul cerita Jambatan Pulau Pinang Ketiga yang surat permohonannya baru dihantar oleh Lim Guan Eng. Guan Eng mempublisitikan Jambatan Pulau Pinang Ketiga itu, malah berkata, selepas diluluskan, baru Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menghantar pelan lakaran kejuruteraan dan arkitektur.
Itulah yang dipersoalkan oleh Abdul Rahman Dahlan.
Guan Eng diperingatkan supaya tidak berbohong apabila menyatakan Kerajaan Persekutuan telah menolak permohonan pembinaan jambatan tersebut dan itu yang memaksa Kerajaan Negeri membina Terowong Dasar Laut dengan 30 tahun konsesi tol sedangkan siasatan dan pemeriksaan mendapati, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah menghantar apa-apa permohonan atau cadangan membina Jambatan Pulau Pinang Ketiga. (RUJUK SINI)
Selepas Kerajaan DAP begitu beria-ia mempertahankan projek terowong dan konsesi tol sepanjang 4 tahun lepas dan telah membayar RM305 juta untuk tiga kajian yang mereka katakan, telah hampir siap, ramai yang terkejut apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang tiba-tiba sahaja menggugurkan projek terowong untuk digantikan dengan projek Jambatan Pulau Pinang Ketiga.
Sedangkan Exco Pulau Pinang, Lim Hock Seng pula menyatakan, sekiranya projek terowong itu benar-benar telah digugurkan, wang sebanyak RM305 yang dibayar untuk tiga kajian, HANGUS begitu sahaja.
Kenyataannya ialah, laporan PAC Pulau Pinang tentang Projek Terowong Dasar Laut telah dua kali ditunda, sekaligus menimbulkan kemarahan di kalangan ADUN-ADUN PKR semasa Persidangan DUN baru-baru ini, memberi isyarat mengapa keputusan menggugurkan projek terowong tersebut digugurkan secara tiba-tiba.
No comments:
Post a Comment